best! |
bukan nak cakap cover buku ni tak best..best je. coolio je cover dia. tapi isi didalam buku ini memang 360 degree from the cover. tak kenal maka tak cinta, tak baca makan tak tahu.
sungguh
sesungguhnya
aku memang jatuh cinta kali pertama baca, dan baca lagi kali ketiga n ntah brapa kali aku baca. bukan aku nak buang masa, tapi aku sayang sangat ilmu didalamnya aku akan terlupa.sungguh
sungguh ada rasa yang mengetuk hati bila membaca buku ni. malah aku pernah berkongsi hikmah dengan seseorang yg telah Allah gerakkan hatinya juga untuk membaca buku ini,
thanks a lot to the writer. aku sangat suka writer ini. santai,lepak tapi berkesan. sesuai untur tarbiah golongan yang baru nak kenal dunia ..golongan yg baru sayang dunia.. yg muda macam aku
haha
baik.
orang sekeliling selalu kata aku baik.
baik ke aku?
baik yg macam mana aku ni?
orang sekeliling selalu kata aku baik.
baik ke aku?
baik yg macam mana aku ni?
sungguh..
aku malu dengan Allah bila orang kata aku baik sebab aku jauh sangat dari determination baik yang sepatutnya..
baik?
dalam VERSUS, AO~ ashraf omar bertanya pada hairi.
"macam mana nak jadi baik?"
"meninggalkan ape yg Allah larang dan buat apa yang Allah perintah''
bersyukurkan kita lahir dalam Islam, mak ayah islam, nenak moyang islam..tapi kita tak masuk dalam islam secara keseluruhan. Islam tu agama yg mudah, tapi kita sebagai umat islam tak boleh ambil mudah dengan islam dan apa yang Rasul dan Allah turunkan. :)
kata hairi pada AO. masuklah kedalam islam keseluruhannya.
jadi lets question ourselves
1. mengucap 2 kalimah syahadah
2.sembahyang 5 waktu
3. berpuasa dibulan Ramadhan
4.menunaikan zakat
5.naik haji bagi yg mampu
cukup ke itu saja. Rukun Islam. bila cukup. sempurna kita sebagai
orang Islam.
Mengucap kalimah syahadah. Brape kali sehari kita
mgucap kalimah syahadah? Kita faham maksudnya? Anak sedara aku yang 4tahun pun
dah boleh baca, hafal dan ingat maknanya..
sejauhmana kita masuk Islam secara menyeluruh?
Contoh, *perbualan hairi n AO*
Lelaki yg baca quran hari-hari, tapi main bola nampak lutut.
Baik ke?
lelaki yang solat 5 waktu tak pernah miss tapi pegang tangan anak dara orang. Baik ke?
lelaki yang solat 5 waktu tak pernah miss tapi pegang tangan anak dara orang. Baik ke?
Ikut pengertian Islam.baik itu haruslah masuk kedalam
Islam secara keseluruhan. Tapi masyarakat kita ada sedikit pelik..
“alaaa, pakai tudung pun kalau hati busuk buat ape…”
Jadi kalau tak pakai tudung tapi baik hati, sayang
kanak-kanak, pemurah. Itu dikira baik? Sudah cukup syarat nak jadi baik dalam
pandangan masyarakat..
BELUM CUKUP BAIK.
Jadi.baik ikut silibus masyarakat kita belum cukup baik
ikut pandangan ISLAM. Belum sempurna. JELAS. Tak seorang pun antara kita yang
sempurna. Tapi kita tetap boleh berjuang untuk sempurna.
Ok berbalik pada buku dia atas. Ape yang aku dapat.yang
aku rasa sampai tulang hitam.sesungguhnya mujahadah itu payah. Bukan setakat
peluh dan air mata malah lebih dari itu. Pada kita, bagi kita yang perempuan. Pakai
tudung tutup dada, baju labuh besar belum cukup untuk kita jadi BAIK. Apa lagi
berbangga kononnya kita banyak pahala, jangan perasan. Kalau pun bergaul dengan
lelaki dengan batasan, walaupun tiada adegan pegang-pegang, hanya bersembang.
Dengan alasan “ ala, kita bukan buat ape pun.minum je”
Jadi kita belum cukup BAIK mengikut acuan al-quran
Untuk berubah, rotation yang merubah angle hidup
sebenarnya sesuatu yang payah. Payah dari segi fizikal mungkin akan kalah dari
segi emosi perasaan dan keinginan biasa kita sebagai manusia.sungguh! bukan
mudah melupakan apa yang kita suka, meninggalkan sesuatu yang buat kita
tersenyum.
Disini ishtiqamah teruji.aku juga walaupun tak sama
dengan watak utama~versus- minn Edina. Tapi cukup sakit untuk rotaion yang tidak
sampai pun satu quadrant. 90 darjah pun susah. Alangkah pahit mengkoordinasikan
perbuatan dengan perasaan.
Hati.jiwa.perasaan.
tak Nampak dimata. Tapi sangat payah.susah.
jadi kembali pada Islam secara keseluruhan dan masuk kedalam islam kecara keseluruhan.
Semoga Allah melimpahkan hati kita dengan hidayahNya
cabaran? jangan cerita.
selagi syaitan tak berputus asa.
iman yang ada pasang surutnya.
bagi aku yang masih belum layak rasanya membaca buku-buku ulama dan tokoh besar macam HARUN YAHYA. tapi aku kutip ilmu disini, ditempat yang sesuai dengan aku. kutip ilmu dari novel.
konklusi: walaupun mujahadah itu payah, semoga dengan Kasih sayang Allah semuanya aku dapat redah.
"all the verses in the Quran are like personal love letter from god to us.''
''ketahuilah sesungguhnya kepunyaannya Allahlah apa yang ada dilangit dan dibumi.sesungguhnya dia mengetahui keadaan ynag kamu berada didalamnya (sekarang) . dan (mengetahui pula) hari (manusia) dikembalikan kepadaNya
, lalu diterangkanNya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan dan Allah maha mengetahui segala sesuatu ~anNuur 24:64"