Showing posts with label hidup riang ria. Show all posts
Showing posts with label hidup riang ria. Show all posts

Friday, April 13, 2012

E-usrah~ aku masih jakun!

Subhanallah. Alhamdulillah. 


terima kasih Ya Allah.. 
hehehe~ excited tak abis lagi ni.. padahal takde ape pun.. hehe


itu la overnye cikSyuhada ni.


sejak tau wujudnya E-usrah. teringin sangat nak join..sangat-sangat teringin. Alhamdulillah semalam Allah dah makbulkan hajat aku!! 
hoyeayy!


kuliah online ni selalunya hari Selasa dan Khamis.
=(


sedikit =( sebab ade kelas malam. dalam hati nak je reschedule balik semua jadual kelas malam tu supaya boleh join setiap kali ade e-usrah ni. huhu desperate kan? yes I am. 


desperate sangat nak kekal dalam "environment" itu. bak kata en Gabbana (angelpakaigucci).. hidayah itu ibarat belon helium. kena pegang kuat-kuat supaya tidak terbang! sungguh takut sangat gas helium aku tu terlepas dari tangan..padahal dah pernah peluk.. tak ke rugi... kan?


err..mula la sesat merata simpang cikSyuhada ni. ok balik ke pangkal jalan, pasal e-usrah tu. semalam sesi Ustaz Hasrizal Abd Jamil - MANUSIA HOLISTIK MELALUI SULUHAN NASIHAT LUQMAN


subhanallah.


sungguh memang indah kandungan Al-quran ni..sungguh rasa rugi sebab dah membuang masa bertahun-tahun sebelum ni tak bercinta dengan Al-quran.
ruginya sebab dah membuang masa setakat baca Quran tapi tak langsung mengkaji isi Alquran.


subhanallah :)


tapi bukanlah masa nak menyesal dan bersedih kan? so, dikesempatan yang ade..ntah berapa hari lagi la umur aku ni kan.. sesungguhnya nak isthiqamah dan mujahadah ni jalannye banyak batu-batuan dan bukit-bukau!




"..dan kami telah berikan kepada Luqman Al-hikmah, agar dengannya bersyukur kepada Allah..." [Luqman:12]


program semalam buat dalam hati ni macam ade satu perasan "hati" nak melompat keluar nak pegi program 2 hari kat UM nanti..huwaaaaa!


tapi..


err.. tapi ~ep, Dr Muhaya cakap jangai guna "tapi"


okay sekarang kita tukar!


andai


kita pakai andai ye..




andai aku punya kewangan yang lebihhhhhh masa ni, aku PASTI nak pegi course ni..huhu tengok banner bawah ni.. semalam tu baru dengar intro je. 
alhamdulillah syukur..


tapi aku nak jugak tamak.. nak tamak jugak. tapi apakan daya =(








nak pegi...:( ade sesapa nak sponsor?



takpe lah hati..mungkin lain kali saja :) takpun suruh je Ustaz Hasrizal buat video CD pastu jual! hehe macam la ustaz Hasrizal nak dengar cakap aku!
semangatnye berkobar-kobar nak tahu cara Luqman mendidik anaknya..
kupasan nasihat Luqman tu..


bestnyeeee~


sekarang ni aku kena lebih bersyukur sebab sesi semalam, ramai yang tak dapat join, jadi kat sini aku nak kongsi sikit pada yang tak dapat join..


pahadal 3 orang je yang dok baca blog ni..ehehe:)




Tunggak kehidupan terdiri daripada 3 elemen utama
1. Manusia
2.Material
3.Matlamat


ni kalau aku tanya antara 3 ni mana yang lebih penting? memang la ramai manusia akan jawab MANUSIA!!!!!


iye la.. manusia yg jawab. kalau monyet yang jawab lain la pulak jawapannye kan? ehe tapi ikhlas ke manusia penting? dan manusia pentingkan manusia?


korang tipu kan?


aku bukan nak cakap korang penipu tapi cuba fikir!!
 kalau kita baru beli baju. mahal.branded. lepas tu adik kita kotorkan baju tu or conteng baju tu dengan permanent marker? ape kamu nak buat?


sah la kau histeria kannnn? aku pun sama  jadi nampak sangat disitu kamu dah pun downgrade manusia.. ehe tu belum lagi mak bapak yg rotan anak sebab rosakkan sofa, pecahkan pinggan, calarkan kete.. kaaaan?


baik mengaku..


jadi bagaimanakah kita nak angkat martabat manusia?


dengan cara mengagungkan Allah! iye, adik-adik..Allah yg cipta kita.. sesuatu yang Allah buat tu juga hebat sebab Allah Maha Hebat..jadi hargailah sume tu..


hargai manusia ok!


sebagai ibu bapa atau bakal ibu bapa.. yang paling penting serapkan pada anak jiwa Islam tu, jaga lah syariatullah sebab semua ni asas yang menentukan tapak jiwa anak-anak tu nanti...


"...sesungguhnya Allah takkan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri "           [al-Ra'd 13:11]




errr..ayat ni bukan suruh ubah hidung penyek kepada mancung, pipi kendur kepada pipi tegang tauu!! ayat ni bukannak suruh pegi botox tau.. tidak.tidak dan tidak. ayat ni nak suruh kita ubah diri, sikap supaya boleh lebih maju..


sebab tu sebagai ibu bapa kepada anak-anak yang konon kau sayang sangat, kenalah mengubah dan membiana anak-anak. bukan setakat bina badan macam I.


Untuk membina manusia yang holistik. 4 faktor utama yang sangat penting dititik beratkan.


Spiritual 
agamanya,aqidahnya, solatnya..didik anak yang memilika jiwa terhadap agamanya.


Emosi
sosialnya, pahamkan anak-anak tentang kaedah pergaulan, hubungan anak dengan ibu bapa  dan masyarakatnya


Intelektual
ilmu analogi supaya anak boleh melihat dan mengaitkan keindahan dan keajaiban alam dengan kebesaran Allah. Manhaj ilmu. kaedah berfikir dan ajak anak berfikir tentang alam. belajar.


Fizikal
menurut Ustaz hasrizal semalam, ibubapa sebenarnya kena pantau cara anak-anak, dari segi pemakaian, suara..cara bercakap pun penting.  indahkan Islam tu dari benda sekecik-keciknya sampai la benda-benda yg besar.. :)


sukee~~


subhanallah. indahnye nasihat Luqman dalam Al-Quran. indahnya isi Al-quran. AKU SUDAH JATUH CINTA~ sungguh :)


ade lagi ni nak taip. tapi nak pi sidai baju dulu tauuu..haha :P


konlusi :kenapa kah aku sekarang sangat "into" hal-hal berkaitan parenting. padahal kawin pun belum dan tak tentu bila la nak kawinnya.  Tapi memang lately ni aku rasa sangat teruja hal-hal macam ni. mungkin jugak aku sebenarnya nak cari tau dari asas pembentukan "seorang manusia". mengkaji kenapa la adik aku yg bongsu tu jadi camtu..salah kami kah?











Saturday, April 7, 2012

Hati saya untuk ISLAM~ bila 'nur' melimpah ke hati



PART 1




tolongggg!!!


hati saya banjir.. haha.. banjir dengan nur? bukan kalau dah banjir mesti dengan air ke? 
fuhhh.. perasan ye cikSyuhada


memang ade rasa sejuk kena "nur" sekarang ni.. ~ eh kalau nur bukan dalam bentuk radiation ke? kalau radiation bukan panas ke?


shut up!


oppss..


jangan suka guna "kalau" cikSyuhada. jangan bagi peluang pada sang setan durjana..huhu 
~baikkkkkk


tapi ini serius! hati masih terasa sejuk dek nur yg melimpah ke hati~ FESTIVAL HEART FOR ISLAM. ye hati saya sudah pun dicuri
dicuri Islam. heart4islam


best tauu.. 


tak caya?


tikett!
jari gemok itu lagii..huhu abaikan jari gemok itu.sekarang dengar cerita lagi best daripada jari gemok itu ok!


sekali lagi! terima kasih pada adik UTP yg bagi peluang pada kakak korang yg nak masuk senja ni join sekali.. :P
seminar heart4islam ni ada banyak slot sampai ke malam. jadi sabtu tu memang penuh. merasa la jadi musafir lepak kat Masjid AnNur UTP yg indah dan osem itu..

slot1 : Dr. Raja Iskandar

tak salah aku beliau ni salah seorang lecturer kat UTP. beliau memang sangat osem. ke'osemness beliau sangat terserlah, walaupun sekejap sj slotnye.. disebabkan beliau lewat. :)

dalam slot ni Dr. Raja Iskandar ajak aku berfikir.

"apa beza Islam dengan Agama lain?"
~jawabbb...

sebenarnya agama ni kita patut lihat dari 4 faktor,
~jangan hanya diukur dari satu sudut yang satu sahaja
~konsep "beyond". jgn limitkan persepsi anda. pada aku mungkin ini yg dikatakan islam tu syumul. kan?
~keperluan Islam itu dari semua segi dalam kehidupan
~persepsi agama yg memang tak boleh dipisahkan dengan kehidupan

kaann?
sape setuju berdiri atas kerusi!

kenapa orang selalu marah bila kita cakap pasal kerajaan Islam..? kenapa takut sangat bila nak realisasikan/ nak sokong penubuhan kerajaan Islam?

kita patut tengok ape yg Rasulullah SAW buat. di MADINAH

~ konsep "biiznillah yg meresap dalam jiwa umat Islam yg kuat pada masa tu.walaupun umat Islam hanya 20% tapi sebuah kerajaan Islam boleh diwujudkan. dan yg pasti Islam tu memang la membawa keharmonian..
*disclaimer: islam yg sebenar berpandu pada Al-quran dan Sunnah yee :) bukan berkhiblat harta dan kuasa*

kenapa umat Islam sekarang lemah? kerana kita umat Islam tak paham ape itu Islam yg sebenar. tak menghayati cara hidup Islam tu sendiri? kann?
oke. boleh tak kita usaha lebih sikit lepas ni..
supaya kita lihat Islam tu sebagai "firrahmatan fill'alamin''
agama ISLAM itu sebagai penyelamat dan pemimpin
mari melihat islam sebagai agama yg memimpin dan bukan yg dipimpin


insyaAllah, kita mesti sedar dan jadikan ISLAM tu
~sistem hidup
~cara hidup

~untuk semua orang 


konklusi: untuk membentuk sebuah negara Islam, andai kita ibaratkan Islam tu sebagai pokok utamanya, pentingkan kualiti biji benih yg kita nak semai ni dulu.. biar yg elok, dijaga, disiram dengan elok, pastinya akan tumbuh elok.. dan seterusnya dijaga sehingga menumbuhkan dahan, daun,pucuk, bunga dan semuanya yang elok saja ikut acuan ISLAM


analogi ini:
biji benih= kita. individu ISLAM
pokok=baitul muslim
daun,dahan,bunga, pucuk, buah = natijah daripada ke'elok'kan foundation ISLAM melahirkan ISLAM yg hebat. boleh jadi tempat berteduh untuk semua :)


p/s: tak sabar nak kongsi slot bersama Ustaz zaharuddin Muhammad & Ustaz Zahazan Muhammad juga 

Tuesday, April 3, 2012

Ladies Valency~Baitul Muslim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Ladies Valency ~ kretif bebudak UTP ni bagi nama. sangat cathy.. hehe lupa pulak nak tanya pada cik Atiqah committee tu ape kah "ladies Valency" ni.. tapi kalau nak buat tafsiran sendiri agak-agak adik-adik bijak pandai kat UTP tu marah tak? hehe 


Ladies= lady bila plural jadi ladies la kan? cikgu kan ajar macam tu.. :P
valency= ishh.. ni mesti budak chemical engineering yang bagi nama ni. akak teka je adik2.. jangan marah okeh. hehe "valence shell" tu bukankah outer shell atau pun petala luar bagi electron arrangement kan? maksudnya in order to be stable, element itu patut release or gain electron to achiece octet or duplate kan? jadinya,  program ini seharusnya nak melahir kan ladies yg sempurna@stabil or tau ape yg penting untuk ladies la kann?


ke tak?


haha. jangan marah la adik2 ye. kalau salah.. tapi ape yg betulnye kakak korang yg menumpang sekaki err..dua kaki dalam program ni sangat la excited. terlebih excited to be accurate. haha


abaikan jari gemok!


16,17,18 March berulang alik ke UTP. walaupun agak penat sebab sebelah siangnya still ade tuition, tapi sangat berbaloi2. puas hati. COKLAT_KUNING_PINK_BIRU

okeyh. itu kod tiket 4 in 1. tapi aku attend 3 je. Yang in the pink tu aku tak attend sebab masih ade tanggungjawab kena settle.. :)
nak cerita pasal kod COKLAT dulu

kalau dak COKLAT tu memang la sedapppp!! haha BAITUL MUSLIM- kau pilihanku

wahhh..err..adik-adik UTP ye la seronokkan. sebab memang ade yg semangat nak kawin awal la tu. bagi kakak yg dah sedikit terlajak perahu ni..hehe. sesungguhnya sangat membuka minda. Panelnye Ustaz PAhrol Muhammad Juoi dan Ustaz Hasrizal Abd Jamil.

diakah milikku? is she/he the one? itu pokok persoalan yg selalu kita tanya bila berhadapan dengan soal jodoh. sebenarnya itu adalah soalan yg langsung tidak VALID kata Ustaz Hasrizal...

whyyyyy?

sebab kita takde access  pun kepada data milik MAHA PENCIPTA. analoginya, seolah-olah nak hadapi final exam. kita tertanya2 apa soalan yg akan keluar exam, tapi kita tak dapat access data lecturer kan? 

so? ape nak buat niiiii?

macam exam, kita akan studi hard kan? sungguh2 study sampai mata jadi panda kan? maksudnya kita bersedia supaya boleh jawab exam dengan gemilang n terbilang. huhu macam tu jugak jodoh. kita kena prepare ourselves without questioning "is she/he the one?"

perkahwinan bertujuan untuk mencapai keamanan, rasa tenang dalam hati, jadi Islam menggariskan cara iaitu ISHTIQARAH dan ISTISYARAH

ISTIQARAH- sunnah Rasulullah SAW yg mana dilakukan dalam semua perkara, bukan hanya dalam menentukan jodoh.

ISTISYARAH- muzakarah atau perbincangan dengan orang tengah yg alim atau ibu bapa sendiri. kita boleh mintak pendapat orang alim, membuat pertimbangan berdasarkan ciri-ciri sidia itu..

contohnya: Saudari Syakirah *bukan nama sebenar* sudah sampai masa nak berkahwin..huhu:P jadi ade beberapa orang calon berkenan akan saudari Syakirah ..sampai la Syakirah konpius tak tau nak pilih siapa. jadi..saudari Syakirah boleh lah  beristisyarah dengan bertanya orang-orang alim@imam@tok ketua@ketua Pusat Islam..jadi selepas itu, saudari Syakirah boleh la berishtiqarah pulak, agar mendapat petunjuk dari Allah, antara jejaka A atau jejaka B.

tapi akan wujudnya conflict disini, dalam masa kita menunggu tanda-tanda petunjuk, sang setan akan masuk campur.. jadi jangan bergantung pada mimpi atau tanda-tanda lain, kerana kata Ustaz Hasrizal lagi kita kena buat keputusan sendiri yg biasanya datang dalam ketetapan hati bersama keyakinan Allah sentiasa bersama kita. jangan risau lagi kerana kita ada "cause n effect method"

24:26


Evil words are for evil men, and evil men are [subjected] to evil words. And good words are for good men, and good men are [an object] of good words. Those [good people] are declared innocent of what the slanderers say. For them is forgiveness and noble provision.


manakala Ustaz Pahrol M. Juoi yang sangat bersih n hensem in person, pula menambah yang persoalan cinta itu sendiri sebanyak 76 kali disebuat dalam Al-Quran. :) katanya lagi "jodoh itu umpama rezeki" terngiang2 suara ustaz. menusuk sampai hati *blush* dicari dah ditemui. tapi kita harus ingat yg rezeki itu Allah yg tentukan, seharusnya sebagai hambanya kita berkewajipan BERUSAHA mencari dah TERIMA dengan redha,

ada pahammm?

walaupun dalam mendirikan baitul muslim, kita bukan nak seronok, seronok-seronok atau pun beronok-ronok. tapi kita harus balik pada akar falsafah asas TUJUAN hidup kita dimuka bumi, ingat!! nak jadi hamba Allah kan? lagi satu nak jadi Khalifah kan?
sesuatu yg amat sweet bila ustaz pahrol cakap macam ni

"cinta lahir disyurga, kembara didunia dan akan kembali ke syurga"

jadi utamakan si Dia yang boleh membawa kita kembali kesyurga. *melt* kata ustazah pada pelajar lelaki, "isteri itu madrasah anak-anak" *melt lagiii*

cinta itu bukan tujuan tetapi jalan
cinta itu bukan matlamat, tapi alat..
alat mencapai redha Allah

*cair terus...gedubuk jatuh kerusi* ehe over!

jadi, nasihat ustaz " MENCARI vs MENJADI" itu yg penting
sape menang??

secara teknikalnya jadilah orang yg baik soleh/solehah sebelum mengharap kepada yg soleh. sediakan diri sendiri secukupnya sebelum mengharap orang soleh membimbing kita. kita juga kena ikut dan redha kalau pilihan itu datang dari ibu bapa atau orang alim. macam dalam ayat dibawah ni,

pasrah dengan Allah kita takkan kecewa

2:165

Sahih International
And [yet], among the people are those who take other than Allah as equals [to Him]. They love them as they [should] love Allah . But those who believe are stronger in love for Allah . And if only they who have wronged would consider [that] when they see the punishment, [they will be certain] that all power belongs to Allah and that Allah is severe in punishment.



kata Ustaz lagi, seorang lelaki "jangan cari isteri yang cantik, tapi carilah kecantikan pada isteri" isteri yg cantik, isteri yg cintakan 
1.Allah SWT
2.Rasulullah SAW
3.suaminya.

benih-benih istiqamah itu menagih mujahadah :) 

jangan sempitkan istilah dan makna perkahwinan itu hanya setakat "pelamin" sahaja. Pandang ke hadapan..

perbaiki Islam, yg lain akan menyusul :P

*subhanallah. rasanya terbuka satu lapisan dalam hati. tak mala rasanya nak mengaku yang selama ni aku memang belum bersedia menjadi seorang isteri. TANGGUNGJAWAB sangat berat dan besar, bahkan aku masih belum mampu rasanya. Alhamdulillah atas kesempatan Allah bg peluang untuk majlis macam ni, terbuka sudah hati ini. 

hari ini aku semakin yakin. InsyaAllah akan akan berusaha menjadi isteri solehah. aminn..akan lebih berusaha "menjadi solehah".. cintakan Allah, Rasul, mak ayah dah diri sendiri dulu sebelum mencintai siDia yg belum pasti siapa itu..

hehe

konklusi: pada asik-adik yg masih belajar tapi rasa nak kawin..fikir panjang2 dulu. ingat tanggunjawab n priority dulu. belajar berjaya. perkahwinan jangan dilihat setakat indahnya pelamin, saja. 



Sunday, April 1, 2012

ntah bila ~ BODMAS principle



assalamualaikum..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah selesai sudah satu bulan yg aku rasa sangat happy. bukan la happy sebab bulan tu dah berakhir tapi happy sebab pengisian sepanjang bulan MAC ini banyak mengisi lompong-lompong dalam hati. Pengisian bulan Mac ini banyak  buat aku muhasabah diri. Pengisian bulan ini jugak buat aku makin terbuka minda. terbuka hati.


nak berkongsi sesuatu


Dalam kehidupan kronik ini semuanya nampak tak berharga! semua kelihatan tak bermaya



''disitu akal mula berbicara..
bila ada iman yang menghalang..
bila ada akal yang menyanggah..
disitu nafsu makin menggila..

alangkah indahnya....
saat mulut meluah rasa..
iman tersenyum lega...
akal ketawa seakan bangga.."

pernah menjadi status FB aku pada ketika terasa sangat lelah. hampir berputus asa. mudah sangat nak mengalah. Alangkah ruginya aku. tapi Alhamdulillah Allah masih sayangkan aku..

Festival Islam (I-fest) UTP sebenarnya sampai pada masa yg betul dan pada ketika yang betul. I was trying so hard on my mujahadah, i tried to ishtiqamah on what I have decided. on that time i was looking for something which could made stronger. creating the healthy environment, searching and reading those inspiring books to build my inner strength.

I was later saw an twitter update fro  Wardina Safiyyah that saying she will be at UTP. I SMSed my cousin who is studying at UTP. Alhamdulillah she was one of the comittee for the programme.

sukeeeeeeeeeee~ 

that how i felt that time.




inspiring people




ohhh..what about the post title? haha I haven't describe it. Yup. but for me I'm going to relate our life with the Principle of BODMAS.

what is BODMAS cik Syuhada?

B- bracket
D- division
M-multiplication
A- addition
S-subtraction

mathematically, if the question is 16+8/2 x (20-10). what should you do first?
of course you would calculate the in the bracket first right?

so, it will be the same pathway in our life. we are suppose to put Islam first. our reference should be Al-Quran n Sunnah right?

seek for Allah's forgiveness and change the mindset. Tauhidic mindset for sure. InsyaAllah. with the helps of Allah, we are already in the right path. 
The Stairways to JANNAH. To meet Allah the exalted.


aminnn




konklusi: words will not enough to describe. H.A.P.P.Y + Alhamdulillah 




Tuesday, March 6, 2012

Jatuh hati di Radio

assalamualaikum...


ehhhh..bukan cam lagi yg jatuh hati diradio tu ye..ni hati dah tergolek bila dengar bait-bait kata kat radio tuu...hehe eh, intro dulu pleasee!


ehem..ehem..testing 1 2 3


whaaattttt? hari ni dah 6th March? fuhh..demi masa..sesungguhnya manusia dalam kerugian.. aduss..bukan tak tau dari dulu dah tau..tapi sampai tua bangka masih tak boleh urus masa dengan effective.
ishh..cikSyuhada ni..


hehe..
lately, banyak sangat buku. sebelah kanan bantal, sebelah kiri pun ade buku..silap-silap bawah bantal pun ade buku..punya la excited nak habiskan buku-buku tu..sampai lupa plak kat blog..hehe alasan alasann
memang pun manusia ni nak bagi alasan je kan..?




ni la....dua-dua pun nak baca serentak..haha rakus!


best la..mmg imaen tak pernah mengecewakan daku. uhuk :P


ni pun kena baca slow2 nak hadam isinya
hahaha...ni la antara yg bergelumang dengan aku minggu ni dan minggu lepas..best kan? best..baru-baru ni adik pun cadangkan nak beli almari buku yg baru..since bilik aku dah macam perpustakaan mini..rindu betul kat buku-buku aku.tak boleh berjauhan sebab cik Syuhada ade sindrom NAK BACA SEKALI LAGI DENGAN KADAR SEGERA.. nafsu tu kadang-kadang tiba-tiba je menyerang..haha. pelik tapi benar.

memang diakui..semakin banyak membaca, semakin rasa tak cukup-cukup..insyaAllah perasaan yg sama kalau baca Alquran jugak..ade satu perasaan berbeza. macam satu solution of mending my heart. jadi bila sedih, susah hati, rasa down. sebelum balik rumah mesti singgah kedai buku. beli satu buku. balik baca dan legaaaa..lega macam mana? mcm org segah minum Eno halia..haa..camtu la rasanye..

semoga perasaan dan keinginan ini semua bukan sementara. ye la..iman nipis kulit bawang macam cik syuhada ni memang la selalu turun naik..kalo nak bandingkan dengan garisan kontur dalam georafi tu..kadang-kadang cerun landai..kadang-kadang cerun bertangga dan kadang-kadang terus curam..subhanallah.. semoga aku mampu isthiqamah =)

banyak lagi perkara asas yg kena mends sana sini. lubang-
lubang ditampung..agaknya kalau aku ni permukaan jalan raya..macam jalan dari Teluk Intan ke Kuala Selangor..kalau pakai kereta Malaysia mcm aku.. ala-ala main bumpcar..hehe

semalam, dalam kereta nak pegi mengajar seorang ustaz diradio IKIM.fm..macam biasa la ustaz tu memang aku tak kenal..sebab sesetengahnye aku kenal dari suara..kalau ustaz AI, u.Zahazan, U.norhisyam..kenal..ini suara yang aku tak familiar..tapi ape yg ustaz tu cakap memang menerajang tangkai hati..

"...kita kena jaga ibadah asas. sebab ape-ape pun ibadah asas itu lah yg Allah akan hisba dulu..walaupun kita ni baik macammana pun..walaupun kita ni berjuangan dengan muamalat islam sekalipun..kalau kita tak jaga ibadah asas je, Allah tak terima..jadi debu-debu berterbangan je ibadah umum kita tu..

jadi kalau asyik meeting, kerja sampai tak boleh luangkan masa untuk solat tu..tak guna.. jangan anggap solat tu anti-klimaks bila kita tgh kusyuk kerja..sebab Rasulullah saw pun pernah cakap 

" Bilal, laungkan Azan, rehatkan kami dengan solat"

kata ustaz tu lagi kita kalau nak cari pemimpin, ketua..kenalah cari yg jaga ibadat asas, sebab orang yg jaga ibadat asas ni tendency untuk dia jaga amanah atas ibadat lain pun tinggi..sebab dia amanah dengan Allah."

* ucapan ustaz tu aku edit la ikut kefahaman aku..tp macam tu la yg ustaz tu nak sampaikan. Tq ustaz-taktau-nama-tapi-saya-dah-suka. 

jadi..aku nak mengingatkan diri sendiri disini..berubahlah..better late than never ye cikSyuhada..

"Ya allah ya Rahman..bukakanlah hati-hati orang -orang yang aku sayang..limpahkanlah mereka dengan hidayahMU.."

konklusi: untuk wanita diluar sana juga..tak payah la nak berusaha cari yg soleh,* ehhhh..bukan nak suruh cari yg tak soleh pulakk* tapi solehahkan diri sendiri..maksudnye macam ..kita usaha jadi solehah dulu sebelum mengharap dapat yg soleh..haa..tu sebenarnya ;0 amanah dengan Allah dulu sebelum terima amanah yg lain kaaan?


Monday, February 13, 2012

social sooosial???





tweet tweet

ada apa dengan laman social? ada yang menuding jadi pada laman social sebab jadi punca penceraian..hebat penangan laman ini rupanya. ada apa dengan burung ini? 






ehh kurus?
 atau, apa salah yang ini?


huruf F





pernah seorang tanya..kenapa selalu sangat kat FB je memanjang? bila komen je cepat je nak balas..tak boring ke asyik FB je..dah takde ke kerja lain nak buat? asyik-asyik online je..?


ehem..ehem ehemmmmmmmm...


memang la FB ni dah lama dah, dah register pun dah lama..pernah je tinggalkan FB berbulan-bulan sebab rasa FB tu boring..online tu boring tak tau nak buat ape..


bloghopping
online shopping ~~ ngee ini tak boring ye!
youtube


tapi lately, start dalam akhir tahun lepas..dapat sesuatu yang menarik sangat..sangatttt2


sekarang ni, dah jumpa banyak blog-blog yang penuhhhh dengan ilmu tau! even kat FB dan twitter pun btk sangat ilmu-ilmu yg boleh dapat..


adik ciksyuhada pernah tnya..


"ishhh akak ni, online kat phone 24jam"


iye..takla seextreme tu. ade la masanya..isshh kakak ini bukan lagi student, so tak menjejaskan prestasi pelajaran pun kalau online sentiasa kaaannn?
malahan boleh menambah ilmu untuk pembelajaran..ye la, kadang-kadang info yg dapat boleh share ngan student..student2 ku kan slalu tanya macam-macam soalan luar petala punyeee..


jadinye online atau tidak, terpulang pada individu la nak  macam mana kan? kalau buruk yg dicari..buruk la yg dia dapat ye takk?


sekarang ni kalaupun asyik depan lappy atau phone dok online, sebenarnye asyik baca mcm-mcm bahan kat FB tu. seronok tau..bukan setakat ilmu dunia, akhirat sekali..


jadi bila mak dan adik-adik bising pun jawapannye senang je


"ini je la hiburan akak punn...."


haha sedih tak jawapan? tapi memang iye pun.. kan? kan? 


bukan ke nak bye-bye jahiliyah, bye2 maksiat..
nak mujahadah bukan senang, hari-hari kena upload info baru..scan segala macam peringatan nak increase imaann.


ye la..imaan pun kulit bawang je..kalau sehari terlupa, bisa koyak rabak kan..?


istiqamah pun masih panjang..sapa yg nak kena ingatakan kalau bukan diri sendiri yang harus mencari kekuatannye..jadi sebab tu la, semacam keperluan dalam mujahadah ni nak cari-baca-ingat-hadam-amal bahan-bahan ilmiah ni semua..kannn?


konklusi: kalau dah niat serong, serong la apa yg kita dapat tuu..kan, Nabi saw pun dah pesan pasal niat masa hijrah rasulullah dulu? ingat kan?? 


lagi satu ingat ni..


Barangsiapa yang menggembirakan Allah dan pencariannya membuat orang lain benci kepadanya, nescaya Allah akan memeliharanya..barangsiapa yang menggembirakan orang lain, tetapi menyebabkan Allah benci kepadanya, maka Allah akan membiarkannya dalam golongan yang ingkar :)



Monday, January 30, 2012

Rumah Siap Pahat Masih Berbunyi


Rumah Siap Pahat Masih Berbunyi



Bayangkan, kalau anda tinggal dirumah yang baru siap, tapi pahatnye masih berbunyi..scary tak? Scary taaaakkkkk? Scary kan…


Huhu..iklan je, bukan nak cerita pasal cerita hantu pun.. ni nak postmortem ni..kejadian.pengalaman.sangat berharga dan tak boleh nak lupa..mungkin selagi tak hilang ingatan..bukan nak kutuk mana-mana pihak, tapi nak cerita sebagai pengajaran kita semua juga.


CNY.sambutan peringkat kebangsaan. Daerah manjung jadi host *org sitiawan n manjung sila bangga n kembangkan hidung* jadi, al maklumlah, kan ke jarang Daerah kesayanganku ini host evebt besar-besar kan..jadi ni mungkin pengajaran kita sama-sama boleh ambil.

Sebulan sebelum kejadian, ayah dapat tender untuk bekalkan makanan (caterer) untuk majlis tersebut. Mula-mula kami semua buat tak tau je. Tapi bila je tarikh dah makin hampir kami sume dah excited sangat nak join event tu. Kontrak menyediakan 5000 pinggan makanan yg ditetapkan.Keseluruhan 30 booth disediakan utk caterer.

5000 pinggan…

Banyak tak? Banyakkannn?

kalo tak banyak masakan lenguh tangan n badanku belum pulih…huhu
Makanan yg disediakan memang cukup la peruntukan untuk 30-40 ribu jemputan. Macam-macam makanan ade..dengar pun dah meleleh air liur ku *dasar kuat makan* jadi selain membayangkan keseronokkan nak serve makanan, bayangkan jugak ke’best’an makan nanti..sudahlah booth sebelah satayyyyyyyyyy! Ehem..ehem.

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari )=
Bukan..bukaannn petang tu hujan.tidak sekali hujan.malah cuaca sangat lah indah sampai ke malam harinya, event tu start pukul 5.30 petang. Sebelah petang ade pertunjukan tarian naga 250 ekor n 220 pasang gong cina. Memang la meriah masuk Malaysia’s book of record tauuuu…

Jadi kebanyakkan jemputan yang datang secara berombongan dengan bas sudah tiba seawall pukul 4 petang. Aku dah ready pukul 3 petang, prepare untuk masak, sbb kami masak di booth kerana ikut S.O.P nye. Makanan harus disediakan 1 jam sebelum acara. Tak bole lebih. Inspector kesihatan yg muka kerek ala-ala aku-lah-yang-paling-berkuasa tu datang ambil sampel makanan n buat check kebersihan.

Ep, bukan aku yg masak la..aku tukang sibuk je.. gambar dibawah untuk rujukan, ayah dan kuncu-kuncunye yang masak. bukan aku. aku tukang serve je..ade la sikit-sikit je bagi air tangan.. (=



masterchef yg cekak pinggang tu!
sebalik ketenangan dan keseronokan ade jugak yang tak best. toilet sangat la sedih dan suraunye agak jauh, bagi yang muda remaja cute miut macam aku ni takpe la kaannnn..tapi most of the guest sume dah tua-tua..memang sakit lutut la kalau nak berjalan.tu belum beratur tunggu turn pegi tandas..bayangkan la kalau 50 000 orang yang datang tapi hanya ada 8 toilet je..aduiii


bayangkan kalau anda tak tahan..

sila lah bayangkan perut anda yang mempunyai rembesan HCL asid itu kalau sejak tengah hari sudah kosong. sampai ketempat yg harapan anda dapat makan free. tapi bayangkan lagi kalau makanan hanya akan diedarkan pada pukul 8 malam..sila bayangkan kalau anda datang dengan bas dan tak tahu mane nak pegi makan bila anda berada ditengah-tengah padang yang besar.

BAYANGKANLAH!!!

jadi kejadian booth makanan diserang dan hampir memenyet para pramusaji yg cute macam saya bukanlah sesuatu yang mustahil..bila info pulak tak tally dengan jadual.memang kucar kacir jadinya..sedih tau bila tengok pakcik makcik yang dah tua merayu-rayu minta makanan. padahal urusetia garang tu dah marah kami kalau serve awal-awal.. )=




masih terkawal



sesungguhnya memang aku tak dapat lupakan pengalaman yang aku kutip tu. menakutkan bila orang ramai berasak-asak. sampai meja terbalik dan pinggan-pinggan berterabur. sangat menakutkan. tapi pengalaman sangat berharga.


kami terpaksa mengawal sendiri bila aku tak tahu kat mana FRU dan RELA masa peakhour tu. mungkin semua nak kawal ketibaan org penting sehingga mengabaikan sesuatu yg lebih penting..berpeluh jugaklah..300kg bihun habis. 6000 pinggan selamat..


bila bercakap soal amanah aku sangat risau. ayah pun..jadi ayah lebihkan dari jumlah yang sepatutnya untuk cover kekurangan yg mungkin ada. kerana amanah kami 5000 pinggan, mungkin tolak yang masuk perut anak masterchef..jadi bukankah dalam perniagaan digalakkan bersedekah bagi membersihkan syubhah. semoga Allah memberkati apa yang kami buat..


konklusi: aku pelik, kenapa bila ada pemimpin besar yang nak "bersama rakyat" mesti dihidangkan sesuatu yang indah, keluarkan perbelanjaan yg besar, jalan diturap baru..semua indah saja..kenapa tak biarkan saja pemimpin kita lihat kesusahan rakyatnya. barulah PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT namanya. kan?



Monday, January 9, 2012

Terlambatkan berazam..



memang la azam tahun ni tak nak berazam-azam lagi..huhu
kalau ditolak, bahagi, kuasa dua, punca kuasa pun..dari tahun lepas-lepas..memang tak pernah pun tertunai melebihihi 90%. err..tipuu..tak pernah lebih dari 50%..


jadi tahun ni memang hajatnya nak menebus azam-azam yang terbengkalai..
2012..
now, i am 3series..
boleh tahan mahal kan?? hahaha


dulu-dulu, bukan main takut bila umur dah nak sampai angka 2 kat depan..pejam celik, sekejap je lah..dah nak jadi angka 3 plak kan depan...kejapnye hidup.. nanti- tiba dah ade angka 4 kat depan...oh tidakkk!


ok..tenangkan saja hati..
jadi ape nak ditakutkan dengan angka kat depan tu kan? ke tak?




kebenaran akhirnya dah pun Allah tunjukkan..lewat doa2 yg dipohon..Alhamdulillah tak payah lagi bertanya dan tertanya-tanya lagi..dah terang lagi bersuluh..tak perlu digantung, tak perlu lagi tergantung..:)
Alhamdulillah sudah mula redha dengan ketentuanNya..






time bahagia!


10 disember 2011..jadi saksi penyatuan dua hati..alhamdulillah semuanya lancar (= semoga adik tersayang HUSNA AMIRAH + TARMIZI IDRIS bahagia sampai syurga..dikuniakan keluarga yg sakinah, mawadddah n rahmah..

Tuesday, March 8, 2011

hectic schedule ? tipu kot...

hectic la sangat!
haha memang pun..


ok..tak puas hati? 


pagi-
uruskan adik bongsu ke sekolah..iron baju dan susunkan buku..dia ni jenis yang susah nak bangun tido..pagi-pagi memang perang dunia ke 4 kalau nak kejutkan dia bangun...


sambil-sambil masukan baju dalam mesin, kemas-kemas rumah..masuk bilik lagi dan kejutkan dia..pernah sekali aku bebel pagi-pagi


aku: adik ni ..nak bangun pun susah..hari-hari akak kena marah adik, nanti belum pun umur akak 40 thn dah berkerepot sebab pagi2 dah membebel..


adik: biar la..muka akak..bukan muka saya!


9 pagi
by the time dah kena ada dekat kedai..jadi tukang angkat pinggan mangkuk, tukang basuh periuk belanga! bukan yg sedang-sedang tau!! memang besarrr punye...


ep, tapi sekarang ni banyak spend masa kat rumah je pagi-pagi..buat apa yg patut..entertain tok terchenta ke..? hehe


12 tgh hari
aku dah bungkus-bungkus lauk ape yg patut dan bawak balik rumah untuk adik bongsu..kan senang, masak kat kedai je..tapau balik umah tak yah buat keje banyak kali kan? haha dasar rajin! kelentong~


3ptg - 10malam
tuition..bla...bla..blaaaa... membebel kat kelas...


10.30 malam
sampai rumah..letih macam nak tidur terus ke dalam kete..huhu kan? tapi mane boleh..kenalah tidur ditempat yang best dan selesa...


esok pagi semuanya akan berulang sampai lah hari sabtu..pastu ahad hidup bahagia...ohoo malangnya bahagia hanya sementara..


masa bila pulak aku nak wat kerja-kerja lagha kurang berfaedah tapi best sampai menjilat siku? FB, blogging, chatting..bila??? bila??


jawapannya: bila aje ade masa terluang, dan masa tu aku ade lappy dan ade b.band..masa tu kalau aku tak berebut dengan adik bongsu..aku memang tak melepaskan peluang keemasan..haha time nak tunggu maghrib pun sempat lagi nak blog sambil FB..


nampak takkkkk??? nampak tak betapa pandainye menguruskan masa..kan? tapi bukankah lagi baik pegi joging ke..boleh jugak keluarkan peluh..ni jari pun tak berpeluh..kurus lagi lah tidakkk!


konklusi: masa kita 24jam sehari..tanggungjawab kita nak susun semua tu...cuba fikir cikSyuhada..kalau sebelum blog *sebelum maghrib tu* kan elok kalau dapat satu "ain" dulu..haha..kan cikSyuhada kan??

Tuesday, January 4, 2011

Maddi Jane - Impossible by Shontelle



tiba-tiba je rasa macam lagu ni best! jadi nape lah tiba-tiba jadi entry?


jawapannya saya pun tak tau..tapi lagu ni best..the simple but sweet lyric!...peringatan kepada diri sendiri..jangan dah jadi baru nak menyesal macam lirik lagu ni la...:P


cakap pasal sesalan, aku manusia biasa yang sudah banyak sesal..sesalan bila apa yang dilakukan tidak sampai ke tahap yang diharapkan..masakan tidak biasa? aku juga manusia biasa bukan?
Tapi ada satu perkara dalam kehidupan yang aku sangat sesalkan..


Tapi aku terima sebagai satu ujian..masakan menjadi manusia tidak diuji..bukankah ujian buat hamba-hamba yang dikasihi..kalau tidak diri sendiri yang mengalami..lalu kecewa dan akhirnya sedar, maka itu hikmah Allah..sungguh! :)


Dengan ujian dan pengajaran yang diperolehi sesungguhnya kita akan selalu berhati-hati..tak usah diulang lagi..tak usah difikir lagi..Allah lebih tahu rancanganNYA bukan..?


contohnya mudah..kalau suatu hari kita berjalan di belakang rumah dan terpijak paku..mungkinkah esok kita akan berjalan dengan "kaki ayam jantan" lagi? tidak bukan...kan senang kalau semua orang belajar dari hanya satu kesilapan..dan terus berhati-hati..senang bukan? 


tapi apa jadi kalau kita masih ulang lagi kesilapan itu? memang la pijak paku itu menyakitkan..tapi bila sampai perkara berkaitan hubungan kita dengan NYA ..sering-sering lupa atau mungkin buat-buat lupa?


konklusi: bayangkan kalau Allah bayar cash kalau tinggal solat...sape yg tak solet tiba2 kena berak burung..itu kalau satu waktu..kalau 5? hehehe <ingatan untuk diri sendiri jugak!

Thursday, December 23, 2010

Sesi Gedik Santai Tepi pantai

Kelmarin, tanggal 18 Disember 2010 dua lagi hati yang disatukan dalam satu akad …antara ijab dan qabul! Alhamdulillah..dalam majlis yang sederhana pernikahan kedua insan ni selamat sudah… 


Rizalman & Nafrulzalina

bahagia

Asalnya, sekadar majlis Tahlil dan Doa selamat..asalnya memang sebarang majlis tidak dirancang atas sebab keluarga. Tapi perancangan milik kita tapi ALLAH telah menyusun semua agenda dengan sebaiknya…
Outdoor photoshoot yang memang tak termasuk dalam agenda, juga tidak pernah terlintas siapa photogaphernya! Kan best kan…apa yang best??? Perancangan yang 2 jam sebelum agenda telah berjalan lancar…

Seronoknya kami meraikan pengantin!! Err~ nyaris2 tuan punya blog ni nak buat pre-wedding! Hahaha..kedengaran sungguh gatal bukan? “En. WMR”  tak tahu agenda sulit ni rancangan “cik syuhada” dan “shahrul danniel” dibantu dengan jayanya oleh “tasha, Intan. Dan Efa”.. 0_o jadi pada awalnya “En.WMR”agak teruja dengan kebetulan berkenaan..hahaha


tukang sibuk
bukan pengantin saja nak berposing..tukang sibuk pun nak join sekaki..bukan setakat sekaki malah berkaki-kaki join sekali..pgantin busy kami lagi busy..hehehe terbaik ye!

merangka saat bahagia


Happening
pengantin  tu sah-sah la seronok sebab sesi menyeksa dah habis! lega pengantin kan? hehehe tak ape lah pengantin..gambar boleh simpan seumur hidup..kenangan untuk anak-anak sampai ke cucu cicit ye..hehehe
yang lain pun bukan main seronok lagi kan..


lagi tukang bz

berpeluh-peluh..berlari kesan kemari..tak ape yang penting puas hati..dapat paksa pengantin datang shoot jugak..hehe sume pun nak enterframe kan? ehem! ehem! ehem!..





konklusi:penatnya jadi pengantin..ish2 tak kawin susah..kawin pun susah...tapi takpe..kalo penat bahagia...rela aje..