Thursday, January 6, 2011

TAG- saranan dari yg otai!

Sepatutnya…! Sepatutnya dah siap simpan bawah tudung saji dah pun entry ini..tapi apakan daya Blogger.com sedang mengajar aku erti kesabaran..sesungguhnya aku sedang bersabar..apa kata aku curahkan kat sini dulu sementara menunggu blogger sihat seperti sedia kala..

I luv u banyak sangatttt blogger.com

Semalam sambil menfaatkan masa terluang yang banyak la kononnya..melompat-lompat katak  riang ke blog otai (Famia). Ada TAG! Dulu-dulu masa baru berjinak-jinak manja dengan dunia blog ni selalu lah kiranya excited buat TAG ni..pada aku TAGni sebenarnya menyambung silaturrahim sesame blogger..maksudnya kalau dah di TAG dan menjawab TAG tersebut, makin best la memblog kan? Kann?

Akak otai (famia) kita ni TAG sesiapa saja yang baca entry beliau tu kan..so, as one of her ceiling fans/ followers.. aku nak menyahut seruan otai la ni..
Soalan-soalannya:

1.  .Apakah status anda?

Soalan general la kan? Saya? Masih singular dan belum plural..saya enjoys adding ‘s’ after verb lagi..paham? tak paham buat-buat paham okeh..
contoh ayat : Syuhada teaches English in BM hahahaJ err..status FB bole? “gulai ikan masin tertumpah dalam kereta +_+” itu status FB 
status lain..anak sulung yang akan berusia 29 pada tahun 2011 yang hidup riang macam remaja 19 tahun…mempunyai anak tekak,rambut,mata sedara seramai dua orang..


2.   Ceritakan Tentang Diri Anda?

Alamakkkkkk! Akibat daripada tak baca soalan dengan berhati-hati saya sudah terjawab soalan ni kat soalan diatas..huhuJ I am a teacher without a school. The principal is me!, my office is in my car..I love teaching very much*baru-baru ni je sedar* I teach all the subjects from year 1 to form 5. Tamak kan? I am into Chemistry but I not so good in that field! Aneh bukan?

Sampai sekarang saya belum matang-matang lagi..padahal saya sepatutnya sudah masak ranum enak dimakan begitu saja. Saya masih terasa muda bila bersama-sama students saya yang umurnya boleh bahagi 2 dengan umur saya! Saya agak degil atau ketegaq..jadi ibarat buluh dan bukan lagi rebung memang sakit pinggang kala nak melentur saya..kadang-kadang saya volatile tapi kadang-kadang saya sangat cold!

Saya sangat sayangkan BumbleBEE saya.walaupun tak boleh merempit 200 km/hr tapi itulah teman paling akrab yang sentiasa bersama dikala susah senang..beliau tidak marah walau kadang-kadang beliau comot kerana “kerajinan” saya..beliau juga saksi saya meraung menagis kala hati gundah ß-hiperbola sungguh!

3.   Ceritakan Tentang Blog Anda

In sebenarnya blog yang kedua..err rumah baru saya..saya baru saja berpindah kerumah baru ini..rumah lama nurperjuangan.blogdrive.com telah pun saya tinggalkan tanpa kasih sayang! Tapi disitu la saya bermula bila otai (famia) yang mengajar saya hal-ehwal blogging ini.. pantun ini untuk beliau

“buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
yang salah-salah famia tlg tunjukkan”

Thanks :)

Saya masih ingat kala saya mula berblog bila entri saya ditaip dalam perkataan dalam mode sms! Saya dikecam *hahaha dikecam tuuuu* tapi beliau la tukang support tau!! Thanks again kakak!
Tapi kali ini saya sudah menaip secantik mungkin bukan? Haha cantik macam saya..blog yang ini saya tulis sebagai peringatan pada diri sendiri dan ada rasa yang ingin saya kongsi..hatta blog ni saya tulis secara bawah tanah dan tidak diketahui orang tapi saya tetap menulis untuk melepas rasa…jadi ini bukan blog yg banyak ilmu tapi boleh dibaca dan ambil iktibar dari kehidupan saya sendiri!
Sila la sila singgah! Jangan malu-malu miow ye!


4.   Apa Pandangan Anda Tentang Dunia Blog?

Full of colours! Sangat best..macam dunia lain jugak..banyak watak..banyak karekter..macam orang kita baoleh jumpa..advantages nya..kalau kat dunia luar susahkan nak jumpa..susah nak tahu cerita hidup orang lain..tapi dalam blog macam-macam boleh belajar. Dari blog yang tak berfaedah macam ni..sampai la ke blog ilmiah..macam dunia reality kadang-kadang dalam blog pun boleh main perang-perang. Menarik bukan?

Blog jugak tempat curah rasa. Kalau tak terluah dengan kata..luah dengan jari jemari saja..lagi satu hanya kesatria  baja hitam saja yang berani untuk share semuanya dengan readers..betul! semua blogger ialah kesatria yg sangat berani..berkongsi semua-semuanya..

Itu pandangan..jelingan belum tau!

5.   Nasihat Pada Rakan-Rakan Yang Nak Buat Blog?

pada yang nak buat blog..mari lah! Sila lah bersila..mari memeriahkan dunia baru! Nasihat bukankah dari golongan otai saja? Saya mmg golongan lama yang tak otai-otai sampai sekarang..jadi takde nasihat… J

6.   Keunikan Blog anda?

Sangat unik dalam kelasnya sendiri..haha! kelas ape? Kelas Bahasa Melayu yang tak brape boleh score A ye..maksudnye unik kerana “tak serupa orang lain”


7.   Sampai Bila Nak Menulis Blog?

ohooooo…saya malu..memang saya ni tak istiqamah dalam berblog ni…so, bukan azam, tapi azam dungun nak istiqamah betul-betul lepas ni..ehehhe:P kalau boleh nak share dan membawa manfaat pada readers *kalau ada*.. jadi sampai bila-bila kalau diizinkan NYA. Mungkin sekarang ni cerita secara singular..mungkin nanti secara plural pulakan…

maka makin bertambahlah yang boleh dikongsi ramai-ramai bersama.. macam blogger mum yang share pasal anak-anak, breastfeeding dan macam-macam lagi..best kan?

8.   Tag 4 orang

setakat ni kan belum ade orang yang nak baca..jadi kalau anda membaca..sila la bersila ye…


3 comments:

  1. Laaaaaaaaaaaaaaaa... baru tahu.
    Ni dulu blog nurperjuangan ke.
    Patutla. Punyalah carik manelah perginya budak nurperjuangan tu. Isk... isk... awak ke orangnya.
    Peluk mari peluk!

    p/s: hep, saya bukan otailah >_<

    ReplyDelete
  2. kakak bukan otai: hahaha..mari peluk! saya hilang tapi still baca blog anda dalam selimut..haha
    p/s otai la jugak! otai saya! hahaha

    arm: dah baca kena jawab TAG ye! hahaha

    ReplyDelete