Ladies Valency ~ kretif bebudak UTP ni bagi nama. sangat cathy.. hehe lupa pulak nak tanya pada cik Atiqah committee tu ape kah "ladies Valency" ni.. tapi kalau nak buat tafsiran sendiri agak-agak adik-adik bijak pandai kat UTP tu marah tak? hehe
Ladies= lady bila plural jadi ladies la kan? cikgu kan ajar macam tu.. :P
valency= ishh.. ni mesti budak chemical engineering yang bagi nama ni. akak teka je adik2.. jangan marah okeh. hehe "valence shell" tu bukankah outer shell atau pun petala luar bagi electron arrangement kan? maksudnya in order to be stable, element itu patut release or gain electron to achiece octet or duplate kan? jadinya, program ini seharusnya nak melahir kan ladies yg sempurna@stabil or tau ape yg penting untuk ladies la kann?
ke tak?
haha. jangan marah la adik2 ye. kalau salah.. tapi ape yg betulnye kakak korang yg menumpang sekaki err..dua kaki dalam program ni sangat la excited. terlebih excited to be accurate. haha
abaikan jari gemok! |
16,17,18 March berulang alik ke UTP. walaupun agak penat sebab sebelah siangnya still ade tuition, tapi sangat berbaloi2. puas hati. COKLAT_KUNING_PINK_BIRU
okeyh. itu kod tiket 4 in 1. tapi aku attend 3 je. Yang in the pink tu aku tak attend sebab masih ade tanggungjawab kena settle.. :)
nak cerita pasal kod COKLAT dulu
kalau dak COKLAT tu memang la sedapppp!! haha BAITUL MUSLIM- kau pilihanku
wahhh..err..adik-adik UTP ye la seronokkan. sebab memang ade yg semangat nak kawin awal la tu. bagi kakak yg dah sedikit terlajak perahu ni..hehe. sesungguhnya sangat membuka minda. Panelnye Ustaz PAhrol Muhammad Juoi dan Ustaz Hasrizal Abd Jamil.
diakah milikku? is she/he the one? itu pokok persoalan yg selalu kita tanya bila berhadapan dengan soal jodoh. sebenarnya itu adalah soalan yg langsung tidak VALID kata Ustaz Hasrizal...
whyyyyy?
sebab kita takde access pun kepada data milik MAHA PENCIPTA. analoginya, seolah-olah nak hadapi final exam. kita tertanya2 apa soalan yg akan keluar exam, tapi kita tak dapat access data lecturer kan?
so? ape nak buat niiiii?
macam exam, kita akan studi hard kan? sungguh2 study sampai mata jadi panda kan? maksudnya kita bersedia supaya boleh jawab exam dengan gemilang n terbilang. huhu macam tu jugak jodoh. kita kena prepare ourselves without questioning "is she/he the one?"
perkahwinan bertujuan untuk mencapai keamanan, rasa tenang dalam hati, jadi Islam menggariskan cara iaitu ISHTIQARAH dan ISTISYARAH
ISTIQARAH- sunnah Rasulullah SAW yg mana dilakukan dalam semua perkara, bukan hanya dalam menentukan jodoh.
ISTISYARAH- muzakarah atau perbincangan dengan orang tengah yg alim atau ibu bapa sendiri. kita boleh mintak pendapat orang alim, membuat pertimbangan berdasarkan ciri-ciri sidia itu..
contohnya: Saudari Syakirah *bukan nama sebenar* sudah sampai masa nak berkahwin..huhu:P jadi ade beberapa orang calon berkenan akan saudari Syakirah ..sampai la Syakirah konpius tak tau nak pilih siapa. jadi..saudari Syakirah boleh lah beristisyarah dengan bertanya orang-orang alim@imam@tok ketua@ketua Pusat Islam..jadi selepas itu, saudari Syakirah boleh la berishtiqarah pulak, agar mendapat petunjuk dari Allah, antara jejaka A atau jejaka B.
tapi akan wujudnya conflict disini, dalam masa kita menunggu tanda-tanda petunjuk, sang setan akan masuk campur.. jadi jangan bergantung pada mimpi atau tanda-tanda lain, kerana kata Ustaz Hasrizal lagi kita kena buat keputusan sendiri yg biasanya datang dalam ketetapan hati bersama keyakinan Allah sentiasa bersama kita. jangan risau lagi kerana kita ada "cause n effect method"
Evil words are for evil men, and evil men are [subjected] to evil words. And good words are for good men, and good men are [an object] of good words. Those [good people] are declared innocent of what the slanderers say. For them is forgiveness and noble provision.
manakala Ustaz Pahrol M. Juoi yang sangat bersih n hensem in person, pula menambah yang persoalan cinta itu sendiri sebanyak 76 kali disebuat dalam Al-Quran. :) katanya lagi "jodoh itu umpama rezeki" terngiang2 suara ustaz. menusuk sampai hati *blush* dicari dah ditemui. tapi kita harus ingat yg rezeki itu Allah yg tentukan, seharusnya sebagai hambanya kita berkewajipan BERUSAHA mencari dah TERIMA dengan redha,
ada pahammm?
walaupun dalam mendirikan baitul muslim, kita bukan nak seronok, seronok-seronok atau pun beronok-ronok. tapi kita harus balik pada akar falsafah asas TUJUAN hidup kita dimuka bumi, ingat!! nak jadi hamba Allah kan? lagi satu nak jadi Khalifah kan?
sesuatu yg amat sweet bila ustaz pahrol cakap macam ni
"cinta lahir disyurga, kembara didunia dan akan kembali ke syurga"
jadi utamakan si Dia yang boleh membawa kita kembali kesyurga. *melt* kata ustazah pada pelajar lelaki, "isteri itu madrasah anak-anak" *melt lagiii*
cinta itu bukan tujuan tetapi jalan
cinta itu bukan matlamat, tapi alat..
alat mencapai redha Allah
*cair terus...gedubuk jatuh kerusi* ehe over!
jadi, nasihat ustaz " MENCARI vs MENJADI" itu yg penting
sape menang??
secara teknikalnya jadilah orang yg baik soleh/solehah sebelum mengharap kepada yg soleh. sediakan diri sendiri secukupnya sebelum mengharap orang soleh membimbing kita. kita juga kena ikut dan redha kalau pilihan itu datang dari ibu bapa atau orang alim. macam dalam ayat dibawah ni,
pasrah dengan Allah kita takkan kecewa
Sahih International
And [yet], among the people are those who take other than Allah as equals [to Him]. They love them as they [should] love Allah . But those who believe are stronger in love for Allah . And if only they who have wronged would consider [that] when they see the punishment, [they will be certain] that all power belongs to Allah and that Allah is severe in punishment.
kata Ustaz lagi, seorang lelaki "jangan cari isteri yang cantik, tapi carilah kecantikan pada isteri" isteri yg cantik, isteri yg cintakan
1.Allah SWT
2.Rasulullah SAW
3.suaminya.
benih-benih istiqamah itu menagih mujahadah :)
jangan sempitkan istilah dan makna perkahwinan itu hanya setakat "pelamin" sahaja. Pandang ke hadapan..
perbaiki Islam, yg lain akan menyusul :P
*subhanallah. rasanya terbuka satu lapisan dalam hati. tak mala rasanya nak mengaku yang selama ni aku memang belum bersedia menjadi seorang isteri. TANGGUNGJAWAB sangat berat dan besar, bahkan aku masih belum mampu rasanya. Alhamdulillah atas kesempatan Allah bg peluang untuk majlis macam ni, terbuka sudah hati ini.
hari ini aku semakin yakin. InsyaAllah akan akan berusaha menjadi isteri solehah. aminn..akan lebih berusaha "menjadi solehah".. cintakan Allah, Rasul, mak ayah dah diri sendiri dulu sebelum mencintai siDia yg belum pasti siapa itu..
hehe
konklusi: pada asik-adik yg masih belajar tapi rasa nak kawin..fikir panjang2 dulu. ingat tanggunjawab n priority dulu. belajar berjaya. perkahwinan jangan dilihat setakat indahnya pelamin, saja.
jodoh itu rahasia Allah..:)...kalo boleh diputar semula, aku sememangnya nak mulakan langkah ke gerbang perkahwinan dgn majlis di Masjid sahaja..Nak hantaran yang mampu- beri oleh sang lelaki sahaja, Nak kenduri yang meriah tanpa lagu2 selain nasyid, selawat & zikir sahaja..Makan di masjid, apa salahnya...tapi ramai yang membantah..jadi???
ReplyDeletesinggah nak feed ikan 2 jap.
ReplyDelete