Monday, April 4, 2011

nombor? 1, 2, 3, 4, 5,4 ,5 ,6 ,7,8

masalah aku dari dulu memang dengan nombor...bersusah payah nak paham bila terlalu banyak nombor yang keluar..pernah menangis belajar matematik...kenapalah aku lambat paham..bukan sekali aku marah dengan matematik..
algebraic expression
linear equation
trigonometry
ratio and proportion

bukan ini saja yang pernah buat aku seksa..sampai ketahap elevation n dimension pun boleh buat aku pening..tu belum masuk tajuk-tajuk calculus yang tinggal sebagai nightmare..fobianya sampai taknak ingat langsung dah...
haha..malu malu..apa nak buat dah memang kena telanjangkan aib disini..kalau tidak macam mana nak kongsi cerita..:)

tapi sekarang boleh pulak aku mengajar dan buat orang lain paham apa yang suatu masa dulu aku terpaksa menangis nak faham..mengajar dan buat orang faham apa yang kita ajar memanglah sesuatu yang sangat berharga..boleh pulak adapt semula segala theory dengan soalan-soalan aplikasi...padahal dulu memang tak boleh nak picture langsung...

Jadi bila nampak diri aku yang dulu..yang cengeng dan kuat nangis, yang susah nak faham matematik aku jadi boleh empathy perasaan students yang susah nak paham..aku sedaya upaya pujuk diri..SABAR, JANGAN MARAH..kalau pun dah 3, 4 kali terangkan tapi tak faham-faham...aku tak mahu jadi cikgu yang marah bila students tak faham dan bertanya...

aku faham sangat perasaan itu..jadi aku biasakan diri untuk tetap senyum..walaupun terangkan benda yang sama lebih dari 4 kali...senyum! senyummmmmmm...aku harap ampai bila-bila pun aku boleh senyum macam tu..

tapi masalah aku dengan nombor tetap tak hilang..agaknya nombor-nombor pun dah tak suka aku..takpun aku memang tak ngam dengan nombor-nombor sejak dulu?? aku pun tak tau..harap tak macam tu..

tapi alu dah banyak kali ulang silap yang sama depan students..bukan sekali dua..dah banyak kali..kalau salin soalan di whiteboard..bila mana memerlukan aku menulis  nombor..susunan nombor aku tetap salah....

1.
2.
3.
4.
5.
6.
5.
7.

nampak tak? kalau nak betul pun mesti sampai no 4 je..mengapakah?? huhu
pernah je kena tegur dengan student...

"cikgu ni...tak tau tulis nombor ke?"
"cikgu ni...tu pun salah..biar saya ajar mengira''
"cikgu..no 5 ada dua kali"

bukan sekali tapi dah banyak kali..aku cuma mampu senyum jela..yang jadi masalah kalau yang diajar tu masih sekolah rendah..tahap "skema" budak sekolah rendah memang tinggi..tulisan pun kena "skema" tak boleh senget langsung...semua kena perfect! tapi kalau yang sekolah menengah dah boleh adjust...

konklusi: aku tak tahu la samada aku yang hilang fokus atau aku memang tak boleh ikut rules..sampaikan nak susun nombor pun jadi masalah sampai umur macam ni...:(

1 comment:

  1. mcm aku je di antara org yg buat ko lg xfaham,kn?haha

    ReplyDelete