kadang-kadang otak menyanggah..tapi tak mampu juga nak melawan detik hati..susah ke nak ikhlas?
ungkapan
"saya ikhlas"
manis sekali meniti dibibir..tapi penilaiannya milik Allah..kerana hanya Allah saja tau sejauhmana keihlasan seorang yang "ikhlas" menuturnya...kadangkala bila ada mulut-mulut yang manis bermain nama Allah, tapi hatinya tak seiring manis dibibir? bagaimana?
itu la kerumitan hidup..rambut sama hitam..tapi tudung kaler lain-lain..tudung yang mengurung syariah..tapi sebaliknya ?? hanya Allah menilainya...
pernah rasa apa itu "KEPUASAN".. kepuasan sukar digambar..walaupun bisa dizahirkan dengan senyuman.
aku juga kerapkali didatangi dengan soalan-soalan yang menuntut keihklasan dalam menuturkan juga harus seiring perbuatan..dulu juga sering berperang dengan hati..bila mana akal menetapkan harus ikhlas..tapi tiba-tiba disanggah nafsu yang tebal dalam diri..
iye...sebagai manusia yang imannya nipis macam kulit bawang, sudah tentu saban kali kalah dengan bisikan syaitan dan juga tergoda dengan nafsu yang kerapkali berjaya bermastautin dalam hati..:(
tapi aku sudah merasa apa itu "KEPUASAN".. yang baru saja aku perolehi..melakukan sesuatu dengan rasa tidak mahu balasan atas perbuatan..aku rasa seolah mahu melakukannya hanya kerana ihsan sesama insan dan aku tau aku harus membantu..
PUAS..memang sangat puas.. tapi aku tetap harus yakinkan hati bahawa "matlamat tak menghalalkan cara" jadi aku tak punya alasan lagi untuk menyanggah hujah dan kalimah..lebih lagi kalimah yang datangnya dari serorang yang dekat dihati..yang harus sentiasa dihati..
tapi dugaan nak ikhlas juga sangat besar..sangat besar sekali <----kesalahan tatabahasa..hehe:P bila hati cuba nak ikhlas, kadang-kadang datang cemburu..jahat betul cemburu ni..pergi kau! pergi!..susahkan? rumitkan? rumitnya jadi makhluk yg punya hati? kalau usia kekal jadi kanak-kanak sesiap satu yang dilakukan sangat comel bukan?
tapi bila budak kecik yang comel yang jeles..yang tak ikhlas?? kelihatan sangat comel...
budak kecik yang "penjeles" |
Awan comel yg dicemburui..! |
arish ni ikhlas ke tak nak amik gambar?? |
konklusi: setiapkali manusia cuba berbuat kebaikan ada saja setan yang menggoda..saya sebagai manusia juga kerapkali tewas dalam godaannya..:P
No comments:
Post a Comment