Monday, December 20, 2010

Anak-Anak Saya

Perasan tak? lately ni asyik entry emo je..kan?? tapi hari ni tak..bukan emo..tidak emo langsung!




Lewat usia macam ni..macam usia aku ni..mungkin semua akan blog pasa lanak-anak..pasal  suami dan pasal kehidupan rumah tangga..tapi aku?? tapi aku Allah pilih untuk tidak bercerita soal kebahagian dalam bentuk begitu..KENAPA?? kerana Allah tau aku belum bersedia kearah itu..mungkin kerana aku masih lagi berfikiran seperti kanak-kanak Ribena yang masih happy dan tak pernah berfikiran matang...Dan aku tak pernah menyesal langsung..kerana Allah lebih tau..jadi aku redha.. :)


Tapi hari-hari aku selalu diisi dengan kerenah dan gelagat mereka ..kadang-kadang aku tak pernah rasa meningkat dewasa kerana aku lebih kerap bersama mereka...




kek untuk semua
Ijat, Piqie n Ali


Amar, syaza,Lynda, Farah, Hajar, Azian,Natrah
menjadi sebahagian kemestian dalam hidup mereka kadang-kadang buat aku lupa aku jauh lebih berusia..aku kadang berkongsi cerita dan kegemaran di TV. dari cartoon network sampai lah ke jawatan kaunselor tak bergaji mendengar masalah cinta budak-budak remaja..manis bukan?

manisnya bergelar remaja yang tak perlu berfikir dan membuat keputusan..zaman yang tak perlu susah hati dengan kekurangan..yang tahu hanya GEMBIRA dan KETAWA.. bahagia bukan??
nampak sebab disitu kenapa Allah masih mahu aku bersendiri?

kerana aku masih belum dewasa.

 Alhamdulillah keputusan UPSR sudah pun diumumkan dan PMR pulak bakal menyusul...

5 orang daripada 7 students UPSR dapat  5A!! tuhan saja yang tahu macam mana rasa gembiranya..satu hari suntuk aku tersenyum..bukan aku saja, tapi mak turut terkena tempiasnya..bangga mungkin..sangat gembira aku rasakan...hilang penat bila dapat ganjaran sebegitu..TQ korang! teacher sayang korang sangat-sangat..

"yang hang bangga sangat tu kenapa?? macam la cikgu kat sekolah tak ajar sama"

kata adik aku..agak menyedarkan..tapi aku tetap punya sebab untuk rasa bahagia..sangat-sangat bahagia..biar apa orang nak cakap..nak tahu lebih-lebih bahagia lagi bila aku dapat call ni...

1st call:
...salam..tq syuhada..piqie dapat 5A. syukur lah dipertemukan dengan Syuhada..Alhamdulillah...

2nd call:
... salam Syuhada, Faiz dapat 5A!..terima kasih, syuhada banyak bantu anak akak..syuhada banyak tolong dia..terima kasih ye...

3rd call:
...salamSyuhada, Natrah dapat 5A, Hajar pun dapat  5A..terima kasih ajar anak akak....

sapa cakap aku tak bahagia..rasa bahagia macam nak terbang-terbang diawan biru tahu?? sangat bahagia tahu?? terasa semacam satu roh bahagia diserap masuk dan tak mahu keluar lagi...jadi tunggu saja keputusan PMR nnti..aku lebih berdebar mungkin.. :P

konklusi: bila kita ikhlaskan hati dan bekerja bersungguh, kita takkan rasa penat dan lelah bila kita nampak hasilnya..Alhamdulillah..tapi ikhlas tu kan milik Allah..pandai2 je mengaku ikhlas..hehehe

No comments:

Post a Comment