Sunday, January 22, 2012

sixth sense? percaya tak?

ini cerita sixth sense...bukan kumpulan music. tapi deria keenam


*abaikan mode jiwang karat*




sixth sense? 
punya sixth sense?
percaya sixth sense?


semua orang ade instinct... kadang-kadang kuat dan boleh la jugak dipercayai..
me? adeee.. dan i do believe it..
kadang-kadang terasa seolah tuhan sedang berbicara dengan satu cara yang tersendiri, yang pasti bukan kebetulan..


i believe Allah is telling me.


ape yang boleh teringat bab instinct ni bila tadi, masa tengah berguling atas katil akibat sakit perut yang bertandang sebulan sekali..*jangan imagine sebab keadaanya sangat hodoh*


*ringing tone* Maher Zain nyanyi "awaken"


si sakit perut: assalamualaikum..
suara lelaki : waalaikumussalam cikgu Syuhada!!!!



*ehh..aku melatah terus terduduk*


si sakit perut: ye saya


*masa ni baru nak tengok caller's name* Dato G****


dato : cikgu, cuti sekolah ni...blaballallalabalalalala
si sakit perut : ohooo..ok! ok! insyaAllah.


Alhamdulillah, side income datang masa orang lain berjimba-jimba
jadilah...sape nak bagi...


flashback masa first time ngajar anak dato yg berkenaan,
 saya kan sempoi je orangnye *konon* jadi tak berapa sukakan protokol..tak pandai nak bersosial mengikut kasta-kasta ciptaan manusia..jadi bila kena deal dengan dato n datin ni agak kekok..awkward la sangat rasanya...


the first day was ok. tapi bila tiba-tiba dato masuk bilik tempat mengajar tu, i was blank..what should i do?? nak greet macam mana? nak kn bangun ke? kalo salam tu memang la tak boleh kan..bukan muhrim...


errrr...nampak tak? aku memang kalut..hahahaha


dalam perjalanan balik dari mengajar aku dengar sesuatu di IKIM fm.


lebih kurang macam ni pengisiannya:
'' dalam satu majlis ilmu, ketika Rasulullah sampai ke masjid, sahabat-sahabat pun tidak berdiri untuk menyambut rasulullah, hanya dengan mengangguk kepala............."


tengokkkkkk..kan allah berbicara mengurai persoalan..siapa yang gerakkan hati tune to IKIM? ALLAH jugakk...


so, i do believe it..


macam tu jugak bila hati bercakap, monolog sendiri tentang "sesuatu"


ketika aku mahu mencari jalannya,
Allah ada mendorong pancaindera,

ketika aku buntu dimana noktahnya,
Allah hantarkan aku peringatanNya,
ketika aku hilang tujuan,
Allah ada walau tak kelihatan..



pernah dalam ishtikarah aku lihat seseorang..aku tetap bertahan kerana mahu itu jadi kesudahan..tapi jalan kami makin payah, jalan kami makin susah..aku tak nampak dimana lagi aku akan dapat kekuatan..


Allah gerakkan hati aku beli sebuah novel islamik karangan Fatimah syarha..


antara isi yg menyentuh hati aku..


'sedangkan Umar dan abu Bakar pun pernah berishtikarah sebelum meminang puteri baginda ..tapi ditolak Rasulullah kerana tidak mahu anaknya dimadukan'


Umar dan Abu Bakar? siapalah aku nak dibandingkan kedua tokoh ni?


Allah sekali lagi menjawab soalan aku..
hati sudah nekad dengan keputusan yang satu.. tapi kekuatan tak seberapa..


Allah yakinkan aku dengan bait-bait


"sesungguhnya kekuatan itu harus dicari, bukan dinanti"


alhamdulillah...aku tekad. aku beriman dengan qada n qadar Allah..


sungguh ku akui amat payah.. aku lepaskan "dia" kerana aku yakin ini semua ketentuan Allah..ada sesuatu rencana dari Allah. miskipun aku harus tabah..


kadangkala sakitnya tak tertanggung walaupun aku masih boleh tersenyum dan ketawa disaat hati aku terluka. sakit. sangat sakit sehingga tak mungkin aku dapat lagi merasa....


pergilah..pergi jauh-jauh kalau memang kita tidak berjodoh..


konklusi: Ya Allah, biar hati ku sakit, sampai tak dapat merasa..jangan hati aku mati tanpa cinta Allah..




Friday, January 20, 2012

Demotivated

Demotivated


wajarkah dengan sesuatu yang terjadi sampai nak terDemotivated??


pada aku memang aku ni jenis yang senang ter"demotivated" pun..cepat frust bila sesuatu yang dibuat tak menjadi atau pun boleh frust sakan..tu belum lagi kalau putus cinta..boleh je berbulan-bulan berendam air mata..sedih memanjang..luaran nampak je macam gagah perkasa..hati didalam air waterfall


izinkan aku gelakkan diri sendiri...oppss..bukan nak bagi aura negatif kat diri sendiri..tapi tu la hakikat diri sendiri..


tapi kisah demotivated kali ni memang bukan yang berkaitan dengan putus cinta..*macam selalu putus cinta pulak* :P


kisahnya, awal Disember 2011 yang lepas, dah start parents dan students confirmkan sesi untuk tuition 2012. Jadi Cikgu Syuhada akan siapkan semua schedule untuk confirmation..Resolution tidak rasmi 2011 ni takmau amik kelas sampai Ahad, jadi semuanye ada 9 kumpulan.


salah satu kumpulan di Kg Sitiawan la..sebelum ni cikgu Syuhada takde la amik kelas budak-budak sekampung, sampai la ada parents datang "mintak tolong" sangat-sangat ajarkan anaknye..atas dasar, sekampung dan kesungguhan tu, adjust la jugak jadual supaya boleh masukkan anaknye dalam kumpulan lain..


sweetkan cikgu Syuhada..haha perasaan sungguh!!!


tapi dalam happy2 tu..sesungguhnya yang merancang tu kita manusia dan Allah jua lah yang menentukan..kan kn redha..hehe *padahal mula-mula dah nak terdemotivated*


mula-mula ada masalah vanue: disebabkan yg confirm untuk group tu agak ramai dan tak selesa kalau nak dibuat dirumah, macam tahun lepas dapat kebenaran gunakan dewan orang ramai di kg cikgu Syuhada, berapa tapak je pun dari rumah, kalau nak exercise bole la jalan kaki... hehe


malangnya, tahun ni..bila ditanya..takde jawapan yang pasti dari pihak yg menguruskan ..sms yang dihantar tak berbalas pun..huhuhu..ni dah jadi isu termotivated dah ni, takpe-takpe ade lagi satu pilihan.. bertanyakan pihak markas P** pulak..Alhamdulillah diizinkan..dialu-alukan lagi tu... 


masalahpun muncul disini..sudah la pulak menjadi kontroversi sebabnya VANUE itu kononnya sangat berpuaka dah tidak bole dijejak oleh anak-anak orang bukan parti yang ade markas tu..adooiii...bukan la semua..tapi impak yang dirasakan habis satu group PMR tu tak jadi tuition!!!


kalau anda ditempat cikgu Syuhada ??? sila nyatakan perasaan anda ye..
____________________________________________________________
____________________________________________________________
_____________________________________________________________





indah taK? indah kaaannnnnnnnnn?


disitu la bermulanya episod demotivated tersebut..mulut dah rasa kebas dan tak mampu tersenyum..


Alhamdulillah..rezeki tu Allah yang bagi. bukan penyokong mane-mane parti, hatta parti tupperware pun takde kena mengena disini.. :P


jadi dengan Izin Allah I m getting stronger naw! Allah dah ganti dengan yg lebih baik...bila sayang? sila lepaskan..selebihnya urusanNya yang maha kuasa..


konklusi: redha itu indah :)









Monday, January 16, 2012

Buat Salah Lagi )=

asyik-asyik buat salah je..pasal eh aku ni macam ni..asyik-asyik kalau buat salah je aku..nak kata tak matang..dah 3series dah pun..kalau kawin awal beranak pinak dah pun...
tapi nak buat macam mana..sebab hormon jugak kadang-kadang asyik nak emo je memanjang..


oppss.. i did it again...
dear you,
I wanna share this with you..can I?
Today *


asalnya ape yang nak ditulis ni memang dah ade dalam draft..i always do that, if there is something cross my mind and i waanna write about it, i do a draft or jot it down in my phone..talking about phone do you think that i need the phone that i could straight away update my blog true it?? ----> mulalah merepek kau syuhada..mimpi galaxy note tak abih lagi...hehe


back to what im gonna tell you,
i did terasa with my beloved mum...


aku je la yang tinggal kat rumah ni..jadi semuanya harus la aku yang uruskan..termasukla urusan yang berkaitan dengan persekolahan adik bongsu aku..


ni la dia nya


ni la yang selalu buat kontroversi ni..pasal dia je aku selalu la terkasar bahasa dengan mak..kisahnye, dia patut buat ic, since dia lahir 28 disember..aku ni masih bertanggguh-tangguh sampai la tahun ni..mgkin la bagi aku memang tak la lambat ..ni kan baru awal bulan Januari..*alasan aku la sebenarnya..suka sangat tangguh2 kerja*

satu pagi, mak call dan nada marah-marah suruh pegi cepat buat ic..biasalah kalau dah marah..ade la perkataan2 yg agak pedih bagi org yang bersalah..
hehe

"TAK BOLEH HARAP"

terasa sampai tulang hitam <--- hehe ade peribahasa camtu tak? mmg terasa sangat-sangat seolah-olah aku ni tak bertanggungjawab langsung..masa tu mula la syaitan-setan sume cucuk-cucuk kan..huhu
mula la bercakap sorang-sorang dalam hati
sapa yg bawak dia beli buku?
sapa yg hantar amik dia sekolah selama ni? 
sapa yg layan dia punye kerenah dari tadika sampai sekarang? sapa? sape?

*ishtigfar syuhada

rasa nak sepak diri sendiri je bila dah sampai tahap macam tu aku pikir...
sape yg jaga aku dari kecik sampai besar panjang camni?
sape yg uruskan hal sekolah aku sampai aku masuk u?
sape yg uruskan makan minum aku????

aku rasa nak lempang diri sendiri bila ingat balik keterasaan n kemarahan aku tu..huhu 

mak, maafkan saya ye...

i love u mak :)
janji takkan "terasa" camtu lagi..ape la sangat pertolongan dan bantuan yg mak mintak tu..tu kan dah jadi tanggungjawab..
malu la..
malu dengan Allah
malu dengan mak
malu dengan diri sendiri

konklusi: jangan nak emo-emo tak tentu pasal mengalahkan pompuan mengandung..(=


Sunday, January 15, 2012

Bila bibir tersenyum, hati menangis

ikan-ikan cun
pelik tak? hiking pakai lifejacket


island hoping
walaupun sekejap..tapi cukup bahagia..thanks pada semua yg ada..
kami 




indah? memang la indah kalau boleh hari-hari macam ni kan?? tapi sapakeh aku? anak org kaya kah? hehehe

bukanlah kali pertama berjimba-jimba macam ni..tapi kali ni dengan khalayak yg berbeza..dengan adik-adik yg muda remaja..jadi aku dah macam "penjaga" la kan..walaupun tak pasti sebenarnya siapa yg jaga siapa..hehe

Alhamdulillah...i m getting stronger now..:)

konklusi: bila hati menangis pun..senyuman dibibir akhirnya bole memadamkan kesedihan 









Wednesday, January 11, 2012

why should I feel the PAIN??






Seindah kata secantik bahasanya..elok tersusun dalam gaya bahasa yg melambangkan keindahan bahasa melayu..

Ditelan mati emak diluah mati bapak.. sungguh?? Sungguh tak dapat mendapat membayangkan situasi  yang sangat serba salah..patutlah, decision making saja ada macam-macam teori  untuk dipelajari. Penuh satu buku..cukup untuk satu semester (=

Sungguh..ye memang bersungguh aku nyatakan betapa susahnya bila nak buat satu-satu keputusan..Kadangkala, bila hati dah bulat, semangat melayang macam tu je..langsung tak punya kekuatan nak meneruskan keputusan.pernah bila hati diketuk hikmahnya dari keputusan, akal seolah berlawan dengan hati..tak mampu nak dilaksanakan..tiba-tiba buntu..

Kadang-kadang, walaupun skrip sudah dikarang, seringkali kelu bilamana harus bersuara..aneh bukan sayang, sayang yang boleh orang gila bayang, sayang yg boleh buat orang terbang melayang-layang..? pelik bukan? Tapi sayang tu anugerah dari Allah, bila letakkan sayang tu ditempat yg tak sepatutnya memang syaitan berbunga riang..

Satu hari, yang aku tak ingat bila..aku tergerak, sebenarnya lebih pada Allah yg menggerakkan hati aku untuk menonton satu video tanpa gambar..yang terisi hanya perkataan pada skrin yg gelap dan hitam..tapi kesan daripada menonton video itu ckp besar..

Aku menangis kerana terharu..aku menangis kerana aku rasa kerdil disisiNya..aku..
aku yg selalu tewas bila datang soal hati
aku yang cengeng bila tidak dihargai
aku yang menangis kerana sakit hati




i got the answer..i got the strength after watching this video..
i know that Allah loves me so much..










konklusi: aku malu untuk mengejar cinta manusia, padahal cinta pada Allah tak seberapa..

Monday, January 9, 2012

Terlambatkan berazam..



memang la azam tahun ni tak nak berazam-azam lagi..huhu
kalau ditolak, bahagi, kuasa dua, punca kuasa pun..dari tahun lepas-lepas..memang tak pernah pun tertunai melebihihi 90%. err..tipuu..tak pernah lebih dari 50%..


jadi tahun ni memang hajatnya nak menebus azam-azam yang terbengkalai..
2012..
now, i am 3series..
boleh tahan mahal kan?? hahaha


dulu-dulu, bukan main takut bila umur dah nak sampai angka 2 kat depan..pejam celik, sekejap je lah..dah nak jadi angka 3 plak kan depan...kejapnye hidup.. nanti- tiba dah ade angka 4 kat depan...oh tidakkk!


ok..tenangkan saja hati..
jadi ape nak ditakutkan dengan angka kat depan tu kan? ke tak?




kebenaran akhirnya dah pun Allah tunjukkan..lewat doa2 yg dipohon..Alhamdulillah tak payah lagi bertanya dan tertanya-tanya lagi..dah terang lagi bersuluh..tak perlu digantung, tak perlu lagi tergantung..:)
Alhamdulillah sudah mula redha dengan ketentuanNya..






time bahagia!


10 disember 2011..jadi saksi penyatuan dua hati..alhamdulillah semuanya lancar (= semoga adik tersayang HUSNA AMIRAH + TARMIZI IDRIS bahagia sampai syurga..dikuniakan keluarga yg sakinah, mawadddah n rahmah..

Setelah lama menghilang

lama sangat kan???
insyaAllah akan kembali..kembali berblog.. dah lama sangat tido...