Monday, April 16, 2012

Belajar ABC untuk saham Akhirat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani


Subhanallah Alhamdulillah


excited ni..excited..boleh kan excited?
ok sekarang kita excited dalam iman ye adik-adik.. err.. ye la dalam excited-excited pun kita kenalah ingat kat Allah!


Allahuakbar..!
kan Allah yang bagi nikmat excited tu.. =)


ehe


apekah yang cikSyuhada excited sangat ni? nak tahu ke?
teka la..hahaha






express-i



semalam, Alhamdulillah selamat dah menghadiri satu sesi seminar teknik mengajar membaca. Sebenarnya cikSyuhada is working on something that she calls it "baby'

uishh..working on baby matters ni cikSyuhada nak kawin ke? kan ke kalo dah kawin je boleh ade baby kannnn? hahahha..bukan
bukan dan bukan...

err..panjang skit kalau nak cerita, ape kata nanti dah siap "projek baby" tu cikSyuhada sembang kat sini tau..so, sapa yg ade IQ hebat tu buat la kesimpulan sendiri dulu la ye..hahaha*evil laugh*

Jadinya kisahnye bila Allah lah yang membenarkan setiap satu kejadian tu kan..jadi jangan la kita fikir yang sampah tu memang tak berguna langsung kan? sebabnya asal dari "sesuatu" yang cikSyuhada ingatkan sampah la..cikSyuhada jumpa iklan untuk Program Seminar ni..

Alhamdulillah, dengan perkenan Penguasa Alam, Allahuakbar, cikSyuhada daftar dan selamat join program tu.. best tauuu.. speakernya Pn Norli pun sangat best..semua pengalaman dikongsi. Terima kasih untuk ilmu dan tips-tips yang dikongsi.

semangatnye nak mula pratikkan ape yang baru dipelajari, InsyaAllah ni boleh jadi benchmark untuk "baby projek" tu, doakan la tau..doakan semoga Allah permudahkan setiap satu yang sedang diusahakan sekarang ni..

amin...amin..

yang menambah excited sepanjang dalam program tu bila cikSyuhada dapat hadiah. tak la besar sangat tapi worth RM35 tauu..so since memang agak kering bulan ni..dah cukup best dah hadiah tu..hehe I got a VCD. teknik membaca. alhamdulillah

yang lagi best masa Pn. Norli bagi hadiah tu..dia siap tanya

"siapa nama?"
"syuhada"
"ok, tahniah cik Syuhada..err..betul ke cik or puan?"
"cik"
"ok, betul la saya teka, sebab terserlah 'keanak-daraan' nye"


wahhh... jangan riak!jangan riak 
tak ke best..hhahahaha dah la dapat hadiah kan? :P


ni FB status Sajid Ahmed Umar semalam:

Imam Ahmed (may Allāh have Mercy on him) said: “If one remembers death, everything from this world seems insignificant. It is just one type of food instead of another, one type of dress instead of another, and the remaining days are only few.”

pendekkan hidup kita, ape yang kita ada pun kat dunia ni..tak boleh pun nak tolong kita ade kete besar pun tak boleh tolong bawak kita lari daripada malaikat munkar n nakir..huwaaa..

ade rumah besar pun kita tak boleh duduk dalam rumah besar kita tu tongkat langit dah menyorok dari malaikat Izrail kaan.? jadi selain daripada kerja keras kat dunia ni..nak cari kete besar, rumah besar, isteri besar kita nak kena tinggalkan 3 perkara dalam akaun akhirat kita kan?

3 perkara? apekah?

1.Harta yang diinfakkan kejalan yang digunakan mencari keredhaanNYA.
2.ilmu yang bermanfaat
3.doa anak yang soleh..

harta?? banyak ke harta kau ciksyuhada? memang takde la harta..sikit-sikit aje.. insyaAllah:) ilmu? tak banyak pun ilmunya..tapi ade la sikit nak kongsi dengan yang lain..itu je la harapannya..

nak ilmu yang dikongsi dengan yang diajar, supaya bila ilmu tu boleh menambah amaun akaun akhirat nanti.. aminn..
jadi bayangkan..kalau mengajar budak kecik membaca? membaca je pun bukan nak ajar calculus padahal aku pun lingkup yg susah tu. ilmu ekonomi pun tidak la.. 

membaca
ABC je pun
 tapi setiap satu ilmu kenalah mula dengan membaca kan? jadi selama "membaca" tu dimanfaatkan oleh pelajar tu? bayangkan..mengalirlah pahala dlam akaun akhirat kita? kaaann? mulianya kerja tu? kaan?

subhanallah. 

jangan sekali-kali pandang kecil pada benda yang nampak kecil dah tak berapa penting. GURU TADIKA. besarnya pengorbanan jadi guru tadika. walaupun gaji dia kecik je, kan? tapi saham akhirat guru tadika yg ikhlas mendidik kerana ALLAH.

think!

konklusi: update sambil tengok rancangan "adik& Alquran".. tajuk menimbulkan tanda tanya.. "mendua kan suami" releven isu itu pada kanak-kanak? tapi sekarang aku paham..perkara yg kita nampak tak "sesuai" itu sebenarnya sangat perlu pada kanak-kanak sebab kita nak didik jiwa ISLAM yg syumul pada kanak-kanak.

Allahuakbar. subhanallah.. indahnya ISLAM.
terima kasih Allah.





No comments:

Post a Comment