Monday, January 30, 2012

Rumah Siap Pahat Masih Berbunyi


Rumah Siap Pahat Masih Berbunyi



Bayangkan, kalau anda tinggal dirumah yang baru siap, tapi pahatnye masih berbunyi..scary tak? Scary taaaakkkkk? Scary kan…


Huhu..iklan je, bukan nak cerita pasal cerita hantu pun.. ni nak postmortem ni..kejadian.pengalaman.sangat berharga dan tak boleh nak lupa..mungkin selagi tak hilang ingatan..bukan nak kutuk mana-mana pihak, tapi nak cerita sebagai pengajaran kita semua juga.


CNY.sambutan peringkat kebangsaan. Daerah manjung jadi host *org sitiawan n manjung sila bangga n kembangkan hidung* jadi, al maklumlah, kan ke jarang Daerah kesayanganku ini host evebt besar-besar kan..jadi ni mungkin pengajaran kita sama-sama boleh ambil.

Sebulan sebelum kejadian, ayah dapat tender untuk bekalkan makanan (caterer) untuk majlis tersebut. Mula-mula kami semua buat tak tau je. Tapi bila je tarikh dah makin hampir kami sume dah excited sangat nak join event tu. Kontrak menyediakan 5000 pinggan makanan yg ditetapkan.Keseluruhan 30 booth disediakan utk caterer.

5000 pinggan…

Banyak tak? Banyakkannn?

kalo tak banyak masakan lenguh tangan n badanku belum pulih…huhu
Makanan yg disediakan memang cukup la peruntukan untuk 30-40 ribu jemputan. Macam-macam makanan ade..dengar pun dah meleleh air liur ku *dasar kuat makan* jadi selain membayangkan keseronokkan nak serve makanan, bayangkan jugak ke’best’an makan nanti..sudahlah booth sebelah satayyyyyyyyyy! Ehem..ehem.

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari )=
Bukan..bukaannn petang tu hujan.tidak sekali hujan.malah cuaca sangat lah indah sampai ke malam harinya, event tu start pukul 5.30 petang. Sebelah petang ade pertunjukan tarian naga 250 ekor n 220 pasang gong cina. Memang la meriah masuk Malaysia’s book of record tauuuu…

Jadi kebanyakkan jemputan yang datang secara berombongan dengan bas sudah tiba seawall pukul 4 petang. Aku dah ready pukul 3 petang, prepare untuk masak, sbb kami masak di booth kerana ikut S.O.P nye. Makanan harus disediakan 1 jam sebelum acara. Tak bole lebih. Inspector kesihatan yg muka kerek ala-ala aku-lah-yang-paling-berkuasa tu datang ambil sampel makanan n buat check kebersihan.

Ep, bukan aku yg masak la..aku tukang sibuk je.. gambar dibawah untuk rujukan, ayah dan kuncu-kuncunye yang masak. bukan aku. aku tukang serve je..ade la sikit-sikit je bagi air tangan.. (=



masterchef yg cekak pinggang tu!
sebalik ketenangan dan keseronokan ade jugak yang tak best. toilet sangat la sedih dan suraunye agak jauh, bagi yang muda remaja cute miut macam aku ni takpe la kaannnn..tapi most of the guest sume dah tua-tua..memang sakit lutut la kalau nak berjalan.tu belum beratur tunggu turn pegi tandas..bayangkan la kalau 50 000 orang yang datang tapi hanya ada 8 toilet je..aduiii


bayangkan kalau anda tak tahan..

sila lah bayangkan perut anda yang mempunyai rembesan HCL asid itu kalau sejak tengah hari sudah kosong. sampai ketempat yg harapan anda dapat makan free. tapi bayangkan lagi kalau makanan hanya akan diedarkan pada pukul 8 malam..sila bayangkan kalau anda datang dengan bas dan tak tahu mane nak pegi makan bila anda berada ditengah-tengah padang yang besar.

BAYANGKANLAH!!!

jadi kejadian booth makanan diserang dan hampir memenyet para pramusaji yg cute macam saya bukanlah sesuatu yang mustahil..bila info pulak tak tally dengan jadual.memang kucar kacir jadinya..sedih tau bila tengok pakcik makcik yang dah tua merayu-rayu minta makanan. padahal urusetia garang tu dah marah kami kalau serve awal-awal.. )=




masih terkawal



sesungguhnya memang aku tak dapat lupakan pengalaman yang aku kutip tu. menakutkan bila orang ramai berasak-asak. sampai meja terbalik dan pinggan-pinggan berterabur. sangat menakutkan. tapi pengalaman sangat berharga.


kami terpaksa mengawal sendiri bila aku tak tahu kat mana FRU dan RELA masa peakhour tu. mungkin semua nak kawal ketibaan org penting sehingga mengabaikan sesuatu yg lebih penting..berpeluh jugaklah..300kg bihun habis. 6000 pinggan selamat..


bila bercakap soal amanah aku sangat risau. ayah pun..jadi ayah lebihkan dari jumlah yang sepatutnya untuk cover kekurangan yg mungkin ada. kerana amanah kami 5000 pinggan, mungkin tolak yang masuk perut anak masterchef..jadi bukankah dalam perniagaan digalakkan bersedekah bagi membersihkan syubhah. semoga Allah memberkati apa yang kami buat..


konklusi: aku pelik, kenapa bila ada pemimpin besar yang nak "bersama rakyat" mesti dihidangkan sesuatu yang indah, keluarkan perbelanjaan yg besar, jalan diturap baru..semua indah saja..kenapa tak biarkan saja pemimpin kita lihat kesusahan rakyatnya. barulah PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT namanya. kan?



No comments:

Post a Comment