...entry ni bukanlah untuk membogelkan diri sendiri ..bukan jugak untuk mengungkit kisah silam..mungkin untuk menjadi peringatan pada diri sendiri..diri yang kadang-kadang lupa..
iye..macam lupa diri ..itu la sebenarnye..hehe
"hehe.."
bunyi macam gembira? oh tidak! mungkin hanya pada permukaannya saja..dalam hati?? tuan punya hati saja tau..Allah juga tahu kerana Allah Maha Mengetahui..sedih kan??
sedih bila benda yang kita tanam dalam lubang yang paling dalam..tapi semuanya dah dikorek dah dilonggokkan di hadapan kita..sedihkan?? perasaan yang kononnya lega kini kembali....
bangkai gajah..kan besar gajah tu...bangkai gajah kalau ditanam memang akan berbau..lain la kalo taman dalam2 tempat petroleum tu...hehe <-----heehe lagi ..gembira kah?
"hehe" tersebut hanya mengaburi kegusaran penulis sahaja..:D
dulu..mungkin beberapa tahun dulu aku yang alami keadaan ni..tapi sekarang giliran adik aku pulak..tu la tak nak dengar cakap mak..mak kata jangan bercinta..nak jugakkk!! siapalaj saya dibumi ini..manusia yang lemah..selalu kalah dengan godaan dunia..
itu dulu..itu dulu ye..saya yang dulu yang tertipu dengan kemanisan dunia..saya yang kecewa kerana tak cukup kriteria dambaan dunia..
kerana saya tidak jelita
kerana saya tidak berpotongan seperti model..
kerana IC saya ade "08"
kerana itu alasannya saya tidak layak untuk anaknya..
itu hak dia..
itu anak yg dikandungnya..
itu harapannya..
itu untuk syurga yang berada dibawah tapak kakinya...
saya redha..
saya undur diri..
saya mengerti..
itu ketentuan ILAHI..
akhirnya saya temui damai dihati..terima kasih ALLAH yang tak pernah lupa hambanya...
tapi bila saya mula selesa hidup sendiri..
bila saya gembira sendiri..
bila saya tak mahu bersedih lagi...
perkara yang sama terjadi pada adik saya...tapi kini alasannya berbeza..alasan yang berpunca dari satu sebab saja..SEBAB TAK SUKA..
emaknya :
"kenapa nak serius dengan dia?"
anak
"kenapa? "
emak jawab
"ayahnya orang dari parti "tuutttt", jadi mesti kuat agama, tapi kita parti "TUUTUTTTT" tak sama"
anak pelik
"kenapa tak boleh?"
walaupun kelihatan ringan tapi kesannya tak sama untuk insan yang bergelar IBU..mungkin bagi kita simple tapi bagi IBU..seolah-olah luka lama berdarah kembali..dan yang pasti kerana itu IBU susah hati...
*dialog diatas diubah suai tanpa mengubah niat dan maksudnya*
untuk adik2..tabahlah la..kerana itulah hukum dunia..ini baru dugaan kecil..
No comments:
Post a Comment