nyummm |
Makan
Makanan
Memakan
pemakanan
Bunyi je memang la sedap..tu belum masuk mulut
lagi..kesedapan berganda-ganda. Nak-nak pulak yang memang jadi idaman mata.
Kenapa dengan mata?
Sebab… daripada mata turun ke hati.
Mata la punca semua-semua tu..nampak je apa-apa makanan
mulalah..
Mouthwatering la
tasty la
delicious la…
tasty la
delicious la…
Pastu mula la nak teringin sampai meleleh-leleh air
liur.huwaaa..dahsyat la kan.
Status cik syuhada baru-baru ni:
“hari
ni tiba-tiba teringin sangat nak BIG APPLE.
tapi
On
the way pg mengajar di radio IKIM.fm; cerita Saidina Umar menegur anaknya yang
membawa bungkusan daging. Abdullah sangat faham pertanyaan ayahnya yang
bermaksud “jangan sampai membela nafsu”
ingat ye cik syuhada’’
ingat ye cik syuhada’’
Hidup kita senang sangat..makanan bersepah-sepah. Sebut
la nak makan ape. Semua senang nak dapat. Iyee.kalau ada duit la kan..tapi
walaupun satu dua, tiga hari.. tapi tetap makan jugak.. sebab selalu senang la
kadang-kadang lupa nak hargai makanan
kan? Kaaan?
Ok.
Berbalik pada cerita yang kat IKIM tu..mula-mula memang
la macam tak boleh ditahan-tahan rasa nak makan donut BIG APPLE tu..padahal dah
makan je 2 hari yang lepas. Tengok la tu..syaiton la tuuuu..
Allah seolah-olah berbicara la tu..peringatan untuk cik Syuhada la tuu…
Saidina Umar menegur bungkusan yang dibawa oleh anaknya
Abdullah, Abdullah malu dengan pertanyaan ayahnya, kerana dia paham akan maksud
pertanyaan ayahnya itu.
saidina Umar bertanya pada Abdullah
“apakah kamu membeli daging setiap kali kamu
menginginkannya?”
Abdullah sangat faham maksud pertanyaan ayahandanya
supaya jangan terlalu menurut nafsu dan keinginan untuk makan.
Kita? Err tak payah
KITA la..skop sekarang ni cik
Syuhada ni haaa…
Kalau teringin
doublecheese?
KFC?
pasembor?
mee/bihun sup?
each a cup?
apee lagi cik syuhada? Kalau tutti frutti tu kat manjung pulak..habis la..cik syuhada..tu belum lagi segala macam yang ntah ape-ape masuk dalam menu tu..
Ishh ishhhh..
Tu la sebab musabab cik syuhada gaining weight
continuously..haha tak pernah pun menurunnya..turun 5kg tapi boleh naik berganda
la..
Dalam buku 150 wasiat Rasulullah untuk wanita,
Rasulullah pernah melihat isteri kesayangan Rasulullah s.a.w, Aisyah makan dua kali dalam sehari, baginda menegur Aisyah
“wahai
Aisyah, apakah kamu tidak ada kesibukan selain daripada mengurusi perutmu?”
Makan dua kali sehari adalah sesuatu yg
berlebih-lebihan dan Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan...(riwayat
Al-Baihaqi)
cik Syuhada? =(
Dalam riwayat lain pula Rasulullah bersabda
“wahai
Aisyah, kamu telah menjadikan dunia untuk urusan perutmu dan makan lebih dari
satu kali dalam sehari adalah sikap berlebihan dan Allah tidak suka orang yang
berlebih-lebihan”
Jom la kita renung-renungkan diri kita ini..again..
marilah cik Syuhada renungkan diri sendiri. Berapa banyak kali makan dan berapa banyak cik syuhada makan?
marilah cik Syuhada renungkan diri sendiri. Berapa banyak kali makan dan berapa banyak cik syuhada makan?
Malu la dengan Saidina Umar, walaupun mampu beli
daging, tapi tak mahu turutkan nafsu,
malu la dengan Rasulullah ..
malu la dengan Rasulullah ..
Jadi lepas ni boleh la implement kan misi-misi yang tergendala. Contohnya
puasa ke..kalau puasa untuk kurus kira macam sia-siakan? Tapi kalau puasa sebab nak jaga wasiat Rasulullah saw yg
satu ni mesti best kan?
Lagipun bila mengenangkan orang lain yang tak boleh nak
makan, contohnya orang-orang mengandung yg muntah-muntah sampai tak mampu masuk
ape-ape dalam perut. Kesiankan? Macam mak cakap..masa mengandungkang cik
syuhada ni muntah-muntah sampai dah dekat nak bersalin pun muntah lagi..tu la
sebabnye kan? Sebabnye cik syuhada suka sangat makan kot..sebab tak sempat
makan macam-macam masa dalam perut. Kan? Kaaaan?
Konklusi: setiap satu larangan Rasullulah saw tu
bermakna ade sebab yg tersembunyi. Larangan Rasulullah kan sama dengan larangan
Allah.
Malu dengan Allah tak???
No comments:
Post a Comment