Friday, April 13, 2012

E-usrah~ aku masih jakun!

Subhanallah. Alhamdulillah. 


terima kasih Ya Allah.. 
hehehe~ excited tak abis lagi ni.. padahal takde ape pun.. hehe


itu la overnye cikSyuhada ni.


sejak tau wujudnya E-usrah. teringin sangat nak join..sangat-sangat teringin. Alhamdulillah semalam Allah dah makbulkan hajat aku!! 
hoyeayy!


kuliah online ni selalunya hari Selasa dan Khamis.
=(


sedikit =( sebab ade kelas malam. dalam hati nak je reschedule balik semua jadual kelas malam tu supaya boleh join setiap kali ade e-usrah ni. huhu desperate kan? yes I am. 


desperate sangat nak kekal dalam "environment" itu. bak kata en Gabbana (angelpakaigucci).. hidayah itu ibarat belon helium. kena pegang kuat-kuat supaya tidak terbang! sungguh takut sangat gas helium aku tu terlepas dari tangan..padahal dah pernah peluk.. tak ke rugi... kan?


err..mula la sesat merata simpang cikSyuhada ni. ok balik ke pangkal jalan, pasal e-usrah tu. semalam sesi Ustaz Hasrizal Abd Jamil - MANUSIA HOLISTIK MELALUI SULUHAN NASIHAT LUQMAN


subhanallah.


sungguh memang indah kandungan Al-quran ni..sungguh rasa rugi sebab dah membuang masa bertahun-tahun sebelum ni tak bercinta dengan Al-quran.
ruginya sebab dah membuang masa setakat baca Quran tapi tak langsung mengkaji isi Alquran.


subhanallah :)


tapi bukanlah masa nak menyesal dan bersedih kan? so, dikesempatan yang ade..ntah berapa hari lagi la umur aku ni kan.. sesungguhnya nak isthiqamah dan mujahadah ni jalannye banyak batu-batuan dan bukit-bukau!




"..dan kami telah berikan kepada Luqman Al-hikmah, agar dengannya bersyukur kepada Allah..." [Luqman:12]


program semalam buat dalam hati ni macam ade satu perasan "hati" nak melompat keluar nak pegi program 2 hari kat UM nanti..huwaaaaa!


tapi..


err.. tapi ~ep, Dr Muhaya cakap jangai guna "tapi"


okay sekarang kita tukar!


andai


kita pakai andai ye..




andai aku punya kewangan yang lebihhhhhh masa ni, aku PASTI nak pegi course ni..huhu tengok banner bawah ni.. semalam tu baru dengar intro je. 
alhamdulillah syukur..


tapi aku nak jugak tamak.. nak tamak jugak. tapi apakan daya =(








nak pegi...:( ade sesapa nak sponsor?



takpe lah hati..mungkin lain kali saja :) takpun suruh je Ustaz Hasrizal buat video CD pastu jual! hehe macam la ustaz Hasrizal nak dengar cakap aku!
semangatnye berkobar-kobar nak tahu cara Luqman mendidik anaknya..
kupasan nasihat Luqman tu..


bestnyeeee~


sekarang ni aku kena lebih bersyukur sebab sesi semalam, ramai yang tak dapat join, jadi kat sini aku nak kongsi sikit pada yang tak dapat join..


pahadal 3 orang je yang dok baca blog ni..ehehe:)




Tunggak kehidupan terdiri daripada 3 elemen utama
1. Manusia
2.Material
3.Matlamat


ni kalau aku tanya antara 3 ni mana yang lebih penting? memang la ramai manusia akan jawab MANUSIA!!!!!


iye la.. manusia yg jawab. kalau monyet yang jawab lain la pulak jawapannye kan? ehe tapi ikhlas ke manusia penting? dan manusia pentingkan manusia?


korang tipu kan?


aku bukan nak cakap korang penipu tapi cuba fikir!!
 kalau kita baru beli baju. mahal.branded. lepas tu adik kita kotorkan baju tu or conteng baju tu dengan permanent marker? ape kamu nak buat?


sah la kau histeria kannnn? aku pun sama  jadi nampak sangat disitu kamu dah pun downgrade manusia.. ehe tu belum lagi mak bapak yg rotan anak sebab rosakkan sofa, pecahkan pinggan, calarkan kete.. kaaaan?


baik mengaku..


jadi bagaimanakah kita nak angkat martabat manusia?


dengan cara mengagungkan Allah! iye, adik-adik..Allah yg cipta kita.. sesuatu yang Allah buat tu juga hebat sebab Allah Maha Hebat..jadi hargailah sume tu..


hargai manusia ok!


sebagai ibu bapa atau bakal ibu bapa.. yang paling penting serapkan pada anak jiwa Islam tu, jaga lah syariatullah sebab semua ni asas yang menentukan tapak jiwa anak-anak tu nanti...


"...sesungguhnya Allah takkan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri "           [al-Ra'd 13:11]




errr..ayat ni bukan suruh ubah hidung penyek kepada mancung, pipi kendur kepada pipi tegang tauu!! ayat ni bukannak suruh pegi botox tau.. tidak.tidak dan tidak. ayat ni nak suruh kita ubah diri, sikap supaya boleh lebih maju..


sebab tu sebagai ibu bapa kepada anak-anak yang konon kau sayang sangat, kenalah mengubah dan membiana anak-anak. bukan setakat bina badan macam I.


Untuk membina manusia yang holistik. 4 faktor utama yang sangat penting dititik beratkan.


Spiritual 
agamanya,aqidahnya, solatnya..didik anak yang memilika jiwa terhadap agamanya.


Emosi
sosialnya, pahamkan anak-anak tentang kaedah pergaulan, hubungan anak dengan ibu bapa  dan masyarakatnya


Intelektual
ilmu analogi supaya anak boleh melihat dan mengaitkan keindahan dan keajaiban alam dengan kebesaran Allah. Manhaj ilmu. kaedah berfikir dan ajak anak berfikir tentang alam. belajar.


Fizikal
menurut Ustaz hasrizal semalam, ibubapa sebenarnya kena pantau cara anak-anak, dari segi pemakaian, suara..cara bercakap pun penting.  indahkan Islam tu dari benda sekecik-keciknya sampai la benda-benda yg besar.. :)


sukee~~


subhanallah. indahnye nasihat Luqman dalam Al-Quran. indahnya isi Al-quran. AKU SUDAH JATUH CINTA~ sungguh :)


ade lagi ni nak taip. tapi nak pi sidai baju dulu tauuu..haha :P


konlusi :kenapa kah aku sekarang sangat "into" hal-hal berkaitan parenting. padahal kawin pun belum dan tak tentu bila la nak kawinnya.  Tapi memang lately ni aku rasa sangat teruja hal-hal macam ni. mungkin jugak aku sebenarnya nak cari tau dari asas pembentukan "seorang manusia". mengkaji kenapa la adik aku yg bongsu tu jadi camtu..salah kami kah?











No comments:

Post a Comment