Wednesday, February 15, 2012

Kemalangan Di Dunia..Gara-Gara Bentuk Mukabumi..Servis saja Pakai TAUBAT


Kemalangan Di Dunia..Gara-Gara Bentuk Mukabumi

Kereta Buruk!!

“along…along..” panggil Farish dengan nada menggoda..

“iye” jawab aku

“kete along burukkkkk’’

Cis!!! nasib baik kau comel..paling buruk pun pembalasan aku, aku cium sampai dia menangis je…haha ßgelak jahat


Satu hari yang lainnya pulak,
siFarish berdiri depan kereta aku ..

“issssh, buruknye kete ni..,nak sepak la kete ni” lalu disepaknya kete aku..
Nasib kau la labu..buruk-buruk kete tu, itu la bumblebee along tau??

Sape yg buat kete tu makin buruk? Farish la,
sape yang patahkan tmpt aircond tu? Farishhh jugak…


Kesian along tau..tu je harta yang ada punnn .alhamdulillah J
Ehhhh…panjangnya intro yang takde kena mengena dengan cerita!
Sebelum cikSyuhada kita ni melalut banyak-banyak sangat, sebenarnya nak share sikit pengalaman pemanduan yang tak seberapa ni…banyak pengalaman yg telah dikutip dijalanan ni sebenarnye.



Sebelum tu baca disclaimer dulu:

KEMALANGAN = ujian-ujian yang dihadapi didunia/musibah yang melanda kita.
MEMANDU = menempuh hidup hari-hari.
BENTUK MUKABUMI = cabaran kehidupan
SERVIS= Taubat jgn tau buat ajeee

Driving ni sebenarnya semacam proses pembelajaran yang berterusan..hari-hari kita akan melalui pengalaman yang berbeza. Daripada pengalaman-pengalaman ni kita boleh tau yang mana boleh dan yang mana tidak.
Katakanlah..satu hari seorang pemandu ‘P’ yg masih merah. Memandu dilorong laju dengan kelajuan sipot..makannya akan ade pemandu-pemandu otai yang garang akan kasi amaran “pon..pon..poooonnnnnnnnnnnn” Jadi, sejak hari itu tahulah sipemandu ‘P’ yang masih merah itu bahawa memandu  dilorong laju menjadi kemarahan org lain..hehe

Pada hari yang lain pula, seorang pemandu ‘P’ yang masih merah merasakan pengalaman memandu dibandar besar dan memandu ditempat asal. Manakan sama memandu dibandar besar yg rata-rata pemandunya memandu dengan penuh berhemah, kalau nak dibandingkan memandu dibandar yang tak berapa besar tempat sipemandu ‘P’ yang masih merah itu..kan lebih banyak pengalaman yang dikutip.

Bentuk muka bumi saja dah tentu berbeza. Makin banyak pula signboard yang tidak ada ditempat sipemandu ‘P’ yg masih merah temui. Kadang kala hampir pemandu ‘P’ yg masih merah itu terlupa akan maksud tanda atau signboard yg dilihat. Untung saja sipemandu ‘P’ yg masih merah masih menyimpan buku undang-undang untuk dijadikan bahan rujukan.

Perjalanan. Jalanan. Picisan. Jangan pandang enteng. Banyak sekali pengalaman yg dikutip. Saling tak tumpah seperti kehidupan seharian. Pasti bosan bin boring kalau jalan hidup Cuma satu. Tak ada variasi langsung. Celik mata, sampai tutup mata tidur semula sama saje…kan?

Jadi sebab itu, hari yang kita lalui berbeza.Perancangan Allah untuk menyedarkan kita..jangan asyik memandu dijalan yang lurus sampai bila tidur sambil memandu. Andai tertidur sekalipun, pasti tak ada kemalangan yang berlaku. Kaaaan?


Jadi bagi sipemandu ‘P’ yang masih merah, andai terlibat terlibat dengan “kemalangan” jangan cepat panic. Ada beberapa perkara yg harus dilakukan.. seharusnya kembali muhasabah diri. Post mortem


1.kenapa?
2.mengapa?
3.siapa?
4.bagaimana?

Jadi jangan lepas ni “kemalangan” lagi…jangan berlanggar pada tempat yang sama. Jangan terjatuh dan terbabas pada tempat yang sama. Belajar daripada kesilapan “kemalangan-kemalangan” terdahulu..


Bukankah hari ini sepatutnya lebih baik dari semalam.kaaaan?
Jadi jangan takut untuk memandu dalam kehidupan. Seharusnya arah tuju sudah pun kita tau. Perjalanan menuju redha Allah. Pejuangan melawan seribu satu penyebab “kemalangan” dalam kehidupan..sape? sape lagi kalau bukan syaitan laknatullah! Kaannn?

Ingat lagi kisah seorang lelaki dizaman Rasulullah yang datang kepada rasulullah dalam keadaan berlumuran darah, baginda nabi saw bertanyakan puncanya. Rupa-rupanya beliau terlanggar tembok akibat terlalu asyik melihat wanita yg lalu dihadapannya..

Rasulullan saw bersabda yang bermaksud “Jika Allah mengkehendaki kebaikan pada hambanya, maka DIA segerakan hukuman baginya didunia”
*sumber:majalah solusi*


Kaannn? Kan dah cakap tadi “kemalangan” didunia ni adalah musibah kerana Allah sayangkan kita hambanya dan mahukan kebaikan. Peringatan yang diberikan supaya kita sedar..kaaaan?
Berapa banyak kaaaaan la..hehe



Konklusi: peringatan untuk diri sendiri yang asyik “kemalangan” dalam kehidupan. Semoga Allah menyanyi diri ini.semoga diri ini tak lupa peringatan-peringatan natijah dari ‘KEMALANGAN’
 

p/s kete along buruk sebab dah lama sangat perjalanan tapi jarang-jarang servis!

No comments:

Post a Comment