Sunday, October 31, 2010

Kasut Yang Baru Saya Beli


             


Go to fullsize image





wahh..perlu ke nak announcekan satu malaysia setelah membeli kasut joging yang baru?? maklum la sudah dua tahun tidak berjoging, makanya kasut pun sudah rosak dan selamat dibuang..hehe 
setelah budget diperuntukan untuk beli kasut, maka saya pun mencari kasut yang sepadan dengan peruntukan..
selesai urusan bershopping kasut baru bersama incident terbeli kasut yang tidak ada dalam peruntukan..(haha) maka aku pun pulang la kerumah secara solo..kerana acara shopping pun diadakan secara solo...

bila sampai rumah, kasut tersebut agak besar sebenarnya dari saiz kaki saya yang comel (kah?)... pagi tadi kasut baru berkenaan telah dibawa berlari-lari anak + berjalan dengan kadar laju dan kadang kala pula berjalan secara berlenggang kangkung goreng belacan.. hmm..belum ada chemistry dengan kasut berkenaan..terasa kasut berkenaan kurang mesra alam dengan diri sendiri...

mari kita relatekan kisah kasut baru dengan kehidupan...perasan tak yang hidup ni "no turning back" area?? kalo kita dah buat sesuatu..dah tak boleh patah balik..istilah KEMBALI KE PANGKAL JALAN tu semacam pelik je bunyinya bagi aku..untuk sebarang penyesalan dalam hidup ni..kita cuma boleh teruskan hidup dengan menempuh jalan baru dengan penuh kebaikan dan cara baru yg kita idamkan...tak boleh patah kepangkal jalan..cemane nak patah balik jadi baby..masa-masa yang kau tinggalkan sudah berakhir dah..no regret ok..

jadi..begitulah kehidupan ini..sebarang keputusan yang diambil tak boleh menyesal..sebaliknya redha dengan KetentuanNya..DIA yang telah menganugerahkan kita dengan akal untuk berfikir..jadi itulah yang perlu kita lalui dan tempuhi untuk menjadikan hari-hari esok lebih baik dari hari ini...

hidup..sekali melangkah..
pasti perlu diteruskan...
hidup..
kadang-kadang indah
kadang muram dah sedih..
hidup hari ini gembira
hidup besok-besok...
tak boloeh teka..

hidup..seharusnya indah..
penuh hikmah dari Allah..
hidup..untuk kita nikmati..
hidup bukan untuk disesali....

jadi tak perlu ada frasa-frasa bentuk sesalan...

1. kenapa tak pilih sidia? kalau tidak..mungkin...bla balablalabla..
2. menyesalnye aku ...kenapala aku....blablaba blan
3.hmm..aku cemburukan kau..kalau lah..blalablanbla...

konklusi: setiap satu ujian dari Allah, hanya untuk hambanya yang mampu meghadapi...setiap satu kesilapan dalam hidup..kerana kitalah yang tidak bijak dalam percaturan dunia..kembali padaNYA dia MAHA KAYA..


Friday, October 29, 2010

Joging Secara Berjalan...

haha..
joging ke berjalan? yang pasti peluh menitik-menitik dengan deras..huhu agaknye kalaulah peluh tu boleh bercakap, mesti peluh tu bergembira menari-nari ria..dah lama agaknya menanti bilalah peluh ni nak keluar lagi..haha 


pandang lah lihat lah..tiru macam saya..kalau aku cakap dah dekat dua tahun tak exercise camtu, agak-agak orang percaya tak? huhu kalau mengikut perkiraan aku memang betul la 2 tahun..scarynye! tu la sebabnya lemak-lemak ni sume tak nak surut...


magic kot ye..suap secara berterusan tanpa henti, pastu suruh lemak hilang? ape hilang akal kah? haha bayangkan perasaannya..nak mengahiskan padang astaka pun terasa tak tertanggung..kalau dulu 2round masih boleh senyu,..memang menyedihkan..kan? kan? dulu lainnnn....dulu bawak badan 55kg.. sekarang bawak badan 80kg..
takut?
tak takut...
betul tak takut?
hehe..tipu..saya tipu...saya takuuutttt...


tau pun takut..siapa yang tanak cantik? siapa yang taknak slim? siapa? siapa? mungkin kurang normal orang berkenaan...cakap pasal slim, cantik..memang la..mmg la nak cantik perlu kerja keras..perlu disiplin, perlu determination dan wilingness yang tinggi!!! perlu consistency..


low self-esteem..itu lah yang dirasakan oleh diri aku buat masa sekarang ni..bila badan dah kembang..confident level mengucup..bukan lagi seorang yg outspoken..bukan lagi seorang yang bold dan suka menonjol diri...memang banyak perbezaan...


tapi ramai jugak yang masih ada keyakinan yang tinggi walaupun mempunyai fizikal yang "extra"ordinary berbanding dengan orang lain..kalau macam tu sangat bagus! gud girl! gud boy! bagus2.. masa berlari tadi..aku pandang belakang...bagi aku..itu perjalanan yang ditinggalkan..tak boleh patah balik lagi..walaupun berpatah semula..perjalanan pasti tak sama..melihat kebelakang perlu untuk kita tau sejauhmana sudah perjalanan kita..perlu untuk kita menilai sejauh mana, sebanyak mana yang sudah kita tinggalkan...


memandang kedepan juga sangat penting..memandang kedepan sambil merancang apa akan ditemui didepan sana..mungkin becak air..licin tanah, najis anjing mungkin..bersediakah mengahadapi ujian sedemikian?? macam tu la hidup kita..walaupun sesimple berlari disebuah padang yang besar... dari jauh hanya nampak padang..tapi bila kita berpijak didunia nyata..baru kita tahu bahawa lekuk di rumput sana tak sama dengan lekuk dibecak sini.. itu la HIDUP!


konklusi: dalam hidup, kekadang kita berlari..kadang2 kita berjalan..namun ada masa terasa penat mahu baring dan tido saja...:)

Wednesday, October 27, 2010

Cerita Dalam Keadaan Sejuk

haha..keras sudah jari nak menaip...sejuk sangat macam kat kutub utara dan ni..:) tulis-tulis blog sambil selubung ala-ala southpark pulak rasanya..tapi southpark tu comel...saya??? saya adalah lebih comel daripada southpark itu ok..


Teringin nak share cerita tentang "budak-budak" iye..mereka masih budak-budak walaupun bukanlah kanak-kanak...tapi mereka baru mencapai usia belasan tahun..mereka masih lagi bergembira dengan dana daripada orang tua mereka...alangkah bahagianya kalau aku masih ditahap mereka...


DUIT! DUIT! DIMANAKAU DUIT...???
yes..duit bukan segalanya, tapi duit penting bukan? duit la yang berkuasa juga sekarang ini..cakap pasal duit, berapakah jumlah duit yang mencukupi?? 
tidak.. duit tak pernah cukup.."besar periuk, besarlah keraknya" kata orang dulu-dulu..kalau tanya student aku mesti tak tau ni..hehe 


Satu hari, aku di rumah student ..aku keluarkan handphone aku yang sangat canggih tu untuk replay mesej yang masuk..


"akak ni, duit banyak..gaji banyak..hanset buruk"
aku terkesima.. lebih pada terkedu..tak mampu nak menjawab pertanyaan...aku renungkan aje hanset aku diatas meja...iye memang kelihatan berusia dan sedikit uzur..untuk yang lebih tepat lagi..bukan hanset aku tapi adik aku punya..hehehe sungguh kesian bukan...?


balik pada kisah duit...duit banyak?? kalau la "jumlah yang aku dapat tu diberi pada "budak-budak" tu, tentu saja cukup..malah lebih dari cukup...tapi aku??
Instalment B.bee = RM 550  <-----tu pun kadang2 sangkut
Minyak =  >RM 300
Instalment Decepticon = RM 250
PTPTN? dah lama tak bayar..:(


belum masuk makan lagi..belum masuk beli baju or tudung..belum masuk fotostat kertas-kertas untuk korang??apalah sangat jumlah sebanyak itu..itu belum masuk maintainence B.bee lagi tu..pening tau?
adik-adik janganlah kutuk handphone aku tu..
kerana sekarang aku bukanlah seorang yang mampu nak up to date dengan segala macam gadget! oh please ye jangan dikutuk handphone buruk yang banyak berjasa..tau?? 
tanpa handphone tu bagaimanakah komunikasi kita??


"salam, saya minta maaf,  hari ni tuition dibatalkan.."


macam manakah saya nak send mesej sedemikian rupa?? sila jawab... 
tapi aku tak tipu, sedikit sebanyak pertanyaan sedemikian membuatkan nafsu aku kembali membuak2..nafsu? iye aku bernafsu nak beli handphone baru..


Nokia C5-03 mobile phone
bernafsu kearah yang ini sebagai contoh?? hehe 
untuk pengetahuan adik-adik yang rata-ratanya memiliki handphone yang lebih canggih daripada cikgu adik-adik, bila mana sudah tahu kesusahan  nak cari DUIT denga titik peluh sendiri barulah adik-adik tau nilai DUIT tu...
betul! tak tipu...:D
kalau suatu masa dulu adik-adik pernah berjanji "mak, nanti saya dah besar, dah kerja besar...saya nak bagi mak RM 1000 sebulan" tapi bila adik-adik dah berada dalam realiti..pahamlah sendiri...:P


sedih tau? lebih-lebih lagi kalo dapat mak-ayah yang money-oriented..sangat sedih jadi anak yang tak mampu nak menghulurkan kepingan-kepingan yang menggoda tersebut..berdoa saja Allah murahkan rezeki agar janji-janji dizaman kanak-kanak dapar direalisasikan..
aminnnn.....


konklusi: walaupun tak dapat menghulur kepingan menggoda itu, saya masih bersyukur dapat bersama mereka melihat mereka tersenyum. walau tak dapat meringankan beban kewangan saya masih 100% bersama mereka walau zahirnya saya lebih banyak menyusahkan mereka...

Monday, October 25, 2010

Kisah Epal

epal..
sedap tu epal..kan? sape la yang suka makan epal...tapi ada kisah tentang epal yang pernah buat aku terfikir dan berfikir..kisah epal tu asalnya aku baca dalam satu majalah..tapi dah tak ingat majalah ape..
tapi suatu hari tak sangka pulak aku boleh share kisah epal tu dengan seorang kawan dan aku rasa sahabat aku tu dapat pengajaran dari kisah epal tu....


satu hari..aku online time tengah hari..ye la kan..kalau tengah hari ramai la kawan-kawan yang online..so aku disapa oleh seorang kawan di chat FB..lebih kurang macam ni lah perbualan kami...
topik biasa..topik pedih telinga..topik sakit lutut mendengar...kesian lutut walaupun lutut takde telinga...


Dia: salam sahabat, ngko bila nak kawin?? *dia pun belum kawin cam aku jugak*
Aku: hahaha..lambat la la...


so, sepanjang perbualan kami..memang kisah-kisah yang hampir sama macam kami..yes, golongan yang belum kawin lagi padahal umur dah 28 tahun dan ramai antara kawan-kawan kami yang anak dah masuk 2 atau tiga...kenapalah ramai sangat yang sangat ambil berat perihal kami..? hatta kawan "baik"sendiri  yang kerap kali menyalahkan kami bila sampai hari ini kami belum pun menunjukkan tanda-tanda nak kawin....


kami sama. Kami kerap "ditudu" memilih...whattt??? ingat macam pilih ikan kat pasar ke? boleh la pulak nak pilih-pilih yang berkenan dihati...bayar, pastu bawak balik umah..macam tu?
tau tak sume ni ketentuan Allah..mungkin ini agenda Allah yang kita semua tak tau..kenapalah susah sangat nak paham..? sapa lah antara pompuan kat dunia ni yang tak mahu disayangi, ada rumah tangga, ade suami untuk disayangi dan menyayangi..sapelah yg tak mahu bahagia bukan???


tuduhan "terlalu memilih" sangat berat bagi aku...sapalah mereka diluar sana yang nak menghukum kami sewenang-wenangnya..tahukah mereka diluar sana paham dan tau apa yg kami rasa?? tahu ke? hanya kami saja yang paham...lebih menyedihkan seperti kata kawan aku tu..SEMUA ORANG SIBUK TANYA AKU BILA NAK KAWIN..SAMPAIKAN MAK AKU YANG DULU TAK KISAH KINI DAH MULA BISING!!! 


nah! nampakkan kesan persekitaran pada hidup kita??nampak??


aku tanya kawan aku ni " kalo bab jodoh, ko prefer yang mane? jodoh cari sendiri atau jodoh keluarga carikan?' dia jawab, "aku tak kisah mane2 pun takpe"


aku dapat rasa dari perbualan kami hari tu dia macam tertekan..kesiankan? kesian aku jugak :P
jadi aku tanya dia.." nak dengar satu kisah"
"ape? teruja nak dengar"
"ok..aku cerita...kisahnya macam ni...
ada satu pokok epal...banyak buah kat pokok epal tu..sebiji daripada epal-epal tu  sangat segar, besar, cantik dan pendek kata yang paling sedap antara semua epal yang ada kat situ... tapi apa yang menghairankan si"epal" kenapalah tak ada sesiapa pun nak petik dirinya..epal sedikit sedih bila melihat epal yang berada dibawah sering dipetik oleh manusia yang lalu lalang disitu..epal mula berfikir...
apa kekurangan ku?
apa kelemahan ku?
tak cukup cantikkah aku?
tak cukup sedapkah aku?
tak cantikkah kulit ku?
epal itu terus berfikir...akhirnya epal itu berkata dalam hatinya "mungkinkah kerana aku ini  terlalu tinggi disini? lebih baik aku jatuhkan diriku supaya mudah dipetik orang....??
lalu epal itu menjatuhkan dirinya...............


sapa yang nak ambil epal yang sudah jatuh??? yang sudah lebam kulitnya??
jadi apa yang dapat disimpulkan dari cerita epal ini?? seorang pompuan yang tinggi maruahnya tak perlulah menjatuhkan dirinya semata-mata dia mahu diambil...
jangan paksa diri sendiri pada sesuatu yang bukan kemampuan kita...


aku gembira kerana kisah tu sedikit sebanyak mambuatkan kawan aku tu lega...
S.E.R.O..N.O.K ~  thanks fren tentang kisah epal tu
itu status FBnya selepas mendengar kisah tu...


konklusi : aku juga pernah dapat menfaat dari kisah epal tu..terima kasih ALLAH keran menggerakkan hati aku membaca kisah itu disaat aku sulit membuat keputusan.. :D

Thursday, October 21, 2010

Perlukan Bantuan? Sila Jumpa Saya...

adik aku cakap tajuk ni macam iklan ALONG..
huh? kami bukan along kami cuma nak tolong...hehe macam scary je iklan tu...tapi yang aku nak cerita bukan pasal iklan tu semata....kisah sangKANCIL.. dan kawan-kawannya...


Dalam hikayat ni..sang kancil kurang terkenal macam dalam hikayat yang selalu kita dengar..dalam hikayat ni jugak sang kancil mmg  kurang terkenal...cumanya sangKancil dalam hikayat ini sangat mudah mesra dengan orang..kalo tak keterlaluan sangKancil yang ini kalau dicampak dimana-mana pun ..dengan izin ALLAH dia akan hidup..sangKancil yang ini mudah mesra dengan orang lain..sangKancil ini jugak sangat mudah membantu orang lain...


Disebabkan oleh sebab itu la sangKancil yang ini selalu dijadikan..TEMPAT MENDAPATKAN BANTUAN... murni sungguh kan hati sangKancil ini..uish..sungguh tidak layak sangKancil ini mengatakan dirinya sungguh murni..kerana hanya Allah sajalah yang dapat menentukan nilai kebaikan seorang hambanya..sangKancil juga hamba Allah...


Bila mana yang lain perlukan pertolongan...sangKancil lah yang dicari..sangKancil la yang dituju...lalu sangKancil tanpa banyak kerenah sangKancil menolong..sangKancil selalu ter"kena"..selepas pertolongan diterima kawan-kawan yang kononnya "kawan" pun hilang..nak tau bila muncul semula...bila ada lagi "bantuan atau pertolongan yang diperlukan...


dalam banyak-banyak kali kejadian..sangKancil sangat sedih bila yang rapat dengannya...dimasa susah kerap benar muncul sahabat itu..dalam hikayat ini sangKancil mempunyai kenderaan..jadi tak payah susah-susah berjalan...jadi teman rapat sangKancil memohon bantuan membawa isteri yg sarat mengandung...ke satu tempat...bukan satu malah dua atau tiga mungkin...alasan tak larat berjalan..sangKancil pun turutkan...tapi sekarang bila teman rapat sang kancil sudah punya kenderaan sendiri..langsung tidak bertanya khabar lagi...
sedih sangKancil.....


lagi bila teman rapat yang lain pula perlukan pertolongan yang lainnya ...sekali lagi sangKancil menjadi tempat tujuan...seperti selalu-selalu..bila menerima bantuan dari sangKancil, hilang tak muncul...:Ppermulaannya memang sangKancil tak kisah..tapi bila kerapkali  perkara yang sama berulang..sangKancil bertanya dalam hatinya...adakah dirinya hanya tempat meminta bantuan dan pertolongan....


agak kejam saja...tolong harus ikhlas bukan..tapi sangKancil juga hamba Allah yang serba kekurangan..jadi hatinya kadang-kala terdetik jua..kadang-kadang keikhlasannya tercarik jua..apa daya..semoga Allah  memberi ganjarannya kelak...


konklusi : seringkali dicari bila pertolongan diperlukan..jangan sedih..maksudnya kita antara yang penting dalam hidup mereka..bukan semua boleh menjadi sahabat yang susah dan dimasa senang...

Wednesday, October 20, 2010

kamu..
kerana kamu aku jadi bisu..
kerana kamu aku jadi dungu..
kerana kamu aku bisa menunggu..


melihat kamu aku takjub..
melihat kamu aku tunduk kagum..
melihat aku aku jadi berfikir..


kamu begitu tabah..
kamu begitu sabar..
kamu begitu redha..


kamu..
tak pernah fikir apa untuk kamu
tak pernah fikir siapa selepas kamu
tak pernah fikir tentang hati kamu.


kamu dulukan mereka..
kamu dulukan dia
kamu dulukan bahagia mereka
kamu dulukan bahagia dia


kamu lupa apa keperluan kamu
kamu lupa apa gembira kamu
kamu lupa apa yang ada untuk mu..


kamu..
aku tunggu kamu
aku sabar untuk kamu
aku senyum bersama kamu
aku ketawa seiring kamu...


walau antara kita ada dia..
walau antara kita jarang bersua
walau antara kita tak ada suara 
walau antara kita tak berakhir bahagia..


aku punya seorang kawan..yang bagi aku sangat sabar, tabah, sangat aku kagumi..menyusuri kisah hidupnya buat aku berfikir..sesungguhnya aku jauh lebih beruntung berbanding dia..sungguh buat aku bersyukur aku dilahirkan dibawah "payung besar" 


sesungguhnya aku tak pasti mampu berdiri seteguh dia kalau aku diuji begitu..
menjadi tabah, menjadi gagah..menjadi seorang yang tak punya lelah..
sungguh aku teringin sekali jadi peneman dalam perjalanannya..
aku pingin belajar pahit dan  jerih yang buat dia bahagia..
aku pingin sekali berjalan bersama dia ...
buat aku tempuhi apa yg dia rasa..
aku ingin sekali berganding bersamanya bila dia sendiri..


aku ingin bila dia lelah aku ada bersamanya..
aku ingin bila dia susah aku ada dekat dengannya..
aku ingin bila dia berhenti melangkah aku ada dibelakangnya...
aku ingin disisinya..
aku ingin pinjamkan telingaku..
aku ingin tadahkan bahu ku
aku ingin bersama-samanya...





Monday, October 18, 2010

Bila Madu Yang Diberi....



kamu...kamu harus tau!




bila madu yg diberi..
tentu manis yang dirasa..
bila sudah terbiasa dengan kemanisan..
pastinya tak lagi ingat pada kepahitan...


bila tak pernah merasa yang pahit..
pastinya takkan pernah mengerti..
tak mengerti permulaannya...
tak mengerti pertengahannya..
akhirannya juga pasti samar...


setiap sorang daripada kita selalu mengharapkan kemanisan mirip madu..err..bukan lah kemanisan "bermadu" yang selalu didamba semua lelaki di muka bumi ni..kemanisan lebih kepada kegembiraan dan kesenangan  di muka bumi tuhan ni...


selalu kita dengar "tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima" tapi tahu ke kita tak ada yang iri pada "si pemberi"? kesiankan? pernah terlintas tak dihati untuk memburukkan "si pemberi"?
kalau masa depan,. impian, malah cinta pun sanggup dikorbankan untuk memberi..


memberi tanpa minta sebarang balasan..
memberi untuk melihat orang lain senang
memberi untuk melihat yang lain ketawa..
memberi tanpa rasa penat...


tapi kenapa BILA MADU YANG DIBERI SELALU DIBALAS TUBA??


konklusi : Semoga Allah membalas semuanya kepada kamu suatu hari nanti..semoga akan ada bahagia untuk kamu pada hari-hari mendatang...





Saturday, October 16, 2010

aku kah yg gagal ber Tanggungjawab ??

tanggungjawab..
iye..sangat berat makna tanggungjawab tu..sangat dalam pengertian tanggungjawab tu..tambah lagi kalau tanggungjawab tu punca datangnya rezeki yang dijadikan tempat asal rezeki yang disuapkan dalam mulut sehari-hari...


bertanggungjawab jugaklah aku selalu ajar pada students aku...nilai murni. iye cikgu! kalau la students tahu yang cikgu mereka ini failed dalam menjalankan tanggungjawab tentu saja malu bukan..aku seorang yang gagal..aku seorang yang selalu kalah?? begitu baru puas hati??


kadang-kadang aku nak salahkan diri sendiri..aku juga manusia biasa yang banyak kekurangan..aku berdiri dimuka bumi ini mencari keredhaanNYA, mencari keberkatan hidup dibumiNYA. tapi aku manusia biasa..aku kadang-kadang mudah benar kalah...


awal tahun ni..seorang bapa yang pada perkiraan aku seorang yang sangat sayangkan anak-anaknya menelefon aku...
"cikgu boleh tolong ajar anak saya?"
"maaf la encik..saya sekarang ni dah jadual dah full"
dia belum berputus asa..

"tolong la cikgu..wife saya tak pandai drive..saya pulak jarang ade dirumah.."


atas dasar kesian dan simpati aku terima jugak..walaupun aku terpaksa korbankan weekends aku..tapi awal -awal lagi aku dah bagitau...
"saya tak janji saya akan datang tiap minggu..saya sibuk sikit weekends...tapi saya akan cuba jugak datang.."


setelah kata sepakat dicapai..sampai hari ni dah hampir 3 bulan aku mengajar anak-anaknya..tapi apa yang aku kesalkan..aku mmg tak dapat bagi perhatian pada budak-budak tu..tiga org (tahun 4,3 dan 2) kesiankan budak-budak tu...


bulan lepas..sampai la minggu ni lepas je selesai PMR..aku lega..baru baleh berehat sikit..tapi siang tadi ade satu message di handphone yang mengganggu ketenangan aku..


"akak tak marah, tapi boleh tak datang mengajar anak-anak akak? akak risau budak2 tu nak periksa lagi seminggu"


aku malu sebenarnya..aku malu sebab tak boleh bagi komitmen penuh..tak boleh handle student sendiri..mungkin lepas ni aku kena lebih baik dari segi pengurusan masa..mungkin jugak tahun ni macam2 hal yg jadi dah aku selalu terpaksa tangguh kelas..harap-harap tahun depan takde lagi kejadiaan macam ni..kena rancang betul-betul dan tak boleh tangguh-tangguh lagi...


konklusi:
memberi hanya apa yang mampu..
memberi pada yang perlu..

Friday, October 15, 2010

Luka Lama Berdarah Kembali

...entry ni bukanlah untuk membogelkan diri sendiri ..bukan jugak untuk mengungkit kisah silam..mungkin untuk menjadi peringatan pada diri sendiri..diri yang kadang-kadang lupa..
iye..macam lupa diri ..itu la sebenarnye..hehe


"hehe.."
bunyi macam gembira? oh tidak! mungkin hanya pada permukaannya saja..dalam hati?? tuan punya hati saja tau..Allah juga tahu kerana Allah Maha Mengetahui..sedih kan??
sedih bila benda yang kita tanam dalam lubang yang paling dalam..tapi semuanya dah dikorek dah dilonggokkan di hadapan kita..sedihkan?? perasaan yang kononnya lega kini kembali....


bangkai gajah..kan besar gajah tu...bangkai gajah kalau ditanam memang akan berbau..lain la kalo taman dalam2 tempat petroleum tu...hehe <-----heehe lagi ..gembira kah?
"hehe" tersebut hanya mengaburi kegusaran penulis sahaja..:D


dulu..mungkin beberapa tahun dulu aku yang alami keadaan ni..tapi sekarang giliran adik aku pulak..tu la tak nak dengar cakap mak..mak kata jangan bercinta..nak jugakkk!! siapalaj saya dibumi ini..manusia yang lemah..selalu kalah dengan godaan dunia..


itu dulu..itu dulu ye..saya yang dulu yang tertipu dengan kemanisan dunia..saya yang kecewa kerana tak cukup kriteria dambaan dunia..
kerana saya tidak jelita
kerana saya tidak berpotongan seperti model..
kerana IC saya ade "08"
kerana itu alasannya saya tidak layak untuk anaknya..


itu hak dia..
itu anak yg dikandungnya..
itu harapannya..
itu untuk syurga yang berada dibawah tapak kakinya...


saya redha..
saya undur diri..
saya mengerti..
itu ketentuan ILAHI..


akhirnya saya temui damai dihati..terima kasih ALLAH yang tak pernah lupa hambanya...
tapi bila saya mula selesa hidup sendiri..
bila saya gembira sendiri..
bila saya tak mahu bersedih lagi...


perkara yang sama terjadi pada adik saya...tapi kini alasannya berbeza..alasan yang berpunca dari satu sebab saja..SEBAB TAK SUKA..


emaknya :
"kenapa nak serius dengan dia?"
anak
"kenapa? "
emak jawab
"ayahnya orang dari parti "tuutttt", jadi mesti kuat agama, tapi kita parti "TUUTUTTTT" tak sama"
anak pelik
"kenapa tak boleh?"


walaupun kelihatan ringan tapi kesannya tak sama untuk insan yang bergelar IBU..mungkin bagi kita simple tapi bagi IBU..seolah-olah luka lama berdarah kembali..dan yang pasti kerana itu IBU susah hati...
*dialog diatas diubah suai tanpa mengubah niat dan maksudnya*


untuk adik2..tabahlah la..kerana itulah hukum dunia..ini baru dugaan kecil..

Adik Buat Hal Lagi...

...syukri a.k.a acu mok kata Farish..
Acu buat hal lagi..tapi kadang-kadang apa yang keluar dari mulut dia tu..mmg betul malah tidak dapat disangkal lagi..semalam,


Kami makan tengahhati sama-sama, makanye memang selalunya kalo makan akan sembang-sembang kosong..aku perhatikan je aksi dia menambah nasi..4x mungkin kalau tak salah aku..sambil makan,mulut mengomel...


"sedapnye ayam masak kicap ni..."
"tapi masin la..."

aku menyampuk...
"sape selalu masak masin...maknanya nak kawin"

dia menambah..
"kalo kak Ah selalu masak masin maknanya dah nak kawin???'
aku jawab
"ye la..dia memang dah nak kawin pun..."


aku ingatkan nak selesai di situ je..tapi rupanya diam ada makna..ayat seterusnya agak "makan dalam" hahah
"kak ah tu selalu masak, dan dia masak masin, so, dia tu nak kawin la kan..."
dia sambung lagi...
"yang akak ni tak mau masak langsung...TAK NAK KAWIN KE?"


waarrggggghhhhhh!menusuk ke dalam sum-sum tulang! haha 
kenapakah itu yg dibangkitkan..memang pun dalam sume anak dara kat umah ni aku la yg paling "RAJIN" masak..hahaha..
aku dan memasak ni mungkin mmg takde touch langsung..sebab tu la orang cakap, kalo budak-budak yang cakap selalunya tulus dari hati..bukan kali pertama aku kena indirect attack camni..sebelum ni selalu dah kena attack dengan budak-budak ni..


pernah dua tiga bulan yang lepas kalau tak salah aku..Pakcik Kasim datang rumah..selalunya bab melayan tetamu+masak memasak ni memang adik aku  (kak ah) yang buat..aku lebih menjurus kepada bermain bersama kanak-kanak..main "otomen lawan resakse" contohnye..hehe


tapi disebabkan adik aku demam, aku la yang take over sume tu termasuk la..buatkan air, hidang makanan, gorengkan pisang, cucur..dan sume la didapur tu..makanye memandangkan "usaha murni" kelihatan janggal dimata seseorang...dia pun menegur..


"ayah, kenapa kak dada yg masak? kenapa kak ah tak masak?"


apekah??? ketulusan budak kecik tu menunjukkan SAYA SANGAT LAH JARANG  MELIBATKAN DIRI DENGAN AKTIVITI DAPUR ..
hehe pemalas?? hmm..alasannya...


  • saya kekok berganding bahu dengan orang lain didapur..
  • kalo saya berganding bahu jugak..saya akan kelihatan katun dengan kelembapan saya dalam membuat kerja.
  • saya akan jadi TOINK.. Dan tak tau nak buat ape...
  • tambahan pula..adik saya itu sangat handal didapur
  • mungkin ini semua alasan saya yang tak berapa rajin..
conclusion: budak-budak bawah umur ni sangatlah boleh menjadi pemerhati yg tulus ikhlas..hehe

Thursday, October 14, 2010

Kecuaian Yang nyaris Membawa Penyesalan..

....kadang-kadang kita ni terlalu mudah nak buat sesuatu..ambil mudah..pandang ringan..walaupun benda-benda yang tak patut amik mudah..yang paling penting bila berkait rapat dengan perasaan, hati dan harapan orang lain..


kadang-kadang kita langsung tak pikir dan langsung terlupa sebabnya sesuatu tu tak menjadi satu kepentingan dalam hidup kita...hmm.."kera di hutan disusukan..anak dirumah mati kelaparan.." zalimkan bunyinya?
zaman yang serba serbi "surprise" ni semuanya tak boleh dijangka...


dua hari lepas..aku nyaris melakukan kesilapan yang memungkinkan penyesalan pada diri aku...syukurlah Allah gerakkan hati aku untuk sedar semula...TOK aku ade seorang nenak yang aku panggil tok..umur yang menjangkau 80 tahun, sudahpasti fizikalnya dapat diramal...


walaupun masih sihat, tapi tok dah bongkok dan berjalan dengan bantuan tongkat..bukan masalah tongkat yang menjadi pemberat ...tapi masalahnya kita yang mungkin ambil remeh tentang hati yang lebih tua..Dua hari lepas mak pegi Kelantan..sume ikut..aku terpaksa tinggal sebab ada tanggungjawab dengan students yang nak PMR. last subject, Math dan KHB..


Disebabkan tok takut tinggal seorang (walaupun siang) dirumah kami..aku menghantar tok ke rumah Pak Lang..janji aku,
"malam nanti, lepas balik tuition  akak datang amik tok ye.."
manisnye janji aku..
tuition habis sebelum maghrib..aku balik rumah dulu..cadangnya nak keluar semula untuk jemput tok dari rumah Pak lang..tapi aku berlengah-lengah..dan akhirnya malam tu aku tak jemput tok...dan yang aku sangat pasti..tok memang akan tunggu aku..sebab tu janji aku...


Malam tu aku tidur macam biasa..tapi awal pagi aku terbangun..
"alamak tookkkkkk!!"
iye aku cuai! aku lupa yang rumah Pak Lang, toiletnya jauh kebelakang (selepas  ubahsuai)...alamakk..tok sekarang ni memang kerap bangun "buang air" waktu malam..jadi bayangkan kali 3 kali tok bangun malam tu..dan aku yakin sangat dari tempat tidur tok sampai ke bilik air mungkin makan masa 10 min berdasarkan keadaan tok berjalan...


kejamkan aku??
kenapalah aku tak jemput tok semalam?????
kesian tok..
kenapa la aku cuai..masa tu dalam hati aku cuma satu..



"KALAU JADI APA-APA PADA TOK MALAM TU..AKU TAKKAN DAPAT MAAFKAN DIRI SENDIRI"


pagi-pagi lagi aku pegi jemput tok...maaf tok..hasil dari perbuatan aku tu..sampai hari ni aku nampak tok letih sangat..mungkin gara-gara aku..tok asyik tido je..:(


terima kasih Allah sebab bagi aku pengajaran ini..aku takkan lupa..

Wednesday, October 13, 2010

you're not alone...INSHAALLAH


Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side

Chorus:
Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You'll find your way

Every time
You commit one more mistake
You feel you can't repent and that it's way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full shame
But don't despair
And never lose hope
Coz Allah is always by your side

Chorus

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don't let me go astray
You're the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way

InshaAllah
InshaAllah
InshaAllah
We'll find the way

Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
© Awakening Records 2009

pinjam lirik ni..specially dedicated to somebody who is facing great trial now..hopefully he would be strong enough to face this..i want him to know that Allah always with him..INSYAALLAH..
hanya doa kepadanya..sesungguhnya DIA menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kamu..semoga kamu tau saja bahawa yang ESA takkan menguji hambanya yang tak mampu untukmengharungi dugaan  ini..

walaupun ada rasa penat, walaupun ada rasa lelah..
sesungguhnya semoga itu hanya satu permulaan..
permulaan yang dijanjikan akhiran yang lebih baik olehNYA..

walau memandang itu lebih senang
walau memandang itu lebih ringan..
walau yang memandang tidak merasa..
walau yang memandang hanya mampu memandang...

semoga yang mengharungi terus tabah..
semoga yang mengharungi lebih gagah..
semoga yang mengharungi lebih istiqamah...


Sunday, October 10, 2010

Teori Gas Diffusion..

gas tersebar..
molekul-molekulnya bergerak..
Brownian motion..semua tu kuasa Allah..


pernah dengar kisah jiran tetangga yang berbeza darjatnya? sebuah rumah kecik yang terletak berhampiran dengan sebuah mahligai yang tersergam indah? Yang tinggal di dalam mahligai itu sudah tentu sangat kaya bersama harta yang tidak terhitung..manakala yang tinggal dirumah kecil sudah tentu simiskin yang hidup susah..


tapi apa yang memusykilkan si pemilik mahligai., penghuni rumah kecil hidup sihat, gembira dah bahagia..tapi pemilik harta yang melimpah ni kurang sihat, sering sakit dan tak ceria..maka keluar la tuduhan-tuduhan tanpa asas ...sampai la satu tahap menuduh yang si miskin mencuri makanan dari rumahnya yang tesergam indah tu..


tuduhan itu dijawab dengan bersahaja oleh tuan rumah kecil.."saya kenyang ambil bau dari makanan rumah tuan"
sudahlah kaya harta melimpah ruah tapi sangat tidak rasional bila bertindak..
"kamu harus bayar balik harga bau yang kamu sudah hidu"
terkesima tuan rumah kecil itu..lalu 
"sekejap tuan saya ambilkan duitnya"
tuan rumah besar menanti habuan barunya..
"nah tuan.." sambil menggoncang-goncangkan tabung syilingnya...lalu kembali menyimpan syiling tersebut..
"mane bayaran yg kamu janjikan?" tanya tuan rumah besar dengan bongkak..
"seperti mane saya menghidu bau..tuan juga terima bayaran dengan bunyinya saja"


adakah cerita yang selalu kita dengar tu menjadi bukti teori gas diffusion?? tapi tadi aku sangat lapar..tapi selepas merebus makaroni aku jadi kenyang!! haha proven kah teori itu?
lalu teori yg lain juga terbukti?seperti....


1) kenapa tukang masak mudah gemuk walaupun kurang makan?
2) kenapa anak kepada tukang masak juga gemukk sebab dapat makan + hidu bau yang sedap2??
3) kenapa P.Ramlee kenyang dalam cite 3 abdul tu???