Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha
Mengasihani
Selepas mengeliat kekanan ke kiri..pusing-pusing
tengkuk dan pinggang..baru lah nak mulakan..mula-mula nak cakap sesuatu..
Kenapa hari ni terasa macam hari Khamis? Padahal baru
Selasa malam..kenapa nak cepat je ni?? Kejar apekah kamu?
Oppppsss..baru teringat..patutnya siapkan set soalan
untuk revision-test budak-budak tahun 6. Oh..mcm mana lupa ni..padahal dah pun
set dalam “to-do lists” sigh T_T ciksyuhada memang dah jadi nenekSyuhada
semenjak dua menjak ini..mengapakah??
“biarlah rahsia ~ *sila nyanyi ala-ala Dato Siti ye..
hehe
Apekah kau merepek?
Maaflah. Intro memang takde kaitan dengan cerita
dibawah.. alkisah menguping perbualan seorang doctor non-muslim dan nurses di
hospital tempoh hari belum lagi diceritakan..berlagak dan perasan bz. Kononnye
macam wakil calon nak masuk bertanding dalam PRU-13 je lagaknye..allahukabar!!
Pada suatu malam..err sebenarnye tak ingat malam ke
berapa check in kat Hospital Seri Manjung (HSM) sebab nak menjaga adik yang
admitted. Padahal bukan jaga ..lebih kepada temankan saje.. :P kebetulan malam
tu memang sangat letih disebabkan tugas pada siang hati..mata macam nak
terlelap je.
Buku-buku yg kononnya nak baca malam tu pun tersadai dalam beg
saje..
Tiba-tiba dalam pukul 2 pagi. Sayup-sayup terdengar
ayat-ayat suci Al-Quran..tapi tak pasti dari mana datangnya..dari katil salah
seorang pesakit atau mungkin dari meja jururawat bertugas. Malam tu sorang
doctor India (lelaki) yg bertugas. Disebabkan keadaan wad yg sunyi sepi..maka
perbualan doctor dan nurses dapat didengar dengan agak jelas..
Dan perbualan yg agak ‘panas’ itu menarik perhatian,
sehingga pupil mata yang tadinya tak mahu menerima cahaya sudah terbuka luas.
Hilang sudah kantuk rasanya..
Doctor: nurse, ayat Quran ni dalam bahasa Arab kan?
Nurse A: ye. Doctor.
Doctor: semua orang Islam boleh baca Quran?
Nurse: biasanya setiap kanak-kanak Islam, dari kecil sudah dihantar untuk belajar mengaji..
Doctor: jadi semua orang faham apa maksud ayat-ayat tu ke?
Nurse: err sebenarnya bukan semua yang kami faham. Sebab Quran diturunkan dalam bahasa arab. Bukan semua
tahu bahasa arab
Nurse A: ye. Doctor.
Doctor: semua orang Islam boleh baca Quran?
Nurse: biasanya setiap kanak-kanak Islam, dari kecil sudah dihantar untuk belajar mengaji..
Doctor: jadi semua orang faham apa maksud ayat-ayat tu ke?
Nurse: err sebenarnya bukan semua yang kami faham. Sebab Quran diturunkan dalam bahasa arab. Bukan semua
tahu bahasa arab
Doctor: jadi rugilah kalau apa yang dibaca tidak
difahami.. maksudnya dalam sembahyang pun membaca sesuatu yang tidak difahami.
Mcm tu. Ruginye. Kalau macam tu kenapa Al-quran tu bukan dalam Bahasa Melayu
supaya senang difahami oleh semua orang melayu..
Nurse: sebenarnya, kami masih boleh faham isi Al-quran
daripada Tafsir Al-quran. Tafsir ada dala pelbagai bahasa.
Semakin lama perbualan hangat tu makin slow..ishh sound
wave kan ke kn ade media.. sape lah pulak menghalang pendengaran aku nii??
ehhh..tiba2 aku dengar nasi ayam la, nasi paprik la, kuewtiow goreng la..weiiii ape nii???
ehhh..tiba2 aku dengar nasi ayam la, nasi paprik la, kuewtiow goreng la..weiiii ape nii???
Okey takpe. Tapi pada pengamatan aku. Doctor ni macam
tau banyak je pasal Islam. Ade jugak la perkataan “free thinker” singgah dalam
eardrum dan oscicles masa tu..tapi tak berani nak buat kesimpulan sebab tak
dengar secara sahih.
Tapi ape yang aku dapat = aku kena setepek!! Macam kena
tumbuk dekat dahi ni.. kelepekkk bunyi nye..
Kenapa?
Sebab aku la tu antara orang yang baca Al-quran tapi
tak semua isi Al-quran tu aku hayati dah faham maksudnya. Malu
weii..lahir-lahir nama mak ayah bagi punyalah sedapp *ehemmmm..ehemm* NURUL
SYUHADA BINTI ISMAIL
maksud indah..CAHAYA PERJUANGAN CAHAYA ORANG-ORANG YG SYAHID..ohh..indah la sangat kan?
maksud indah..CAHAYA PERJUANGAN CAHAYA ORANG-ORANG YG SYAHID..ohh..indah la sangat kan?
Kalau Tanya maksud AL-FATIHAH pun tak boleh dapat 100% tepat dan jitu serta persis! kenapa? Bila
tau tak amal.. malu OK! Sangat malu..malu ngan doctor india tu . lagi la malu
dengan Allah L
Sedangkan doctor tu boleh question kita orang Islam
macam tu.. kebetulan malam tu memang bawak tafsir Quran dalam beg, bawak BUKU
PANDUAN SEMBAHYANG dalam beg.. kononnya nak hafal maksud-maksud bacaan dalam
solat..tapi KONON la..sangat KONON je..nak buka tafsir baca rasa malu?
Huwaaaa L
Aku malu kononya, nanti orang ingat aku alim..padahal
tak
nak baca takut orang dengar aku salah tajwid
nak baca takut orang dengar aku salah tajwid
Banyaknye alas an kita kalau nak buat baikkan? Sebab
apekah ye? Sebab selalu tangguh-tangguh nak buat benda baik..
nak taubat~ tangguh
nak baca Quran~ tangguh sbb update blog *blush*
nak tutup aurat sempurna~tangguh
Setannirojim sungguh. Tau pun setan tu jahat. Tapi nak
ikut jugak cakap setan sapa suruh?
Konklusi: banyaknye perkara aku nak tangguh..sampai
bila? Sampai Izrail nak panggil..masa tu cik syuhada mungkin tak sempat jadi
nenek syuhada pun tau..ntah-ntah dua-tiga hari lagi je pun..masa tu dah tak
sempat. OK. Daaaa..nak solat =)
xpe..xpaham maksud al-quran,bukan alasan kita xsolat n baca al-quran...kita sama2 tambah ilmu dgn mencari dan mengetahui serta menghafal maksudnya..:)
ReplyDelete