Monday, April 30, 2012

Bila Roti Nan Cheese Jadi Roti Canai Cheese ~

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

ini semua gara-gara aku nak roti nan cheese tapi aku dapat roti canai cheese!! andai aku ni perempuan mengandung yang mengidam adekah aku akan menangis dah baby aku nanti ? baby aku akan melelehkah air liurnye? gara-gara mak dia ni mengidam nak makan roti nan tapi mak dia hanya dapat makan roti canai cheese..

subhanallah

anak aku ni memang la tak bersyukur! mak kau ni makan roti canai cheese tau! walaupun tak dapat roti nan cheese...tetap ade cheese la sayang oiiii!

oiii! imaginasi cikSyuhada sudah terbabas.

tapi kan, ini memang serius! ini rahmat Allah tahu?
walaupun  pada waktu tu abang kedai tu bagitau

"adik, maaf ye roti nan habis. tp cheese ade..nak roti canai cheese boleh?"
"errrr, ok lah" dalam hati tu ade kecewa sikit la..

15 minit kemudian

"ini roti canai cheese dengan ayam tandoori set"
"terima kasih ye"

"bismillahirahmanirrahim..."

SEDAPPPPPPP ok!

macam tu la jugak rahmat Allah! Allah bagi rahmat dalam keadaan yang DIA mahu. kadang-kadang kita ni tak nampak dah kurang bersyukur..~ aku cakap cikSyuhada la ni..kurang bersyukur..padahal Allah bagi dah banyak sangat dah..



55:18
(Ar-Rahman)




So which of the favors of your Lord would you deny?

nikmat tuhanMu yang manekah kau nak dustakan cikSyuhada?

astaqfirullah
asraqfirullah
astaqfirullah

macam mana nak bersyukur ni? selalu la mendidik hati supaya terima rahmat Allah dengan senang hati. mungkin la kamu mahu BMW 5series, Allah bagi kemampuan Satria S.E warna kuning BERSIH 3.0 je pun, tapi syukur la kamu tak payah naik motor dan merempit kan?

bukan nak membebel tak tentu pasal, tapi nak muhasabah diri.. ada benda kena zahirkan, supaya mata boleh nampak..bila mata nampak barulah impulse hantar ke otak dan barulah nak BEWARE!

cik Syuhada bukan kata kat kamu..ni ingatan pada diri sendiri, pada hati yang berbolak balik tu...tau?

dulu masa kat sekolah rendah, masa nak isi kad 001 tu, ape cita-cita kamu letak? bukan main lagi nak jadi

doktor
architect
jurutera
perdana menteri 
ahli astronomi 

ape lagi yang tak hebat? memang takde langsung yang tak hebat. tapi cuba tengok atas bawah diri anda sekarang..yang mana remaja tu ye la..ade peluang lagi..yang dah tua bangka..siapa anda sekarang adakah sama ape yang anda isi dalam kad 001?

kalau bukan doktor? anda kecewa?
kalau bukan architect? anda sedih?

huissshh.. ini aku buat pengakuan pada diri sendiri yg tak jadi doktor pun macam yang aku cita-citakan.. aku tak jadi chemical engineeer pun macam aku idamkan. tak jadi pakar motivasi pun..

tapi aku tahu Allah membenarkan aku melalui jalan dan ranjau ini kerana Allah dah tau ape yang aku kutip dalam perjalanan ini.

subhanallah

aku bersyukur sangat aku bukan doktor sekarang
aku lega aku bukan architect
aku puas aku bukan pakar astronomi..

aku bersyukur Allah letakkan aku dalam jalan ini..

tapi aku bukan PASRAH dan MENYERAH
aku REDHA dengan ketentuan ALLAH.. :)

Islam tu memang la suruh kita BERSYUKUR. Islam memang suruh kita ni bersederhana. tapi ISLAM tak suruh la kita menyerah sampai boleh memundurkan kita..Islam tak suruh kita redha je bila kita ditindas.. cuba la bukak mata dan minda..

tolong lah..tolong jadi orang yang PEDULI!
peduli bukan bermaksud kita sekadar amik tau..tapi PEDULI dengan berpendirian..

aku ni nak marah je. hari yang paling banyak beristiqfar=hari BERSIH. memang ada rasa " kenapalah bukan aku yg menjadi salah seorang daripada mereka..belum ada rezeki"

Ni bukan photoshop tau!
Ini bukan lawak tau!

Islam tak suruh kamu bersederhana sampai kamu redha kezaliman berlaku hanya sebab bagi kamu

"KAMU CUKUP MAKAN, NEGERI KAMU AMAN, KAMU BOLEH PERGI JALAN-JALAN DENGAN ANAK BINI TANPA RISAU KENA TEMBAK, KAMU STILL KERJA DAN GAJI MASUK TIAP-TIAP BULAN"

Aku agak kasar pada post-post aku di FB tentang BERSIH, aku cuba nak fahamkan sesetengah orang yang  kurang paham..tapi DIA YANG TAKMAU PAHAM..AKU TAK TAU NAK GUNA BAHASA APE DAHH :(
aku sedih la....sedih tau..

aku yang aku boleh buat ?? aku doakan Allah bukankan hati-hati mereka untuk memandang dengan mata hati..Hati manusia Allah yg pegang.. kaaan?

untuk mereka yang belum NAMPAK!

bayangkan dalam reban tu ada 20 anak ayam. tapi ade dua tiga anak ayam yang cacat.yg buruk akhlak..pastu kau pegi bakar satu reban hanya sebab 2,3 ekor yg yg cacat tu?

".. bila sampai sesuatu berita sampai kepada kamu, siasat dulu, boleh jadi itu adalah fitnah!! bukan aku yg cakap tau..''

 Nabi yang kita sayang, SAW yg cakap tau?? cuba nilai dulu sebelum nak REDHA dengan apa yang jadi..

biarla aku ni takde dalam SEJARAH bersih 3.0 tu..tapi sekurang-kurangnya aku dah usaha nak buat orang yang tak PAHAM supaya PAHAM..
so, nanti bila Allah tanya ape yang aku buat untuk menidakkan kezaliman ini..aku ade sedikit sumbangan..

konklusi: SEKIAN. :) *tak sabar nak sudahkan entry "bicara ekonomi" buat tangan Heart4Islam yg belum siap...semoga mereka nampak indahnya ISLAM.ekonomi Islam. walaupun aku bukan orang HEBAT macam kamu.
 







No comments:

Post a Comment