Saturday, January 8, 2011

Justifikasi?

"kita sering menjustifikasikan tujuan BURUK kita sebagai MULIA untuk kepentingan diri sendiri"

tu dia!!  baik mengaku cepat!! siapa bilang gadis melayu tak menawan matlamat bisa menghalalkan cara?siapa cakap?

tau salah kenapa buat?

saya insan yang lemah, iman macam sel kulit bawang..walaupun ada cell wall tetap juga nipis!

alasan semata!

siapa lagi yang meyakinkan kita bila matlamat kita terpesong gara-gara pandai-pandai menghalalkan yang haram? itu la jadi bila akal dah dipesongkan oleh nafsu serakah dengan bantuan jeneral setan..selalu sangat buat macam tu..

sudahlah lambat tersedar dari pesongan..melampau betul! walaupun bukti sudah nyata.."sudah terang lagi bersuluh" masih jugak tak paham bahasa! ish2 kamu ni...

ehhh.....*emergency brake*

ni la sebenarnya yang aku nak cerita..quote diatas sana yang menjadi pembuka bicara memang dari novel ni laaaa...novel ni la yang buat aku macam terperangkap dalam novel dan tak boleh lagi keluar! bayangkan..aku baca di Puchong..on the way balik Manjung...dalam kereta seolah terbayang aksi-aksi dalam novel..adoiii..best cangatttt!!! bak kata anak sedara aku yang sorang tu..

kisah peniaga melayu yang dikupas dalam novel ni pun menarik dan memang sama pun macam kat dunia realiti..watak Ali dan Evey pun menarik..yang nyata Ali macam lelaki dan perempuan zaman sekarang yang fikir "matlamat boleh menghalalkan cara" <------ peringatan ini untuk saya juga!

tahu batas lelaki dan perempuan ..walaupun tak bersentuhan tapi berdua-dua di kedai makan..mata bertentang! tetap berdosa bukan..walaupun bermula dari pandai mengenal baik buruk sudah dikhabarkan oleh ayah dan mak bahawa berdosa bergaul lelaki dan perempuan bukan muhrim...tapi "buat-buat" lupa...

alasan.... "bukan bersentuhan pun" 

memaniskan muka, memandang mata, melembutkan suara! tetap berdosa!

alangkah sejuk perut ibu yang mengandung kalau si anak berubah menjadi gagah! kalau sianak mampu bersuara..menjunjung didikan dan amanah ibu dan ayah...selari dengan Al-quran dan sunnah

mungkinkah aku mampu bersuara begini....*kalau pening jgn baca nanti muntah*

"awak, saya tahu antara kita punya perasaan ingin memiliki dan dimiliki..saya tahu kita sama-sama membina angan dan impian bersama...selagi saya bukan milik awak secara sah...saya milik mak dan ayah...saya mahu pelihara hak mereka..selagi saya bukan milik awak yg sah, kita tak akan berjumpa..semoga Allah mempermudahkan urusan kita..kita jumpa pada saat saya bergelar isteri dan menjadi amanah awak.."

fuhhhhhh! boleh tulis novel tak? hahahaha

:( malangnya kata-kata diatas kerap kali tersangkut di pankreas saja..iman nipis ini tak mampu meluahkan....semahunya cepat nak kawen  menghalalkan yang haram saja..tapi.. pengakuan mahu menghalalkan yang haram sudah pasti selemah-lemah iman yang tak mampu menghalang diri dari mengingati, membayangkan juga merindu dia..:(

tapi ape? nak bagi alasan lagi la tu kan...?

konklusi: sedih bukan? sedihnya satu hakikat...

bila ada iman yang menghalang..
disitu akal mula berbicara..
bila ada akal yang menyanggah..
disitu nafsu menjadi raja..

alangkah indahnya....
saat mulut meluah rasa..
iman tersenyum lega...
akal ketawa seakan bangga..


No comments:

Post a Comment