Thursday, October 14, 2010

Kecuaian Yang nyaris Membawa Penyesalan..

....kadang-kadang kita ni terlalu mudah nak buat sesuatu..ambil mudah..pandang ringan..walaupun benda-benda yang tak patut amik mudah..yang paling penting bila berkait rapat dengan perasaan, hati dan harapan orang lain..


kadang-kadang kita langsung tak pikir dan langsung terlupa sebabnya sesuatu tu tak menjadi satu kepentingan dalam hidup kita...hmm.."kera di hutan disusukan..anak dirumah mati kelaparan.." zalimkan bunyinya?
zaman yang serba serbi "surprise" ni semuanya tak boleh dijangka...


dua hari lepas..aku nyaris melakukan kesilapan yang memungkinkan penyesalan pada diri aku...syukurlah Allah gerakkan hati aku untuk sedar semula...TOK aku ade seorang nenak yang aku panggil tok..umur yang menjangkau 80 tahun, sudahpasti fizikalnya dapat diramal...


walaupun masih sihat, tapi tok dah bongkok dan berjalan dengan bantuan tongkat..bukan masalah tongkat yang menjadi pemberat ...tapi masalahnya kita yang mungkin ambil remeh tentang hati yang lebih tua..Dua hari lepas mak pegi Kelantan..sume ikut..aku terpaksa tinggal sebab ada tanggungjawab dengan students yang nak PMR. last subject, Math dan KHB..


Disebabkan tok takut tinggal seorang (walaupun siang) dirumah kami..aku menghantar tok ke rumah Pak Lang..janji aku,
"malam nanti, lepas balik tuition  akak datang amik tok ye.."
manisnye janji aku..
tuition habis sebelum maghrib..aku balik rumah dulu..cadangnya nak keluar semula untuk jemput tok dari rumah Pak lang..tapi aku berlengah-lengah..dan akhirnya malam tu aku tak jemput tok...dan yang aku sangat pasti..tok memang akan tunggu aku..sebab tu janji aku...


Malam tu aku tidur macam biasa..tapi awal pagi aku terbangun..
"alamak tookkkkkk!!"
iye aku cuai! aku lupa yang rumah Pak Lang, toiletnya jauh kebelakang (selepas  ubahsuai)...alamakk..tok sekarang ni memang kerap bangun "buang air" waktu malam..jadi bayangkan kali 3 kali tok bangun malam tu..dan aku yakin sangat dari tempat tidur tok sampai ke bilik air mungkin makan masa 10 min berdasarkan keadaan tok berjalan...


kejamkan aku??
kenapalah aku tak jemput tok semalam?????
kesian tok..
kenapa la aku cuai..masa tu dalam hati aku cuma satu..



"KALAU JADI APA-APA PADA TOK MALAM TU..AKU TAKKAN DAPAT MAAFKAN DIRI SENDIRI"


pagi-pagi lagi aku pegi jemput tok...maaf tok..hasil dari perbuatan aku tu..sampai hari ni aku nampak tok letih sangat..mungkin gara-gara aku..tok asyik tido je..:(


terima kasih Allah sebab bagi aku pengajaran ini..aku takkan lupa..

No comments:

Post a Comment