Saturday, March 16, 2013

Dulu dan Kini

bismillahirahmannirahim.

lamanya tak menulis. entah apalah yang aku sibukkan sampai aku konon-kononnya sibuk sampai tak sempat nak tulis disini.

hectic schedules

kononnya..

hari aku bermula dengan buat banyak kerja dalam masa yang sama. sekarang aku memang perlu buat banyak kerja supaya isrung kepala aku ini tak perlukah nak fikir benda-benda yang tak ada kesudahan dan masih diselubungi misteri. ehehe..

lantaklah. biarlah. Allah lebih tahu cepat atau lambat insyaAllah itu kurniaan yang terbaik.

kadang-kadang aku rasa apa yang aku buat sekarang ni macam dejavu yang membawa aku kembali ke zaman mana-mana ntah sebelum aku lupa aku ni sapa dan apa yang aku nak sebenarnya.

dulu. 
zaman sekolah aku memang suka menulis dan membaca. obses! bukti obses, biarlah tak tidur dan tak makan aku sanggup asalkan aku dapat habiskan buku kegemaran aku. tapi selalunya buku-buku yang aku suka ialah novel jadi tak hairanlah kenapa aku bukan seorang doktor hari ini, secara relatifnya kalau kekerapan aku baca buku pelajaran macam aku baca buku novel tentulah aku sekarang dah jadi doktor!

tapi aku suam-suam kuku sahaja dan aku hari ni pun bukan lah golongan profesional macam kawan-kawan aku yang lain kan. yang ada pejabat sendiri dan ada kerusi empuk sendiri. hari ini aku ada kerusi dimana-mana dan kekerapan paling tinggi adalah duduk dalam kereta sebab aku sibuk kesana kemari. hehe kadang-kadang jemu juga tapi aku dan pandai alihkan kejemuan kepada sesuatu yg indah dan menarik.! dengar IKIM. haha best tau..tak percaya sila cuba setiap hari.


haha. merapu. tapi Allah tu lebih tau. Allah nak bagi yang terbaik untuk aku dan Alhamdulillah sungguh aku berterima kasih kepada rahmatNYA yang satu. yang membuatkan aku masih disini. masih bernaung dibawah ketiak mak dan ayah  payung besar mak dan ayah. aku pernah terfikir untuk hijrah tapi selalunya azam aku hanya bertahan 2 hari. aku perlu terus disini selagi perlu. kenapa?

Allah lebih tahu.

dulu.
tak berapa lama dulu. waktu aku alami krisis identit aku kehilangan sesuatu yang aku suka dan cinta sebab itu aku tak kemana-mana dengan perkara yang aku tak berapa cinta tu. jadi sekarang ni aku macam baru bangu dari tidur yang panjang!

walaupun aku sebenarnya tidur terlalu lama sampai senjata yang aku ada sudah pun tumpul tapi insyaAllah aku dah tahu apa yang aku cari selama ni. aku dah tahu sebenarnya cinta aku jatuh kat mana. haha. kelakar bila yang tua macam aku ni baru nak cerita soal "dream"

sebenarnya aku baru je habis baca ''the alchemist''. jadi tak hairan la kenapa aku bersemangat macam ni kan? aha!

konklusi: Allah dah atur jalan hidup kita ni memang dah terbaik dah untuk kita. jadi setiap redha dan ikhlas terima ujian Allah tu akan beri ketenangan. selepas berusaha kita serah segalanya pada Allah yang lebih tau. kalau akau tahu lebih awal, akau takkan buang masa aku sedih-sedih. sebab Allah sayang aku sebenarNYA :)

1 comment:

  1. luv u bebeh...(xde kena mengena,kan??)...but i always proud of u even u spent ur time almost on your driving chair...:)

    ReplyDelete