Showing posts with label mereka kesayangan saya. Show all posts
Showing posts with label mereka kesayangan saya. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

Astaqfirullah hal azim ~ aku merasa kalah

subhanallah..




astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astagfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim


Ya Allah.. kadang-kadang rasa tak tertanggung. kadang-kadang rasa nak pecah empangan ni..mungkin sekarang dah pecah pun..


subhanallah


astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim


sesungguhnya semua "astaqfirullah hal azim" ni aku taip dan bukan copy paste.. Aku masih belum boleh tenang..kata Nabi Muhammad SAW. kalau rasa nak marah, kalau tengah berdiri..duduk..kalau tengah duduk baring..dan amik wudu`. tukar suasana...


subhanallah.. aku ni kan hanya manusia biasa.. aku tau lebih baik aku mengadu pada Allah dan bukan conteng disini. aku perlu menukar suasana untuk channel rasa marah ni..


kadang-kadang aku rasa menggigil. aku dah lepaskan pun tadi..
kenapa mesti macam ni? adik seorang je pun.. kenapa ego dia tinggi sangat..
salah kami didik dia dulu =( ?
dihati ni rasa pedih sangat..
sampai bila dia nak macam ni? 
aku tau aku harus sabar..
tapi kebelakangan ni bila aku lebih cuba untuk guna ''hikmah'' dalam menegur dia makin menjadi-jadi..


astaqfirullah hal azim.


aku cuba tarik dan lepas nafas..


hari ni adik tak pegi sekolah lagi. alasannya hanya sebab aku lambat iron baju. Ya Allah..
dah banyak kali aku tidur dan cuba tido bila hati pedih sangat..


subhanallah




aku ke yang tak bersyukur?
aku ke yang salah?


aku rasa down sangat setiap kali dia buat salah, aku tak mampu tegur dan setiap kali dia tak pergi sekolah.. aku DOWN sangat...


mungkin sebab ni hati rasa nak menjerit keluar.
hati menjerit nak pegi seminar Ustaz Hasrizal sebab nak tahu "hikmah" Luqman dalam menasihati anaknya. aku nak sangat apply pada adik. belum terlambat nak lembutkan hati dia..


:(

Tuesday, April 10, 2012

Adik syukri yg akak sayang kerana Allah~ pencetus rasa geli dihati si adik

Alhamdulillah


alhamdulillah dapat masa tambahan sehari lagi menghirup oxygen dengan percuma..Subhanallah. terima kasih Allah setiap kali membenarkan gas diffusion berlaku di alveolus.


alhamdulillah :)


err~ apekah aku merepek? barangkali buat revision subjek sains tingkatan tiga..teringat pulak kata-kata Dr Muhaya yg baik hati.. "seorang doktor patutnya rasa bersyukur kerana dapat belajar betapa agungnya kuasa Allah dalam sistem anatomi manusia.." *bukan la sejibik Dr Muhaya ckp camtu..tp lbh kurang tu la yg isinya..


kan doktor2 sekalian? kan  bakal doktor sekalian.


tapi jangan salah faham..kita2 yg bukan doktor ni pun dah melimpah ruah rahmat Allah tauuu..
kan?


rahmat pegi shopping contohnya!


 huwaa..memang la rahmat sebab kalau Allah tak bagi rezeki, takkan pulak nak shoping pakai pencungkil gigi. toothpick mat saleh kata.. hatta  toothpick tu pun kn beli dengan Rahmat dan Kasih sayang Allah tauu..padahal aku nak bagi contoh tahi gigi or bulu hidung macam orang selalu cakap. tapi tak sopan pulak dan akan menjejaskan keayuan. ke kekayuan aku! haha




Cakap bab sopan, aku sedar diri yang aku ni bukanlah seorang yang lemah lembut sopan santun macam Ustazah Fatimah Syarha yg kusayang kerana Alah itu. Benar, kelembutan memang boleh buat orang jatuh cinta dengan kita. ehemmm..bukan cinta lelaki tau.. cinta/sayang/suka maksud aku disini. ehe.


Oke. Ayah aku orang utara. orang utara ni kan ke cakapnya agak "keras" pada pendengaran orang. tapi dalam hati ada taman  hati baik. insyaAllah :) Jadi as the principle " what you see is what you believe" kami adik beradik pun sebenarnya agak kasar dari segi ukuran skala manusia duniawi. 


mulut pedas.. ehh sape suka pedas angkat tangan!.. haha 


shut up!


haha..
ok saya serius!


"delisa sayang ummi kerana Allah..."
aku menangis terus dengar 2kali. sekali masa first time tengok, second time masa sesi merenung hakikat festival heart4islam hari tu..


"...adik-adik yg akak sayang kerana Allah..." 
perkataan yg keluar dari mulut Ustazah Fatimah Syarha yg cantik dan solehah itu.. aku hampir menangis jugak..


kenapa? aku pun tak pasti tapi seolah ada sesuatu yg aku rasa dengan frasa itu..sejuk dipangkal hati. seolah ade satu roh bahagia yang tersuntik..memang benar, dah lama aku cuba untuk jadi pendiam sebab mahu minimumkan dosa, banyak bercakap..maka banyak hati akan terluka, terasa..so, banyak la dosa. 


nak jaga hablumminannas


iyeee..tepat sekali. as Allah gives me two ears and one mouth, i should listen more than talk.. tapi kadangkala mulut aku ni terbabas jua. ehe :P memang sejak kecik aku ni kategori yang "banyak mulut" terlebih ramah kata adik-adik..


semalam seharian aku berlatih dalam senyap. berlatih berlembut dan mengawal volume, pitch dan frequency percakapan aku. :P


aku: Adik syukri yang akak sayang kerana Allah, pegi la mandi


kebetulan adik ke3 ada semalam..jujur dia cakap


"akak, geli la dengaq hang cakap camtu"


hahahah..hampeh! aku lepuk dia.haha susahkan nak berubah. mula-mula dah ade obstacles. tapi kalo takde halangan takkan ada kemanisan perubahan 
kann?


betul kannn? baik mengaku sekarang!


semalam..aku cuba sebanyak mungkin menggunakan ayat


"adik Syukri yg akak sayang kerana Allah......."


"adik syukri yang akak sayang kerana Allah alangkah hebatnya kalo kaki yg berotot dan gebu ni digunakan untuk melangkah ke masjid..."


"adik syukri yang akak sayang kerana Allah alangkah indahnya kalau basikal fixie yg oren itu dikayuh ke masjid rumah Allah.."




disclaimer: "......." bergantung kepada apa yg aku suruh dia buat. adik bongsu memang begitu.. dalam hati ada taman..tapi letak harimau depan pintu taman..degil tapi sebenarnye taaakkkk!


last sekali malam tadi sebelum tido keluar jugak ayat


"akak yg saya sayang kerana Allah.... bla@!~ blablabla......"


hahahaha aku gelak besar sebab. nampaknya mungkin dengan cara yang lembut dan sopan tu nanti dia akan jadi lebih mudah dengar kata..


Ya Allah, kau lembutkanlah hati adikku ...


adik bongsu si Syukri tanya


"kenapa Akak sayang saya kerana Allah?"


aku jawab


" kerana Allah takdirkan adik jadi adik akak, jadi kenalah sayang adik kerana Allah ..akak tak mau sayang adik sebab :


MUKA ~ sebab adik tak ensem
PERANGAI~ sebab perangai pun tak berapa elok. hahaha@!~
FIXIE~ tu duit mak!


*dan beberapa perkara yg kena *tetttt**tet*


haha saja amik peluang nak menyakat dia..:) 


aku tambah lagi.. kali ni mak ikut campur sekali..


"...andai boleh beli perangai yg paling cantik kat kedai, kami sanggup beli untuk syukri..kami sanggup beli hati yg baik kalau ade jual kat kedai untuk letak kat hati syukri..."


"walaupun mak takdak duit banyak..mak akan simpan jugak dan kumpul banyak2 sebab nak beli yang terbaik untuk anak mak..."


aku tengok dia diam. Ya Allah semoga hatinya tersentuh..


waktu maghrib pulak, adik no4 pulak provok dia


"adik, solat la cepat.. takkan nak suruh kak anah cakap adik, kak anah pun sayang adik.."


hahaha..aku tengok dia gosok-gosok mata..macam nangis je. terharu ke?


Ya Allah kau lembutkan hati dia..




inilah adik syukri yang kami sayang kerana Allah :)






konklusi: aku akan mujahadah betul2 dalam hal ni..semoga Allah permudahkan urusan ku. Ya Allah kau lembutkan lah hati dia...:)
errr~~ tapi kalau tak gaduh-gaduh manja dengan adik beradik.. nanti sunyi pulak @!~









Sunday, March 18, 2012

Cik Beah Osem - Burung Kecil (feat. Angry Bird & Friends)








comelkan siburung kecil tu..comel la jugak cik beah osem tu..


alangkah pemurahnya Allah..Allah dah bagi banyak sangat kat kita..kita je yg tak pernah nak rasa syukur..
aku la tuu.. aduhh..sedangkan burung kecik yang cuba membantu tu pun Allah bagi ganjaran. kita ni kalau lambat-lambat solat pun tetap dapat percentage inhalation gas yg sama. kan? bayangkan macam mana kalau Allah kurangkan percentage oxygen dalam inhalation gases kita? kita bukan boleh nampak oxygen tu nak boleh pg nak sedut banyak-banyak pun...


tapi..masih lagi tak bersyukur :( aku la tu~


baru- baru ni terdengar dalam radio..radio lagiiii...~ hehe
ye la sumber maklumat tu..


andainya seorang hamba Allah tu ada satu dinar~  1 dinar yang dibelanjakan
~ pada jalan fisabilillah
~infak untuk agamanya
~untuk kebaikan dan kegunaan saudara-sauradanya


antara ketiga-tiga tu dinar yang paling mahal nilainya adalah yang dibelanjakan untuk saudara-saudaranya. tengokkk.. besaarnye hikmat berkasih-sayang sesama saudara.. membantu saudara dan keluarga sendiri.. untung la orang-orang yang berbakti pada keluarga (dengan syarat dia menjaga ibadah asasnya) kan?


rasa kerdilnya diri sendiri.. tak menyumbang langsung..:(




jadi, ehemm..kan ke kena sembunyikan semua kebaikan seperti kita sembunyikan kan keburukan diri sendiri. ye la..manusia iman kulit bawang memang la mudah lupa. mudah sangat riak..kan ke hilang nanti semua pahala..hehe nak jadi manusia munafik ke kalau riak?


takmooooooooooo...


jadi, cik syuhada sila lah bersila  jangan terlalu merendah diri*pada  diri sendiri dan rasa down* walaupun tak dapat tolong bagi duit juta-juta..tapi awak still jugak tolong ape yang awak mampu kan?


awak ade masa 24jam sehari ~ jadi jangan kedekut guna masa tu utk tolong adik bradik..
awak ade bumblebee ~ jadi jangan malu-malu tolong antar adik kesana sini
awak ade duit sikit~ jgn kedekut buncitkan perut adik-adik, top up2 byar bil utiliti rumah
awak ade bnyk baju~ bagi adik yg dah gemok pinjam *ini kurang ikhlas*


kannn~~?


konklusi: terpujuk dengan video cik beah pasal burung kecil dikala down sebab rasa useless..ishh tak baik tau berputus asa..yg putus asa tu kan org2 kafir je..cheer up! oyeahhhh









Tuesday, March 6, 2012

Jatuh hati di Radio

assalamualaikum...


ehhhh..bukan cam lagi yg jatuh hati diradio tu ye..ni hati dah tergolek bila dengar bait-bait kata kat radio tuu...hehe eh, intro dulu pleasee!


ehem..ehem..testing 1 2 3


whaaattttt? hari ni dah 6th March? fuhh..demi masa..sesungguhnya manusia dalam kerugian.. aduss..bukan tak tau dari dulu dah tau..tapi sampai tua bangka masih tak boleh urus masa dengan effective.
ishh..cikSyuhada ni..


hehe..
lately, banyak sangat buku. sebelah kanan bantal, sebelah kiri pun ade buku..silap-silap bawah bantal pun ade buku..punya la excited nak habiskan buku-buku tu..sampai lupa plak kat blog..hehe alasan alasann
memang pun manusia ni nak bagi alasan je kan..?




ni la....dua-dua pun nak baca serentak..haha rakus!


best la..mmg imaen tak pernah mengecewakan daku. uhuk :P


ni pun kena baca slow2 nak hadam isinya
hahaha...ni la antara yg bergelumang dengan aku minggu ni dan minggu lepas..best kan? best..baru-baru ni adik pun cadangkan nak beli almari buku yg baru..since bilik aku dah macam perpustakaan mini..rindu betul kat buku-buku aku.tak boleh berjauhan sebab cik Syuhada ade sindrom NAK BACA SEKALI LAGI DENGAN KADAR SEGERA.. nafsu tu kadang-kadang tiba-tiba je menyerang..haha. pelik tapi benar.

memang diakui..semakin banyak membaca, semakin rasa tak cukup-cukup..insyaAllah perasaan yg sama kalau baca Alquran jugak..ade satu perasaan berbeza. macam satu solution of mending my heart. jadi bila sedih, susah hati, rasa down. sebelum balik rumah mesti singgah kedai buku. beli satu buku. balik baca dan legaaaa..lega macam mana? mcm org segah minum Eno halia..haa..camtu la rasanye..

semoga perasaan dan keinginan ini semua bukan sementara. ye la..iman nipis kulit bawang macam cik syuhada ni memang la selalu turun naik..kalo nak bandingkan dengan garisan kontur dalam georafi tu..kadang-kadang cerun landai..kadang-kadang cerun bertangga dan kadang-kadang terus curam..subhanallah.. semoga aku mampu isthiqamah =)

banyak lagi perkara asas yg kena mends sana sini. lubang-
lubang ditampung..agaknya kalau aku ni permukaan jalan raya..macam jalan dari Teluk Intan ke Kuala Selangor..kalau pakai kereta Malaysia mcm aku.. ala-ala main bumpcar..hehe

semalam, dalam kereta nak pegi mengajar seorang ustaz diradio IKIM.fm..macam biasa la ustaz tu memang aku tak kenal..sebab sesetengahnye aku kenal dari suara..kalau ustaz AI, u.Zahazan, U.norhisyam..kenal..ini suara yang aku tak familiar..tapi ape yg ustaz tu cakap memang menerajang tangkai hati..

"...kita kena jaga ibadah asas. sebab ape-ape pun ibadah asas itu lah yg Allah akan hisba dulu..walaupun kita ni baik macammana pun..walaupun kita ni berjuangan dengan muamalat islam sekalipun..kalau kita tak jaga ibadah asas je, Allah tak terima..jadi debu-debu berterbangan je ibadah umum kita tu..

jadi kalau asyik meeting, kerja sampai tak boleh luangkan masa untuk solat tu..tak guna.. jangan anggap solat tu anti-klimaks bila kita tgh kusyuk kerja..sebab Rasulullah saw pun pernah cakap 

" Bilal, laungkan Azan, rehatkan kami dengan solat"

kata ustaz tu lagi kita kalau nak cari pemimpin, ketua..kenalah cari yg jaga ibadat asas, sebab orang yg jaga ibadat asas ni tendency untuk dia jaga amanah atas ibadat lain pun tinggi..sebab dia amanah dengan Allah."

* ucapan ustaz tu aku edit la ikut kefahaman aku..tp macam tu la yg ustaz tu nak sampaikan. Tq ustaz-taktau-nama-tapi-saya-dah-suka. 

jadi..aku nak mengingatkan diri sendiri disini..berubahlah..better late than never ye cikSyuhada..

"Ya allah ya Rahman..bukakanlah hati-hati orang -orang yang aku sayang..limpahkanlah mereka dengan hidayahMU.."

konklusi: untuk wanita diluar sana juga..tak payah la nak berusaha cari yg soleh,* ehhhh..bukan nak suruh cari yg tak soleh pulakk* tapi solehahkan diri sendiri..maksudnye macam ..kita usaha jadi solehah dulu sebelum mengharap dapat yg soleh..haa..tu sebenarnya ;0 amanah dengan Allah dulu sebelum terima amanah yg lain kaaan?


Thursday, February 2, 2012

indahnya jadi wanita feat surat untuk ayah





indahnya jadi wanita,perempuan, gadis. jadi gadis sunti pun best. gadis suntuk?? pun boleehh..bole tahan best.andai diikut kronologi keindahan bergelar wanita seperti diatas, aku masih ditahap pertama.

"when she is a daughter, she opens the door of JANNAH to her father"

bila dah dengar macam ni baru tahu..uhuuu beratnye tanggungjawab sebagai ayah. kena tanggung anaknye. hmm..sian ayah aku. 



Surat buat ayah

Ayah,

maaf ye yah, dah banyak buat dosa. Harap-harap lepas ni Allah kuatkan hati dengan rahmat dan kasih sayangNya..i ‘ll be the one who gonna opens the door of Jannah for my father. Im struggling ayah..
I am struggling to be a better muslimah. I hope it won’t be a short term repentance. Hehe karang bila senang lupa tuhan pulak.

Forgive me ayah, your daughter with one-cell thick iman.


 Hehe, but I am struggling. Yes, it is so true ayah..

I am not yet someone’s wife, so I am totally protected by you. I just realized those I should realize long lonnggg ago. I hope this is not late.

Better late than never.  Kan ayah?

Ayah,
Struggling is not easy. I need to sacrifice my “happiness”.. err it sound that my ayah is cruel by letting her anak pompuan kesayangan to suffer. No.. nooot that “happiness” that could lead me to jannah. It it just keseronokan dunia je ayah..i just realized it..ampun ye ayah.

I found it so hard at the beginning,but I can make it at last. I am not totally forgetting my “keseronokan dunia” but few of it that would send me to neraka. Takuuuuttt.

Ayah,

I was nearly surrendered at the beginning of my mujahadah. But thanks to Allah. Allah loves me.as much as you love me. No.more than you love me.everyday is hurtful to see, to remember, to think of “something” that I left behind in hunting for the loves of Allah.

Ayah,
I will always remember these words:
“ boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu..boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.Allah maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui…” ~

(Verses from Allah in Al-Baqarah:216)

I know ayah, dalam islam takde kebetulan.everything is fated..only interchanged by God’s will. Effort and doa.~versus(hlovate)

Ayah,
please don’t be mad if I wanna stay longer with you.
Please don’t be mad if I wanna “mengekor mane ayah n mak pegi”
Please don’t be mad if I act like anak bongsu..

Ayah,
I don’t know what will happened tomorrow, I am not scare of tomorrow because you will be there for me in the blessing of Allah.

From,
Anak bongsu kesayangan.

Ok habis. Surat untuk ayah..haha harap-harap ayah tak baca. Confirm ayah tak tau! Tapi sapa bagitau siap la..:P

Alangkah bertuah pada wanita-wanita yang lainnya yang sudah pun melengkapkan “deen” suaminya. Jadilah isteri solehah yang taat pada Allah dan suami.Semoga jodoh itu yang mendekatkan kalian dengan tuhan. Sungguh seronok bila tengok adik yang baru berumahtangga pada malam pertamanya whatttttttt?tengok berjemaah solat bersama suami. Indahkan? Pernah dulu mengimpikan perkara yang sama, insyaAllah suatu hari nanti. Tidak disunia, mungkin aka nada jodoh disyurga. Layak ke?


I am struggling!

Bila sudah separuh kehidupan lengkap, menanti cahaya mata. Fasa baru akan bermula bila syurga terletak dibawah telapak kakinya. Mulia sungguh kejadian seorang wanita, darjatnya disisi Pencipta. Cabaran besar dan dugaan.tabah ye semua wanita bergelar ibu… “)



konklusi:lelaki diluar sana..tak jeles ke???



Friday, January 27, 2012

Ku milikmu





assalamualaikum =)


ku milikmu..
ape yang anda ingat bila "ku milikmu"?
bukan la lagu datuk siti ye...


sebenarnya, masa nak tulis entry ni..hati masih berdebar-debar lagi..tak tau rasa tu macam mane..
nak kata tak sedap hati pun tak..nak terlalu sedih  pun tidak.. tapi terasa macam dalam kepala ni asyik aksi ulang tayang musibah yang melanda keluarga student yang aku kenal...


semalam sebaik je balik dari melawat keluarga yang ditimba musibah tu, aku pulak yg seolah fobia. tak tau kenapa..yang pastinya Allah nak aku belajar sesuatu.mungkin. Tuhan sedang berbicara..


memang sejak-sejak 2012 tiba ni..aku dah 3series agaknye..kesan umur yang bertambah tu membuat selalu sangat fobia dihantui dosa-dosa dan asyik teringat mati..hehe mengapakah? perubahan hormon mungkin.. (=


macam kat kepala ni..teringat cemane kalau umur 40 masih belum berubah kearah kebaikan..takutnye..ngeri sangat. semoga Allah mematikan aku dalam keadaan Islam dan beriman..


setiap musibah dari Allah tu sebagai peringatan kepada kita hamba yang lemah ni..seolah Allah sedang mengingatkan aku bahawa 


"setiap satu yang ada sekarang ni..hanya pinjaman Allah je, jadi kalau Allah nak amik balik... zasss! sekelip mata hilang dari kita.. harta yang dikumpul dari titik peluh, kerha keras..bersengkang mata..Allah nak ambil semula. sekelip mata..tanpa disangka-sangka..hilang"


takutkan? takutnya bila selalu saja meringankan setiap apa yang Allah perintah..bak kata Imam Ghazali melalui soal jawab dengan anak muridnya..


Yang paling hampir dengan manusia ialah KEMATIAN
yang paling jauh dengan manusia ialah MASA ~ sesungguhnya demi masa manusia itu dalam kerugian..alangkah banyaknya masa aku bazirkan..yg langsung tak beri manfaat walaupun pada diri sendiri =(


yang paling berat bagi manusia : memegang AMANAH. ye kalau dah bab duit tu mamang la semua boleh kelabu mata..takutnye kan?


yang paling ringan bagi manusia bukan kapas, bukan juga angin..sesungguhnya yang paling ringan aialah meninggalkan SOLAT. subhanallah.sangat betul..malunya dengan Allah. semoga Allah kuatkan hati-hati kita.solat tu kan yang paling utama akan ditanya, akan disoal di sana nanti..rugilah kalau kita baik, sopan dan anak yg taat kalau kita tak solat..




semoga keluarga yang ditimpa musibah tu bersabar. semoga musibah ini sebagai penghapus dosa. semoga musibah ini dijadikan iktibar pada kita agar selalu berhati-hati.. semoga muncul hikmah yang besar disebalik semua ini..Allah takkan menguji sesuatu yang diluar kemampuan hambanya..




allahuakbar..
hmm :(


subhanallah
gambar-gambar tempat kejadian: kredit untuk tuan punya rumah.






andai aku ditempat mereka, aku tak dapat gambarkan bagaimana aku ketika ini..aku tak dapat bayangkan sekuat mana aku. 


"ya Allah lindungilah mereka-mereka yang aku sayang.."




Hikmah pesan Nabi bila menyuruh kita pandang kebawah, pandang orang yang lebih susah dari kita, pandang orang yang lebih berat ujian daripada ujianNya pada kita. sentiasa bersyukur la dengan apa yang kita ada..


konklusi:malunya dengan Allah bila asyik sangat dengan dunia..padahal bekalan untuk ke akhirat belum pun cukup. sungguh malu sangat. .







Friday, March 11, 2011

"AWAN" ku Farhan Raziq

aku pesan pada Awan..."awan nanti besar cari Dania tau!"
apalah yang awan tau..budak kecik yang helpless berusia 5bulan..sengih-sengih pandang aku..
erk? Awan paham ape along cakap?
uisshhhh! bahaya ni Awan..jangan cari Dania yang macam "AWAN DANIA" tu..awan cari Dania yang solehah la ye..


hehehe:P
dengan budak 5 bulan pun nak merapu-rapu..macamlah dia paham...ok!
ishhh...bahaya la budak Awan ni..hari tu papa dia cerita kat kami...


papa awan: awan suka kalau berjalan duduk senyap dalam stroller...tapi kalau yg agah dan senyum tu orang lelaki memang dia tarik muka nak nangis..
aku: kalau pompuan?
papa awan: tersenyum dan tergedik-gedik gelak!
aku:?????????


kan dah cakap bahaya budak-budak zaman "super junior" ni...


dari kecik-kecik lagi kalau cakap bab kawin budak-budak bukan main excited lagi ...
kalau tak percaya ...
siapa yang excited nak tengok pengantin?
siapa yang excited nak serang semua lauk pauk atas meja pengantin?
siapa yang nak belek-belek baju pengantin?


sudah tentu budak-budak kan...tapi tu mungkin zaman 80's punya budak-budak..tak macam budak-budak zaman sekarang..budak-budak zaman "super junior"..gagah perkasa dan matured habis.. :)


eh..tadi cerita pasan AWAN ni kenapa la pulak cite pasal kawin?? hilang fokus ke ape cik Syuhada?..haha ok2 sekarang cik syuhadacuba nak relate kan semula....


pasal AWAN yg adorable tu la aku penag terasa macam NAK KAWIN !!!!!!!! haha berani mati punya pengakuan kan? ..ye la mana taknya experience yang tak sampai seminggu jaga AWAN buat aku rasa bestnyaaaaaa kalau ada anak..


apa kau fikir macam nak jaga anak tekak je? semudah ABC semuanya??? apekah begitu...tapi tu la..yang sebenarnya apa yg difikirkan....


tapi bila orang start tanya aku...BILA NAK KAWIN???? aku ada jawapan baru..


"bersabarlah dengan apa yg ALLAH rencanakan..sesungguhnya kita sentiasa ada dalam pemerhatian ALLAH" 


cemane jawapan saya? dah try dalam beberapa version dan ada yang speechless bila mendengar jawapan berkenaan..jadi boleh jadi modal ni...:)

semalam tiba-tiba terlintas nak tulis ni...


jika kau tanya cintaku padamu..
akan ku kata "aku mahu jadi milikmu"
jika kau tanya kasihku padamu
akan ku kata aku telahpun sayang padamu..
jika kau tanya perasaanku padamu..
akan ku kata aku terlalu suka padamu...


tapi..
tapi Dia?
tapi Dia bagaimana....


aku tau aku duakan DIA
aku tau aku alpa..
aku tau aku mengabaikanNYA
aku malu....


aku malu mengaku cinta
aku malu mengaku sayang..
aku malu mengaku kasih..
aku malu mengaku DIA kekasihku
KERANA AKU TIDAK SETIA 

Tuesday, March 8, 2011

hectic schedule ? tipu kot...

hectic la sangat!
haha memang pun..


ok..tak puas hati? 


pagi-
uruskan adik bongsu ke sekolah..iron baju dan susunkan buku..dia ni jenis yang susah nak bangun tido..pagi-pagi memang perang dunia ke 4 kalau nak kejutkan dia bangun...


sambil-sambil masukan baju dalam mesin, kemas-kemas rumah..masuk bilik lagi dan kejutkan dia..pernah sekali aku bebel pagi-pagi


aku: adik ni ..nak bangun pun susah..hari-hari akak kena marah adik, nanti belum pun umur akak 40 thn dah berkerepot sebab pagi2 dah membebel..


adik: biar la..muka akak..bukan muka saya!


9 pagi
by the time dah kena ada dekat kedai..jadi tukang angkat pinggan mangkuk, tukang basuh periuk belanga! bukan yg sedang-sedang tau!! memang besarrr punye...


ep, tapi sekarang ni banyak spend masa kat rumah je pagi-pagi..buat apa yg patut..entertain tok terchenta ke..? hehe


12 tgh hari
aku dah bungkus-bungkus lauk ape yg patut dan bawak balik rumah untuk adik bongsu..kan senang, masak kat kedai je..tapau balik umah tak yah buat keje banyak kali kan? haha dasar rajin! kelentong~


3ptg - 10malam
tuition..bla...bla..blaaaa... membebel kat kelas...


10.30 malam
sampai rumah..letih macam nak tidur terus ke dalam kete..huhu kan? tapi mane boleh..kenalah tidur ditempat yang best dan selesa...


esok pagi semuanya akan berulang sampai lah hari sabtu..pastu ahad hidup bahagia...ohoo malangnya bahagia hanya sementara..


masa bila pulak aku nak wat kerja-kerja lagha kurang berfaedah tapi best sampai menjilat siku? FB, blogging, chatting..bila??? bila??


jawapannya: bila aje ade masa terluang, dan masa tu aku ade lappy dan ade b.band..masa tu kalau aku tak berebut dengan adik bongsu..aku memang tak melepaskan peluang keemasan..haha time nak tunggu maghrib pun sempat lagi nak blog sambil FB..


nampak takkkkk??? nampak tak betapa pandainye menguruskan masa..kan? tapi bukankah lagi baik pegi joging ke..boleh jugak keluarkan peluh..ni jari pun tak berpeluh..kurus lagi lah tidakkk!


konklusi: masa kita 24jam sehari..tanggungjawab kita nak susun semua tu...cuba fikir cikSyuhada..kalau sebelum blog *sebelum maghrib tu* kan elok kalau dapat satu "ain" dulu..haha..kan cikSyuhada kan??

Friday, January 7, 2011

selamat ke? atau hanya Kasim yang Selamat?

Dulu dan sekarang...sudah tentu terlalu banyak perbezaan antara dulu dan sekarang...dari pelbagai perspektif


cara hidup
pergaulan
permikiran
dialog
kehidupan


setiap satu inci dari hidup sekarang memang sangat berbeza, tak terlalu melampau jika dikatakan yang hidup "dulu" lebih selamat dengan hidup sekarang.. kan? kan? aku rasa bertuah..sebab dapat rasa perubahan besar tersebut..daripada hidup yang dahulu dan keadaan hidup yang sekarang!


kalau nak dihurai satu persatu memang lenguh jari..hehe
tapi kalau dipandang dari satu sudut "perkembangan teknologi".. memang sangat berbeza..bila dulu tak kenal mana satu handphone, hanya golongan berada saja dapat memiliki handphone..


tika melihat anak-anak seusia 7 tahun sudah memiliki handphone, aku ?memang kurang  setuju..mungkin tak mustahil untuk berkata tidak setuju langsung..tambah-tambah lagi kalau jenis telefon yang berkamera..sangat bahaya bagi kanak-kanak dan remaja yang baru nak "kenal dunia"..


melalui telefon  banyak aplikasi yang sukar dipantau oleh ibubapa...kebanyakan file boleh di"hide" agar ada yang tak tahu..aku baru saja menonton rancangan talkshow OPRAH.. pengakuan seorang remaja yang berpengalaman diculik oleh kawan cybernya...bayangkanlah usia 13 tahun..dijadikan hamba seks kepada seorang lelaki yang ganas..dia dirantai, dirogol..aksi2 tersebut dirakam..namun dia bernasib baik kerana berjaya diselamatkan..


bayangkan kekuatan gadis tu untuk berhadapan dengan umum dan menceritakan pengalamannya...tidak lain tidak bukan untuk memberi pengajaran kepada remaja lain agar tidak terlibat dalam tragedi yg pernah menimpanya...puncanya? telefon dan internet....


aku yang tak kenal dia pun terasa sangat terbeban dengan apa yang dia alami..scary bukan...? dunia makin tak selamatkan?


minggu lepas, hantar adik ke-4 *ramainya adik saya* ke UNITAR subang.. adik sewa rumah berhampiran dengan uni tu..mentari court kalau tak silap..ape yang menakutkan aku bila sepanjang hari disitu aku jumpa banyaakkkkkkkkkk sangat "mamat negro"..mintak maaf kalau aku racist..tapi serius aku cuak la jugak..walaupun aku berlagak macho  depan mak dan ayah..tapi dalam hati cuak kotttt....


waktu pendaftaran, masa aku sibuk-sibuk cari housemate untuk dia tiba-tiba seorang "makcik jelita" menegur aku...


makcik jelita: ni sewa rumah kat mana?
aku jelita :mentari court..ni baru nak cari housemate..
makcik jelita: hati-hati ye kat sini...kalau nak keluar jangan sorang-sorang..
aku jelita : terima kasih..*sambil tersenyum jelita*
makcik jelita: kat blakang ni..naik tangga sana tu ade stesen LRT tau..kalau nak pegi mane-mane jalan pegi sana..hati-hati ye!


daripada kejadia diatas boleh dirumuskan dua perkara
1. makcik yang memang jelita berkenaan sangat prihatin dan baik hati..sudahlah cantik jelita, baik hati pula..
2. aku sebagai watak diatas perasaan akulah "student" itu..nampakkk?? proven! i am 19 ye!! hahahahaha


oke..berbalik pada cerita asal..aku sangat risaukan adik aku yang tak berapa jelita tu..aku siap pesan perkara-perkara karut contohnya
1. tido pakai spender terbalik, elak pukau!
2.pakai seluar pegi kelas ..tak payah pakai baju kurung..supaya senang beraksi kala emergency!


untuk adik yang tak jelita: kalau baca ini sila amik note: baca ayatul qursi je banyak juta-juta kali pun takpe..semoga Allah memelihara keselamatn kamu dan kawan-kawan kamu yang jauh lebih jelita daripada kamu


konklusi: memang kat mana-mana pun sudah kurang selamat :(





Sunday, December 19, 2010

Sambungan Entry Emo

hati mana yang tak rawan kalau terima 3 messages serentak..bila pokok persoalannya hampir sama..


1st msg:
bla akak nak dtg?

2nd:
salam..wak, nape diam je..:( sihat ke?

3rd:
salam, akak chat?

belum pun sempat membalas semua messages diatas bersambung lagi...

4th:
npe akak da xdtg uma? mak rindu akak.Ari2 tnya.da tak tau nak jawab ape.asal ptg je suh cal akak.wlaupun da ada orang ramai, still tanya akak....


belum pun sempat reply dua daripadanya masuk lagi satu message


5th:
akak skg cm mengelak je dr dtg uma.Akak ade trase pape ke? cerita la...


warrrgghhhhhhhhhh.......
bagaimana harus ku jawab agar semua hati tak sakit..agar semua orang bisa tersenyum..
memang aku dah yang di sana belum ada sebarang pertalian..tapi BOND yang sudah terbentuk buat aku serba salah..dalam masa yang sama ada hati yang perlu aku jaga...walaupun aku akui aku memang kerapkali melukakan HATI itu...maaf! 


yes..maaf, sori..memang tak pernah terkeluar dari bibir ni..tapi dalam hati Allah saja yang tau..=_=


takde kata bisa menggantikan..


ada 2 BOND yang aku sayang...


yang pertama yang terbentuk awal..awal sejak aku masih belum mampu menatap dunia..besar jasanya. bukan sekadar BESAR tapi sangat-sangat aku tak mampu membalas..hatta dengan menjual seluruh isi dunia sekali pun. Hakikatnya syurga aku juga dibawah telapak kakinya..


aku tau aku bukanlah yang mendengar kata, bukan lah yang selalu buat dia bahagia..bukan yang selalu ada disampingnya..tapi DIA perlu tahu..aku sangat sayangkannya. DIA yang paling berharga aku pernah miliki. Aku harap untuk aku selalu menyenangkannya...


tapi aku juga ada khilafnya..kadang-kadang aku lupa..bukan "kadang-kadang" barangkali...tapi kerapkali lupa..malah setiap kali aku tersilap langkah..hati siapa yang terguris? tentu hatinya..


"maaf..maaf..maaf...maaf..maaf...maaf...maaf...maaf" walau seribu kali pun tak mungkin dapat mungkin dapat menghapus dosaku padanya...


BOND yang seterusnya..


dia yang kehilangan kesayangannya
sebulan dua ni baru aku kenal dan fahami...bermula atas dasar simpati dan niat ingin membantu..aku jadi jatuh sayang..dia yang kehilangan "kesayangan"nya..seorang yang sering diharapkan dalam segala urusan..pergi dulu tinggalkan dia..seorang ibu yang harus menerima pahit realiti kehilangan seorang anak..walaupun aku tak pernah menjadi ibu..tapi seakan dapat aku rasa..


setiap kali nama aku yang dipanggil..aku dapat rasa dia ingin berkongsi rindu dengan aku...


"terima kasih sebab datang tengok makcik...dapat la mengubat rindu pada yang dah tak ada"
setiap kali tangan aku digengam..sungguh aku sayu..dalam ujian berat yang menimpa kehilangan anak dan kehilangan kudratnya untuk berdiri lagi...bagai jatuh ditimpa tangga..namun hati itu sangat gagah..


kegagahan yang membuat aku jadi kagum...aku kesana, aku bersamanya..bagi aku sekadar untuk melepas beban perasaanya sudah cukup buat aku bahagia..


tapi tadi..dia menelefon aku sekali lagi..kerana hari ini genaplah seminggu aku tak menjenguknya..


"assalamualaikum...ni syuhada ke? makcik nak bagitau ni..bekas buffet yg makcik cakap nak pinjam tu..tak jadi ye..sebab nak buat katering je..ok ye..takut nanti dah bawak kesini..buat susah saja...
okla..Assalamualaikum..."


pendek dan ringkas panggilan itu cukup buat aku tersentak..tiada gurau senda seperti selalu-selalu..aku tau dia  berjauh jati..merajuk hati dengan aku...sebak! itu saja perkataannya...


kalau la boleh aku katakan ini padanya....


"makcik, saya minta maaf ye..saya tak dapat selalu-selalu lagi menjenguk makcik..bukan sebab tak sudi , bukan sebab meluat..tapi saya ada banyak hati untuk dijaga..maaf makcik..sayang sayang makcik.. kerana makcik saja dan bukan kerana siapa-siapa..tapi siapa yg percaya saya kan makcik? sampai budak 11 tahun pun pandang serong pada saya...."


mereka juga kehilangan
hati juga jadi sebak bila ini yang diluahkan...
"akak datang la besok ye..kalau akak takde tak best la..dulu ada kak Eda nak manja-manja..tapi sekarang dah takde..akak datang tau..plssssss."


sebak..



Pada yang ini pula..akan aku katakan...




i luv you so muchhh!



sayang sayang mak sangat-sangat..kalau boleh saya nak mak senyum saja..saya tak mau mak susah hati sebab saya..saya nak mak sentiasa bahagia..saya tak mahu buat salah ..saya tak mahu buat mak berduka..saya tahu..mak punya sekeping hati yang sangat mulia *i have part of yours* 

...mak mahu saya jadi yang solehah..mak mahu saya jaga diri..mak mahu saya jaga perilaku..mak mahu saya sentiasa bersopam... tapi percayalah..saya sentiasa jaga nama baik mak dan ayah..saya selalu ingat pesan mak..saya sayang mak..sangat-sangat sayang..

percayalah..saya ikhlas membantu..saya puas begitu..saya tak kisah kalau orang lain tak percaya keikhlasan dan niat saya..keikhlasan tu kan milik ALLAH..saya tak kisah budak 11 tahun yang pandang serong pada saya..saya tak kisah orang nak cakap apa..sebab saya tau siapa saya dan apa niat saya...

tapi sangat kecewa kalau orang kesayangan saya sendiri menidakkan apa yang saya rasa..orang yang sayangkan saya meragui niat saya =_=


buat mereka:




kesayangan saya
ketahuilah..takde sapa-sapa dapat ganti tempat kamu-kamu dan kamu-kamu dalam hati saya ok!
konklusi: kalaulah jeritan tu boleh redakan perasaan..akan aku pastikan satu manjung mendengar jeritan aku ..








Saturday, December 18, 2010

Takde Tajuk Yang Sesuai

tau tak rasa bahagia sangat bila macam ni..?
mana ada satu orang pun yang tak bahagia bila macam ni..tak ade satu orang pun akan derita bila bermesra gembira macam ni..tak ade seorang pun yang tidak berdoa untuk mempunyai adik beradik yang bahagia macam ni..tak akan ade seorang pun yang tidak mengharap bahagia begini...apatah lagi begini..

Bahagia bukan?

dan sampai bila-bila pun aku akan berdoa untuk terus bahagia macam ni..

selalu ketawa senang dan gembira macam ni..
walaupun masa tu kita dah masing-masing sudah ade degree..
masing-masing sudah drive kete sendiri,
tak payah rebut-rebut kunci lagi!
masing-masing sudah keje..
pegang duit sendiri..tak perlu mintak kat mak lagi..
walaupun masa tu  kawin,
masing-masing dah ada keluarga sendiri..
masa tu kita mungkin tidak akan bergosip-gosip lagi...
walaupun  masa tu nanti kita tak akan tidur sebilik lagi..
walaupun masa tu kita tak banyak masa nak bargaduh-gaduh lagi...
walaupun masa tu aktiviti "raba-raba" dah tak sesuai lagi..hahaha

akak akan tetap doa..kita akan bersatu sampai mati..walaupun akak tak layak mengaku "KAKAK" pada semua..walaupun apa yang akak lakukan seringkali mendatangkan jengkel pada semua..walaupun ade telinga yang selalu kena sembur..semua memang sebab akak kamu semua yang belum matang...!

tapi sape kata best kalo...
~ kena tengking( teguran bernada tinggi) dengan adik sendiri *walaupun tujuannya baik*
~ kena tegur dengan adik sendiri dengan nada yang ***** *sakit tau! sakit sangat*
~bila belum sempat nak cakap perkara sebenar, dah kena bambu!! *sakit sangat sebenarnye*
~asyik ulang-ulang silap yang dah lepas..*lets bygone be bygone la...plss*
~bila nak bercerita tentang sesuatu ...end up dengan "...ieee, seronoknya!" *kalau tak seronok buat ape nak cerita kan?*

bukan ego..tapi kadang-kadang nak jugak dihormati sebgai kakak walaupun kakak kamu semua ini memang sesuai jadi adik yang bongsu saja..percayalah..kadang-kadang rasa malas nak explain ape2..
bagi masa boleh tak? bagi masa...

tak salah nak tegur kakak yang banyak salah ni..tapi plssss..use the proper way..bukan banyak songel..tapi sakit bila kena tengking dengan adik sendiri...akak tak paham..akak cuba buat semua orang paham..
akak ada SEBAB SENDIRI tapi susahnya nak buat semua orang paham....

konklusi : TERIMA KASIH KERANA BUAT HARI-HARI SAYA BAHAGIA