Monday, October 25, 2010

Kisah Epal

epal..
sedap tu epal..kan? sape la yang suka makan epal...tapi ada kisah tentang epal yang pernah buat aku terfikir dan berfikir..kisah epal tu asalnya aku baca dalam satu majalah..tapi dah tak ingat majalah ape..
tapi suatu hari tak sangka pulak aku boleh share kisah epal tu dengan seorang kawan dan aku rasa sahabat aku tu dapat pengajaran dari kisah epal tu....


satu hari..aku online time tengah hari..ye la kan..kalau tengah hari ramai la kawan-kawan yang online..so aku disapa oleh seorang kawan di chat FB..lebih kurang macam ni lah perbualan kami...
topik biasa..topik pedih telinga..topik sakit lutut mendengar...kesian lutut walaupun lutut takde telinga...


Dia: salam sahabat, ngko bila nak kawin?? *dia pun belum kawin cam aku jugak*
Aku: hahaha..lambat la la...


so, sepanjang perbualan kami..memang kisah-kisah yang hampir sama macam kami..yes, golongan yang belum kawin lagi padahal umur dah 28 tahun dan ramai antara kawan-kawan kami yang anak dah masuk 2 atau tiga...kenapalah ramai sangat yang sangat ambil berat perihal kami..? hatta kawan "baik"sendiri  yang kerap kali menyalahkan kami bila sampai hari ini kami belum pun menunjukkan tanda-tanda nak kawin....


kami sama. Kami kerap "ditudu" memilih...whattt??? ingat macam pilih ikan kat pasar ke? boleh la pulak nak pilih-pilih yang berkenan dihati...bayar, pastu bawak balik umah..macam tu?
tau tak sume ni ketentuan Allah..mungkin ini agenda Allah yang kita semua tak tau..kenapalah susah sangat nak paham..? sapa lah antara pompuan kat dunia ni yang tak mahu disayangi, ada rumah tangga, ade suami untuk disayangi dan menyayangi..sapelah yg tak mahu bahagia bukan???


tuduhan "terlalu memilih" sangat berat bagi aku...sapalah mereka diluar sana yang nak menghukum kami sewenang-wenangnya..tahukah mereka diluar sana paham dan tau apa yg kami rasa?? tahu ke? hanya kami saja yang paham...lebih menyedihkan seperti kata kawan aku tu..SEMUA ORANG SIBUK TANYA AKU BILA NAK KAWIN..SAMPAIKAN MAK AKU YANG DULU TAK KISAH KINI DAH MULA BISING!!! 


nah! nampakkan kesan persekitaran pada hidup kita??nampak??


aku tanya kawan aku ni " kalo bab jodoh, ko prefer yang mane? jodoh cari sendiri atau jodoh keluarga carikan?' dia jawab, "aku tak kisah mane2 pun takpe"


aku dapat rasa dari perbualan kami hari tu dia macam tertekan..kesiankan? kesian aku jugak :P
jadi aku tanya dia.." nak dengar satu kisah"
"ape? teruja nak dengar"
"ok..aku cerita...kisahnya macam ni...
ada satu pokok epal...banyak buah kat pokok epal tu..sebiji daripada epal-epal tu  sangat segar, besar, cantik dan pendek kata yang paling sedap antara semua epal yang ada kat situ... tapi apa yang menghairankan si"epal" kenapalah tak ada sesiapa pun nak petik dirinya..epal sedikit sedih bila melihat epal yang berada dibawah sering dipetik oleh manusia yang lalu lalang disitu..epal mula berfikir...
apa kekurangan ku?
apa kelemahan ku?
tak cukup cantikkah aku?
tak cukup sedapkah aku?
tak cantikkah kulit ku?
epal itu terus berfikir...akhirnya epal itu berkata dalam hatinya "mungkinkah kerana aku ini  terlalu tinggi disini? lebih baik aku jatuhkan diriku supaya mudah dipetik orang....??
lalu epal itu menjatuhkan dirinya...............


sapa yang nak ambil epal yang sudah jatuh??? yang sudah lebam kulitnya??
jadi apa yang dapat disimpulkan dari cerita epal ini?? seorang pompuan yang tinggi maruahnya tak perlulah menjatuhkan dirinya semata-mata dia mahu diambil...
jangan paksa diri sendiri pada sesuatu yang bukan kemampuan kita...


aku gembira kerana kisah tu sedikit sebanyak mambuatkan kawan aku tu lega...
S.E.R.O..N.O.K ~  thanks fren tentang kisah epal tu
itu status FBnya selepas mendengar kisah tu...


konklusi : aku juga pernah dapat menfaat dari kisah epal tu..terima kasih ALLAH keran menggerakkan hati aku membaca kisah itu disaat aku sulit membuat keputusan.. :D

No comments:

Post a Comment