Wednesday, February 6, 2013

Tentang Buku, Pesta Buku dan Tulis Buku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah untuk hari minggu yang sangat produktif. semua tu tentulah rezeki dari Allah jua. Terima Kasih Allah. Dengan izinNYA.

Tentang Buku

Hajat dihati nak turun Pesta Buku 1Malaysia di PWTC sebab nak beli macam-macam buku yang dah masuk dalam 'wishlist' tapi kita merancang saja, Allah jua yang tentukan, maka berjaya jejak kaki di BAZAR BUKU berhampiran dengan The Mines, siapa sangka kan? dan Berjaya beli buku tulisan Pak Latip iaitu
1. Imam-Imam Yang Benar
2. Buku Sophie Kinsella (murahhhh)
3. Gadis Kecil Dipinggir Gaza
4. Salahuddin Al-Ayyubi


Bahagia rasanya dapat tambah lagi bahan bacaan, sekarang dan mulai sekarang memang wajib tambahkan bahan bacaan dan rujukan. ada buku-buku yang masih tak dapat cari lagi, moga Allah rezekikan suatu hari. mungkin esok mungkin lusa.

berpeluang ke JS Adiwarna dan dapat beli novel-novel kak Noor Suraya, penulis pujaan hati. Novel lama kakSu juga

1.CintaKu Luruh di Oxford (buku baru gandingan KakSu dan Imaen)
2.Tanah Adriyana

3.Nyanyian Tanjung Sepi

kesimpulannya agak berat nak diangkut balik dengan bas, jadi buku belum pulang dan hanya akan sampai apabila adik sampai Khamis nanti. tak sabar! tak sabar!

Cerita Tentang Tulis Buku

Ini bukan mahu pukul gendang sambil canang satu negara, ini bukan langkah mahu pukul canang biar semua terngiang-ngiang. Ini cerita tentang cita-cita yang sudah lama tertimbus dek masa.

aku mahu jadi penulis.

aku pernah cuba menulis sewaktu aku darjah 6. aku sudah tulis banyak muka surat tapi aku koyak dan buang apabila ada kawan yang baca. mungkin aku malu dan aku kurang yakin pada diri sendiri.

aku pernah cuba lagi waktu aku tingkatan 2 tapi aku koyakkan lagi sebab kakak senior yang baca kata itu kisah aku. sekali lagi aku koyak dan campakkan. kali ini aku mula sekali lagi. walaupun umur aku sudah pun masuk siri3.

Alhamdulillah aku sudah pun ada ceritanya dan aku tulis sampai bab 5! aku akan tulis dengan izinNYA sampai aku dapat jadi penulis betul dan nyata.

peluang bertemu dan belajar dengan penulis kegilaan aku Noor Suraya dan Imaen. subhanallah. seronok sangat rasanya. Timba Ilmu dan kongsi resepi dengan orang-orang hebat dalam penulisan. ideologi mereka juga. suka! suka! suka!

konklusi:doakan ya!














No comments:

Post a Comment