Monday, April 30, 2012

Bila Roti Nan Cheese Jadi Roti Canai Cheese ~

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar

ini semua gara-gara aku nak roti nan cheese tapi aku dapat roti canai cheese!! andai aku ni perempuan mengandung yang mengidam adekah aku akan menangis dah baby aku nanti ? baby aku akan melelehkah air liurnye? gara-gara mak dia ni mengidam nak makan roti nan tapi mak dia hanya dapat makan roti canai cheese..

subhanallah

anak aku ni memang la tak bersyukur! mak kau ni makan roti canai cheese tau! walaupun tak dapat roti nan cheese...tetap ade cheese la sayang oiiii!

oiii! imaginasi cikSyuhada sudah terbabas.

tapi kan, ini memang serius! ini rahmat Allah tahu?
walaupun  pada waktu tu abang kedai tu bagitau

"adik, maaf ye roti nan habis. tp cheese ade..nak roti canai cheese boleh?"
"errrr, ok lah" dalam hati tu ade kecewa sikit la..

15 minit kemudian

"ini roti canai cheese dengan ayam tandoori set"
"terima kasih ye"

"bismillahirahmanirrahim..."

SEDAPPPPPPP ok!

macam tu la jugak rahmat Allah! Allah bagi rahmat dalam keadaan yang DIA mahu. kadang-kadang kita ni tak nampak dah kurang bersyukur..~ aku cakap cikSyuhada la ni..kurang bersyukur..padahal Allah bagi dah banyak sangat dah..



55:18
(Ar-Rahman)




So which of the favors of your Lord would you deny?

nikmat tuhanMu yang manekah kau nak dustakan cikSyuhada?

astaqfirullah
asraqfirullah
astaqfirullah

macam mana nak bersyukur ni? selalu la mendidik hati supaya terima rahmat Allah dengan senang hati. mungkin la kamu mahu BMW 5series, Allah bagi kemampuan Satria S.E warna kuning BERSIH 3.0 je pun, tapi syukur la kamu tak payah naik motor dan merempit kan?

bukan nak membebel tak tentu pasal, tapi nak muhasabah diri.. ada benda kena zahirkan, supaya mata boleh nampak..bila mata nampak barulah impulse hantar ke otak dan barulah nak BEWARE!

cik Syuhada bukan kata kat kamu..ni ingatan pada diri sendiri, pada hati yang berbolak balik tu...tau?

dulu masa kat sekolah rendah, masa nak isi kad 001 tu, ape cita-cita kamu letak? bukan main lagi nak jadi

doktor
architect
jurutera
perdana menteri 
ahli astronomi 

ape lagi yang tak hebat? memang takde langsung yang tak hebat. tapi cuba tengok atas bawah diri anda sekarang..yang mana remaja tu ye la..ade peluang lagi..yang dah tua bangka..siapa anda sekarang adakah sama ape yang anda isi dalam kad 001?

kalau bukan doktor? anda kecewa?
kalau bukan architect? anda sedih?

huissshh.. ini aku buat pengakuan pada diri sendiri yg tak jadi doktor pun macam yang aku cita-citakan.. aku tak jadi chemical engineeer pun macam aku idamkan. tak jadi pakar motivasi pun..

tapi aku tahu Allah membenarkan aku melalui jalan dan ranjau ini kerana Allah dah tau ape yang aku kutip dalam perjalanan ini.

subhanallah

aku bersyukur sangat aku bukan doktor sekarang
aku lega aku bukan architect
aku puas aku bukan pakar astronomi..

aku bersyukur Allah letakkan aku dalam jalan ini..

tapi aku bukan PASRAH dan MENYERAH
aku REDHA dengan ketentuan ALLAH.. :)

Islam tu memang la suruh kita BERSYUKUR. Islam memang suruh kita ni bersederhana. tapi ISLAM tak suruh la kita menyerah sampai boleh memundurkan kita..Islam tak suruh kita redha je bila kita ditindas.. cuba la bukak mata dan minda..

tolong lah..tolong jadi orang yang PEDULI!
peduli bukan bermaksud kita sekadar amik tau..tapi PEDULI dengan berpendirian..

aku ni nak marah je. hari yang paling banyak beristiqfar=hari BERSIH. memang ada rasa " kenapalah bukan aku yg menjadi salah seorang daripada mereka..belum ada rezeki"

Ni bukan photoshop tau!
Ini bukan lawak tau!

Islam tak suruh kamu bersederhana sampai kamu redha kezaliman berlaku hanya sebab bagi kamu

"KAMU CUKUP MAKAN, NEGERI KAMU AMAN, KAMU BOLEH PERGI JALAN-JALAN DENGAN ANAK BINI TANPA RISAU KENA TEMBAK, KAMU STILL KERJA DAN GAJI MASUK TIAP-TIAP BULAN"

Aku agak kasar pada post-post aku di FB tentang BERSIH, aku cuba nak fahamkan sesetengah orang yang  kurang paham..tapi DIA YANG TAKMAU PAHAM..AKU TAK TAU NAK GUNA BAHASA APE DAHH :(
aku sedih la....sedih tau..

aku yang aku boleh buat ?? aku doakan Allah bukankan hati-hati mereka untuk memandang dengan mata hati..Hati manusia Allah yg pegang.. kaaan?

untuk mereka yang belum NAMPAK!

bayangkan dalam reban tu ada 20 anak ayam. tapi ade dua tiga anak ayam yang cacat.yg buruk akhlak..pastu kau pegi bakar satu reban hanya sebab 2,3 ekor yg yg cacat tu?

".. bila sampai sesuatu berita sampai kepada kamu, siasat dulu, boleh jadi itu adalah fitnah!! bukan aku yg cakap tau..''

 Nabi yang kita sayang, SAW yg cakap tau?? cuba nilai dulu sebelum nak REDHA dengan apa yang jadi..

biarla aku ni takde dalam SEJARAH bersih 3.0 tu..tapi sekurang-kurangnya aku dah usaha nak buat orang yang tak PAHAM supaya PAHAM..
so, nanti bila Allah tanya ape yang aku buat untuk menidakkan kezaliman ini..aku ade sedikit sumbangan..

konklusi: SEKIAN. :) *tak sabar nak sudahkan entry "bicara ekonomi" buat tangan Heart4Islam yg belum siap...semoga mereka nampak indahnya ISLAM.ekonomi Islam. walaupun aku bukan orang HEBAT macam kamu.
 







Tuesday, April 24, 2012

Ini baru tsunami kecil

assalamualaikum.


sekarang waktu Malaysia dah masuk waktu pagi.. mata tak mahu lelap. mata tak mahu tidur jugak..nak salah kan siapa? salahkan diri sendiri? pasti


siapa suruh tidur seharian hari ni? sampai tak bangun-bangun satu hari? mengalahkan orang sakit kronik. padahal demam je pun. 


subhanallah
alhamdulillah
allahuakbar


demam tu kan ke Allah nak bagi peluang hapuskan dosa-dosa kecil. patutnya bila demam, lagi kuat rasa bersyukur pada Allah. lagi banyak nak terima kasih dengan Allah..ini tidak! baru demam saja sudah seharian tidur sampai lupa rutin yang sepatutnya..


baru demam saja, sudah 
tidur selepas subuh.
baru demam saja, sudah
rugi tak dapat ilmu TANYALAH USTAZ
baru demam saja, sudah
tak solat sunat dhuha+ Al-waqiah
baru demam saja, sudah
tak sampai pun 50 ayat Quran dibaca..
baru demam saja, sudah 
tertinggal al-mathurat
baru demam saja, sudah
hilang sunat taubat dan tahajjud..


itu baru demam. kalau sudah punya tanggungjawab besar? bagaimana mahu istiqamah? mujahadah juga sudah tentu hilang kemana~ lemah


sungguh sedih dengan diri sendiri. mungkin ini entri berbaur emosi. entri marah pada diri..sudah adat manusia lemah dah tak tahan diuji bukan?


bukankah Saidina Ali juga mengakui. " iman manusia memang ada turun naik, maka..bila sampai pada tahap paling rendah..utamakan yang wajib.."


fuuhhhhh~ itu bukan tanda lega. cuma nak pujuk diri sendiri..jangan mengaku beriman sebelum diuji,kan?
Ya Allah. bantulah mujahadah ini..


DEMAM. kalau org di Gaza dengar memang nak kena gelak kuat-kuat. itu pun dah lemah .. =(


sebenarnya aku lebih takut ujian yang lebih panjang, adakah aku masih mampu kuat dan gagah kalau ujian "HATI" dijadikan sandaran? sungguh aku takut.. aku takut aku bakal hilang "kemanisan" yg sedang aku rasa sekarang.
tapi siapa cakap ISLAM itu kos melepas?


ISLAM bukan kos melepas sebab ISLAM tu cantik.. kita bukan kehilangan bila mana kita terpaksa memilih sesuatu dan kita akan kehilangan sesuatu..kerana dalam mengorbankan atau lebih tepat lagi bila kita meninggalkan sesuatu kerana Allah itu lebih dari indah! SANGAT INDAH.. 


INDAH.MANIS. 


sesungguhnya aku sangat takut kehilangan rasa manis itu dengan hanya bila aku menerima sesuatu pembaharuan dalam hidup aku.konpius.






2:216
Al-baqarah. 216



"boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik untuk kamu..boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui..."




aku konpius lagi..


aku kah yang tak bersedia?
aku kah yang tak ikhlas menerima?
aku kah yang tak layak untuknya?
aku kah yang kalah sebelum mencuba?


baru demam saja, sudah tunggang-langgang semuanya. bagaimana kalau harus punya lebih tanggungjawab buat mengusung dunia sampai akhirat sana?


konklusi: I am lost without you Allah. 













Tuesday, April 17, 2012

Astaqfirullah hal azim ~ aku merasa kalah

subhanallah..




astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astagfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim


Ya Allah.. kadang-kadang rasa tak tertanggung. kadang-kadang rasa nak pecah empangan ni..mungkin sekarang dah pecah pun..


subhanallah


astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim
astaqfirullah hal azim


sesungguhnya semua "astaqfirullah hal azim" ni aku taip dan bukan copy paste.. Aku masih belum boleh tenang..kata Nabi Muhammad SAW. kalau rasa nak marah, kalau tengah berdiri..duduk..kalau tengah duduk baring..dan amik wudu`. tukar suasana...


subhanallah.. aku ni kan hanya manusia biasa.. aku tau lebih baik aku mengadu pada Allah dan bukan conteng disini. aku perlu menukar suasana untuk channel rasa marah ni..


kadang-kadang aku rasa menggigil. aku dah lepaskan pun tadi..
kenapa mesti macam ni? adik seorang je pun.. kenapa ego dia tinggi sangat..
salah kami didik dia dulu =( ?
dihati ni rasa pedih sangat..
sampai bila dia nak macam ni? 
aku tau aku harus sabar..
tapi kebelakangan ni bila aku lebih cuba untuk guna ''hikmah'' dalam menegur dia makin menjadi-jadi..


astaqfirullah hal azim.


aku cuba tarik dan lepas nafas..


hari ni adik tak pegi sekolah lagi. alasannya hanya sebab aku lambat iron baju. Ya Allah..
dah banyak kali aku tidur dan cuba tido bila hati pedih sangat..


subhanallah




aku ke yang tak bersyukur?
aku ke yang salah?


aku rasa down sangat setiap kali dia buat salah, aku tak mampu tegur dan setiap kali dia tak pergi sekolah.. aku DOWN sangat...


mungkin sebab ni hati rasa nak menjerit keluar.
hati menjerit nak pegi seminar Ustaz Hasrizal sebab nak tahu "hikmah" Luqman dalam menasihati anaknya. aku nak sangat apply pada adik. belum terlambat nak lembutkan hati dia..


:(

Monday, April 16, 2012

Belajar ABC untuk saham Akhirat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani


Subhanallah Alhamdulillah


excited ni..excited..boleh kan excited?
ok sekarang kita excited dalam iman ye adik-adik.. err.. ye la dalam excited-excited pun kita kenalah ingat kat Allah!


Allahuakbar..!
kan Allah yang bagi nikmat excited tu.. =)


ehe


apekah yang cikSyuhada excited sangat ni? nak tahu ke?
teka la..hahaha






express-i



semalam, Alhamdulillah selamat dah menghadiri satu sesi seminar teknik mengajar membaca. Sebenarnya cikSyuhada is working on something that she calls it "baby'

uishh..working on baby matters ni cikSyuhada nak kawin ke? kan ke kalo dah kawin je boleh ade baby kannnn? hahahha..bukan
bukan dan bukan...

err..panjang skit kalau nak cerita, ape kata nanti dah siap "projek baby" tu cikSyuhada sembang kat sini tau..so, sapa yg ade IQ hebat tu buat la kesimpulan sendiri dulu la ye..hahaha*evil laugh*

Jadinya kisahnye bila Allah lah yang membenarkan setiap satu kejadian tu kan..jadi jangan la kita fikir yang sampah tu memang tak berguna langsung kan? sebabnya asal dari "sesuatu" yang cikSyuhada ingatkan sampah la..cikSyuhada jumpa iklan untuk Program Seminar ni..

Alhamdulillah, dengan perkenan Penguasa Alam, Allahuakbar, cikSyuhada daftar dan selamat join program tu.. best tauuu.. speakernya Pn Norli pun sangat best..semua pengalaman dikongsi. Terima kasih untuk ilmu dan tips-tips yang dikongsi.

semangatnye nak mula pratikkan ape yang baru dipelajari, InsyaAllah ni boleh jadi benchmark untuk "baby projek" tu, doakan la tau..doakan semoga Allah permudahkan setiap satu yang sedang diusahakan sekarang ni..

amin...amin..

yang menambah excited sepanjang dalam program tu bila cikSyuhada dapat hadiah. tak la besar sangat tapi worth RM35 tauu..so since memang agak kering bulan ni..dah cukup best dah hadiah tu..hehe I got a VCD. teknik membaca. alhamdulillah

yang lagi best masa Pn. Norli bagi hadiah tu..dia siap tanya

"siapa nama?"
"syuhada"
"ok, tahniah cik Syuhada..err..betul ke cik or puan?"
"cik"
"ok, betul la saya teka, sebab terserlah 'keanak-daraan' nye"


wahhh... jangan riak!jangan riak 
tak ke best..hhahahaha dah la dapat hadiah kan? :P


ni FB status Sajid Ahmed Umar semalam:

Imam Ahmed (may Allāh have Mercy on him) said: “If one remembers death, everything from this world seems insignificant. It is just one type of food instead of another, one type of dress instead of another, and the remaining days are only few.”

pendekkan hidup kita, ape yang kita ada pun kat dunia ni..tak boleh pun nak tolong kita ade kete besar pun tak boleh tolong bawak kita lari daripada malaikat munkar n nakir..huwaaa..

ade rumah besar pun kita tak boleh duduk dalam rumah besar kita tu tongkat langit dah menyorok dari malaikat Izrail kaan.? jadi selain daripada kerja keras kat dunia ni..nak cari kete besar, rumah besar, isteri besar kita nak kena tinggalkan 3 perkara dalam akaun akhirat kita kan?

3 perkara? apekah?

1.Harta yang diinfakkan kejalan yang digunakan mencari keredhaanNYA.
2.ilmu yang bermanfaat
3.doa anak yang soleh..

harta?? banyak ke harta kau ciksyuhada? memang takde la harta..sikit-sikit aje.. insyaAllah:) ilmu? tak banyak pun ilmunya..tapi ade la sikit nak kongsi dengan yang lain..itu je la harapannya..

nak ilmu yang dikongsi dengan yang diajar, supaya bila ilmu tu boleh menambah amaun akaun akhirat nanti.. aminn..
jadi bayangkan..kalau mengajar budak kecik membaca? membaca je pun bukan nak ajar calculus padahal aku pun lingkup yg susah tu. ilmu ekonomi pun tidak la.. 

membaca
ABC je pun
 tapi setiap satu ilmu kenalah mula dengan membaca kan? jadi selama "membaca" tu dimanfaatkan oleh pelajar tu? bayangkan..mengalirlah pahala dlam akaun akhirat kita? kaaann? mulianya kerja tu? kaan?

subhanallah. 

jangan sekali-kali pandang kecil pada benda yang nampak kecil dah tak berapa penting. GURU TADIKA. besarnya pengorbanan jadi guru tadika. walaupun gaji dia kecik je, kan? tapi saham akhirat guru tadika yg ikhlas mendidik kerana ALLAH.

think!

konklusi: update sambil tengok rancangan "adik& Alquran".. tajuk menimbulkan tanda tanya.. "mendua kan suami" releven isu itu pada kanak-kanak? tapi sekarang aku paham..perkara yg kita nampak tak "sesuai" itu sebenarnya sangat perlu pada kanak-kanak sebab kita nak didik jiwa ISLAM yg syumul pada kanak-kanak.

Allahuakbar. subhanallah.. indahnya ISLAM.
terima kasih Allah.





Friday, April 13, 2012

E-usrah~ aku masih jakun!

Subhanallah. Alhamdulillah. 


terima kasih Ya Allah.. 
hehehe~ excited tak abis lagi ni.. padahal takde ape pun.. hehe


itu la overnye cikSyuhada ni.


sejak tau wujudnya E-usrah. teringin sangat nak join..sangat-sangat teringin. Alhamdulillah semalam Allah dah makbulkan hajat aku!! 
hoyeayy!


kuliah online ni selalunya hari Selasa dan Khamis.
=(


sedikit =( sebab ade kelas malam. dalam hati nak je reschedule balik semua jadual kelas malam tu supaya boleh join setiap kali ade e-usrah ni. huhu desperate kan? yes I am. 


desperate sangat nak kekal dalam "environment" itu. bak kata en Gabbana (angelpakaigucci).. hidayah itu ibarat belon helium. kena pegang kuat-kuat supaya tidak terbang! sungguh takut sangat gas helium aku tu terlepas dari tangan..padahal dah pernah peluk.. tak ke rugi... kan?


err..mula la sesat merata simpang cikSyuhada ni. ok balik ke pangkal jalan, pasal e-usrah tu. semalam sesi Ustaz Hasrizal Abd Jamil - MANUSIA HOLISTIK MELALUI SULUHAN NASIHAT LUQMAN


subhanallah.


sungguh memang indah kandungan Al-quran ni..sungguh rasa rugi sebab dah membuang masa bertahun-tahun sebelum ni tak bercinta dengan Al-quran.
ruginya sebab dah membuang masa setakat baca Quran tapi tak langsung mengkaji isi Alquran.


subhanallah :)


tapi bukanlah masa nak menyesal dan bersedih kan? so, dikesempatan yang ade..ntah berapa hari lagi la umur aku ni kan.. sesungguhnya nak isthiqamah dan mujahadah ni jalannye banyak batu-batuan dan bukit-bukau!




"..dan kami telah berikan kepada Luqman Al-hikmah, agar dengannya bersyukur kepada Allah..." [Luqman:12]


program semalam buat dalam hati ni macam ade satu perasan "hati" nak melompat keluar nak pegi program 2 hari kat UM nanti..huwaaaaa!


tapi..


err.. tapi ~ep, Dr Muhaya cakap jangai guna "tapi"


okay sekarang kita tukar!


andai


kita pakai andai ye..




andai aku punya kewangan yang lebihhhhhh masa ni, aku PASTI nak pegi course ni..huhu tengok banner bawah ni.. semalam tu baru dengar intro je. 
alhamdulillah syukur..


tapi aku nak jugak tamak.. nak tamak jugak. tapi apakan daya =(








nak pegi...:( ade sesapa nak sponsor?



takpe lah hati..mungkin lain kali saja :) takpun suruh je Ustaz Hasrizal buat video CD pastu jual! hehe macam la ustaz Hasrizal nak dengar cakap aku!
semangatnye berkobar-kobar nak tahu cara Luqman mendidik anaknya..
kupasan nasihat Luqman tu..


bestnyeeee~


sekarang ni aku kena lebih bersyukur sebab sesi semalam, ramai yang tak dapat join, jadi kat sini aku nak kongsi sikit pada yang tak dapat join..


pahadal 3 orang je yang dok baca blog ni..ehehe:)




Tunggak kehidupan terdiri daripada 3 elemen utama
1. Manusia
2.Material
3.Matlamat


ni kalau aku tanya antara 3 ni mana yang lebih penting? memang la ramai manusia akan jawab MANUSIA!!!!!


iye la.. manusia yg jawab. kalau monyet yang jawab lain la pulak jawapannye kan? ehe tapi ikhlas ke manusia penting? dan manusia pentingkan manusia?


korang tipu kan?


aku bukan nak cakap korang penipu tapi cuba fikir!!
 kalau kita baru beli baju. mahal.branded. lepas tu adik kita kotorkan baju tu or conteng baju tu dengan permanent marker? ape kamu nak buat?


sah la kau histeria kannnn? aku pun sama  jadi nampak sangat disitu kamu dah pun downgrade manusia.. ehe tu belum lagi mak bapak yg rotan anak sebab rosakkan sofa, pecahkan pinggan, calarkan kete.. kaaaan?


baik mengaku..


jadi bagaimanakah kita nak angkat martabat manusia?


dengan cara mengagungkan Allah! iye, adik-adik..Allah yg cipta kita.. sesuatu yang Allah buat tu juga hebat sebab Allah Maha Hebat..jadi hargailah sume tu..


hargai manusia ok!


sebagai ibu bapa atau bakal ibu bapa.. yang paling penting serapkan pada anak jiwa Islam tu, jaga lah syariatullah sebab semua ni asas yang menentukan tapak jiwa anak-anak tu nanti...


"...sesungguhnya Allah takkan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri "           [al-Ra'd 13:11]




errr..ayat ni bukan suruh ubah hidung penyek kepada mancung, pipi kendur kepada pipi tegang tauu!! ayat ni bukannak suruh pegi botox tau.. tidak.tidak dan tidak. ayat ni nak suruh kita ubah diri, sikap supaya boleh lebih maju..


sebab tu sebagai ibu bapa kepada anak-anak yang konon kau sayang sangat, kenalah mengubah dan membiana anak-anak. bukan setakat bina badan macam I.


Untuk membina manusia yang holistik. 4 faktor utama yang sangat penting dititik beratkan.


Spiritual 
agamanya,aqidahnya, solatnya..didik anak yang memilika jiwa terhadap agamanya.


Emosi
sosialnya, pahamkan anak-anak tentang kaedah pergaulan, hubungan anak dengan ibu bapa  dan masyarakatnya


Intelektual
ilmu analogi supaya anak boleh melihat dan mengaitkan keindahan dan keajaiban alam dengan kebesaran Allah. Manhaj ilmu. kaedah berfikir dan ajak anak berfikir tentang alam. belajar.


Fizikal
menurut Ustaz hasrizal semalam, ibubapa sebenarnya kena pantau cara anak-anak, dari segi pemakaian, suara..cara bercakap pun penting.  indahkan Islam tu dari benda sekecik-keciknya sampai la benda-benda yg besar.. :)


sukee~~


subhanallah. indahnye nasihat Luqman dalam Al-Quran. indahnya isi Al-quran. AKU SUDAH JATUH CINTA~ sungguh :)


ade lagi ni nak taip. tapi nak pi sidai baju dulu tauuu..haha :P


konlusi :kenapa kah aku sekarang sangat "into" hal-hal berkaitan parenting. padahal kawin pun belum dan tak tentu bila la nak kawinnya.  Tapi memang lately ni aku rasa sangat teruja hal-hal macam ni. mungkin jugak aku sebenarnya nak cari tau dari asas pembentukan "seorang manusia". mengkaji kenapa la adik aku yg bongsu tu jadi camtu..salah kami kah?











Tuesday, April 10, 2012

Adik syukri yg akak sayang kerana Allah~ pencetus rasa geli dihati si adik

Alhamdulillah


alhamdulillah dapat masa tambahan sehari lagi menghirup oxygen dengan percuma..Subhanallah. terima kasih Allah setiap kali membenarkan gas diffusion berlaku di alveolus.


alhamdulillah :)


err~ apekah aku merepek? barangkali buat revision subjek sains tingkatan tiga..teringat pulak kata-kata Dr Muhaya yg baik hati.. "seorang doktor patutnya rasa bersyukur kerana dapat belajar betapa agungnya kuasa Allah dalam sistem anatomi manusia.." *bukan la sejibik Dr Muhaya ckp camtu..tp lbh kurang tu la yg isinya..


kan doktor2 sekalian? kan  bakal doktor sekalian.


tapi jangan salah faham..kita2 yg bukan doktor ni pun dah melimpah ruah rahmat Allah tauuu..
kan?


rahmat pegi shopping contohnya!


 huwaa..memang la rahmat sebab kalau Allah tak bagi rezeki, takkan pulak nak shoping pakai pencungkil gigi. toothpick mat saleh kata.. hatta  toothpick tu pun kn beli dengan Rahmat dan Kasih sayang Allah tauu..padahal aku nak bagi contoh tahi gigi or bulu hidung macam orang selalu cakap. tapi tak sopan pulak dan akan menjejaskan keayuan. ke kekayuan aku! haha




Cakap bab sopan, aku sedar diri yang aku ni bukanlah seorang yang lemah lembut sopan santun macam Ustazah Fatimah Syarha yg kusayang kerana Alah itu. Benar, kelembutan memang boleh buat orang jatuh cinta dengan kita. ehemmm..bukan cinta lelaki tau.. cinta/sayang/suka maksud aku disini. ehe.


Oke. Ayah aku orang utara. orang utara ni kan ke cakapnya agak "keras" pada pendengaran orang. tapi dalam hati ada taman  hati baik. insyaAllah :) Jadi as the principle " what you see is what you believe" kami adik beradik pun sebenarnya agak kasar dari segi ukuran skala manusia duniawi. 


mulut pedas.. ehh sape suka pedas angkat tangan!.. haha 


shut up!


haha..
ok saya serius!


"delisa sayang ummi kerana Allah..."
aku menangis terus dengar 2kali. sekali masa first time tengok, second time masa sesi merenung hakikat festival heart4islam hari tu..


"...adik-adik yg akak sayang kerana Allah..." 
perkataan yg keluar dari mulut Ustazah Fatimah Syarha yg cantik dan solehah itu.. aku hampir menangis jugak..


kenapa? aku pun tak pasti tapi seolah ada sesuatu yg aku rasa dengan frasa itu..sejuk dipangkal hati. seolah ade satu roh bahagia yang tersuntik..memang benar, dah lama aku cuba untuk jadi pendiam sebab mahu minimumkan dosa, banyak bercakap..maka banyak hati akan terluka, terasa..so, banyak la dosa. 


nak jaga hablumminannas


iyeee..tepat sekali. as Allah gives me two ears and one mouth, i should listen more than talk.. tapi kadangkala mulut aku ni terbabas jua. ehe :P memang sejak kecik aku ni kategori yang "banyak mulut" terlebih ramah kata adik-adik..


semalam seharian aku berlatih dalam senyap. berlatih berlembut dan mengawal volume, pitch dan frequency percakapan aku. :P


aku: Adik syukri yang akak sayang kerana Allah, pegi la mandi


kebetulan adik ke3 ada semalam..jujur dia cakap


"akak, geli la dengaq hang cakap camtu"


hahahah..hampeh! aku lepuk dia.haha susahkan nak berubah. mula-mula dah ade obstacles. tapi kalo takde halangan takkan ada kemanisan perubahan 
kann?


betul kannn? baik mengaku sekarang!


semalam..aku cuba sebanyak mungkin menggunakan ayat


"adik Syukri yg akak sayang kerana Allah......."


"adik syukri yang akak sayang kerana Allah alangkah hebatnya kalo kaki yg berotot dan gebu ni digunakan untuk melangkah ke masjid..."


"adik syukri yang akak sayang kerana Allah alangkah indahnya kalau basikal fixie yg oren itu dikayuh ke masjid rumah Allah.."




disclaimer: "......." bergantung kepada apa yg aku suruh dia buat. adik bongsu memang begitu.. dalam hati ada taman..tapi letak harimau depan pintu taman..degil tapi sebenarnye taaakkkk!


last sekali malam tadi sebelum tido keluar jugak ayat


"akak yg saya sayang kerana Allah.... bla@!~ blablabla......"


hahahaha aku gelak besar sebab. nampaknya mungkin dengan cara yang lembut dan sopan tu nanti dia akan jadi lebih mudah dengar kata..


Ya Allah, kau lembutkanlah hati adikku ...


adik bongsu si Syukri tanya


"kenapa Akak sayang saya kerana Allah?"


aku jawab


" kerana Allah takdirkan adik jadi adik akak, jadi kenalah sayang adik kerana Allah ..akak tak mau sayang adik sebab :


MUKA ~ sebab adik tak ensem
PERANGAI~ sebab perangai pun tak berapa elok. hahaha@!~
FIXIE~ tu duit mak!


*dan beberapa perkara yg kena *tetttt**tet*


haha saja amik peluang nak menyakat dia..:) 


aku tambah lagi.. kali ni mak ikut campur sekali..


"...andai boleh beli perangai yg paling cantik kat kedai, kami sanggup beli untuk syukri..kami sanggup beli hati yg baik kalau ade jual kat kedai untuk letak kat hati syukri..."


"walaupun mak takdak duit banyak..mak akan simpan jugak dan kumpul banyak2 sebab nak beli yang terbaik untuk anak mak..."


aku tengok dia diam. Ya Allah semoga hatinya tersentuh..


waktu maghrib pulak, adik no4 pulak provok dia


"adik, solat la cepat.. takkan nak suruh kak anah cakap adik, kak anah pun sayang adik.."


hahaha..aku tengok dia gosok-gosok mata..macam nangis je. terharu ke?


Ya Allah kau lembutkan hati dia..




inilah adik syukri yang kami sayang kerana Allah :)






konklusi: aku akan mujahadah betul2 dalam hal ni..semoga Allah permudahkan urusan ku. Ya Allah kau lembutkan lah hati dia...:)
errr~~ tapi kalau tak gaduh-gaduh manja dengan adik beradik.. nanti sunyi pulak @!~









Saturday, April 7, 2012

Hati saya untuk ISLAM~ bila 'nur' melimpah ke hati



PART 1




tolongggg!!!


hati saya banjir.. haha.. banjir dengan nur? bukan kalau dah banjir mesti dengan air ke? 
fuhhh.. perasan ye cikSyuhada


memang ade rasa sejuk kena "nur" sekarang ni.. ~ eh kalau nur bukan dalam bentuk radiation ke? kalau radiation bukan panas ke?


shut up!


oppss..


jangan suka guna "kalau" cikSyuhada. jangan bagi peluang pada sang setan durjana..huhu 
~baikkkkkk


tapi ini serius! hati masih terasa sejuk dek nur yg melimpah ke hati~ FESTIVAL HEART FOR ISLAM. ye hati saya sudah pun dicuri
dicuri Islam. heart4islam


best tauu.. 


tak caya?


tikett!
jari gemok itu lagii..huhu abaikan jari gemok itu.sekarang dengar cerita lagi best daripada jari gemok itu ok!


sekali lagi! terima kasih pada adik UTP yg bagi peluang pada kakak korang yg nak masuk senja ni join sekali.. :P
seminar heart4islam ni ada banyak slot sampai ke malam. jadi sabtu tu memang penuh. merasa la jadi musafir lepak kat Masjid AnNur UTP yg indah dan osem itu..

slot1 : Dr. Raja Iskandar

tak salah aku beliau ni salah seorang lecturer kat UTP. beliau memang sangat osem. ke'osemness beliau sangat terserlah, walaupun sekejap sj slotnye.. disebabkan beliau lewat. :)

dalam slot ni Dr. Raja Iskandar ajak aku berfikir.

"apa beza Islam dengan Agama lain?"
~jawabbb...

sebenarnya agama ni kita patut lihat dari 4 faktor,
~jangan hanya diukur dari satu sudut yang satu sahaja
~konsep "beyond". jgn limitkan persepsi anda. pada aku mungkin ini yg dikatakan islam tu syumul. kan?
~keperluan Islam itu dari semua segi dalam kehidupan
~persepsi agama yg memang tak boleh dipisahkan dengan kehidupan

kaann?
sape setuju berdiri atas kerusi!

kenapa orang selalu marah bila kita cakap pasal kerajaan Islam..? kenapa takut sangat bila nak realisasikan/ nak sokong penubuhan kerajaan Islam?

kita patut tengok ape yg Rasulullah SAW buat. di MADINAH

~ konsep "biiznillah yg meresap dalam jiwa umat Islam yg kuat pada masa tu.walaupun umat Islam hanya 20% tapi sebuah kerajaan Islam boleh diwujudkan. dan yg pasti Islam tu memang la membawa keharmonian..
*disclaimer: islam yg sebenar berpandu pada Al-quran dan Sunnah yee :) bukan berkhiblat harta dan kuasa*

kenapa umat Islam sekarang lemah? kerana kita umat Islam tak paham ape itu Islam yg sebenar. tak menghayati cara hidup Islam tu sendiri? kann?
oke. boleh tak kita usaha lebih sikit lepas ni..
supaya kita lihat Islam tu sebagai "firrahmatan fill'alamin''
agama ISLAM itu sebagai penyelamat dan pemimpin
mari melihat islam sebagai agama yg memimpin dan bukan yg dipimpin


insyaAllah, kita mesti sedar dan jadikan ISLAM tu
~sistem hidup
~cara hidup

~untuk semua orang 


konklusi: untuk membentuk sebuah negara Islam, andai kita ibaratkan Islam tu sebagai pokok utamanya, pentingkan kualiti biji benih yg kita nak semai ni dulu.. biar yg elok, dijaga, disiram dengan elok, pastinya akan tumbuh elok.. dan seterusnya dijaga sehingga menumbuhkan dahan, daun,pucuk, bunga dan semuanya yang elok saja ikut acuan ISLAM


analogi ini:
biji benih= kita. individu ISLAM
pokok=baitul muslim
daun,dahan,bunga, pucuk, buah = natijah daripada ke'elok'kan foundation ISLAM melahirkan ISLAM yg hebat. boleh jadi tempat berteduh untuk semua :)


p/s: tak sabar nak kongsi slot bersama Ustaz zaharuddin Muhammad & Ustaz Zahazan Muhammad juga