Friday, October 29, 2010

Joging Secara Berjalan...

haha..
joging ke berjalan? yang pasti peluh menitik-menitik dengan deras..huhu agaknye kalaulah peluh tu boleh bercakap, mesti peluh tu bergembira menari-nari ria..dah lama agaknya menanti bilalah peluh ni nak keluar lagi..haha 


pandang lah lihat lah..tiru macam saya..kalau aku cakap dah dekat dua tahun tak exercise camtu, agak-agak orang percaya tak? huhu kalau mengikut perkiraan aku memang betul la 2 tahun..scarynye! tu la sebabnya lemak-lemak ni sume tak nak surut...


magic kot ye..suap secara berterusan tanpa henti, pastu suruh lemak hilang? ape hilang akal kah? haha bayangkan perasaannya..nak mengahiskan padang astaka pun terasa tak tertanggung..kalau dulu 2round masih boleh senyu,..memang menyedihkan..kan? kan? dulu lainnnn....dulu bawak badan 55kg.. sekarang bawak badan 80kg..
takut?
tak takut...
betul tak takut?
hehe..tipu..saya tipu...saya takuuutttt...


tau pun takut..siapa yang tanak cantik? siapa yang taknak slim? siapa? siapa? mungkin kurang normal orang berkenaan...cakap pasal slim, cantik..memang la..mmg la nak cantik perlu kerja keras..perlu disiplin, perlu determination dan wilingness yang tinggi!!! perlu consistency..


low self-esteem..itu lah yang dirasakan oleh diri aku buat masa sekarang ni..bila badan dah kembang..confident level mengucup..bukan lagi seorang yg outspoken..bukan lagi seorang yang bold dan suka menonjol diri...memang banyak perbezaan...


tapi ramai jugak yang masih ada keyakinan yang tinggi walaupun mempunyai fizikal yang "extra"ordinary berbanding dengan orang lain..kalau macam tu sangat bagus! gud girl! gud boy! bagus2.. masa berlari tadi..aku pandang belakang...bagi aku..itu perjalanan yang ditinggalkan..tak boleh patah balik lagi..walaupun berpatah semula..perjalanan pasti tak sama..melihat kebelakang perlu untuk kita tau sejauhmana sudah perjalanan kita..perlu untuk kita menilai sejauh mana, sebanyak mana yang sudah kita tinggalkan...


memandang kedepan juga sangat penting..memandang kedepan sambil merancang apa akan ditemui didepan sana..mungkin becak air..licin tanah, najis anjing mungkin..bersediakah mengahadapi ujian sedemikian?? macam tu la hidup kita..walaupun sesimple berlari disebuah padang yang besar... dari jauh hanya nampak padang..tapi bila kita berpijak didunia nyata..baru kita tahu bahawa lekuk di rumput sana tak sama dengan lekuk dibecak sini.. itu la HIDUP!


konklusi: dalam hidup, kekadang kita berlari..kadang2 kita berjalan..namun ada masa terasa penat mahu baring dan tido saja...:)

No comments:

Post a Comment