Showing posts with label special dedication. Show all posts
Showing posts with label special dedication. Show all posts

Monday, April 30, 2012

Bila Roti Nan Cheese Jadi Roti Canai Cheese ~

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

ini semua gara-gara aku nak roti nan cheese tapi aku dapat roti canai cheese!! andai aku ni perempuan mengandung yang mengidam adekah aku akan menangis dah baby aku nanti ? baby aku akan melelehkah air liurnye? gara-gara mak dia ni mengidam nak makan roti nan tapi mak dia hanya dapat makan roti canai cheese..

subhanallah

anak aku ni memang la tak bersyukur! mak kau ni makan roti canai cheese tau! walaupun tak dapat roti nan cheese...tetap ade cheese la sayang oiiii!

oiii! imaginasi cikSyuhada sudah terbabas.

tapi kan, ini memang serius! ini rahmat Allah tahu?
walaupun  pada waktu tu abang kedai tu bagitau

"adik, maaf ye roti nan habis. tp cheese ade..nak roti canai cheese boleh?"
"errrr, ok lah" dalam hati tu ade kecewa sikit la..

15 minit kemudian

"ini roti canai cheese dengan ayam tandoori set"
"terima kasih ye"

"bismillahirahmanirrahim..."

SEDAPPPPPPP ok!

macam tu la jugak rahmat Allah! Allah bagi rahmat dalam keadaan yang DIA mahu. kadang-kadang kita ni tak nampak dah kurang bersyukur..~ aku cakap cikSyuhada la ni..kurang bersyukur..padahal Allah bagi dah banyak sangat dah..



55:18
(Ar-Rahman)




So which of the favors of your Lord would you deny?

nikmat tuhanMu yang manekah kau nak dustakan cikSyuhada?

astaqfirullah
asraqfirullah
astaqfirullah

macam mana nak bersyukur ni? selalu la mendidik hati supaya terima rahmat Allah dengan senang hati. mungkin la kamu mahu BMW 5series, Allah bagi kemampuan Satria S.E warna kuning BERSIH 3.0 je pun, tapi syukur la kamu tak payah naik motor dan merempit kan?

bukan nak membebel tak tentu pasal, tapi nak muhasabah diri.. ada benda kena zahirkan, supaya mata boleh nampak..bila mata nampak barulah impulse hantar ke otak dan barulah nak BEWARE!

cik Syuhada bukan kata kat kamu..ni ingatan pada diri sendiri, pada hati yang berbolak balik tu...tau?

dulu masa kat sekolah rendah, masa nak isi kad 001 tu, ape cita-cita kamu letak? bukan main lagi nak jadi

doktor
architect
jurutera
perdana menteri 
ahli astronomi 

ape lagi yang tak hebat? memang takde langsung yang tak hebat. tapi cuba tengok atas bawah diri anda sekarang..yang mana remaja tu ye la..ade peluang lagi..yang dah tua bangka..siapa anda sekarang adakah sama ape yang anda isi dalam kad 001?

kalau bukan doktor? anda kecewa?
kalau bukan architect? anda sedih?

huissshh.. ini aku buat pengakuan pada diri sendiri yg tak jadi doktor pun macam yang aku cita-citakan.. aku tak jadi chemical engineeer pun macam aku idamkan. tak jadi pakar motivasi pun..

tapi aku tahu Allah membenarkan aku melalui jalan dan ranjau ini kerana Allah dah tau ape yang aku kutip dalam perjalanan ini.

subhanallah

aku bersyukur sangat aku bukan doktor sekarang
aku lega aku bukan architect
aku puas aku bukan pakar astronomi..

aku bersyukur Allah letakkan aku dalam jalan ini..

tapi aku bukan PASRAH dan MENYERAH
aku REDHA dengan ketentuan ALLAH.. :)

Islam tu memang la suruh kita BERSYUKUR. Islam memang suruh kita ni bersederhana. tapi ISLAM tak suruh la kita menyerah sampai boleh memundurkan kita..Islam tak suruh kita redha je bila kita ditindas.. cuba la bukak mata dan minda..

tolong lah..tolong jadi orang yang PEDULI!
peduli bukan bermaksud kita sekadar amik tau..tapi PEDULI dengan berpendirian..

aku ni nak marah je. hari yang paling banyak beristiqfar=hari BERSIH. memang ada rasa " kenapalah bukan aku yg menjadi salah seorang daripada mereka..belum ada rezeki"

Ni bukan photoshop tau!
Ini bukan lawak tau!

Islam tak suruh kamu bersederhana sampai kamu redha kezaliman berlaku hanya sebab bagi kamu

"KAMU CUKUP MAKAN, NEGERI KAMU AMAN, KAMU BOLEH PERGI JALAN-JALAN DENGAN ANAK BINI TANPA RISAU KENA TEMBAK, KAMU STILL KERJA DAN GAJI MASUK TIAP-TIAP BULAN"

Aku agak kasar pada post-post aku di FB tentang BERSIH, aku cuba nak fahamkan sesetengah orang yang  kurang paham..tapi DIA YANG TAKMAU PAHAM..AKU TAK TAU NAK GUNA BAHASA APE DAHH :(
aku sedih la....sedih tau..

aku yang aku boleh buat ?? aku doakan Allah bukankan hati-hati mereka untuk memandang dengan mata hati..Hati manusia Allah yg pegang.. kaaan?

untuk mereka yang belum NAMPAK!

bayangkan dalam reban tu ada 20 anak ayam. tapi ade dua tiga anak ayam yang cacat.yg buruk akhlak..pastu kau pegi bakar satu reban hanya sebab 2,3 ekor yg yg cacat tu?

".. bila sampai sesuatu berita sampai kepada kamu, siasat dulu, boleh jadi itu adalah fitnah!! bukan aku yg cakap tau..''

 Nabi yang kita sayang, SAW yg cakap tau?? cuba nilai dulu sebelum nak REDHA dengan apa yang jadi..

biarla aku ni takde dalam SEJARAH bersih 3.0 tu..tapi sekurang-kurangnya aku dah usaha nak buat orang yang tak PAHAM supaya PAHAM..
so, nanti bila Allah tanya ape yang aku buat untuk menidakkan kezaliman ini..aku ade sedikit sumbangan..

konklusi: SEKIAN. :) *tak sabar nak sudahkan entry "bicara ekonomi" buat tangan Heart4Islam yg belum siap...semoga mereka nampak indahnya ISLAM.ekonomi Islam. walaupun aku bukan orang HEBAT macam kamu.
 







Tuesday, April 17, 2012

Astaqfirullah hal azim ~ aku merasa kalah

subhanallah..




astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astagfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim


Ya Allah.. kadang-kadang rasa tak tertanggung. kadang-kadang rasa nak pecah empangan ni..mungkin sekarang dah pecah pun..


subhanallah


astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim


sesungguhnya semua "astaqfirullah hal azim" ni aku taip dan bukan copy paste.. Aku masih belum boleh tenang..kata Nabi Muhammad SAW. kalau rasa nak marah, kalau tengah berdiri..duduk..kalau tengah duduk baring..dan amik wudu`. tukar suasana...


subhanallah.. aku ni kan hanya manusia biasa.. aku tau lebih baik aku mengadu pada Allah dan bukan conteng disini. aku perlu menukar suasana untuk channel rasa marah ni..


kadang-kadang aku rasa menggigil. aku dah lepaskan pun tadi..
kenapa mesti macam ni? adik seorang je pun.. kenapa ego dia tinggi sangat..
salah kami didik dia dulu =( ?
dihati ni rasa pedih sangat..
sampai bila dia nak macam ni? 
aku tau aku harus sabar..
tapi kebelakangan ni bila aku lebih cuba untuk guna ''hikmah'' dalam menegur dia makin menjadi-jadi..


astaqfirullah hal azim.


aku cuba tarik dan lepas nafas..


hari ni adik tak pegi sekolah lagi. alasannya hanya sebab aku lambat iron baju. Ya Allah..
dah banyak kali aku tidur dan cuba tido bila hati pedih sangat..


subhanallah




aku ke yang tak bersyukur?
aku ke yang salah?


aku rasa down sangat setiap kali dia buat salah, aku tak mampu tegur dan setiap kali dia tak pergi sekolah.. aku DOWN sangat...


mungkin sebab ni hati rasa nak menjerit keluar.
hati menjerit nak pegi seminar Ustaz Hasrizal sebab nak tahu "hikmah" Luqman dalam menasihati anaknya. aku nak sangat apply pada adik. belum terlambat nak lembutkan hati dia..


:(

Tuesday, April 10, 2012

Adik syukri yg akak sayang kerana Allah~ pencetus rasa geli dihati si adik

Alhamdulillah


alhamdulillah dapat masa tambahan sehari lagi menghirup oxygen dengan percuma..Subhanallah. terima kasih Allah setiap kali membenarkan gas diffusion berlaku di alveolus.


alhamdulillah :)


err~ apekah aku merepek? barangkali buat revision subjek sains tingkatan tiga..teringat pulak kata-kata Dr Muhaya yg baik hati.. "seorang doktor patutnya rasa bersyukur kerana dapat belajar betapa agungnya kuasa Allah dalam sistem anatomi manusia.." *bukan la sejibik Dr Muhaya ckp camtu..tp lbh kurang tu la yg isinya..


kan doktor2 sekalian? kan  bakal doktor sekalian.


tapi jangan salah faham..kita2 yg bukan doktor ni pun dah melimpah ruah rahmat Allah tauuu..
kan?


rahmat pegi shopping contohnya!


 huwaa..memang la rahmat sebab kalau Allah tak bagi rezeki, takkan pulak nak shoping pakai pencungkil gigi. toothpick mat saleh kata.. hatta  toothpick tu pun kn beli dengan Rahmat dan Kasih sayang Allah tauu..padahal aku nak bagi contoh tahi gigi or bulu hidung macam orang selalu cakap. tapi tak sopan pulak dan akan menjejaskan keayuan. ke kekayuan aku! haha




Cakap bab sopan, aku sedar diri yang aku ni bukanlah seorang yang lemah lembut sopan santun macam Ustazah Fatimah Syarha yg kusayang kerana Alah itu. Benar, kelembutan memang boleh buat orang jatuh cinta dengan kita. ehemmm..bukan cinta lelaki tau.. cinta/sayang/suka maksud aku disini. ehe.


Oke. Ayah aku orang utara. orang utara ni kan ke cakapnya agak "keras" pada pendengaran orang. tapi dalam hati ada taman  hati baik. insyaAllah :) Jadi as the principle " what you see is what you believe" kami adik beradik pun sebenarnya agak kasar dari segi ukuran skala manusia duniawi. 


mulut pedas.. ehh sape suka pedas angkat tangan!.. haha 


shut up!


haha..
ok saya serius!


"delisa sayang ummi kerana Allah..."
aku menangis terus dengar 2kali. sekali masa first time tengok, second time masa sesi merenung hakikat festival heart4islam hari tu..


"...adik-adik yg akak sayang kerana Allah..." 
perkataan yg keluar dari mulut Ustazah Fatimah Syarha yg cantik dan solehah itu.. aku hampir menangis jugak..


kenapa? aku pun tak pasti tapi seolah ada sesuatu yg aku rasa dengan frasa itu..sejuk dipangkal hati. seolah ade satu roh bahagia yang tersuntik..memang benar, dah lama aku cuba untuk jadi pendiam sebab mahu minimumkan dosa, banyak bercakap..maka banyak hati akan terluka, terasa..so, banyak la dosa. 


nak jaga hablumminannas


iyeee..tepat sekali. as Allah gives me two ears and one mouth, i should listen more than talk.. tapi kadangkala mulut aku ni terbabas jua. ehe :P memang sejak kecik aku ni kategori yang "banyak mulut" terlebih ramah kata adik-adik..


semalam seharian aku berlatih dalam senyap. berlatih berlembut dan mengawal volume, pitch dan frequency percakapan aku. :P


aku: Adik syukri yang akak sayang kerana Allah, pegi la mandi


kebetulan adik ke3 ada semalam..jujur dia cakap


"akak, geli la dengaq hang cakap camtu"


hahahah..hampeh! aku lepuk dia.haha susahkan nak berubah. mula-mula dah ade obstacles. tapi kalo takde halangan takkan ada kemanisan perubahan 
kann?


betul kannn? baik mengaku sekarang!


semalam..aku cuba sebanyak mungkin menggunakan ayat


"adik Syukri yg akak sayang kerana Allah......."


"adik syukri yang akak sayang kerana Allah alangkah hebatnya kalo kaki yg berotot dan gebu ni digunakan untuk melangkah ke masjid..."


"adik syukri yang akak sayang kerana Allah alangkah indahnya kalau basikal fixie yg oren itu dikayuh ke masjid rumah Allah.."




disclaimer: "......." bergantung kepada apa yg aku suruh dia buat. adik bongsu memang begitu.. dalam hati ada taman..tapi letak harimau depan pintu taman..degil tapi sebenarnye taaakkkk!


last sekali malam tadi sebelum tido keluar jugak ayat


"akak yg saya sayang kerana Allah.... bla@!~ blablabla......"


hahahaha aku gelak besar sebab. nampaknya mungkin dengan cara yang lembut dan sopan tu nanti dia akan jadi lebih mudah dengar kata..


Ya Allah, kau lembutkanlah hati adikku ...


adik bongsu si Syukri tanya


"kenapa Akak sayang saya kerana Allah?"


aku jawab


" kerana Allah takdirkan adik jadi adik akak, jadi kenalah sayang adik kerana Allah ..akak tak mau sayang adik sebab :


MUKA ~ sebab adik tak ensem
PERANGAI~ sebab perangai pun tak berapa elok. hahaha@!~
FIXIE~ tu duit mak!


*dan beberapa perkara yg kena *tetttt**tet*


haha saja amik peluang nak menyakat dia..:) 


aku tambah lagi.. kali ni mak ikut campur sekali..


"...andai boleh beli perangai yg paling cantik kat kedai, kami sanggup beli untuk syukri..kami sanggup beli hati yg baik kalau ade jual kat kedai untuk letak kat hati syukri..."


"walaupun mak takdak duit banyak..mak akan simpan jugak dan kumpul banyak2 sebab nak beli yang terbaik untuk anak mak..."


aku tengok dia diam. Ya Allah semoga hatinya tersentuh..


waktu maghrib pulak, adik no4 pulak provok dia


"adik, solat la cepat.. takkan nak suruh kak anah cakap adik, kak anah pun sayang adik.."


hahaha..aku tengok dia gosok-gosok mata..macam nangis je. terharu ke?


Ya Allah kau lembutkan hati dia..




inilah adik syukri yang kami sayang kerana Allah :)






konklusi: aku akan mujahadah betul2 dalam hal ni..semoga Allah permudahkan urusan ku. Ya Allah kau lembutkan lah hati dia...:)
errr~~ tapi kalau tak gaduh-gaduh manja dengan adik beradik.. nanti sunyi pulak @!~









Tuesday, April 3, 2012

Ladies Valency~Baitul Muslim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Ladies Valency ~ kretif bebudak UTP ni bagi nama. sangat cathy.. hehe lupa pulak nak tanya pada cik Atiqah committee tu ape kah "ladies Valency" ni.. tapi kalau nak buat tafsiran sendiri agak-agak adik-adik bijak pandai kat UTP tu marah tak? hehe 


Ladies= lady bila plural jadi ladies la kan? cikgu kan ajar macam tu.. :P
valency= ishh.. ni mesti budak chemical engineering yang bagi nama ni. akak teka je adik2.. jangan marah okeh. hehe "valence shell" tu bukankah outer shell atau pun petala luar bagi electron arrangement kan? maksudnya in order to be stable, element itu patut release or gain electron to achiece octet or duplate kan? jadinya,  program ini seharusnya nak melahir kan ladies yg sempurna@stabil or tau ape yg penting untuk ladies la kann?


ke tak?


haha. jangan marah la adik2 ye. kalau salah.. tapi ape yg betulnye kakak korang yg menumpang sekaki err..dua kaki dalam program ni sangat la excited. terlebih excited to be accurate. haha


abaikan jari gemok!


16,17,18 March berulang alik ke UTP. walaupun agak penat sebab sebelah siangnya still ade tuition, tapi sangat berbaloi2. puas hati. COKLAT_KUNING_PINK_BIRU

okeyh. itu kod tiket 4 in 1. tapi aku attend 3 je. Yang in the pink tu aku tak attend sebab masih ade tanggungjawab kena settle.. :)
nak cerita pasal kod COKLAT dulu

kalau dak COKLAT tu memang la sedapppp!! haha BAITUL MUSLIM- kau pilihanku

wahhh..err..adik-adik UTP ye la seronokkan. sebab memang ade yg semangat nak kawin awal la tu. bagi kakak yg dah sedikit terlajak perahu ni..hehe. sesungguhnya sangat membuka minda. Panelnye Ustaz PAhrol Muhammad Juoi dan Ustaz Hasrizal Abd Jamil.

diakah milikku? is she/he the one? itu pokok persoalan yg selalu kita tanya bila berhadapan dengan soal jodoh. sebenarnya itu adalah soalan yg langsung tidak VALID kata Ustaz Hasrizal...

whyyyyy?

sebab kita takde access  pun kepada data milik MAHA PENCIPTA. analoginya, seolah-olah nak hadapi final exam. kita tertanya2 apa soalan yg akan keluar exam, tapi kita tak dapat access data lecturer kan? 

so? ape nak buat niiiii?

macam exam, kita akan studi hard kan? sungguh2 study sampai mata jadi panda kan? maksudnya kita bersedia supaya boleh jawab exam dengan gemilang n terbilang. huhu macam tu jugak jodoh. kita kena prepare ourselves without questioning "is she/he the one?"

perkahwinan bertujuan untuk mencapai keamanan, rasa tenang dalam hati, jadi Islam menggariskan cara iaitu ISHTIQARAH dan ISTISYARAH

ISTIQARAH- sunnah Rasulullah SAW yg mana dilakukan dalam semua perkara, bukan hanya dalam menentukan jodoh.

ISTISYARAH- muzakarah atau perbincangan dengan orang tengah yg alim atau ibu bapa sendiri. kita boleh mintak pendapat orang alim, membuat pertimbangan berdasarkan ciri-ciri sidia itu..

contohnya: Saudari Syakirah *bukan nama sebenar* sudah sampai masa nak berkahwin..huhu:P jadi ade beberapa orang calon berkenan akan saudari Syakirah ..sampai la Syakirah konpius tak tau nak pilih siapa. jadi..saudari Syakirah boleh lah  beristisyarah dengan bertanya orang-orang alim@imam@tok ketua@ketua Pusat Islam..jadi selepas itu, saudari Syakirah boleh la berishtiqarah pulak, agar mendapat petunjuk dari Allah, antara jejaka A atau jejaka B.

tapi akan wujudnya conflict disini, dalam masa kita menunggu tanda-tanda petunjuk, sang setan akan masuk campur.. jadi jangan bergantung pada mimpi atau tanda-tanda lain, kerana kata Ustaz Hasrizal lagi kita kena buat keputusan sendiri yg biasanya datang dalam ketetapan hati bersama keyakinan Allah sentiasa bersama kita. jangan risau lagi kerana kita ada "cause n effect method"

24:26


Evil words are for evil men, and evil men are [subjected] to evil words. And good words are for good men, and good men are [an object] of good words. Those [good people] are declared innocent of what the slanderers say. For them is forgiveness and noble provision.


manakala Ustaz Pahrol M. Juoi yang sangat bersih n hensem in person, pula menambah yang persoalan cinta itu sendiri sebanyak 76 kali disebuat dalam Al-Quran. :) katanya lagi "jodoh itu umpama rezeki" terngiang2 suara ustaz. menusuk sampai hati *blush* dicari dah ditemui. tapi kita harus ingat yg rezeki itu Allah yg tentukan, seharusnya sebagai hambanya kita berkewajipan BERUSAHA mencari dah TERIMA dengan redha,

ada pahammm?

walaupun dalam mendirikan baitul muslim, kita bukan nak seronok, seronok-seronok atau pun beronok-ronok. tapi kita harus balik pada akar falsafah asas TUJUAN hidup kita dimuka bumi, ingat!! nak jadi hamba Allah kan? lagi satu nak jadi Khalifah kan?
sesuatu yg amat sweet bila ustaz pahrol cakap macam ni

"cinta lahir disyurga, kembara didunia dan akan kembali ke syurga"

jadi utamakan si Dia yang boleh membawa kita kembali kesyurga. *melt* kata ustazah pada pelajar lelaki, "isteri itu madrasah anak-anak" *melt lagiii*

cinta itu bukan tujuan tetapi jalan
cinta itu bukan matlamat, tapi alat..
alat mencapai redha Allah

*cair terus...gedubuk jatuh kerusi* ehe over!

jadi, nasihat ustaz " MENCARI vs MENJADI" itu yg penting
sape menang??

secara teknikalnya jadilah orang yg baik soleh/solehah sebelum mengharap kepada yg soleh. sediakan diri sendiri secukupnya sebelum mengharap orang soleh membimbing kita. kita juga kena ikut dan redha kalau pilihan itu datang dari ibu bapa atau orang alim. macam dalam ayat dibawah ni,

pasrah dengan Allah kita takkan kecewa

2:165

Sahih International
And [yet], among the people are those who take other than Allah as equals [to Him]. They love them as they [should] love Allah . But those who believe are stronger in love for Allah . And if only they who have wronged would consider [that] when they see the punishment, [they will be certain] that all power belongs to Allah and that Allah is severe in punishment.



kata Ustaz lagi, seorang lelaki "jangan cari isteri yang cantik, tapi carilah kecantikan pada isteri" isteri yg cantik, isteri yg cintakan 
1.Allah SWT
2.Rasulullah SAW
3.suaminya.

benih-benih istiqamah itu menagih mujahadah :) 

jangan sempitkan istilah dan makna perkahwinan itu hanya setakat "pelamin" sahaja. Pandang ke hadapan..

perbaiki Islam, yg lain akan menyusul :P

*subhanallah. rasanya terbuka satu lapisan dalam hati. tak mala rasanya nak mengaku yang selama ni aku memang belum bersedia menjadi seorang isteri. TANGGUNGJAWAB sangat berat dan besar, bahkan aku masih belum mampu rasanya. Alhamdulillah atas kesempatan Allah bg peluang untuk majlis macam ni, terbuka sudah hati ini. 

hari ini aku semakin yakin. InsyaAllah akan akan berusaha menjadi isteri solehah. aminn..akan lebih berusaha "menjadi solehah".. cintakan Allah, Rasul, mak ayah dah diri sendiri dulu sebelum mencintai siDia yg belum pasti siapa itu..

hehe

konklusi: pada asik-adik yg masih belajar tapi rasa nak kawin..fikir panjang2 dulu. ingat tanggunjawab n priority dulu. belajar berjaya. perkahwinan jangan dilihat setakat indahnya pelamin, saja. 



Friday, March 30, 2012

Demi Masa~aku telah rugi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


aku dihantui.. bukan aku di kejar lebih tepat lagi!


"demi masa''
''sesungguhnya manusia dalam kerugian''
''kecuali orang yg beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran''



*surah Al-asr


dari semalam.. lupa waktu bila. tapi rasanya masih lagi aku berlari dalam hati sekarang ini..err..sebenarnye bukan berlari kena kejar dek lelaki-hemsem-tak-ingat. tp kena kejar dek maksud hadith yg di kongsi oleh Ustaz Dr ZAR kat radio ~ radiooo lagiii :P


~sesungguhnya ada dua kesenangan yang menipu
 1. sihat tubuh badan
 2. kelapangan masa


urghhhhhhh... terbelit small intestine rasanya. macam kena lepuk kuat kat hati..sebelum ni pernah je dengar. tapi carta iman ku ini aduhaii.. kulit bawang lagi tebal

:(


sering lupa.
sering terlepas pandang
sering tewas dengan bisikan sang setan..


pagi ni pulak Allah telah menggerakkan hati membaca artikel di SuhaibWebb.com. kelepek~
lagi sekali kena batang hidung...


so, i told myself "syuhada comeiii *koff koff* stop Procrastinate! subhanallah. i admit i m the queen of procrastinate ever.. *malu*


insyaAllah, with the strength given by Allah, I will keep on telling myself.. STOP PROCRASTINATE. aminn


nak tau? 
kalau tak mau tau pun kena jugak baca. haha


dulu masa cikSyuhada masih baby n comel (ker?) dia awal kelahiran, tali pusat cikSyuhada terputus tak sempat nak potong la agaknye.. menyaksikan kejadian ialah tok sebelah ayah saya yg-kiut-kecik-comel-langsung-tak-macam-cucu-dia-ni, jadi kata tok


''tali pusat putus maksudnya pendek umur'


perkataan itu didengari oleh ayah..


"@$#^$&&^$" kata ayah.. haha mestilah ayah marahkan, lagipun syirik la pulak kan. dan jugak aku ni kan ke anak sulung yang 3 tahun tunggu baru dapat! tak ke haru kalau dengar plak anak pendek umur..ngehngeh


tapi...


walaupun tahu hakikat hidup ni pendek aje (bukan sebab percaya yg aku ni umur pendek, tapi aku percaya aku akan matidan aku tak tau bila aku nak mati)..aku tak reti2 nak insaf ke? ishhh..geram..geramm
ok. I m struggling kan?
oyeayyy.. 
ishtiqamah..


ni nak share; pesanan dari Ustaz Pahrol M. Juoi. jawapan paling jelas dapat dipahami dah paling best..


dalam ishtiqamah untuk menjadi lebih baik ~ hamba Allah yg baik,


1. Kita kena yakin yang Allah dah janji jalan menuju syurga itu berliku. jadi tak payah la nak imagine bila kita nak berubah lebih baik, maka syaitan akan duduk saja.. nooooo! definately no ok! setan akan lagi la hantar bala tentera dia nak goda kita. jadi DO BELIEVE THE PATHWAY TO JANNAH IS NOT AS SIMPLE AS tidur-makan-main semata-mata. Jadi bila diuji . ucapkan lah Alhamdulillah kerana perjalanan yg payah itu menunjukkan kamu pada landasan yg betul


2. zikrullah. yang paling best kalau bole bawak hati sekali.juga doa. berdoalah allah tunjukkan jalan yg lurus. jalan orang yg soleh. macam maksud Al Fatihah yg kita baca hari-hari banyak kali tu..huhu semoga rahmat Allah untuk kita semua.


3. lagi kata Ustaz Pahroh. jauhi zina! jauhi tempat maksiat dah  perkara-perkara yg melalaikan. termasuklah yang dikatakan sebagai sahabat kita. macam Nabi SAW cakap.. kalau kita berkawan dengan tukang besi..baju kita boleh berlubang kena api..tapi bila berkawan dengan tukang jual minyak wangi..wangi tu pun melekat kat kita..kannnn? dan jugak bahan bacaan kita mempengaruhi pemikiran kita


pesanan untuk diri sendiri dan mungkin untuk yg lain juga
~stop buying buku -magazine ntahapeape tu. cari majalah ilmu
~stop baca novel meleleh tak logic yg heronye kaya-pandai-anak dato-hensem tahap gaban. cari novel islami!
~stop listening to lagu-tangkap leleh-rindu-kau-gile-nak -mati-kau- tade. banyakkan dengar lagu kat IKIM je, hehhe + zikir+ceramah agama


GUD LUCK syuhada~~






jadi, konklusinya: do create healthy environment that will guide u to be better one. huhu kenapekah aku tibe-tibe sedih. huwaaaa...banyaknye masa terbuang sia-sia. jangan jadi macam aku. JOM BERUBAH! struggling to be better muslimah every day.. :)





Saturday, February 11, 2012

Remuk Sudah Hati Ini

remuk sudah hatiku


ujian Allah datang lagi..:)

setiap musibah itukan penghapus dosa kecil?
amin..aminnn

blank dan tak tahu nak cakap apa pun tadi..dari natijahnya, hari ini lebih banyak termenung..


FEBRUARI

selalu banyak saja "kejadian" FEBRUARI yang akan meninggalkan kesan pada hati..

yg lama memang tak payah dikenang, sudah pun ditinggal jauh dibelakang..
tapi yang akan tiba besok sedikit menganggu emosi 

2bulan

sudah dua bulan bermujahadah
berikanlah aku kekuatan ya Allah. aku mengharap redhaMU
aku masih untung punya pendengar Maha Setia , ya Allah..
kadang terasa langkah makin melemah...namun kugagah jua ya Allah..
sesungguhnya aku lepaskan semuanya..
redhalah hati..
Allah bersamamu..

2bulan
menahan empangan agar tidak pecah,
tapi hari ini semuanya seakan rebah,
pahit sungguh istiqamah,
penuhnya ranjau sepanjang mujahadah,

sabarlah hati..
2 bulan sudah kamu lalui,
sudahlah usah dikenang lagi,
tinggalkan semuanya bila kau angkat kaki,
siapa lagi yg menanti?
kalau bukan siDIA Maha Pemberi...

konklusi: sedikit lelah. tapi aku harus tetap tersenyum


Thursday, February 2, 2012

indahnya jadi wanita feat surat untuk ayah





indahnya jadi wanita,perempuan, gadis. jadi gadis sunti pun best. gadis suntuk?? pun boleehh..bole tahan best.andai diikut kronologi keindahan bergelar wanita seperti diatas, aku masih ditahap pertama.

"when she is a daughter, she opens the door of JANNAH to her father"

bila dah dengar macam ni baru tahu..uhuuu beratnye tanggungjawab sebagai ayah. kena tanggung anaknye. hmm..sian ayah aku. 



Surat buat ayah

Ayah,

maaf ye yah, dah banyak buat dosa. Harap-harap lepas ni Allah kuatkan hati dengan rahmat dan kasih sayangNya..i ‘ll be the one who gonna opens the door of Jannah for my father. Im struggling ayah..
I am struggling to be a better muslimah. I hope it won’t be a short term repentance. Hehe karang bila senang lupa tuhan pulak.

Forgive me ayah, your daughter with one-cell thick iman.


 Hehe, but I am struggling. Yes, it is so true ayah..

I am not yet someone’s wife, so I am totally protected by you. I just realized those I should realize long lonnggg ago. I hope this is not late.

Better late than never.  Kan ayah?

Ayah,
Struggling is not easy. I need to sacrifice my “happiness”.. err it sound that my ayah is cruel by letting her anak pompuan kesayangan to suffer. No.. nooot that “happiness” that could lead me to jannah. It it just keseronokan dunia je ayah..i just realized it..ampun ye ayah.

I found it so hard at the beginning,but I can make it at last. I am not totally forgetting my “keseronokan dunia” but few of it that would send me to neraka. Takuuuuttt.

Ayah,

I was nearly surrendered at the beginning of my mujahadah. But thanks to Allah. Allah loves me.as much as you love me. No.more than you love me.everyday is hurtful to see, to remember, to think of “something” that I left behind in hunting for the loves of Allah.

Ayah,
I will always remember these words:
“ boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu..boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.Allah maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui…” ~

(Verses from Allah in Al-Baqarah:216)

I know ayah, dalam islam takde kebetulan.everything is fated..only interchanged by God’s will. Effort and doa.~versus(hlovate)

Ayah,
please don’t be mad if I wanna stay longer with you.
Please don’t be mad if I wanna “mengekor mane ayah n mak pegi”
Please don’t be mad if I act like anak bongsu..

Ayah,
I don’t know what will happened tomorrow, I am not scare of tomorrow because you will be there for me in the blessing of Allah.

From,
Anak bongsu kesayangan.

Ok habis. Surat untuk ayah..haha harap-harap ayah tak baca. Confirm ayah tak tau! Tapi sapa bagitau siap la..:P

Alangkah bertuah pada wanita-wanita yang lainnya yang sudah pun melengkapkan “deen” suaminya. Jadilah isteri solehah yang taat pada Allah dan suami.Semoga jodoh itu yang mendekatkan kalian dengan tuhan. Sungguh seronok bila tengok adik yang baru berumahtangga pada malam pertamanya whatttttttt?tengok berjemaah solat bersama suami. Indahkan? Pernah dulu mengimpikan perkara yang sama, insyaAllah suatu hari nanti. Tidak disunia, mungkin aka nada jodoh disyurga. Layak ke?


I am struggling!

Bila sudah separuh kehidupan lengkap, menanti cahaya mata. Fasa baru akan bermula bila syurga terletak dibawah telapak kakinya. Mulia sungguh kejadian seorang wanita, darjatnya disisi Pencipta. Cabaran besar dan dugaan.tabah ye semua wanita bergelar ibu… “)



konklusi:lelaki diluar sana..tak jeles ke???



Friday, January 27, 2012

Ku milikmu





assalamualaikum =)


ku milikmu..
ape yang anda ingat bila "ku milikmu"?
bukan la lagu datuk siti ye...


sebenarnya, masa nak tulis entry ni..hati masih berdebar-debar lagi..tak tau rasa tu macam mane..
nak kata tak sedap hati pun tak..nak terlalu sedih  pun tidak.. tapi terasa macam dalam kepala ni asyik aksi ulang tayang musibah yang melanda keluarga student yang aku kenal...


semalam sebaik je balik dari melawat keluarga yang ditimba musibah tu, aku pulak yg seolah fobia. tak tau kenapa..yang pastinya Allah nak aku belajar sesuatu.mungkin. Tuhan sedang berbicara..


memang sejak-sejak 2012 tiba ni..aku dah 3series agaknye..kesan umur yang bertambah tu membuat selalu sangat fobia dihantui dosa-dosa dan asyik teringat mati..hehe mengapakah? perubahan hormon mungkin.. (=


macam kat kepala ni..teringat cemane kalau umur 40 masih belum berubah kearah kebaikan..takutnye..ngeri sangat. semoga Allah mematikan aku dalam keadaan Islam dan beriman..


setiap musibah dari Allah tu sebagai peringatan kepada kita hamba yang lemah ni..seolah Allah sedang mengingatkan aku bahawa 


"setiap satu yang ada sekarang ni..hanya pinjaman Allah je, jadi kalau Allah nak amik balik... zasss! sekelip mata hilang dari kita.. harta yang dikumpul dari titik peluh, kerha keras..bersengkang mata..Allah nak ambil semula. sekelip mata..tanpa disangka-sangka..hilang"


takutkan? takutnya bila selalu saja meringankan setiap apa yang Allah perintah..bak kata Imam Ghazali melalui soal jawab dengan anak muridnya..


Yang paling hampir dengan manusia ialah KEMATIAN
yang paling jauh dengan manusia ialah MASA ~ sesungguhnya demi masa manusia itu dalam kerugian..alangkah banyaknya masa aku bazirkan..yg langsung tak beri manfaat walaupun pada diri sendiri =(


yang paling berat bagi manusia : memegang AMANAH. ye kalau dah bab duit tu mamang la semua boleh kelabu mata..takutnye kan?


yang paling ringan bagi manusia bukan kapas, bukan juga angin..sesungguhnya yang paling ringan aialah meninggalkan SOLAT. subhanallah.sangat betul..malunya dengan Allah. semoga Allah kuatkan hati-hati kita.solat tu kan yang paling utama akan ditanya, akan disoal di sana nanti..rugilah kalau kita baik, sopan dan anak yg taat kalau kita tak solat..




semoga keluarga yang ditimpa musibah tu bersabar. semoga musibah ini sebagai penghapus dosa. semoga musibah ini dijadikan iktibar pada kita agar selalu berhati-hati.. semoga muncul hikmah yang besar disebalik semua ini..Allah takkan menguji sesuatu yang diluar kemampuan hambanya..




allahuakbar..
hmm :(


subhanallah
gambar-gambar tempat kejadian: kredit untuk tuan punya rumah.






andai aku ditempat mereka, aku tak dapat gambarkan bagaimana aku ketika ini..aku tak dapat bayangkan sekuat mana aku. 


"ya Allah lindungilah mereka-mereka yang aku sayang.."




Hikmah pesan Nabi bila menyuruh kita pandang kebawah, pandang orang yang lebih susah dari kita, pandang orang yang lebih berat ujian daripada ujianNya pada kita. sentiasa bersyukur la dengan apa yang kita ada..


konklusi:malunya dengan Allah bila asyik sangat dengan dunia..padahal bekalan untuk ke akhirat belum pun cukup. sungguh malu sangat. .







Sunday, January 22, 2012

sixth sense? percaya tak?

ini cerita sixth sense...bukan kumpulan music. tapi deria keenam


*abaikan mode jiwang karat*




sixth sense? 
punya sixth sense?
percaya sixth sense?


semua orang ade instinct... kadang-kadang kuat dan boleh la jugak dipercayai..
me? adeee.. dan i do believe it..
kadang-kadang terasa seolah tuhan sedang berbicara dengan satu cara yang tersendiri, yang pasti bukan kebetulan..


i believe Allah is telling me.


ape yang boleh teringat bab instinct ni bila tadi, masa tengah berguling atas katil akibat sakit perut yang bertandang sebulan sekali..*jangan imagine sebab keadaanya sangat hodoh*


*ringing tone* Maher Zain nyanyi "awaken"


si sakit perut: assalamualaikum..
suara lelaki : waalaikumussalam cikgu Syuhada!!!!



*ehh..aku melatah terus terduduk*


si sakit perut: ye saya


*masa ni baru nak tengok caller's name* Dato G****


dato : cikgu, cuti sekolah ni...blaballallalabalalalala
si sakit perut : ohooo..ok! ok! insyaAllah.


Alhamdulillah, side income datang masa orang lain berjimba-jimba
jadilah...sape nak bagi...


flashback masa first time ngajar anak dato yg berkenaan,
 saya kan sempoi je orangnye *konon* jadi tak berapa sukakan protokol..tak pandai nak bersosial mengikut kasta-kasta ciptaan manusia..jadi bila kena deal dengan dato n datin ni agak kekok..awkward la sangat rasanya...


the first day was ok. tapi bila tiba-tiba dato masuk bilik tempat mengajar tu, i was blank..what should i do?? nak greet macam mana? nak kn bangun ke? kalo salam tu memang la tak boleh kan..bukan muhrim...


errrr...nampak tak? aku memang kalut..hahahaha


dalam perjalanan balik dari mengajar aku dengar sesuatu di IKIM fm.


lebih kurang macam ni pengisiannya:
'' dalam satu majlis ilmu, ketika Rasulullah sampai ke masjid, sahabat-sahabat pun tidak berdiri untuk menyambut rasulullah, hanya dengan mengangguk kepala............."


tengokkkkkk..kan allah berbicara mengurai persoalan..siapa yang gerakkan hati tune to IKIM? ALLAH jugakk...


so, i do believe it..


macam tu jugak bila hati bercakap, monolog sendiri tentang "sesuatu"


ketika aku mahu mencari jalannya,
Allah ada mendorong pancaindera,

ketika aku buntu dimana noktahnya,
Allah hantarkan aku peringatanNya,
ketika aku hilang tujuan,
Allah ada walau tak kelihatan..



pernah dalam ishtikarah aku lihat seseorang..aku tetap bertahan kerana mahu itu jadi kesudahan..tapi jalan kami makin payah, jalan kami makin susah..aku tak nampak dimana lagi aku akan dapat kekuatan..


Allah gerakkan hati aku beli sebuah novel islamik karangan Fatimah syarha..


antara isi yg menyentuh hati aku..


'sedangkan Umar dan abu Bakar pun pernah berishtikarah sebelum meminang puteri baginda ..tapi ditolak Rasulullah kerana tidak mahu anaknya dimadukan'


Umar dan Abu Bakar? siapalah aku nak dibandingkan kedua tokoh ni?


Allah sekali lagi menjawab soalan aku..
hati sudah nekad dengan keputusan yang satu.. tapi kekuatan tak seberapa..


Allah yakinkan aku dengan bait-bait


"sesungguhnya kekuatan itu harus dicari, bukan dinanti"


alhamdulillah...aku tekad. aku beriman dengan qada n qadar Allah..


sungguh ku akui amat payah.. aku lepaskan "dia" kerana aku yakin ini semua ketentuan Allah..ada sesuatu rencana dari Allah. miskipun aku harus tabah..


kadangkala sakitnya tak tertanggung walaupun aku masih boleh tersenyum dan ketawa disaat hati aku terluka. sakit. sangat sakit sehingga tak mungkin aku dapat lagi merasa....


pergilah..pergi jauh-jauh kalau memang kita tidak berjodoh..


konklusi: Ya Allah, biar hati ku sakit, sampai tak dapat merasa..jangan hati aku mati tanpa cinta Allah..




Monday, January 16, 2012

Buat Salah Lagi )=

asyik-asyik buat salah je..pasal eh aku ni macam ni..asyik-asyik kalau buat salah je aku..nak kata tak matang..dah 3series dah pun..kalau kawin awal beranak pinak dah pun...
tapi nak buat macam mana..sebab hormon jugak kadang-kadang asyik nak emo je memanjang..


oppss.. i did it again...
dear you,
I wanna share this with you..can I?
Today *


asalnya ape yang nak ditulis ni memang dah ade dalam draft..i always do that, if there is something cross my mind and i waanna write about it, i do a draft or jot it down in my phone..talking about phone do you think that i need the phone that i could straight away update my blog true it?? ----> mulalah merepek kau syuhada..mimpi galaxy note tak abih lagi...hehe


back to what im gonna tell you,
i did terasa with my beloved mum...


aku je la yang tinggal kat rumah ni..jadi semuanya harus la aku yang uruskan..termasukla urusan yang berkaitan dengan persekolahan adik bongsu aku..


ni la dia nya


ni la yang selalu buat kontroversi ni..pasal dia je aku selalu la terkasar bahasa dengan mak..kisahnye, dia patut buat ic, since dia lahir 28 disember..aku ni masih bertanggguh-tangguh sampai la tahun ni..mgkin la bagi aku memang tak la lambat ..ni kan baru awal bulan Januari..*alasan aku la sebenarnya..suka sangat tangguh2 kerja*

satu pagi, mak call dan nada marah-marah suruh pegi cepat buat ic..biasalah kalau dah marah..ade la perkataan2 yg agak pedih bagi org yang bersalah..
hehe

"TAK BOLEH HARAP"

terasa sampai tulang hitam <--- hehe ade peribahasa camtu tak? mmg terasa sangat-sangat seolah-olah aku ni tak bertanggungjawab langsung..masa tu mula la syaitan-setan sume cucuk-cucuk kan..huhu
mula la bercakap sorang-sorang dalam hati
sapa yg bawak dia beli buku?
sapa yg hantar amik dia sekolah selama ni? 
sapa yg layan dia punye kerenah dari tadika sampai sekarang? sapa? sape?

*ishtigfar syuhada

rasa nak sepak diri sendiri je bila dah sampai tahap macam tu aku pikir...
sape yg jaga aku dari kecik sampai besar panjang camni?
sape yg uruskan hal sekolah aku sampai aku masuk u?
sape yg uruskan makan minum aku????

aku rasa nak lempang diri sendiri bila ingat balik keterasaan n kemarahan aku tu..huhu 

mak, maafkan saya ye...

i love u mak :)
janji takkan "terasa" camtu lagi..ape la sangat pertolongan dan bantuan yg mak mintak tu..tu kan dah jadi tanggungjawab..
malu la..
malu dengan Allah
malu dengan mak
malu dengan diri sendiri

konklusi: jangan nak emo-emo tak tentu pasal mengalahkan pompuan mengandung..(=