alhamdulillah dapat masa tambahan sehari lagi menghirup oxygen dengan percuma..Subhanallah. terima kasih Allah setiap kali membenarkan gas diffusion berlaku di alveolus.
alhamdulillah :)
err~ apekah aku merepek? barangkali buat revision subjek sains tingkatan tiga..teringat pulak kata-kata Dr Muhaya yg baik hati.. "seorang doktor patutnya rasa bersyukur kerana dapat belajar betapa agungnya kuasa Allah dalam sistem anatomi manusia.." *bukan la sejibik Dr Muhaya ckp camtu..tp lbh kurang tu la yg isinya..
kan doktor2 sekalian? kan bakal doktor sekalian.
tapi jangan salah faham..kita2 yg bukan doktor ni pun dah melimpah ruah rahmat Allah tauuu..
kan?
rahmat pegi shopping contohnya!
huwaa..memang la rahmat sebab kalau Allah tak bagi rezeki, takkan pulak nak shoping pakai pencungkil gigi. toothpick mat saleh kata.. hatta toothpick tu pun kn beli dengan Rahmat dan Kasih sayang Allah tauu..padahal aku nak bagi contoh
Cakap bab sopan, aku sedar diri yang aku ni bukanlah seorang yang lemah lembut sopan santun macam Ustazah Fatimah Syarha yg kusayang kerana Alah itu. Benar, kelembutan memang boleh buat orang jatuh cinta dengan kita. ehemmm..bukan cinta lelaki tau.. cinta/sayang/suka maksud aku disini. ehe.
Oke. Ayah aku orang utara. orang utara ni kan ke cakapnya agak "keras" pada pendengaran orang. tapi
mulut pedas.. ehh sape suka pedas angkat tangan!.. haha
shut up!
haha..
ok saya serius!
"delisa sayang ummi kerana Allah..."
aku menangis terus dengar 2kali. sekali masa first time tengok, second time masa sesi merenung hakikat festival heart4islam hari tu..
"...adik-adik yg akak sayang kerana Allah..."
perkataan yg keluar dari mulut Ustazah Fatimah Syarha yg cantik dan solehah itu.. aku hampir menangis jugak..
kenapa? aku pun tak pasti tapi seolah ada sesuatu yg aku rasa dengan frasa itu..sejuk dipangkal hati. seolah ade satu roh bahagia yang tersuntik..memang benar, dah lama aku cuba untuk jadi pendiam sebab mahu minimumkan dosa, banyak bercakap..maka banyak hati akan terluka, terasa..so, banyak la dosa.
nak jaga hablumminannas
iyeee..tepat sekali. as Allah gives me two ears and one mouth, i should listen more than talk.. tapi kadangkala mulut aku ni terbabas jua. ehe :P memang sejak kecik aku ni kategori yang "banyak mulut" terlebih ramah kata adik-adik..
semalam seharian aku berlatih dalam senyap. berlatih berlembut dan mengawal volume, pitch dan frequency percakapan aku. :P
aku: Adik syukri yang akak sayang kerana Allah, pegi la mandi
kebetulan adik ke3 ada semalam..jujur dia cakap
"akak, geli la dengaq hang cakap camtu"
hahahah..hampeh! aku lepuk dia.haha susahkan nak berubah. mula-mula dah ade obstacles. tapi kalo takde halangan takkan ada kemanisan perubahan
kann?
betul kannn? baik mengaku sekarang!
semalam..aku cuba sebanyak mungkin menggunakan ayat
"adik Syukri yg akak sayang kerana Allah......."
"adik syukri yang akak sayang kerana Allah alangkah hebatnya kalo kaki yg berotot dan gebu ni digunakan untuk melangkah ke masjid..."
"adik syukri yang akak sayang kerana Allah alangkah indahnya kalau basikal fixie yg oren itu dikayuh ke masjid rumah Allah.."
disclaimer: "......." bergantung kepada apa yg aku suruh dia buat. adik bongsu memang begitu.. dalam hati ada taman..tapi letak harimau depan pintu taman..degil tapi sebenarnye taaakkkk!
last sekali malam tadi sebelum tido keluar jugak ayat
"akak yg saya sayang kerana Allah.... bla@!~ blablabla......"
hahahaha aku gelak besar sebab. nampaknya mungkin dengan cara yang lembut dan sopan tu nanti dia akan jadi lebih mudah dengar kata..
Ya Allah, kau lembutkanlah hati adikku ...
adik bongsu si Syukri tanya
"kenapa Akak sayang saya kerana Allah?"
aku jawab
" kerana Allah takdirkan adik jadi adik akak, jadi kenalah sayang adik kerana Allah ..akak tak mau sayang adik sebab :
MUKA ~ sebab adik tak ensem
PERANGAI~ sebab perangai pun tak berapa elok. hahaha@!~
FIXIE~ tu duit mak!
*dan beberapa perkara yg kena *tetttt**tet*
haha saja amik peluang nak menyakat dia..:)
aku tambah lagi.. kali ni mak ikut campur sekali..
"...andai boleh beli perangai yg paling cantik kat kedai, kami sanggup beli untuk syukri..kami sanggup beli hati yg baik kalau ade jual kat kedai untuk letak kat hati syukri..."
"walaupun mak takdak duit banyak..mak akan simpan jugak dan kumpul banyak2 sebab nak beli yang terbaik untuk anak mak..."
aku tengok dia diam. Ya Allah semoga hatinya tersentuh..
waktu maghrib pulak, adik no4 pulak provok dia
"adik, solat la cepat.. takkan nak suruh kak anah cakap adik, kak anah pun sayang adik.."
hahaha..aku tengok dia gosok-gosok mata..macam nangis je. terharu ke?
Ya Allah kau lembutkan hati dia..
inilah adik syukri yang kami sayang kerana Allah :) |
konklusi: aku akan mujahadah betul2 dalam hal ni..semoga Allah permudahkan urusan ku. Ya Allah kau lembutkan lah hati dia...:)
errr~~ tapi kalau tak gaduh-gaduh manja dengan adik beradik.. nanti sunyi pulak @!~
No comments:
Post a Comment