Wednesday, February 13, 2013

Bab 7 Dalam Satu Kisah Yang Belum Ada Penyudah



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


"Dia bukan tak gembira untuk adik-adiknya tapi suasana yang mahu dia elak ialah majlis-majlis yang menghimpunkan sejumlah manusia yang lebih suka bercerita perihal orang itu. Perkara inilah yang buat dia mahu lari dan dia sanggup dilabel anti sosial daripada berada dalam majlis-majlis orang bahagia kerana mengikut pandangan masyarakat dia tidak bahagia hanya kerana dia belum berpunya dan belum berpasangan seperti kebanyakan mereka yang ada di majlis orang yang bahagia ini. Dia sebetulnya bahagia bila lihat orang lain bahagia apatah lagi yang bahagia itu adik-adiknya, yang gembira itu sepupu-sepupunya tapi dia masih tak faham kenapa semua orang label dia tak bahagia hanya kerana dia belum berkahwin sedangkan sepupu yang sebaya malah yang jauh lebih muda daripadanya sudah pun beranak tiga."

perenggan diatas bukan sesi luahan hati dan perasaan tapi ini sedutan daripada projek 2013 yang targetnya MESTI SIAP dan tak boleh TAK SIAP. InsyaAllah. semoga dipermudahkanNYA. doakan ya. semoga cita-cita yang dah lama tenggelam dek masa masih ada kesempatan untuk direalisasikan :)

No comments:

Post a Comment