Wednesday, April 6, 2011

Siti Sifir

SIFIR!

SITI NURHALIZA BUKAN SITI SIFIR!
ingat tak lagi rancangan A.L.O.N.G along!!!!!!!!
kan ke ada budak siti yang dok menghafal sifir tu...
tapi ni cerita sifir lain..
sifir yang takde siti...

kalau dulu dengar pun takut..bagi seorang yang memang tak minat math macam aku ni..
memang la nightmare kalau bab menghafal sifir..tapi hafal jugak la walaupun dalam keterpaksaan..haha ayat tak boleh blah la jugak kan...memang la, kalau masa sekolah rendah seingat aku..memang kena hafal sifir tu..cikgu mathematic pun selalunya mesti garang...
grrrr...takut..
dalam kelas ada carta untuk sifir..jadi setiap kali cikgu masuk ke kelas cikgu akan tanya dan suruh baca sifir kat depan kelas..kalau tak hafal pun memang akan hafal kalau sistemnya macam tu...

tiga tahun lepas, masa aku berjinak-jinak dalam tutoring ni baru la aku tau yang sistem sekarang tak menggalakkan murid hafal sifir..tapi cikgu akan ajar murid buat kotak sifir..selalunya bila bermula kelas math cikgu akan peruntukkan sekurang-kurangnya 5 minit untuk murid buat kotak sifir..

pendapat aku la...mungkin disebabkan aku dibesarkan dalam zaman yg wajib hafal sifir...cara kotak ni lambat dan buang masa..bukan semua sifir yang ditulis akan masuk dalam soalan...jadi kebiasaannya murid akan tulis semula sifir 

contohnya: 2345 x 8 
8
16
24
32
40

tulis tu dah ambil masa yang lama..tapi memang kesan "kotak sifir" akan buat murid tak mahu hafal sifir..:(


ini la dia kotak sifir
bayangkan..setiap kali nak jawab soalan math nak buat kotak ni...serabut ayam aku!!! dah berpuluh kali aku suruh hafal sifir tapi masing-masing buat tak tau je..

sampai la semalam masa tutor session

"teacher, besok cikgu nak check sifir! sapa yang tak boleh buat sifir 1 sampai 7 dalam masa 1 minit kena rotan..."

haa?????????? apesal aku yg gelabah??
kuang kuang

apa lagi aku pun dera la budak-budak tu...dalam masa 2 jam tu aku basuh dan suruh hafal sifir 2 -9 sekaligus!!!! ahhahaha... boleh punnnn

konklusi: asasnya nak buat kotak tu pun kn hafal sifir sebenarnya..kalau budak yang tak hafal tapi nak main tambah-tambah...macam mane nak siapkan dalam masa 1 min...fuhhhhhhhh

No comments:

Post a Comment