Monday, April 18, 2011

cinta hati saya

jeng! jeng! jeng!

intai dalam
ada sabun lunatot!!

banyak dan comelll!!!!

betul..tak tipu..ini cinta hati saya yang baru..
sangat sayang dan cinta..
walaupun baru berputik..harapanya akan kekal....
quick update with pictures!

satu norasna satu syuhada..mana2 syuhada???


Saturday, April 9, 2011

seni kata putus

seni kata putus..
kenapa kena putus? bukankah elok disambung-sambung? sapelah yang nak putus-putus ni...

sebenarnya...terkenang isi buku karangan Ustaz Hasrizal tentang seni kata putus..MURABBI CINTA ..bahan bacaan berbentuk keagamaan dengan kata2 santai dan mudah difahami...

wajib baca bagi yang punya anak



''andai keredhaan Allah yang kalian utamakan, fikir-fikirkanlah mengapa Allah meletakkan jarak pemisah antara kita dan zina seperti Timur dijauhkan dari barat"

itu mukaddimahnya pada bahagian CINTA GUNUNG BERAPI...
ada garis pemisah yang jelas disitu..yang mampu dilihat dengan mata hati.. pendekatan ustaz dengan menceritakan dialog beliau dengan seorang pelajar yang bertanya tentang cara ingin memutuskan hubungan dengan gilfriendnya.. kelakar dan santai...

minggu lepas, sesi borak-borak kosong aku dengan student berjalan macam selalu-selalu..aku kadang-kadang menjadi pendengar setia pada masalah cinta student..bukan aku menyokong..tapi aku tau naluri remaja..kadang-kadang cuba selitkan sikit nasihat..sembang-sembang kosong sekadar mencungkil masalah pada yang selalu khayal dan menung masa belajar...



"cikgu, macam mana kalau saya tak boleh nak sayang dia? saya cuba tapi saya tak boleh la..saya kesiankan dia.."


tanya student aku..aku terdiam sekejap! haha terasa mungkin..


cuba menasihatkan...sesungguhnya bukan "perasan bagus" sekadar orang yang lebih banyak makan fastfood garam.. uish!


aku cuba jawab...nasib baik baru je lepas baca buku Ustaz Hasrizal tu..bab seni kata putus! aku pun pinjam kata-kata ustaz...


"kalau tak suka putus terus! tapi mesti titik betul-betul! jangan bagi harapan palsu..jangan sebab kesian semata-mata..tak payah la nak cover cakap nak concentrate study ke ape..itu semua bohong! cakap apa yang ada dalam hati.."


cakap dan titik terus! kata aku bersemangat....*dalam hati tuhan je yang tau*


itu satu cerita...lagi satu dalam kelas yang berlainan pulak...


"cikgu! kalau kita jahat boleh tak kita berubah?'


hah? sapa cakap tak boleh? kalau betul-betul nak berubah kena istiqamah dengan apa yang kita buat..jangan pandang kebelakang..yang penting taubat betul-betul...


"tapi kalau dia jahat?" tanya dia lagi...


"antara dosa yang Allah tak ampun, dosa sesama manusia..! jadi kalau dosa tu sesama manusia..cepat-cepat mintak maaf!tapi kalau dosa dengan Allah taubat la..buat betul-betul! :)"


aku kadang-kadang jadi ustazah rupanya...


sebenarnya kadang-kadang aku malu juga..sebab aku pun bukan sempurna..dosa bertimbun tak tertanggung..dosa sesama manusia, dengan Allah...:( tapi aku dapat rasa setiap satu soalan yang keluar dari mulut budak-budak tu kadang seolah satu benda yang boleh tarbiah aku...


contoh seni kata putus tu..aku cuma bagi pendapat sebagai cikgu atau sebenarnya lebih sebagai kakak yang sayang adik-adiknya..aku pernah lalui usia macam dorang jugak..jadi kadangkala soalan yang datang seolah peringatan pada aku..


Alhamdullillah aku bahagia sangat sekarang..manis dengan redha..sangat lazat..percaya atau tidak hak masing-masing..aku tak mahu explain..biar la..aku cuma mahu diam dan menikmati kemanisan yang aku ada sekarang....:)


konklusi: terasa malu dengan diri sendiri bila aku sendir pernah menidakkan KATA PUTUS dia..aku menidakkan sesuatu yang sepatutnya sudah ada TITIK SAH! aku malu dengan diri sendiri..aku malu dengan Allah..semoga aku masih ada peluang lagi untuk senyum dengan kemanisan sekarang...


hahahaha..ok terasa jiwang pulak..abaikan labu....



Wednesday, April 6, 2011

Siti Sifir

SIFIR!

SITI NURHALIZA BUKAN SITI SIFIR!
ingat tak lagi rancangan A.L.O.N.G along!!!!!!!!
kan ke ada budak siti yang dok menghafal sifir tu...
tapi ni cerita sifir lain..
sifir yang takde siti...

kalau dulu dengar pun takut..bagi seorang yang memang tak minat math macam aku ni..
memang la nightmare kalau bab menghafal sifir..tapi hafal jugak la walaupun dalam keterpaksaan..haha ayat tak boleh blah la jugak kan...memang la, kalau masa sekolah rendah seingat aku..memang kena hafal sifir tu..cikgu mathematic pun selalunya mesti garang...
grrrr...takut..
dalam kelas ada carta untuk sifir..jadi setiap kali cikgu masuk ke kelas cikgu akan tanya dan suruh baca sifir kat depan kelas..kalau tak hafal pun memang akan hafal kalau sistemnya macam tu...

tiga tahun lepas, masa aku berjinak-jinak dalam tutoring ni baru la aku tau yang sistem sekarang tak menggalakkan murid hafal sifir..tapi cikgu akan ajar murid buat kotak sifir..selalunya bila bermula kelas math cikgu akan peruntukkan sekurang-kurangnya 5 minit untuk murid buat kotak sifir..

pendapat aku la...mungkin disebabkan aku dibesarkan dalam zaman yg wajib hafal sifir...cara kotak ni lambat dan buang masa..bukan semua sifir yang ditulis akan masuk dalam soalan...jadi kebiasaannya murid akan tulis semula sifir 

contohnya: 2345 x 8 
8
16
24
32
40

tulis tu dah ambil masa yang lama..tapi memang kesan "kotak sifir" akan buat murid tak mahu hafal sifir..:(


ini la dia kotak sifir
bayangkan..setiap kali nak jawab soalan math nak buat kotak ni...serabut ayam aku!!! dah berpuluh kali aku suruh hafal sifir tapi masing-masing buat tak tau je..

sampai la semalam masa tutor session

"teacher, besok cikgu nak check sifir! sapa yang tak boleh buat sifir 1 sampai 7 dalam masa 1 minit kena rotan..."

haa?????????? apesal aku yg gelabah??
kuang kuang

apa lagi aku pun dera la budak-budak tu...dalam masa 2 jam tu aku basuh dan suruh hafal sifir 2 -9 sekaligus!!!! ahhahaha... boleh punnnn

konklusi: asasnya nak buat kotak tu pun kn hafal sifir sebenarnya..kalau budak yang tak hafal tapi nak main tambah-tambah...macam mane nak siapkan dalam masa 1 min...fuhhhhhhhh

Tuesday, April 5, 2011

cerita bisnes lagi!!

content flyer

haha! model gagah perkasa

logo comel


 sangat comel bukan...ni lah yang buat aku excited ni..nak jugak pos entry lagi..ok lepas ni ada banyak kerja kana buat dan buat follow up dari customer..jadi mulai sekarang cik syuhada akan ada masa yang kurang untuk reload energy ----> tido!nak term yang best skit kan? ehehe:P


ok hari ni...
1.nak jumpa prospect! sekurang-kurang nya sorang..
2. nak print dan laminate flyer yang cun meletop cam kat atas ni..
3.nak jumpa pegawai bank..


ok dalam masa yang ada ini..mari kita mulakan!!!!










excited terlebih sudahhh!

amin...



dulu...
10 tahun dulu..mungkin lebih awal dari itu..
10 tahun dulu kami kawan..
kawan baik..
tempat kongsi rasa..
dia tolong picit tengkuk aku kalau uku ngantuk dalam kelas..
dia tolong ajar aku mathematic..
walaupun kadang-kadang aku still tak paham ..
aku lembab mungkin.. :)
dulu meja kami bertentang dalam bilik prep..
dia study memang meletop!
haha..walaupun aku penah denda dia sebab fly pegi beli goreng pisang..
dia tetap antara sahabat sejati yang masih sudi sms aku walaupun busy dengan suami dan anak..
ciss..ni nak masuk entry emo ke ape pulak..? hehe
dulu-dulu kami berkongsi kegemaran..masing-masing gemarkan mamat blues dalam komik..sesama bergayut kat public depan dewan makan bila tima nak call "aahhhhaaaaa...kenangan lama yang tak boleh reveal kat sini.." haha hampeh sungguh..kami sama-sama makan nasi kawah..walaupun tumbesaran dia vertical dan aku horizontal..tapi kami tetap baik..
baru-baru ni kami bergabung lagi...tapi bukan macam cite power ranger..tapi satu bentuk yang berbeza!!
semoga Allah memberkati projek baru kami ni...




comel kan???

amin....



jangan tanya kenapa aku interested sangat ngan barang-barang baby..ni memang perangai aku dari dulu agaknya..kalau time outing je..mesti panjat tangga FAJAR (sekarang dah jadi THE STORE) semata-mata nak jalan kat baby department..sangat damai, wangi dan tenang....tak sangka plak betul-betul nak involve dengan benda ni...


BABYALAMI nama bisnes kami yang merangkumi GREEN PARENTING..I am not yet a parent, namun ku punya hati!!! haha

Monday, April 4, 2011

nombor? 1, 2, 3, 4, 5,4 ,5 ,6 ,7,8

masalah aku dari dulu memang dengan nombor...bersusah payah nak paham bila terlalu banyak nombor yang keluar..pernah menangis belajar matematik...kenapalah aku lambat paham..bukan sekali aku marah dengan matematik..
algebraic expression
linear equation
trigonometry
ratio and proportion

bukan ini saja yang pernah buat aku seksa..sampai ketahap elevation n dimension pun boleh buat aku pening..tu belum masuk tajuk-tajuk calculus yang tinggal sebagai nightmare..fobianya sampai taknak ingat langsung dah...
haha..malu malu..apa nak buat dah memang kena telanjangkan aib disini..kalau tidak macam mana nak kongsi cerita..:)

tapi sekarang boleh pulak aku mengajar dan buat orang lain paham apa yang suatu masa dulu aku terpaksa menangis nak faham..mengajar dan buat orang faham apa yang kita ajar memanglah sesuatu yang sangat berharga..boleh pulak adapt semula segala theory dengan soalan-soalan aplikasi...padahal dulu memang tak boleh nak picture langsung...

Jadi bila nampak diri aku yang dulu..yang cengeng dan kuat nangis, yang susah nak faham matematik aku jadi boleh empathy perasaan students yang susah nak paham..aku sedaya upaya pujuk diri..SABAR, JANGAN MARAH..kalau pun dah 3, 4 kali terangkan tapi tak faham-faham...aku tak mahu jadi cikgu yang marah bila students tak faham dan bertanya...

aku faham sangat perasaan itu..jadi aku biasakan diri untuk tetap senyum..walaupun terangkan benda yang sama lebih dari 4 kali...senyum! senyummmmmmm...aku harap ampai bila-bila pun aku boleh senyum macam tu..

tapi masalah aku dengan nombor tetap tak hilang..agaknya nombor-nombor pun dah tak suka aku..takpun aku memang tak ngam dengan nombor-nombor sejak dulu?? aku pun tak tau..harap tak macam tu..

tapi alu dah banyak kali ulang silap yang sama depan students..bukan sekali dua..dah banyak kali..kalau salin soalan di whiteboard..bila mana memerlukan aku menulis  nombor..susunan nombor aku tetap salah....

1.
2.
3.
4.
5.
6.
5.
7.

nampak tak? kalau nak betul pun mesti sampai no 4 je..mengapakah?? huhu
pernah je kena tegur dengan student...

"cikgu ni...tak tau tulis nombor ke?"
"cikgu ni...tu pun salah..biar saya ajar mengira''
"cikgu..no 5 ada dua kali"

bukan sekali tapi dah banyak kali..aku cuma mampu senyum jela..yang jadi masalah kalau yang diajar tu masih sekolah rendah..tahap "skema" budak sekolah rendah memang tinggi..tulisan pun kena "skema" tak boleh senget langsung...semua kena perfect! tapi kalau yang sekolah menengah dah boleh adjust...

konklusi: aku tak tahu la samada aku yang hilang fokus atau aku memang tak boleh ikut rules..sampaikan nak susun nombor pun jadi masalah sampai umur macam ni...:(

Friday, April 1, 2011

experiment cikgu Syuhada

semua orang belajar science..semua orang pun tahu..scientific investigation..semua proses dalam investigation tu
seharusnya selepas "identifying the problem" harus ada hypothesisnya..
kalau tak ikut susun aturnya mestilah pening kepala kan...tu la akibat tak pikir panjang...kan dah susah..

apa yang susah?

ini kisahnya...


Aim/purpose : to investigate the relationship between the number of classes and cikgu syuhada's stamina
manipulated variable : number of classes per day
responding variable : syuhada's stamina

observation : real fatigue, hard to breath syndrome
inference: cikgu Syuhada is no longer "MUDA" belia.. :(

conclusion: experiment failed

paham? kalau tak faham ayuh baca explanation yang akan menelanjangkan keaiban diri sendiri...cerita ni mungkin cerita basi yang dah seminggu berlalu..tapi pengajarannya akan kubawa sampai bila-bila.. :P
bermula cuti sekolah yang lepas, aku nekad nak buat extra kelas untuk cover up classes yang patut diganti masa bulan Januari..jadi aku draft jadual sewel yang aku yakin 100% akan berjaya...bukan la membabi buta, tapi lebih kepada "perasaan perkasa"...

Jadual aku bermula seawal 9 pagi dan berakhir 10 malam..kalau pun ada sela waktu hanyalah bila mana waktu wajib rehat untuk solat dan makan..memang selalu makan pun aku skip.. gagah perkasa lah sangat!
sabtu berlalu....aku gagah bersemangat
datang Ahad...aku masih berdiri tegap
tiba Isnin...determination tetap tinggi..
selasa...wilingness ditambah dalam perisa
rabu...semangat masih waja berbekal determination..
khamis..iman sedikit longgar..

kelas hari khamis masih gagah...walaupun ada skru disatu dua tempat masih ketat dan kuat..emosi sedikit terganggu..tiba-tiba dapat msg dari adik
"tiket dah beli jumaat  9pagi.muktamat"
dalam hati macam nak menjerit! bermaksud harus teruskan juga...malam tu kesan penuaan mula datang! sakit tengkuk! sangat sakit! besoknya 5 jam perjalanan dalam bas..makin sakit...

berjalan di Jalan TAR macam mayat hidup takda perasaan..padahal nafsu sudah menjadi raja! tuduuungggggggg! shawl dan pashmina...tapi mahu menoleh kekiri kanan pun seksa..sabarlah hati..
disambung hari sabtu di PETROSAINS gara-gara memenuhi impian adik kecil! adoiii..
sampai rumah..pagi ahad aku dah tak mampu bangun sendiri..sakit satu badan! sangat sakit..

kesimpulannya:AKU SUDAH TUA ..rumah kata pergi, kubur kata mari barangkali! sungguh tak mampu bekerja macam robot lagi..jadi mungkin lebih baik UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI..tak perli berasa SUPERWOMAN yang takda perasaan...jangan ambil mudah kesihatan diri sendiri walaupun ada rasa yakin perasaan SUPERWOMAN...

konklusi: kat atas dan kesimpulan tiba-tiba nak konklusi pulak..ok konklusinya, jangan buat apa-apa experiment hatta kepada diri sendiri tanpa study hypothesis nya...:)