oke..back to the entry..the right ones..
macam mana nak mula? lupa sudah "pendahuluan".. cikgu cakap pendahuluan penting nak pikat hati pemeriksa..hehe.. masih gelak? sekarang kita serius..
kak eda bersama orang kesayangannya |
ceritanya macam ni..KAK EDA..@ZURIDA HASHIM...
aku tak pernah terlalu rapat dengannya..tidak terlalu megenalnya "in person" aku kenal tuan punya hati yang murni ni lewat cerita adik-adiknya..tapi makin aku kenal sifatnya bila dia sudah tiada..kak Eda, sekarang namanya kerap aku dengar lewat cerita dari seorang ibu yang rindukan anaknya..rindu yang hanya mampu dikhabar pada angin..rindu yang hanya bisa dikirim lewat doa... :(
KAK EDA... pada awalnya hanya watak kecil yang ramai tak perasaan..watak yang selalu diabai, namun KAK EDA memang menjadi kesayangan adik-adik.. asalnya ujian tiba bila MAKCIK PUTEH sakit, ibu jarinya terpaksa dipotong akibat luka yang kronik, jadi sebagai ibu yang selama ini menjadi tunjang keluarga sudah tentu anak-anak mahu MAKCIK sihat dan sembuh...
Usaha untuk memulihkan makcik macam biasa, sampai ke Penang..watak KAK EDA sperti biasa adalahpendamping si ibu..setia disamping ibu..merawat ibu, menjaga semua keperluan ibu..tak siapa antara mereka mampu sekuat dan segagah pemilik tubuh kecil itu untuk sentiasa sabar dan tanpa rungutan merawat si ibu..solehah! berbakti pada ibu sampai akhir nyawa..malah paling mengagumkan sanggup menyimpan rasa sakit hanya kerana risaukan ibu...
sungguh aku kalah dan aku sangat jauh dari kualiti yang ada padanya...seminggu di Penang, KAK EDA demam, batuknya makin menjadi..walaupun kerapkali menolak untuk dihantar ke hospital,akhirnnya KAK EDA mengalah..mungkin sudah tak terdaya menahan rasa sakit...
sebaik dimasukkan ke hospital, KAK EDA sudah kritikal dan perlu berada di unit rawatan rapi (ICU)...persoalannya?? macam mana dia bertahan dan kelihatan sangat gagah disamping ibu yg sakit???
MURNI...mungkin ini paling cocok untuk pemilik hati yg murni ini...:( saat pertama kali menatap wajah KAK EDA berteman wayar dan mesin-mesin di ICU cukup buat aku menitis air mata...ini kesudahannya?? begitu cepat perginya seorang yang berhati MURNI..yang tak mungkin tiada ganti....
nampakkan kehebatan dan kebesaran ILAHI?? DIA lebih tahu..saat berdepan dengan ibu yang sedang sakit mereka diuji lagi..PERGINYA KAK EDA KEPADA PEMILIKNYA YANG ABADI.. yang tinggal?? masih terasa KAK EDA terlalu hampir memerhati...
AL-FATIHAH~ semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..semoga yang ditinggalkan nya masih mampu bergembira, kerana ALLAH itu MAHA ADIL...
konklusi: hayat kita dibumi pinjaman ini terlalu sekejap..kadang-kadang tak sempat kita sedar, kita sudah kehilangan seseorang yang kita sayang..aku mengingatkan diriku agar aku tak terlepas pandang setiap watak disekelilingku..
No comments:
Post a Comment