Friday, March 29, 2013

Weekends of the Weekenders



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

subhanallah :)


bayangkan! okey sekarang tutup mata dan cuba bayangkan setelah 5 tahun tak melakukan sebarang aktiviti fizikal yang serius macam mendaki dan bersukan, Alhamdulillah berjaya mendaki di Taman Negara Pulau Pinang. 

sepatutnya kena sujud syukur ditepi pantai!

perjalanan bermula hari Sabtu dan awalnya tujuan asal ingin menyerang Big Bad Wolf di Times Square Penang tapi Allah lebih tahu apabila kami sesat jalan dan tak jumpa pun jalan pegi TS tu. jadi keputusannya kami patah balik ke USM dan Alhamdulillah ada kekosongan bilik di Anggerik Lodging :)

8.30 pagi bertemu sahabat-sahabat baru di USM. teruja subhanallah. semuanya baik dan tak sangka boleh jadi 'satu kepala' hanya selepas beberapa jam kenal. semoga ukhuwah kekal kerana Allah.

awal-awal tu memang pancit sangat dan hati makin risau takut kalau-kalau aku nanti akan menyusahkan adik-adik yang ikut mendaki. tapi presiden WC dengan baik hati tunggu kat belakang dan ajar teknik kawal pernafasan untuk perlahankan degupan jantung. huwaaaa! lepas ni memang kena disiplin balik untuk senaman yang sepatutnya.

subhanallah

aku rasa bersalah sebab Allah dah beri nikmat badan yang sihat tapi kita tak jaga hak Allah. iyee! kita kena tahu satu bahawa badan kita ini bukan milik kita tau. jangan nak mengaku hak kita pada angggota badan kita dan membolehkan kita boleh buat apa saya yang kita suka termasuk berpakaian seksi..hehe

insaflah dua minit kak Syuhada korang ini!

ok sambung turun dari bukit tu kami sampai kat Pantai Kerachut yang!!! subhanallah cantik sangat. kat situ juga ada satu tasik yang hanya ada 19 tempat didunia dan satu-satunya diMalaysia. tasik yang mana air masin dan air biasa tak bercampur.! indahnya ciptaan Allah. Subhanallah
terima kasih Allah sebab pilih aku salah seorang yang ikut aktiviti WC tu. 

alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah!

kami singgah solat di masjid terapung dan sambung perjalanan untuk makan! hoyeaaayyyy! makan yang sedap dan coconut shake yang sangat enak. alhamdulillah sekali lagi dengan nikmat Allah bagi.

dalam pukul 11 malam kami bertolak ke Kepata Batas untuk hantar Afiqah dan bermalam dibilik Afiqah yang kami buat macam bilik sendiri. hehee

perjalanan memburu si serigala jahat di Penang bermula pada dan aku pun naik sawan tengok buku-buku yang sangat banyak itu. cuma duit aje yang tak cukup banyak untuk memborong mengikut hawa nafsu aku. 





















2 comments:

  1. wau,bestnya....telan air liur jela aku baca

    ReplyDelete
  2. hehe serius sebanarnya aku rasa aku baru hidup balik lepas tidur yang panjang :)
    alhamdulillah

    ReplyDelete