Friday, March 25, 2011

cikgu, boleh tolong saya?

Tadi..kejadian yang masih fresh dalam memori..:)
sedang asyik aku pot pet pot pet pasal BIODIVERSITY kat budak-budak PMR tiba-tiba ada sms masuk..mula-mula aku buat tak tau je..tapi jenguk la jugak akhirnya...manalah tau sms penting...

iklan kejap!! alaaaaaaaaaaaa.....tengah semangat nak update ni apesal hujan lebat pulak?? hujan rahmat ni..rugi tak tido...

ok! ok! sambung...

bunyi sms "cikgu tolong saya"

aku suspen giler pulak..kenapa budak ni..kata aku dalam hati...budak yang sms ni budak lelaki..tingkatan 3 jugak..

aku reply " tolong ape?"

"tolong saya belikan tudung..saya nak bagi kat awek saya"

cisssssssssssssskek! buat penat je aku suspen dalam hati..belikan tudung untuk awek..amboi2 budak-budak zaman sekarang....

baru aku ingat..sebulan yang lepas budak ni ada tegur aku kat kelas...

Dia: cikgu! cantik tudung...beli kat mane?
aku: kamu nak pakai tudung ke?
Dia: nak bagi awek saya la cikgu....


wahhh!! saya terkesima ...:)

sorang kawan aku pernah cakap..kalau kita nak mengajar budak-budak kecik..macam sekolah tadika contohnya..kalau bole pakai la baju yang fancy-fancy..warna-warna terang dan menarik..sebab budak-budak ni suka pada benda yang cantik dan menarik...kena pandai tackle mood dorang...

tapi aku sendiri tak sangka yang aku mengajar budak-budak yang tak berapa nak kecik pun berminat jugak...yang tak boleh tahan siap nak belikan untuk awek...ish! ish!

penah je budak-budak tu..time asyik aku pot pet pot pet...tiba-tiba je..

"cikgu! cemane cikgu pakai shawl tu?"
"cemane cikgu belit-belit tapi tutup dada?"
"cikgu nanti hari ahad lepak sama-sama nak? cikgu ajar cara belit tudung!"
"cikgu! tudung ni beli kat mane?''
"cikgu..pin tudung ni comel la..beli kat mane?"

cis..fokus kat mane ni? kat pelajaran ke kat tudung aku???
bukan nak attraction tapi dah jadi distraction...

konklusi:Aku bersubahat  ke kalau tolong belikan tudung untuk awek budak tu? tapi belikan tudung ye tak? bukan belikan benda-benda tak senonoh...


iklan2: alaaaaaaaaaaaa..hujan dah sidang..tak lebat macam tadi..


Thursday, March 24, 2011

lagi-lagi buku

kenapa laa....?
kenapa ntah...
memang la dari dulu aku ni ulat buku..kalau pasal buku je aku boleh jadi "tak berdunia" dengan orang lain..macam pakcik pernah cakap...

"sapa yang bagi buku tu kat kak dada?????...lain kali jangan bagi dia buku ..sampai tak berdunia dengan orang"

faham maksud berdunia dengan orang? maksudnya jadi pekak tuli dan tak peduli langsung dengan persekitaran...macam apa yang berlaku kat surrounding tu dah tak penting bila buku ada ditangan (baca: buku cerita/majalah/novel) ..kalau dengan buku thermodynamic,fluid mechanic, advance organic chemistry dulu aku buat macam tu memang la aku top student kan....hahaha

kata mak "baca buku takda had"

hehe...eh! iklan kejap! kenapa plak "enter" kat lappy ni tetiba je naik atas plak ni....mabuk??

ok sambung...since 2 tiga tahun aku menyibuk nak jadi cikgu ni plak..aku agak kurang la membaca dan membeli buku-buku baru...tapi minat tu datang balik 2011 ni..ntah la kenapa..sekadar nak mengisi masa lapang ke? banyak sangat masa lapang aku agaknye? tapi apa yang betulnya sampai sanggup korbankan masa tido yang beharga semata-mata nak baca buku...nampak? nampakkkk? dah jadi macam dulu balik..

dulu tu bila aku tak peduli loceng dari dewan makan gara-gara nak baca buku..to be more accurate nak habiskan cepat buku yang dibaca semata-mata nak tau endingnya...baru-baru ni aku paksa adik pegi cari buku JAJA dan DIN..sampai ke KINOKUNIYA budak tu redah...

start timbul kisah jaja ni bila aku yang kononnya cair dengar bacaan imam tahfiz jemputan kat masjid sini...kisah tu plak aku gatal-gatal pi letak kat status FB..meletup la cerita pasal "kak dada n imam tahfiz" hahaha hampeh...cis! ntah dapat pahala separuhnya sebab pegi nak dengar suara imam tu..hehehe..harap-harap tak...:)

bila dapat je novel JAJA & DIN yang kazen cute aku cadangkan..aku apa lagi..baca terusssss..sampaikan sanggup baca setiap kali kete kat traffic light..hahaha yang menarik perhatian kisah siJAJA yang ulat buku...segala mak nenek buku dia baca sampaikan "tak berdunia dengan orang"..aku tak tau pulak tapi kisah jaja ni betul atau imaginasi penulisnya..novel tu buat aku berfikir

1. hanya orang yang rasa hidupnya kosong je ke baca buku sampai "tak berdunia dengan orang"? kalau jawapannya YA aku wajar susah hati..sebab sunyi jadi aku kembali berbungkus dengan buku? ulat buku takpekan asal jangan ulat bulu..?? jangan salah paham pada yang ulat buku..ini pendapat peribadi saya..saya cuma nak mencari ego sendiri...apekah saya membaca sampai "tak berdunia dengan orang" bagi mengelakkan sesuatu yang saya tak pernah mengaku dimulut?

adooiiii..berat ni..lepas ni kena buat pengakuan terbuka! kisah siJAJA ni..mungkin pada entry lain saja nak mengaku semua ni..:( adakah SYUHADA sekarang ni JAJA in making?? ini bukan soal terpengaruh dengan novel..tapi ni soal sesuatu yang dapat aku tengok pada diri orang lain..manalah aku nak manpak keburukan kejelekan sendiri kan??bila jelek itu pada orang lain.."siapa yang makan cili, pasti rasa pedas"! yes! itu yang aku rasa pedas..jelmaan dari watak yang diilhamkan penulis..secara tak sengaja buat aku berfikir..

itu kontra, dari segi pro nya pulak, aku rasa seolah makin bagusagaknya kalau aku banyak habiskan masa dengan buku dari "berdunia" dengan orang...:) bukan antisosial yang pastinya..bulan ni untuk beli buku saja mungkin dah lebih RM200 kot..mugkin sikit bagi sesetengah orang tapi bagi aku?? dah banyak sangattttttttt.....tapi belum puas2 lagi..

JAJA & DIN
VERSUS
Hanya DIA yang tahu - belum habis baca
Cinta Berbuah Syurga
Tiga Kali Seminggu
La Tahzan -menjadi teman tidur :)

ini untuk bulan ni jeee...tu belum masuk magazine lagi....

sape nak jawab soalan ni? adakah semua ni sebab nak lari dari dunia nyata dan tak mahu "berdunia" dengan orang lain??

konklusi: indah bila cinta lama kembali disisi..:)



Wednesday, March 23, 2011

tiga kali seminggu!

mak ambil buku karangan FAIZAL TEHRANI dari atas katil...
mak bertanya "apa yang 3 kali seminggu?"
aku jawab pertanyaan mak dengan soalan juga..
"apa yang selalunya tiga kali seminggu" disambung dengan tawa gatal dari adik aku...

ish..ish..sungguh kurang perasaan malu betul anak-anak zaman sekarang..masakan dengan mak dibawak bergurau macam itu..18SX...hehehe

dah baca???


sejak tahu koleksi FT (bukan Faizal Tahir plsss) akan keluar aku dah tentu gelabah nak cari bukunya..tapi seperti biasa aku selalunya akan kecewa bila buku-buku macam tu susah nak cari sekarang ni...maksud aku disini di SITIAWAnku yang tercinta..walaupun disini sudah ada kedai buku POPULAR tapi tak pulak aku jumpa novel-novel yang boleh membasuh jiwa..novel ustaz zaid pun tak ada...

aku! seorang aku semua yang kenal mungkin tahu...aku memang ulat buku..tapi tentunya bukan buku pelajaran..hahaha kalau bab buku pelajaran tu aku mmg malas sangat la kan..:P tapi buku cerita, memang dari dulu lagi..aku suka membaca...sekarang sejak jatuh hati pada karya2 FT aku selalu pinjam dari sepupu-sepupu comel ku..tapi sekarang sudah mula membeli...

sekarang ni aku makin akrab dengan buku..hari-hari bergelumang dengan buku..sampai untuk tidak berbuat apa-apa dalam waktu yang singkat pun boleh mendatangkan boring! sangat2 boring...berbalik pada kaleksi cerpen FT ni..aku suka kisah

Cerpen Muthupalaniappan pula ada unsur-unsur humor, sedih dan sindiran di dalamnya. Kisah seorang budak lelaki berketurunan India yang bernama Muthupalaniappan yang tinggal di sebuah ladang estet. Plot dikembangkan dengan wujudnya watak seorang guru Bahasa Inggeris yang datang dari bandar. Namanya Cikgu Rosmah. Klimaks cerpen ini apabila Cikgu Rosmah dengan kejamnya telah menempeleng muka Muthupalaniappan yang merupakan anak muridnya di Sekolah Kebangsaan Tamil, tempat dia mengajar. Kejadian itu berlaku kerana Muthupalaniappan dan rakan-rakan sekelasnya tidak tahu berbahasa Inggeris. Pengakhiran cerita yang sungguh mengharukan. Akhirnya Muthupalaniappan mati akibat dirempuh sebuah lori semasa sedang leka mengulangkaji buku pelajaran Bahasa Inggerisnya.
*credit dari jomsewabuku.blogspot*

pengajaran dari cerpen ni memang "makan dalam" aku sememangnya sedang membina benteng sabar bila tahun ni aku berhadapan dengan students berbeza dari latar yang berbeza juga dengan kemampuan yang berbeza...

konklusi: tabah dan amanah dalam mengusung sebuah tanggungjawab..hasilnya nanti walau tidak mampu mengangkat kebanggaan tetap jua memberi kepuasan..:)





Monday, March 21, 2011

susah bukan? kalau........

entry ini bukan entry rungutan!
sila jangan salah faham..tapi cuba empathy dan faham...
:)

susahnya jadi anak kepada ayah yg berpangkat besar..
susahnya jadi anak kepada senior engineer..
susahnya jadi anak yang ayahnya ada "staff car"
susahnya jadi anak yang ayahnya ada "tiga balak"..

bila timbul soalan yang mendera mental si anak
kenapa ayah boleh buat?
kenapa kamu tak boleh buat?
benda simple macam ni pun tak boleh?

sukar bukan?
memang tak dinafikan semua ayah..malah tak ada ayah yang tak mahu anaknya tak berjaya..tak score exam seolah-olah memalukan ayah..kesian bila si anak dipaksa melakukan sesuatu yang sukar dicapai olehnya..sangat sukar..!

bayangkan kalau si anak dipaksa menerima sesuatu yang baru semudah ..kadang-kadang

"kenapa dapat B ni? patutnya kena dapat A"

baru ujian bulanan pun..sekolah pun baru buka..kalau enjin kereta pun belum panas lagi..kalau itu atlit atau olahragawan pun pasti belum habis warm up lagi...mood cuti masih melekat dihati....tapi belum apa-apa sudah dibentak dan disoal siasat! penat bukan? sangat penat....

kalau difikirkan alangkah bahagia jadi kanak-kanak era 80's zaman sekolah rendah sangat bahagia! sungguh tak tipu..

pergi sekolah...sangat membahagiakan..kalau baloeh tak nak cuti..hari2 pegi sekolah pun takpe..bahagia..suka belajar..suka bahagia disekolah..bangun tak payah nak kena jerit..biologi punya alarm pagi2..bangun awal..mandi ..pegi sekolah ..tunggu bas..beratur dengan sopan naik bas..balik pun sopan juga...

balik dari sekolah, pegi sekolah agama pulak..bla..bla..bla..waktu rehat main getah! lompat sana sini..suruh ustaz cerita kisah nabi2..gedik sikit pastu balik..sambung main lagi..dan lagi! dan lagi!
KU BAHAGIA! dah macam lagu melly goslow tu.

bebas tekanan + bahagia..
walaupun tetap ada kelas tambahan di sekolah tapi tekanannya kurang..Alhamdulillah ..pembesaran juga normal..tapi memerhati pengembangan anak-anak zaman sekarang aku jadi letih dan lelah..tambahan dengan mentaliti ibu ayah berlatar belakang pendidikan yang meletop! semua nak jadi nombor satu! semua nak 100% ..

kasihan bukan?

tapi mentaliti itulah yang membuatkan sebahagian besar ayah dan ibu sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan yang terbaik untuk anak-anak..

mahu personal tutor
mahu personal trainer
mahu 2 atau mungkin lebih kelas tuition..
mahu jadi yg monbor satu...

bukan mempertikaikan kesungguhan dan kepayahan ibu dan ayah..tapi kadang-kadang lelah mengikut rentak 

konklusi: kata seorang sahabat..ada seorang sahabat yang lain ditanya dengan soalan "sudah ajar anak membaca?' padahal anak yang dimaksukan baru berusia 10 bulan..

Friday, March 11, 2011

"AWAN" ku Farhan Raziq

aku pesan pada Awan..."awan nanti besar cari Dania tau!"
apalah yang awan tau..budak kecik yang helpless berusia 5bulan..sengih-sengih pandang aku..
erk? Awan paham ape along cakap?
uisshhhh! bahaya ni Awan..jangan cari Dania yang macam "AWAN DANIA" tu..awan cari Dania yang solehah la ye..


hehehe:P
dengan budak 5 bulan pun nak merapu-rapu..macamlah dia paham...ok!
ishhh...bahaya la budak Awan ni..hari tu papa dia cerita kat kami...


papa awan: awan suka kalau berjalan duduk senyap dalam stroller...tapi kalau yg agah dan senyum tu orang lelaki memang dia tarik muka nak nangis..
aku: kalau pompuan?
papa awan: tersenyum dan tergedik-gedik gelak!
aku:?????????


kan dah cakap bahaya budak-budak zaman "super junior" ni...


dari kecik-kecik lagi kalau cakap bab kawin budak-budak bukan main excited lagi ...
kalau tak percaya ...
siapa yang excited nak tengok pengantin?
siapa yang excited nak serang semua lauk pauk atas meja pengantin?
siapa yang nak belek-belek baju pengantin?


sudah tentu budak-budak kan...tapi tu mungkin zaman 80's punya budak-budak..tak macam budak-budak zaman sekarang..budak-budak zaman "super junior"..gagah perkasa dan matured habis.. :)


eh..tadi cerita pasan AWAN ni kenapa la pulak cite pasal kawin?? hilang fokus ke ape cik Syuhada?..haha ok2 sekarang cik syuhadacuba nak relate kan semula....


pasal AWAN yg adorable tu la aku penag terasa macam NAK KAWIN !!!!!!!! haha berani mati punya pengakuan kan? ..ye la mana taknya experience yang tak sampai seminggu jaga AWAN buat aku rasa bestnyaaaaaa kalau ada anak..


apa kau fikir macam nak jaga anak tekak je? semudah ABC semuanya??? apekah begitu...tapi tu la..yang sebenarnya apa yg difikirkan....


tapi bila orang start tanya aku...BILA NAK KAWIN???? aku ada jawapan baru..


"bersabarlah dengan apa yg ALLAH rencanakan..sesungguhnya kita sentiasa ada dalam pemerhatian ALLAH" 


cemane jawapan saya? dah try dalam beberapa version dan ada yang speechless bila mendengar jawapan berkenaan..jadi boleh jadi modal ni...:)

semalam tiba-tiba terlintas nak tulis ni...


jika kau tanya cintaku padamu..
akan ku kata "aku mahu jadi milikmu"
jika kau tanya kasihku padamu
akan ku kata aku telahpun sayang padamu..
jika kau tanya perasaanku padamu..
akan ku kata aku terlalu suka padamu...


tapi..
tapi Dia?
tapi Dia bagaimana....


aku tau aku duakan DIA
aku tau aku alpa..
aku tau aku mengabaikanNYA
aku malu....


aku malu mengaku cinta
aku malu mengaku sayang..
aku malu mengaku kasih..
aku malu mengaku DIA kekasihku
KERANA AKU TIDAK SETIA 

Wednesday, March 9, 2011

Ada Apa Dengan Cinta errr~ no. Plat?

AFM 2646
AFS 2066
ADY 2066
APEKAH? 

bukan nombor sport toto ye..tolonglah jangan terlibat bahaya! berdosa tu...hmm..bab nombor plat ni...aku teringatla pulak kisah silam yang sudah direndam dan dicloroxkan..dulu la..dah lama sangat..masa zaman kanak-kanak riang dan masih "ringan'

abaikan kalau cerita ni sangat berbunyi gatal ye..dulu-dulu time sekolahkan ade "crush" kan..jadi aku ni kalau nak ingat orang aku memang akan ingat kenderaan orang tu...yang ada la..yang jalan kaki aku ingat tapak kaki dia je..haha oke kalau yang ada motor katakan..aku mesti ingat no.plat motor dia....

"weiiii...tengok tu abang ACA 4149!"

aku bukan mata duitan tapi mata kenderaan ke? ohoooo...bukan-bukan saya bukan materialistik..saya plastik  tapi kotak memory aku ni perlukan benda yang pelik sikit untuk mengingat agaknya..sampai sekarang..kadang-kadang muka orang tu tak brapa ingat ..tapi tengok kereta or motor baru la boleh refresh balik....mengapakah? saya juga tidak tau! 

sekarang en.WMR pulak..ehehe:P untuk mengingati beliau semestinya bermula dengan menghafal plat no. kereta beliau terlebih dahulu...kenapa? saya juga tidak tau ok?

mungkin bagi aku..no plat tu ekslusif dan tepat..contohnya kalau nak ingat figura mungkin akan sama..

"weiii..tengok brader yang pakai spec!"

mana mungkin dia sorang saja yang pakai spectacles bukan? jadi akan timbul kekeliruan disitu...mungkin juga brader spec yang agak rendang tak berbuah dan rambut pacak-pacak..! mungkin jugak brader spec yang tinggi kurus kering macam zombie kan? jadi tak sesuai....

kalau cakap "weeiiiii, brape ACA 4149 laaaa" sah-sah aku tau dah siapa empunya diri! hahaha 

tapi kalau en.WMR , kalau beliau bersama WTA atau BFF sekali pun pasti dapat dikenal pasti dengan jelas..boleh? sila jangan jeles! harap maklum..


konklusi: setiap manusia itu berbeza. kalau unik, mungkin dia lebih comel macam saya!




Tuesday, March 8, 2011

hectic schedule ? tipu kot...

hectic la sangat!
haha memang pun..


ok..tak puas hati? 


pagi-
uruskan adik bongsu ke sekolah..iron baju dan susunkan buku..dia ni jenis yang susah nak bangun tido..pagi-pagi memang perang dunia ke 4 kalau nak kejutkan dia bangun...


sambil-sambil masukan baju dalam mesin, kemas-kemas rumah..masuk bilik lagi dan kejutkan dia..pernah sekali aku bebel pagi-pagi


aku: adik ni ..nak bangun pun susah..hari-hari akak kena marah adik, nanti belum pun umur akak 40 thn dah berkerepot sebab pagi2 dah membebel..


adik: biar la..muka akak..bukan muka saya!


9 pagi
by the time dah kena ada dekat kedai..jadi tukang angkat pinggan mangkuk, tukang basuh periuk belanga! bukan yg sedang-sedang tau!! memang besarrr punye...


ep, tapi sekarang ni banyak spend masa kat rumah je pagi-pagi..buat apa yg patut..entertain tok terchenta ke..? hehe


12 tgh hari
aku dah bungkus-bungkus lauk ape yg patut dan bawak balik rumah untuk adik bongsu..kan senang, masak kat kedai je..tapau balik umah tak yah buat keje banyak kali kan? haha dasar rajin! kelentong~


3ptg - 10malam
tuition..bla...bla..blaaaa... membebel kat kelas...


10.30 malam
sampai rumah..letih macam nak tidur terus ke dalam kete..huhu kan? tapi mane boleh..kenalah tidur ditempat yang best dan selesa...


esok pagi semuanya akan berulang sampai lah hari sabtu..pastu ahad hidup bahagia...ohoo malangnya bahagia hanya sementara..


masa bila pulak aku nak wat kerja-kerja lagha kurang berfaedah tapi best sampai menjilat siku? FB, blogging, chatting..bila??? bila??


jawapannya: bila aje ade masa terluang, dan masa tu aku ade lappy dan ade b.band..masa tu kalau aku tak berebut dengan adik bongsu..aku memang tak melepaskan peluang keemasan..haha time nak tunggu maghrib pun sempat lagi nak blog sambil FB..


nampak takkkkk??? nampak tak betapa pandainye menguruskan masa..kan? tapi bukankah lagi baik pegi joging ke..boleh jugak keluarkan peluh..ni jari pun tak berpeluh..kurus lagi lah tidakkk!


konklusi: masa kita 24jam sehari..tanggungjawab kita nak susun semua tu...cuba fikir cikSyuhada..kalau sebelum blog *sebelum maghrib tu* kan elok kalau dapat satu "ain" dulu..haha..kan cikSyuhada kan??