kamu..
kerana kamu aku jadi bisu..
kerana kamu aku jadi dungu..
kerana kamu aku bisa menunggu..
melihat kamu aku takjub..
melihat kamu aku tunduk kagum..
melihat aku aku jadi berfikir..
kamu begitu tabah..
kamu begitu sabar..
kamu begitu redha..
kamu..
tak pernah fikir apa untuk kamu
tak pernah fikir siapa selepas kamu
tak pernah fikir tentang hati kamu.
kamu dulukan mereka..
kamu dulukan dia
kamu dulukan bahagia mereka
kamu dulukan bahagia dia
kamu lupa apa keperluan kamu
kamu lupa apa gembira kamu
kamu lupa apa yang ada untuk mu..
kamu..
aku tunggu kamu
aku sabar untuk kamu
aku senyum bersama kamu
aku ketawa seiring kamu...
walau antara kita ada dia..
walau antara kita jarang bersua
walau antara kita tak ada suara
walau antara kita tak berakhir bahagia..
aku punya seorang kawan..yang bagi aku sangat sabar, tabah, sangat aku kagumi..menyusuri kisah hidupnya buat aku berfikir..sesungguhnya aku jauh lebih beruntung berbanding dia..sungguh buat aku bersyukur aku dilahirkan dibawah "payung besar"
sesungguhnya aku tak pasti mampu berdiri seteguh dia kalau aku diuji begitu..
menjadi tabah, menjadi gagah..menjadi seorang yang tak punya lelah..
sungguh aku teringin sekali jadi peneman dalam perjalanannya..
aku pingin belajar pahit dan jerih yang buat dia bahagia..
aku pingin sekali berjalan bersama dia ...
buat aku tempuhi apa yg dia rasa..
aku ingin sekali berganding bersamanya bila dia sendiri..
aku ingin bila dia lelah aku ada bersamanya..
aku ingin bila dia susah aku ada dekat dengannya..
aku ingin bila dia berhenti melangkah aku ada dibelakangnya...
aku ingin disisinya..
aku ingin pinjamkan telingaku..
aku ingin tadahkan bahu ku
aku ingin bersama-samanya...
No comments:
Post a Comment