Wednesday, December 15, 2010

Aku Degil...Aku Derhaka???

menderhaka dan membuatkan ibu dan ayah mengalirkan air mata??
ape?? sah-sah la dah jadi anak derhaka kan? 
ungkapan ibu yang kerapkali berulang..

      "susahnya nak jaga anak yang dah besar"

terasa sangat bila ungkapan tu keluar dari mulut seorang ibu..aku tau aku bukan anak yang baik..tapi aku selalu mencuba untuk jadi yang terbaik.. mungkin istilah "terbaik" berbeza dengan setiap ibu dan ayah...kalau dulu mak kerap kali cakap

 "mak tak kisah kalau anak-anak tak bagi duit kat mak..tanggungjawab mak untuk bagi anak-anak pelajaran..yang selebihnya mak tak kisah..serahkan pada anak-anak..,."

sejujurnya aku sangat lega bila aku tau..aku punyai ibu yang sangat memahami, ibu yang rasional..mungkin lain ibu lain caranya..tapi aku tau aku punya ibu yang berada dalam kalangan yang terbaik…

namun, seperti ombak yang menghempas pantai, ombak juga akan merubah pantai..kesian pantai bukan??? Bila isu duit mula jadi “takat ukur” sejauhmana “solehah” atau “soleh”  nya seseorang anak itu..aku rasa terpukul…

memang salah aku..
kerana masih berpaut pada payung besar..
kerana aku masih terlalu selesa..
kerana aku tak pernah ada gundah,
kerana aku tak pernah ada risau…
kerana aku terlupa untuk berfikir
kerana aku terlupa untuk risau…
kerana aku masih dibawah payung besar…

aku takut untuk meminta..
apalagi untuk bersuara..
aku jadi malas nak berbicara..
aku cuak nak bercanda..

aku perlu masa!
Aku perlu kesempatan….
Apakah kerana aku sudah terbiasa…
Aku terus dianggap sama…

Aku jugak punya muka..
Aku tahu rasa tebalnya..
Aku tau rasa kebasnya…


Susahkan?? Kerana tak boleh berubah..rasa tak selesa..rasa kecewa..tapi sampai bila?? Boleh saja berpura pekak tuli dah dengar kata-kata yang pedih..tapi sampai bila..kerana aku memang tak ada kuasa..nak buat mereka ceria..
Aku tak boleh buat mereka tersentum bangga..aku belum mampu…aku tau sudah sampai limit! Tapi sampai bila??

Konklusi: aku degil..aku marah diri sendiri..susah sangat ke nak dengar nasihat mak dan ayah..susah sangat ke nak buat ayah dan mak tersenyum ria? Aku tau sekarang ni “diam lebih baik” semua salah aku.


No comments:

Post a Comment