Showing posts with label students and me. Show all posts
Showing posts with label students and me. Show all posts

Saturday, April 9, 2011

seni kata putus

seni kata putus..
kenapa kena putus? bukankah elok disambung-sambung? sapelah yang nak putus-putus ni...

sebenarnya...terkenang isi buku karangan Ustaz Hasrizal tentang seni kata putus..MURABBI CINTA ..bahan bacaan berbentuk keagamaan dengan kata2 santai dan mudah difahami...

wajib baca bagi yang punya anak



''andai keredhaan Allah yang kalian utamakan, fikir-fikirkanlah mengapa Allah meletakkan jarak pemisah antara kita dan zina seperti Timur dijauhkan dari barat"

itu mukaddimahnya pada bahagian CINTA GUNUNG BERAPI...
ada garis pemisah yang jelas disitu..yang mampu dilihat dengan mata hati.. pendekatan ustaz dengan menceritakan dialog beliau dengan seorang pelajar yang bertanya tentang cara ingin memutuskan hubungan dengan gilfriendnya.. kelakar dan santai...

minggu lepas, sesi borak-borak kosong aku dengan student berjalan macam selalu-selalu..aku kadang-kadang menjadi pendengar setia pada masalah cinta student..bukan aku menyokong..tapi aku tau naluri remaja..kadang-kadang cuba selitkan sikit nasihat..sembang-sembang kosong sekadar mencungkil masalah pada yang selalu khayal dan menung masa belajar...



"cikgu, macam mana kalau saya tak boleh nak sayang dia? saya cuba tapi saya tak boleh la..saya kesiankan dia.."


tanya student aku..aku terdiam sekejap! haha terasa mungkin..


cuba menasihatkan...sesungguhnya bukan "perasan bagus" sekadar orang yang lebih banyak makan fastfood garam.. uish!


aku cuba jawab...nasib baik baru je lepas baca buku Ustaz Hasrizal tu..bab seni kata putus! aku pun pinjam kata-kata ustaz...


"kalau tak suka putus terus! tapi mesti titik betul-betul! jangan bagi harapan palsu..jangan sebab kesian semata-mata..tak payah la nak cover cakap nak concentrate study ke ape..itu semua bohong! cakap apa yang ada dalam hati.."


cakap dan titik terus! kata aku bersemangat....*dalam hati tuhan je yang tau*


itu satu cerita...lagi satu dalam kelas yang berlainan pulak...


"cikgu! kalau kita jahat boleh tak kita berubah?'


hah? sapa cakap tak boleh? kalau betul-betul nak berubah kena istiqamah dengan apa yang kita buat..jangan pandang kebelakang..yang penting taubat betul-betul...


"tapi kalau dia jahat?" tanya dia lagi...


"antara dosa yang Allah tak ampun, dosa sesama manusia..! jadi kalau dosa tu sesama manusia..cepat-cepat mintak maaf!tapi kalau dosa dengan Allah taubat la..buat betul-betul! :)"


aku kadang-kadang jadi ustazah rupanya...


sebenarnya kadang-kadang aku malu juga..sebab aku pun bukan sempurna..dosa bertimbun tak tertanggung..dosa sesama manusia, dengan Allah...:( tapi aku dapat rasa setiap satu soalan yang keluar dari mulut budak-budak tu kadang seolah satu benda yang boleh tarbiah aku...


contoh seni kata putus tu..aku cuma bagi pendapat sebagai cikgu atau sebenarnya lebih sebagai kakak yang sayang adik-adiknya..aku pernah lalui usia macam dorang jugak..jadi kadangkala soalan yang datang seolah peringatan pada aku..


Alhamdullillah aku bahagia sangat sekarang..manis dengan redha..sangat lazat..percaya atau tidak hak masing-masing..aku tak mahu explain..biar la..aku cuma mahu diam dan menikmati kemanisan yang aku ada sekarang....:)


konklusi: terasa malu dengan diri sendiri bila aku sendir pernah menidakkan KATA PUTUS dia..aku menidakkan sesuatu yang sepatutnya sudah ada TITIK SAH! aku malu dengan diri sendiri..aku malu dengan Allah..semoga aku masih ada peluang lagi untuk senyum dengan kemanisan sekarang...


hahahaha..ok terasa jiwang pulak..abaikan labu....



Wednesday, April 6, 2011

Siti Sifir

SIFIR!

SITI NURHALIZA BUKAN SITI SIFIR!
ingat tak lagi rancangan A.L.O.N.G along!!!!!!!!
kan ke ada budak siti yang dok menghafal sifir tu...
tapi ni cerita sifir lain..
sifir yang takde siti...

kalau dulu dengar pun takut..bagi seorang yang memang tak minat math macam aku ni..
memang la nightmare kalau bab menghafal sifir..tapi hafal jugak la walaupun dalam keterpaksaan..haha ayat tak boleh blah la jugak kan...memang la, kalau masa sekolah rendah seingat aku..memang kena hafal sifir tu..cikgu mathematic pun selalunya mesti garang...
grrrr...takut..
dalam kelas ada carta untuk sifir..jadi setiap kali cikgu masuk ke kelas cikgu akan tanya dan suruh baca sifir kat depan kelas..kalau tak hafal pun memang akan hafal kalau sistemnya macam tu...

tiga tahun lepas, masa aku berjinak-jinak dalam tutoring ni baru la aku tau yang sistem sekarang tak menggalakkan murid hafal sifir..tapi cikgu akan ajar murid buat kotak sifir..selalunya bila bermula kelas math cikgu akan peruntukkan sekurang-kurangnya 5 minit untuk murid buat kotak sifir..

pendapat aku la...mungkin disebabkan aku dibesarkan dalam zaman yg wajib hafal sifir...cara kotak ni lambat dan buang masa..bukan semua sifir yang ditulis akan masuk dalam soalan...jadi kebiasaannya murid akan tulis semula sifir 

contohnya: 2345 x 8 
8
16
24
32
40

tulis tu dah ambil masa yang lama..tapi memang kesan "kotak sifir" akan buat murid tak mahu hafal sifir..:(


ini la dia kotak sifir
bayangkan..setiap kali nak jawab soalan math nak buat kotak ni...serabut ayam aku!!! dah berpuluh kali aku suruh hafal sifir tapi masing-masing buat tak tau je..

sampai la semalam masa tutor session

"teacher, besok cikgu nak check sifir! sapa yang tak boleh buat sifir 1 sampai 7 dalam masa 1 minit kena rotan..."

haa?????????? apesal aku yg gelabah??
kuang kuang

apa lagi aku pun dera la budak-budak tu...dalam masa 2 jam tu aku basuh dan suruh hafal sifir 2 -9 sekaligus!!!! ahhahaha... boleh punnnn

konklusi: asasnya nak buat kotak tu pun kn hafal sifir sebenarnya..kalau budak yang tak hafal tapi nak main tambah-tambah...macam mane nak siapkan dalam masa 1 min...fuhhhhhhhh

Monday, April 4, 2011

nombor? 1, 2, 3, 4, 5,4 ,5 ,6 ,7,8

masalah aku dari dulu memang dengan nombor...bersusah payah nak paham bila terlalu banyak nombor yang keluar..pernah menangis belajar matematik...kenapalah aku lambat paham..bukan sekali aku marah dengan matematik..
algebraic expression
linear equation
trigonometry
ratio and proportion

bukan ini saja yang pernah buat aku seksa..sampai ketahap elevation n dimension pun boleh buat aku pening..tu belum masuk tajuk-tajuk calculus yang tinggal sebagai nightmare..fobianya sampai taknak ingat langsung dah...
haha..malu malu..apa nak buat dah memang kena telanjangkan aib disini..kalau tidak macam mana nak kongsi cerita..:)

tapi sekarang boleh pulak aku mengajar dan buat orang lain paham apa yang suatu masa dulu aku terpaksa menangis nak faham..mengajar dan buat orang faham apa yang kita ajar memanglah sesuatu yang sangat berharga..boleh pulak adapt semula segala theory dengan soalan-soalan aplikasi...padahal dulu memang tak boleh nak picture langsung...

Jadi bila nampak diri aku yang dulu..yang cengeng dan kuat nangis, yang susah nak faham matematik aku jadi boleh empathy perasaan students yang susah nak paham..aku sedaya upaya pujuk diri..SABAR, JANGAN MARAH..kalau pun dah 3, 4 kali terangkan tapi tak faham-faham...aku tak mahu jadi cikgu yang marah bila students tak faham dan bertanya...

aku faham sangat perasaan itu..jadi aku biasakan diri untuk tetap senyum..walaupun terangkan benda yang sama lebih dari 4 kali...senyum! senyummmmmmm...aku harap ampai bila-bila pun aku boleh senyum macam tu..

tapi masalah aku dengan nombor tetap tak hilang..agaknya nombor-nombor pun dah tak suka aku..takpun aku memang tak ngam dengan nombor-nombor sejak dulu?? aku pun tak tau..harap tak macam tu..

tapi alu dah banyak kali ulang silap yang sama depan students..bukan sekali dua..dah banyak kali..kalau salin soalan di whiteboard..bila mana memerlukan aku menulis  nombor..susunan nombor aku tetap salah....

1.
2.
3.
4.
5.
6.
5.
7.

nampak tak? kalau nak betul pun mesti sampai no 4 je..mengapakah?? huhu
pernah je kena tegur dengan student...

"cikgu ni...tak tau tulis nombor ke?"
"cikgu ni...tu pun salah..biar saya ajar mengira''
"cikgu..no 5 ada dua kali"

bukan sekali tapi dah banyak kali..aku cuma mampu senyum jela..yang jadi masalah kalau yang diajar tu masih sekolah rendah..tahap "skema" budak sekolah rendah memang tinggi..tulisan pun kena "skema" tak boleh senget langsung...semua kena perfect! tapi kalau yang sekolah menengah dah boleh adjust...

konklusi: aku tak tahu la samada aku yang hilang fokus atau aku memang tak boleh ikut rules..sampaikan nak susun nombor pun jadi masalah sampai umur macam ni...:(

Friday, March 25, 2011

cikgu, boleh tolong saya?

Tadi..kejadian yang masih fresh dalam memori..:)
sedang asyik aku pot pet pot pet pasal BIODIVERSITY kat budak-budak PMR tiba-tiba ada sms masuk..mula-mula aku buat tak tau je..tapi jenguk la jugak akhirnya...manalah tau sms penting...

iklan kejap!! alaaaaaaaaaaaa.....tengah semangat nak update ni apesal hujan lebat pulak?? hujan rahmat ni..rugi tak tido...

ok! ok! sambung...

bunyi sms "cikgu tolong saya"

aku suspen giler pulak..kenapa budak ni..kata aku dalam hati...budak yang sms ni budak lelaki..tingkatan 3 jugak..

aku reply " tolong ape?"

"tolong saya belikan tudung..saya nak bagi kat awek saya"

cisssssssssssssskek! buat penat je aku suspen dalam hati..belikan tudung untuk awek..amboi2 budak-budak zaman sekarang....

baru aku ingat..sebulan yang lepas budak ni ada tegur aku kat kelas...

Dia: cikgu! cantik tudung...beli kat mane?
aku: kamu nak pakai tudung ke?
Dia: nak bagi awek saya la cikgu....


wahhh!! saya terkesima ...:)

sorang kawan aku pernah cakap..kalau kita nak mengajar budak-budak kecik..macam sekolah tadika contohnya..kalau bole pakai la baju yang fancy-fancy..warna-warna terang dan menarik..sebab budak-budak ni suka pada benda yang cantik dan menarik...kena pandai tackle mood dorang...

tapi aku sendiri tak sangka yang aku mengajar budak-budak yang tak berapa nak kecik pun berminat jugak...yang tak boleh tahan siap nak belikan untuk awek...ish! ish!

penah je budak-budak tu..time asyik aku pot pet pot pet...tiba-tiba je..

"cikgu! cemane cikgu pakai shawl tu?"
"cemane cikgu belit-belit tapi tutup dada?"
"cikgu nanti hari ahad lepak sama-sama nak? cikgu ajar cara belit tudung!"
"cikgu! tudung ni beli kat mane?''
"cikgu..pin tudung ni comel la..beli kat mane?"

cis..fokus kat mane ni? kat pelajaran ke kat tudung aku???
bukan nak attraction tapi dah jadi distraction...

konklusi:Aku bersubahat  ke kalau tolong belikan tudung untuk awek budak tu? tapi belikan tudung ye tak? bukan belikan benda-benda tak senonoh...


iklan2: alaaaaaaaaaaaa..hujan dah sidang..tak lebat macam tadi..


Wednesday, March 23, 2011

tiga kali seminggu!

mak ambil buku karangan FAIZAL TEHRANI dari atas katil...
mak bertanya "apa yang 3 kali seminggu?"
aku jawab pertanyaan mak dengan soalan juga..
"apa yang selalunya tiga kali seminggu" disambung dengan tawa gatal dari adik aku...

ish..ish..sungguh kurang perasaan malu betul anak-anak zaman sekarang..masakan dengan mak dibawak bergurau macam itu..18SX...hehehe

dah baca???


sejak tahu koleksi FT (bukan Faizal Tahir plsss) akan keluar aku dah tentu gelabah nak cari bukunya..tapi seperti biasa aku selalunya akan kecewa bila buku-buku macam tu susah nak cari sekarang ni...maksud aku disini di SITIAWAnku yang tercinta..walaupun disini sudah ada kedai buku POPULAR tapi tak pulak aku jumpa novel-novel yang boleh membasuh jiwa..novel ustaz zaid pun tak ada...

aku! seorang aku semua yang kenal mungkin tahu...aku memang ulat buku..tapi tentunya bukan buku pelajaran..hahaha kalau bab buku pelajaran tu aku mmg malas sangat la kan..:P tapi buku cerita, memang dari dulu lagi..aku suka membaca...sekarang sejak jatuh hati pada karya2 FT aku selalu pinjam dari sepupu-sepupu comel ku..tapi sekarang sudah mula membeli...

sekarang ni aku makin akrab dengan buku..hari-hari bergelumang dengan buku..sampai untuk tidak berbuat apa-apa dalam waktu yang singkat pun boleh mendatangkan boring! sangat2 boring...berbalik pada kaleksi cerpen FT ni..aku suka kisah

Cerpen Muthupalaniappan pula ada unsur-unsur humor, sedih dan sindiran di dalamnya. Kisah seorang budak lelaki berketurunan India yang bernama Muthupalaniappan yang tinggal di sebuah ladang estet. Plot dikembangkan dengan wujudnya watak seorang guru Bahasa Inggeris yang datang dari bandar. Namanya Cikgu Rosmah. Klimaks cerpen ini apabila Cikgu Rosmah dengan kejamnya telah menempeleng muka Muthupalaniappan yang merupakan anak muridnya di Sekolah Kebangsaan Tamil, tempat dia mengajar. Kejadian itu berlaku kerana Muthupalaniappan dan rakan-rakan sekelasnya tidak tahu berbahasa Inggeris. Pengakhiran cerita yang sungguh mengharukan. Akhirnya Muthupalaniappan mati akibat dirempuh sebuah lori semasa sedang leka mengulangkaji buku pelajaran Bahasa Inggerisnya.
*credit dari jomsewabuku.blogspot*

pengajaran dari cerpen ni memang "makan dalam" aku sememangnya sedang membina benteng sabar bila tahun ni aku berhadapan dengan students berbeza dari latar yang berbeza juga dengan kemampuan yang berbeza...

konklusi: tabah dan amanah dalam mengusung sebuah tanggungjawab..hasilnya nanti walau tidak mampu mengangkat kebanggaan tetap jua memberi kepuasan..:)





Monday, March 21, 2011

susah bukan? kalau........

entry ini bukan entry rungutan!
sila jangan salah faham..tapi cuba empathy dan faham...
:)

susahnya jadi anak kepada ayah yg berpangkat besar..
susahnya jadi anak kepada senior engineer..
susahnya jadi anak yang ayahnya ada "staff car"
susahnya jadi anak yang ayahnya ada "tiga balak"..

bila timbul soalan yang mendera mental si anak
kenapa ayah boleh buat?
kenapa kamu tak boleh buat?
benda simple macam ni pun tak boleh?

sukar bukan?
memang tak dinafikan semua ayah..malah tak ada ayah yang tak mahu anaknya tak berjaya..tak score exam seolah-olah memalukan ayah..kesian bila si anak dipaksa melakukan sesuatu yang sukar dicapai olehnya..sangat sukar..!

bayangkan kalau si anak dipaksa menerima sesuatu yang baru semudah ..kadang-kadang

"kenapa dapat B ni? patutnya kena dapat A"

baru ujian bulanan pun..sekolah pun baru buka..kalau enjin kereta pun belum panas lagi..kalau itu atlit atau olahragawan pun pasti belum habis warm up lagi...mood cuti masih melekat dihati....tapi belum apa-apa sudah dibentak dan disoal siasat! penat bukan? sangat penat....

kalau difikirkan alangkah bahagia jadi kanak-kanak era 80's zaman sekolah rendah sangat bahagia! sungguh tak tipu..

pergi sekolah...sangat membahagiakan..kalau baloeh tak nak cuti..hari2 pegi sekolah pun takpe..bahagia..suka belajar..suka bahagia disekolah..bangun tak payah nak kena jerit..biologi punya alarm pagi2..bangun awal..mandi ..pegi sekolah ..tunggu bas..beratur dengan sopan naik bas..balik pun sopan juga...

balik dari sekolah, pegi sekolah agama pulak..bla..bla..bla..waktu rehat main getah! lompat sana sini..suruh ustaz cerita kisah nabi2..gedik sikit pastu balik..sambung main lagi..dan lagi! dan lagi!
KU BAHAGIA! dah macam lagu melly goslow tu.

bebas tekanan + bahagia..
walaupun tetap ada kelas tambahan di sekolah tapi tekanannya kurang..Alhamdulillah ..pembesaran juga normal..tapi memerhati pengembangan anak-anak zaman sekarang aku jadi letih dan lelah..tambahan dengan mentaliti ibu ayah berlatar belakang pendidikan yang meletop! semua nak jadi nombor satu! semua nak 100% ..

kasihan bukan?

tapi mentaliti itulah yang membuatkan sebahagian besar ayah dan ibu sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan yang terbaik untuk anak-anak..

mahu personal tutor
mahu personal trainer
mahu 2 atau mungkin lebih kelas tuition..
mahu jadi yg monbor satu...

bukan mempertikaikan kesungguhan dan kepayahan ibu dan ayah..tapi kadang-kadang lelah mengikut rentak 

konklusi: kata seorang sahabat..ada seorang sahabat yang lain ditanya dengan soalan "sudah ajar anak membaca?' padahal anak yang dimaksukan baru berusia 10 bulan..

Thursday, December 30, 2010

Salah Lidah ke?

salam 1Malaysia! <----motif?


okey?


tak oke sebenarnya...."kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"
binasa? sadis je bunyinya...


*warning* 
INI KISAH BENAR
jangan contohi saya..dimana2 ye


ceritanya macam ni..dalam kelas, satu petang..
science form 1 aku cover bab energy. jadi, aku start membebel pasal potential energy,kinetic energy..the forms of energy.. 


"kinetic energy ....bla..bla...bla........" aku dengan semangat wajanye menerangkan....


"paham ke? pahe dok? " semua bahasa aku tanya nak pastikan semua orang paham...risaunya kalau benda-benda simple pun students tak paham...beul tak cikgu???? yes, aku tanya semua cikgu-cikgu kat dunia..tak ada seorang cikgu pun yang tak takut bila students dia tak paham...


kan??


oke..balik pada cite mulut celupar cikgu syuhada.... 
aku tengah asyik terangkan pasal RENEWABLE AND NON RENEWABLE energy..
oke..dengan semangat sambil lukis-lukis mindmap kat whiteboard..masuk lah bab biomass...


"cikgu, biomass tu macam mane?" soal salah sorang dari budak pompuan...


" oke...cuba tengok contoh kat India..kan kepadatan penduduk tinggi..secara tak langsung sampah dan sisa buangan juga sangat banyak kan...? jadi...semua sisa buangan ni ...contohnya taik lembu, haa taik tuhan depa tu....." 


saat tu aku pandang ke arah students aku.....alamakkkkkkkkkkk!!!


tau sapa yang aku nampak???? JESSIMA JEREMY d/o MUNIANDY
alamakkkkkkkkk!!!dasar mulut celupar..yang aku cakap "taik tuhan depa" tu watpe........aduhai..
terasa muka aku dah jadi biru+hijau dah masa tu...bayangkan lah kann..si JC tu kan  Indian...ishhhh ni la akibatnya racist sangat...huhuhu..


kenapalah boleh jadi camtu ye?
maklumla sebelum ni tak penah mengajar non-malay pun..hehehe..cuak la jugak kan..
tiba-tiba sebelum kelas tadi dapat pulak satu message:


" JC is not coming today..she got toothache"


apekah?? jangan merajuk sudah budak tu...hehe tapi aku dah pun mintak maaf..tu la kerana mulut income binasa...


konklusi: cakap siang pandang-pandang...cakap malam dengar-dengar...hehe

Monday, December 20, 2010

Anak-Anak Saya

Perasan tak? lately ni asyik entry emo je..kan?? tapi hari ni tak..bukan emo..tidak emo langsung!




Lewat usia macam ni..macam usia aku ni..mungkin semua akan blog pasa lanak-anak..pasal  suami dan pasal kehidupan rumah tangga..tapi aku?? tapi aku Allah pilih untuk tidak bercerita soal kebahagian dalam bentuk begitu..KENAPA?? kerana Allah tau aku belum bersedia kearah itu..mungkin kerana aku masih lagi berfikiran seperti kanak-kanak Ribena yang masih happy dan tak pernah berfikiran matang...Dan aku tak pernah menyesal langsung..kerana Allah lebih tau..jadi aku redha.. :)


Tapi hari-hari aku selalu diisi dengan kerenah dan gelagat mereka ..kadang-kadang aku tak pernah rasa meningkat dewasa kerana aku lebih kerap bersama mereka...




kek untuk semua
Ijat, Piqie n Ali


Amar, syaza,Lynda, Farah, Hajar, Azian,Natrah
menjadi sebahagian kemestian dalam hidup mereka kadang-kadang buat aku lupa aku jauh lebih berusia..aku kadang berkongsi cerita dan kegemaran di TV. dari cartoon network sampai lah ke jawatan kaunselor tak bergaji mendengar masalah cinta budak-budak remaja..manis bukan?

manisnya bergelar remaja yang tak perlu berfikir dan membuat keputusan..zaman yang tak perlu susah hati dengan kekurangan..yang tahu hanya GEMBIRA dan KETAWA.. bahagia bukan??
nampak sebab disitu kenapa Allah masih mahu aku bersendiri?

kerana aku masih belum dewasa.

 Alhamdulillah keputusan UPSR sudah pun diumumkan dan PMR pulak bakal menyusul...

5 orang daripada 7 students UPSR dapat  5A!! tuhan saja yang tahu macam mana rasa gembiranya..satu hari suntuk aku tersenyum..bukan aku saja, tapi mak turut terkena tempiasnya..bangga mungkin..sangat gembira aku rasakan...hilang penat bila dapat ganjaran sebegitu..TQ korang! teacher sayang korang sangat-sangat..

"yang hang bangga sangat tu kenapa?? macam la cikgu kat sekolah tak ajar sama"

kata adik aku..agak menyedarkan..tapi aku tetap punya sebab untuk rasa bahagia..sangat-sangat bahagia..biar apa orang nak cakap..nak tahu lebih-lebih bahagia lagi bila aku dapat call ni...

1st call:
...salam..tq syuhada..piqie dapat 5A. syukur lah dipertemukan dengan Syuhada..Alhamdulillah...

2nd call:
... salam Syuhada, Faiz dapat 5A!..terima kasih, syuhada banyak bantu anak akak..syuhada banyak tolong dia..terima kasih ye...

3rd call:
...salamSyuhada, Natrah dapat 5A, Hajar pun dapat  5A..terima kasih ajar anak akak....

sapa cakap aku tak bahagia..rasa bahagia macam nak terbang-terbang diawan biru tahu?? sangat bahagia tahu?? terasa semacam satu roh bahagia diserap masuk dan tak mahu keluar lagi...jadi tunggu saja keputusan PMR nnti..aku lebih berdebar mungkin.. :P

konklusi: bila kita ikhlaskan hati dan bekerja bersungguh, kita takkan rasa penat dan lelah bila kita nampak hasilnya..Alhamdulillah..tapi ikhlas tu kan milik Allah..pandai2 je mengaku ikhlas..hehehe

Friday, December 17, 2010

Malu Itu No 2..

Hari ni hujan lagi..hari-hari hujan kat sini..bestnye la..kalau lebat lagi lah tersangat best..sejuk..macam duduk kat oversea la pulak...winter time!!! tapi sayangnya winternye sudah cair..:) takpe..ok saje..sedang aku bermanja-manja dengan bantar peluk dan comforter..<-----kantoi siang2 tido berselimut..huhuu 


tiba-tiba..


"1 message received"
"Salam...tonight we are cancel the class becoz I want to go back to my hometown...tomorrow I have harvest arowana, nextweek, Insyaallah"


sender:VIETNAM
opppsss..jangan igat aku ade scandal dengan mamat VIETNAM plak..hehe (rahim kalau hang baca ni...sila maafkan aku plssss!)
Rahim ni student baru aku..pastinya student yang paling tua buat masa ni..asalnya aku ingatkan rahim cuma bergurau je dengan aku..macam mana kami boleh bermula?satu hari..


"teacher, aku nak jadi anak murid hang" kata Rahim dengan mula seriusnye..
"hah?..tak mau aku ajar hang.." aku jawab
"aku betul2 ni..berapa yuran?''
"sejam RM 15..hahaha" jawab aku sambil gelak-gelak
"jangan la mahal sangat..kalo setakat RM 10 sejam tu ok la..."
"hang nak belajar apa ni" aku masih kurang percaya...
" aku nak blajar english la..hang betulkan bacaan aku"
"ok la..." dalam hati masih wondering...biar betul mamat ni.. 


officially, he is my student since last week.. hahaha..memang la aku tak pernah serius dan selalu kenakan mamat ni..tapi minggu lepas aku kenalah profesional kan...hehe
aku jadi malu sendiri..walaupun aku akui English Rahim agak teruk..tapi aku memang tabik spring kat dia..
nak berusaha sampai macam ni..rupanya bukan dengan aku saja Rahim nak belajar..Rahim attends kelas CONVERSATION ENGLISH di Manjung..dua kali seminggu..dengan aku sekali seminggu...


dari message yang dihantar kat atas tu..macam dah ok sikit English dia..Alhamdulillah..kalau semua orang macam dia mesti bestkan? kesungguhan tu yang buat aku kagum..aku sendiri tak seberani dia..


jadi minggu ni kami takde kelas sebab Rahim balik kampung nak harvest arowana..hebat investment budak ni..hehe bagus! bagus! pasni bole belanja teacher selalu ye..:) aku attached gambar dia kat sini boleh la kot..aku takmau la mintak kebenaran plak..nanti kantoi la blog ni kan..hehe




teka yang mana satu Rahim?
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan..kalau pun Rahim mungkin akak blajar dengan aku sekejap aje..tapi kalau diizinkan Allah aku cukup best bila dia boleh baca dengan betul dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris..
tu rupanya kepuasan bila jadi cikgu..seronok bila students "menjadi" ...


rasa seronok yang bukan sebab duit semata-mata..tambahan lakau student tu ingat jasa kita..bukan la nak disanjung-sanjung tapi cukup sekadar manjadi ingatan..kalau tak percaya tanya semua cikgu-cikgu kat luar sana... :P


konklusi: Dulu menjadi cikgu tak pernah pun terlintas dalam hati aku..memang aku tolak awal-awal..tapi bila "termasuk" dalam ni ..rasa best pulak...:p

Wednesday, October 27, 2010

Cerita Dalam Keadaan Sejuk

haha..keras sudah jari nak menaip...sejuk sangat macam kat kutub utara dan ni..:) tulis-tulis blog sambil selubung ala-ala southpark pulak rasanya..tapi southpark tu comel...saya??? saya adalah lebih comel daripada southpark itu ok..


Teringin nak share cerita tentang "budak-budak" iye..mereka masih budak-budak walaupun bukanlah kanak-kanak...tapi mereka baru mencapai usia belasan tahun..mereka masih lagi bergembira dengan dana daripada orang tua mereka...alangkah bahagianya kalau aku masih ditahap mereka...


DUIT! DUIT! DIMANAKAU DUIT...???
yes..duit bukan segalanya, tapi duit penting bukan? duit la yang berkuasa juga sekarang ini..cakap pasal duit, berapakah jumlah duit yang mencukupi?? 
tidak.. duit tak pernah cukup.."besar periuk, besarlah keraknya" kata orang dulu-dulu..kalau tanya student aku mesti tak tau ni..hehe 


Satu hari, aku di rumah student ..aku keluarkan handphone aku yang sangat canggih tu untuk replay mesej yang masuk..


"akak ni, duit banyak..gaji banyak..hanset buruk"
aku terkesima.. lebih pada terkedu..tak mampu nak menjawab pertanyaan...aku renungkan aje hanset aku diatas meja...iye memang kelihatan berusia dan sedikit uzur..untuk yang lebih tepat lagi..bukan hanset aku tapi adik aku punya..hehehe sungguh kesian bukan...?


balik pada kisah duit...duit banyak?? kalau la "jumlah yang aku dapat tu diberi pada "budak-budak" tu, tentu saja cukup..malah lebih dari cukup...tapi aku??
Instalment B.bee = RM 550  <-----tu pun kadang2 sangkut
Minyak =  >RM 300
Instalment Decepticon = RM 250
PTPTN? dah lama tak bayar..:(


belum masuk makan lagi..belum masuk beli baju or tudung..belum masuk fotostat kertas-kertas untuk korang??apalah sangat jumlah sebanyak itu..itu belum masuk maintainence B.bee lagi tu..pening tau?
adik-adik janganlah kutuk handphone aku tu..
kerana sekarang aku bukanlah seorang yang mampu nak up to date dengan segala macam gadget! oh please ye jangan dikutuk handphone buruk yang banyak berjasa..tau?? 
tanpa handphone tu bagaimanakah komunikasi kita??


"salam, saya minta maaf,  hari ni tuition dibatalkan.."


macam manakah saya nak send mesej sedemikian rupa?? sila jawab... 
tapi aku tak tipu, sedikit sebanyak pertanyaan sedemikian membuatkan nafsu aku kembali membuak2..nafsu? iye aku bernafsu nak beli handphone baru..


Nokia C5-03 mobile phone
bernafsu kearah yang ini sebagai contoh?? hehe 
untuk pengetahuan adik-adik yang rata-ratanya memiliki handphone yang lebih canggih daripada cikgu adik-adik, bila mana sudah tahu kesusahan  nak cari DUIT denga titik peluh sendiri barulah adik-adik tau nilai DUIT tu...
betul! tak tipu...:D
kalau suatu masa dulu adik-adik pernah berjanji "mak, nanti saya dah besar, dah kerja besar...saya nak bagi mak RM 1000 sebulan" tapi bila adik-adik dah berada dalam realiti..pahamlah sendiri...:P


sedih tau? lebih-lebih lagi kalo dapat mak-ayah yang money-oriented..sangat sedih jadi anak yang tak mampu nak menghulurkan kepingan-kepingan yang menggoda tersebut..berdoa saja Allah murahkan rezeki agar janji-janji dizaman kanak-kanak dapar direalisasikan..
aminnnn.....


konklusi: walaupun tak dapat menghulur kepingan menggoda itu, saya masih bersyukur dapat bersama mereka melihat mereka tersenyum. walau tak dapat meringankan beban kewangan saya masih 100% bersama mereka walau zahirnya saya lebih banyak menyusahkan mereka...

Saturday, October 9, 2010

Yang Diingati Dan Yang Tak lekat Dihati

teringatkan ceramah Ustaz Kazim tadi... "apa yg baik yang kita buat akan meninggalkan kesan pada hati orang lain" yes! macam tu jugak la kita sendiri kan ..apa yang orang lain buat bakal meninggalkan kesan pada hati kita...

menjadi seorang yang diingati sangat bahagia bila mana orang yang mengingati itu juga orang yang kita ingati..aku menjadi ingatan salah seorang cikgu dari sekolah rendah dulu mmg sangat mengembirakan..sangat bahagia! hehe
best bila diingati..sekarang ni bila ada student sendiri perkara yang sama mungkin akan berulang..jadi kalau perilaku student tu meninggalkan kesan dalam hati..itulah yg akan dikenang..

orang "lama" cakap kalo kita ingatkan orang, orang tu akan ingat kita..Alhamdulillah..


Alhamdulillah...Maher Zain pun kata...hehe:P
nampak? antara yang Allah balas kat bumi ni dengan cash..bila kita sayang orang..orang akan sayang kita juga!..seronok bila jadi orang kesayangan..betul! tak percaya jadi la orang kesayangan..:D
kadang kala jadi cikgu bukan berniat nak pilih kasih..tapi kasih sayang tu datang bersama sayang yang "tarik-menarik" antara satu sama lain...kadang2 terasa macam sayang tu tak sampai..

contohnya bila kita cuba sayang seseorang murid tu..tapi tak boleh nak sampai kasih sayang..tak macam yang lain..mungkin kita kurang ikhlas dengan dia..tak tau la mungkin sikap dia yg selalu bawak diri membuat kasih sayang tu jauh...

tapi tadi aku dah terlepas cakap..aku cuba express ape yang aku rasa je...

aku: yeaayyyyyyyyyy!! hari ni hari last ajar korang..
student A:nape seronok?
aku: korang kan slalu buli akak....besok tak yah jumpa korang dah..huhu
studentB: *air mukanye berubah*

aku telanjur kata ...yes..aku bersalah..mungkin berbekas dihati mereka? walaupun nakal aku tak tipu..ade bekas-bekas SAYANG dihati ni...

conclusion: KEGEMBIRAAN YANG KITA EKSPRESIKAN SECARA BERLEBIHAN MUNGKIN AKAN MENYENTUH HATI ORG LAIN..