Tuesday, April 3, 2012

Ladies Valency~Baitul Muslim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Ladies Valency ~ kretif bebudak UTP ni bagi nama. sangat cathy.. hehe lupa pulak nak tanya pada cik Atiqah committee tu ape kah "ladies Valency" ni.. tapi kalau nak buat tafsiran sendiri agak-agak adik-adik bijak pandai kat UTP tu marah tak? hehe 


Ladies= lady bila plural jadi ladies la kan? cikgu kan ajar macam tu.. :P
valency= ishh.. ni mesti budak chemical engineering yang bagi nama ni. akak teka je adik2.. jangan marah okeh. hehe "valence shell" tu bukankah outer shell atau pun petala luar bagi electron arrangement kan? maksudnya in order to be stable, element itu patut release or gain electron to achiece octet or duplate kan? jadinya,  program ini seharusnya nak melahir kan ladies yg sempurna@stabil or tau ape yg penting untuk ladies la kann?


ke tak?


haha. jangan marah la adik2 ye. kalau salah.. tapi ape yg betulnye kakak korang yg menumpang sekaki err..dua kaki dalam program ni sangat la excited. terlebih excited to be accurate. haha


abaikan jari gemok!


16,17,18 March berulang alik ke UTP. walaupun agak penat sebab sebelah siangnya still ade tuition, tapi sangat berbaloi2. puas hati. COKLAT_KUNING_PINK_BIRU

okeyh. itu kod tiket 4 in 1. tapi aku attend 3 je. Yang in the pink tu aku tak attend sebab masih ade tanggungjawab kena settle.. :)
nak cerita pasal kod COKLAT dulu

kalau dak COKLAT tu memang la sedapppp!! haha BAITUL MUSLIM- kau pilihanku

wahhh..err..adik-adik UTP ye la seronokkan. sebab memang ade yg semangat nak kawin awal la tu. bagi kakak yg dah sedikit terlajak perahu ni..hehe. sesungguhnya sangat membuka minda. Panelnye Ustaz PAhrol Muhammad Juoi dan Ustaz Hasrizal Abd Jamil.

diakah milikku? is she/he the one? itu pokok persoalan yg selalu kita tanya bila berhadapan dengan soal jodoh. sebenarnya itu adalah soalan yg langsung tidak VALID kata Ustaz Hasrizal...

whyyyyy?

sebab kita takde access  pun kepada data milik MAHA PENCIPTA. analoginya, seolah-olah nak hadapi final exam. kita tertanya2 apa soalan yg akan keluar exam, tapi kita tak dapat access data lecturer kan? 

so? ape nak buat niiiii?

macam exam, kita akan studi hard kan? sungguh2 study sampai mata jadi panda kan? maksudnya kita bersedia supaya boleh jawab exam dengan gemilang n terbilang. huhu macam tu jugak jodoh. kita kena prepare ourselves without questioning "is she/he the one?"

perkahwinan bertujuan untuk mencapai keamanan, rasa tenang dalam hati, jadi Islam menggariskan cara iaitu ISHTIQARAH dan ISTISYARAH

ISTIQARAH- sunnah Rasulullah SAW yg mana dilakukan dalam semua perkara, bukan hanya dalam menentukan jodoh.

ISTISYARAH- muzakarah atau perbincangan dengan orang tengah yg alim atau ibu bapa sendiri. kita boleh mintak pendapat orang alim, membuat pertimbangan berdasarkan ciri-ciri sidia itu..

contohnya: Saudari Syakirah *bukan nama sebenar* sudah sampai masa nak berkahwin..huhu:P jadi ade beberapa orang calon berkenan akan saudari Syakirah ..sampai la Syakirah konpius tak tau nak pilih siapa. jadi..saudari Syakirah boleh lah  beristisyarah dengan bertanya orang-orang alim@imam@tok ketua@ketua Pusat Islam..jadi selepas itu, saudari Syakirah boleh la berishtiqarah pulak, agar mendapat petunjuk dari Allah, antara jejaka A atau jejaka B.

tapi akan wujudnya conflict disini, dalam masa kita menunggu tanda-tanda petunjuk, sang setan akan masuk campur.. jadi jangan bergantung pada mimpi atau tanda-tanda lain, kerana kata Ustaz Hasrizal lagi kita kena buat keputusan sendiri yg biasanya datang dalam ketetapan hati bersama keyakinan Allah sentiasa bersama kita. jangan risau lagi kerana kita ada "cause n effect method"

24:26


Evil words are for evil men, and evil men are [subjected] to evil words. And good words are for good men, and good men are [an object] of good words. Those [good people] are declared innocent of what the slanderers say. For them is forgiveness and noble provision.


manakala Ustaz Pahrol M. Juoi yang sangat bersih n hensem in person, pula menambah yang persoalan cinta itu sendiri sebanyak 76 kali disebuat dalam Al-Quran. :) katanya lagi "jodoh itu umpama rezeki" terngiang2 suara ustaz. menusuk sampai hati *blush* dicari dah ditemui. tapi kita harus ingat yg rezeki itu Allah yg tentukan, seharusnya sebagai hambanya kita berkewajipan BERUSAHA mencari dah TERIMA dengan redha,

ada pahammm?

walaupun dalam mendirikan baitul muslim, kita bukan nak seronok, seronok-seronok atau pun beronok-ronok. tapi kita harus balik pada akar falsafah asas TUJUAN hidup kita dimuka bumi, ingat!! nak jadi hamba Allah kan? lagi satu nak jadi Khalifah kan?
sesuatu yg amat sweet bila ustaz pahrol cakap macam ni

"cinta lahir disyurga, kembara didunia dan akan kembali ke syurga"

jadi utamakan si Dia yang boleh membawa kita kembali kesyurga. *melt* kata ustazah pada pelajar lelaki, "isteri itu madrasah anak-anak" *melt lagiii*

cinta itu bukan tujuan tetapi jalan
cinta itu bukan matlamat, tapi alat..
alat mencapai redha Allah

*cair terus...gedubuk jatuh kerusi* ehe over!

jadi, nasihat ustaz " MENCARI vs MENJADI" itu yg penting
sape menang??

secara teknikalnya jadilah orang yg baik soleh/solehah sebelum mengharap kepada yg soleh. sediakan diri sendiri secukupnya sebelum mengharap orang soleh membimbing kita. kita juga kena ikut dan redha kalau pilihan itu datang dari ibu bapa atau orang alim. macam dalam ayat dibawah ni,

pasrah dengan Allah kita takkan kecewa

2:165

Sahih International
And [yet], among the people are those who take other than Allah as equals [to Him]. They love them as they [should] love Allah . But those who believe are stronger in love for Allah . And if only they who have wronged would consider [that] when they see the punishment, [they will be certain] that all power belongs to Allah and that Allah is severe in punishment.



kata Ustaz lagi, seorang lelaki "jangan cari isteri yang cantik, tapi carilah kecantikan pada isteri" isteri yg cantik, isteri yg cintakan 
1.Allah SWT
2.Rasulullah SAW
3.suaminya.

benih-benih istiqamah itu menagih mujahadah :) 

jangan sempitkan istilah dan makna perkahwinan itu hanya setakat "pelamin" sahaja. Pandang ke hadapan..

perbaiki Islam, yg lain akan menyusul :P

*subhanallah. rasanya terbuka satu lapisan dalam hati. tak mala rasanya nak mengaku yang selama ni aku memang belum bersedia menjadi seorang isteri. TANGGUNGJAWAB sangat berat dan besar, bahkan aku masih belum mampu rasanya. Alhamdulillah atas kesempatan Allah bg peluang untuk majlis macam ni, terbuka sudah hati ini. 

hari ini aku semakin yakin. InsyaAllah akan akan berusaha menjadi isteri solehah. aminn..akan lebih berusaha "menjadi solehah".. cintakan Allah, Rasul, mak ayah dah diri sendiri dulu sebelum mencintai siDia yg belum pasti siapa itu..

hehe

konklusi: pada asik-adik yg masih belajar tapi rasa nak kawin..fikir panjang2 dulu. ingat tanggunjawab n priority dulu. belajar berjaya. perkahwinan jangan dilihat setakat indahnya pelamin, saja. 



Monday, April 2, 2012

bilik kosong itu



assalamualaikum..

re-post khazanah dalam "notes" di FB pada asalnya nak combine dengan cerita sekitar program BAITUL MUSLIM waktu ladies valency. tapi macam panjang sangat pulak..jadi pos yang ini dulu la.. :) besok mungkin ..










kosong...
putih saja yang tinggal..
melangkah saja kaki ke situ..aku lihat yang kosong..
yang tiada warna..yang tiada corat-coret bahagia...
aku senyum juga...
kaki ku melangkah jua...
ditangan kanan ku pegang harapan..tangan kiri menggengam impian
dalam hati kuserah pada Allah...

DIA yang Maha Kuasa tidak memberikan bilik kosong ini untuk aku kaku berdiri..
DIA yang Maha kuasa tidak memberikan aku bilik kosong ini hanya untuk dipandang..
DIA yang Maha kaya tidak memberikan aku bilik kosong ini untuk aku berduka didalamnya...
DIA yang Maha pemurah tidak memberikan aku bilik kosong ini untuk aku tidak berbuat apa-apa..

aku punya tangan untuk melakar coraknya..
aku punya akal untuk merancang garisnya..
aku punya kaki untuk berdiri disini
aku punya hati untuk terus tabah...

aku masih boleh tersenyum...
tersenyum mengingati rahmatNya... 
tersenyum menggambar lukisanku..

bilik kosong itu akan aku warnakan...
akan aku ceriakan..
akan aku serikan
akan aku hiaskan...

hanya untuk PENGHUNI nya yang pasti hanya "penghuni" itu
yang diredhai NYA....

** Ya Allah terima kasih atas dugaanMu




Sunday, April 1, 2012

ntah bila ~ BODMAS principle



assalamualaikum..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah selesai sudah satu bulan yg aku rasa sangat happy. bukan la happy sebab bulan tu dah berakhir tapi happy sebab pengisian sepanjang bulan MAC ini banyak mengisi lompong-lompong dalam hati. Pengisian bulan Mac ini banyak  buat aku muhasabah diri. Pengisian bulan ini jugak buat aku makin terbuka minda. terbuka hati.


nak berkongsi sesuatu


Dalam kehidupan kronik ini semuanya nampak tak berharga! semua kelihatan tak bermaya



''disitu akal mula berbicara..
bila ada iman yang menghalang..
bila ada akal yang menyanggah..
disitu nafsu makin menggila..

alangkah indahnya....
saat mulut meluah rasa..
iman tersenyum lega...
akal ketawa seakan bangga.."

pernah menjadi status FB aku pada ketika terasa sangat lelah. hampir berputus asa. mudah sangat nak mengalah. Alangkah ruginya aku. tapi Alhamdulillah Allah masih sayangkan aku..

Festival Islam (I-fest) UTP sebenarnya sampai pada masa yg betul dan pada ketika yang betul. I was trying so hard on my mujahadah, i tried to ishtiqamah on what I have decided. on that time i was looking for something which could made stronger. creating the healthy environment, searching and reading those inspiring books to build my inner strength.

I was later saw an twitter update fro  Wardina Safiyyah that saying she will be at UTP. I SMSed my cousin who is studying at UTP. Alhamdulillah she was one of the comittee for the programme.

sukeeeeeeeeeee~ 

that how i felt that time.




inspiring people




ohhh..what about the post title? haha I haven't describe it. Yup. but for me I'm going to relate our life with the Principle of BODMAS.

what is BODMAS cik Syuhada?

B- bracket
D- division
M-multiplication
A- addition
S-subtraction

mathematically, if the question is 16+8/2 x (20-10). what should you do first?
of course you would calculate the in the bracket first right?

so, it will be the same pathway in our life. we are suppose to put Islam first. our reference should be Al-Quran n Sunnah right?

seek for Allah's forgiveness and change the mindset. Tauhidic mindset for sure. InsyaAllah. with the helps of Allah, we are already in the right path. 
The Stairways to JANNAH. To meet Allah the exalted.


aminnn




konklusi: words will not enough to describe. H.A.P.P.Y + Alhamdulillah 




Friday, March 30, 2012

Demi Masa~aku telah rugi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


aku dihantui.. bukan aku di kejar lebih tepat lagi!


"demi masa''
''sesungguhnya manusia dalam kerugian''
''kecuali orang yg beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran''



*surah Al-asr


dari semalam.. lupa waktu bila. tapi rasanya masih lagi aku berlari dalam hati sekarang ini..err..sebenarnye bukan berlari kena kejar dek lelaki-hemsem-tak-ingat. tp kena kejar dek maksud hadith yg di kongsi oleh Ustaz Dr ZAR kat radio ~ radiooo lagiii :P


~sesungguhnya ada dua kesenangan yang menipu
 1. sihat tubuh badan
 2. kelapangan masa


urghhhhhhh... terbelit small intestine rasanya. macam kena lepuk kuat kat hati..sebelum ni pernah je dengar. tapi carta iman ku ini aduhaii.. kulit bawang lagi tebal

:(


sering lupa.
sering terlepas pandang
sering tewas dengan bisikan sang setan..


pagi ni pulak Allah telah menggerakkan hati membaca artikel di SuhaibWebb.com. kelepek~
lagi sekali kena batang hidung...


so, i told myself "syuhada comeiii *koff koff* stop Procrastinate! subhanallah. i admit i m the queen of procrastinate ever.. *malu*


insyaAllah, with the strength given by Allah, I will keep on telling myself.. STOP PROCRASTINATE. aminn


nak tau? 
kalau tak mau tau pun kena jugak baca. haha


dulu masa cikSyuhada masih baby n comel (ker?) dia awal kelahiran, tali pusat cikSyuhada terputus tak sempat nak potong la agaknye.. menyaksikan kejadian ialah tok sebelah ayah saya yg-kiut-kecik-comel-langsung-tak-macam-cucu-dia-ni, jadi kata tok


''tali pusat putus maksudnya pendek umur'


perkataan itu didengari oleh ayah..


"@$#^$&&^$" kata ayah.. haha mestilah ayah marahkan, lagipun syirik la pulak kan. dan jugak aku ni kan ke anak sulung yang 3 tahun tunggu baru dapat! tak ke haru kalau dengar plak anak pendek umur..ngehngeh


tapi...


walaupun tahu hakikat hidup ni pendek aje (bukan sebab percaya yg aku ni umur pendek, tapi aku percaya aku akan matidan aku tak tau bila aku nak mati)..aku tak reti2 nak insaf ke? ishhh..geram..geramm
ok. I m struggling kan?
oyeayyy.. 
ishtiqamah..


ni nak share; pesanan dari Ustaz Pahrol M. Juoi. jawapan paling jelas dapat dipahami dah paling best..


dalam ishtiqamah untuk menjadi lebih baik ~ hamba Allah yg baik,


1. Kita kena yakin yang Allah dah janji jalan menuju syurga itu berliku. jadi tak payah la nak imagine bila kita nak berubah lebih baik, maka syaitan akan duduk saja.. nooooo! definately no ok! setan akan lagi la hantar bala tentera dia nak goda kita. jadi DO BELIEVE THE PATHWAY TO JANNAH IS NOT AS SIMPLE AS tidur-makan-main semata-mata. Jadi bila diuji . ucapkan lah Alhamdulillah kerana perjalanan yg payah itu menunjukkan kamu pada landasan yg betul


2. zikrullah. yang paling best kalau bole bawak hati sekali.juga doa. berdoalah allah tunjukkan jalan yg lurus. jalan orang yg soleh. macam maksud Al Fatihah yg kita baca hari-hari banyak kali tu..huhu semoga rahmat Allah untuk kita semua.


3. lagi kata Ustaz Pahroh. jauhi zina! jauhi tempat maksiat dah  perkara-perkara yg melalaikan. termasuklah yang dikatakan sebagai sahabat kita. macam Nabi SAW cakap.. kalau kita berkawan dengan tukang besi..baju kita boleh berlubang kena api..tapi bila berkawan dengan tukang jual minyak wangi..wangi tu pun melekat kat kita..kannnn? dan jugak bahan bacaan kita mempengaruhi pemikiran kita


pesanan untuk diri sendiri dan mungkin untuk yg lain juga
~stop buying buku -magazine ntahapeape tu. cari majalah ilmu
~stop baca novel meleleh tak logic yg heronye kaya-pandai-anak dato-hensem tahap gaban. cari novel islami!
~stop listening to lagu-tangkap leleh-rindu-kau-gile-nak -mati-kau- tade. banyakkan dengar lagu kat IKIM je, hehhe + zikir+ceramah agama


GUD LUCK syuhada~~






jadi, konklusinya: do create healthy environment that will guide u to be better one. huhu kenapekah aku tibe-tibe sedih. huwaaaa...banyaknye masa terbuang sia-sia. jangan jadi macam aku. JOM BERUBAH! struggling to be better muslimah every day.. :)





Sunday, March 18, 2012

Cik Beah Osem - Burung Kecil (feat. Angry Bird & Friends)








comelkan siburung kecil tu..comel la jugak cik beah osem tu..


alangkah pemurahnya Allah..Allah dah bagi banyak sangat kat kita..kita je yg tak pernah nak rasa syukur..
aku la tuu.. aduhh..sedangkan burung kecik yang cuba membantu tu pun Allah bagi ganjaran. kita ni kalau lambat-lambat solat pun tetap dapat percentage inhalation gas yg sama. kan? bayangkan macam mana kalau Allah kurangkan percentage oxygen dalam inhalation gases kita? kita bukan boleh nampak oxygen tu nak boleh pg nak sedut banyak-banyak pun...


tapi..masih lagi tak bersyukur :( aku la tu~


baru- baru ni terdengar dalam radio..radio lagiiii...~ hehe
ye la sumber maklumat tu..


andainya seorang hamba Allah tu ada satu dinar~  1 dinar yang dibelanjakan
~ pada jalan fisabilillah
~infak untuk agamanya
~untuk kebaikan dan kegunaan saudara-sauradanya


antara ketiga-tiga tu dinar yang paling mahal nilainya adalah yang dibelanjakan untuk saudara-saudaranya. tengokkk.. besaarnye hikmat berkasih-sayang sesama saudara.. membantu saudara dan keluarga sendiri.. untung la orang-orang yang berbakti pada keluarga (dengan syarat dia menjaga ibadah asasnya) kan?


rasa kerdilnya diri sendiri.. tak menyumbang langsung..:(




jadi, ehemm..kan ke kena sembunyikan semua kebaikan seperti kita sembunyikan kan keburukan diri sendiri. ye la..manusia iman kulit bawang memang la mudah lupa. mudah sangat riak..kan ke hilang nanti semua pahala..hehe nak jadi manusia munafik ke kalau riak?


takmooooooooooo...


jadi, cik syuhada sila lah bersila  jangan terlalu merendah diri*pada  diri sendiri dan rasa down* walaupun tak dapat tolong bagi duit juta-juta..tapi awak still jugak tolong ape yang awak mampu kan?


awak ade masa 24jam sehari ~ jadi jangan kedekut guna masa tu utk tolong adik bradik..
awak ade bumblebee ~ jadi jangan malu-malu tolong antar adik kesana sini
awak ade duit sikit~ jgn kedekut buncitkan perut adik-adik, top up2 byar bil utiliti rumah
awak ade bnyk baju~ bagi adik yg dah gemok pinjam *ini kurang ikhlas*


kannn~~?


konklusi: terpujuk dengan video cik beah pasal burung kecil dikala down sebab rasa useless..ishh tak baik tau berputus asa..yg putus asa tu kan org2 kafir je..cheer up! oyeahhhh









Thursday, March 15, 2012

tendang menendang? rejection? penolakankah?

assalamualaikum...

ehemm..ehemmm..macam lama je tak update blog..perasan bz la tu kan..hehe
sekarang ni tengah menunggu adik jumpa advisor untuk thesis nye..jadi since terlupa bawak lappy sendiri kalau tak aku melagho tgk korean movie, pinjam adik punye lappy dan wifi UiTM Merbok, boleh la update kan? hahaha..
btw, mesti org lain pelik ape hal budak ni duduk kat gazebo tengah-tengah hari?

oppss..maaf adik-adik..kakak ni dah biasa berpanas..ep, tapi cool ape..korang punye gazebo ni siap ade kipas..haha

minggu lepas..ntah minggu mane ntah dah lupa..lama sgt dah pun tak jugak..adik no5 tag satu video kat youtube. pasal rejection..

REJECTION ~ action of refusing to accept

bila tengok video tu..terfikir pulak..ape yang dikatakan tu betul jugak..kisah orang yang nak tolong orang..lebih kurang macam ni..

~ada org yang nak tolong org sebab dia memang ikhlas nak tolong dan pertolongan dia pada orang tu memang membantu orang tu selesaikan masalah. golongan macam ni dikatakan menolong the right person at the right place. Jadinye..best lakan kalau macam ni..kita pun yang ditolong pun patut bersyukur sebab ditolong oleh orang yang macam ni..tapi golongan ni sangat sikit.

~ada lagi golongan yang nak menolong sekadar nak menolong, dan dia memang menolong..tapi malangnya pertolongan dia tu tak sikitpun membantu. uhh.. wasting of time and effortkan.. malahan kalau dikira, congak dah bahagi tambah ikut BODMAS principle pun mesti tak bantak sangat membantu..

~satu lagi golongan tolong ala-ala "melepaskan batuk ditangga je" bukan batuk kat tangga time nak ngorat awek cun yang lalu lalang tau..tapi ni golongan orang yang membantu tapi tak banyak ala kadar asal nampak macam dah tolong..

siapa yang makan cili dia la rasa pedas kan? walaupun aku biasanya makan solok lada dah tak berani makan cili betul-betul..tapi aku tetap terasa tau..pasal golongan yang "membantu ..tapi bantuan tu tak pun meringankan beban orang yg nak ditolong tapi menambahkan beban lagi ade la....hahaha kesian kan saya?

rasanya dah banyak kali aku masuk dan involve dalam kes macam ni..niat dihati betul-betul nak tolong dengan ikhlas tapi

~disalah erti
~dianggap tak ikhlas
~masalah tu makin berat

sedih tak? bila ketiga-tiga perkara diatas tu berlaku, dah macam REJECTION la daripada sebelah pihak lagi kan?betul tak?

okehh kalau disalah erti tu biasa la..kita nak tolong betul-betul.. tapi ada yang anggap kita menangguk di air keruh..nak ambil kesempatan..uish berat tu..apekah aku seorang oppurtunist? suka hati kau lah labu..kerana aku lebih rela Allah aje yang judge aku..kalau aku ikhlas pada pandangan Allah, ade ganjaran menanti aku dialam sana..kalau tak? alamatnye baik aku  jadi pelakon je..aku pandai berlakon Kannn..haha

lagi satu yang boleh tahan berat bila..masalah yang kita bantu makin berat dan bukannye meringankan beban orang yg dibantu..aduhh...kesian sangatkan pada yang dibantu. kadang-kadang benda ni jadi sebab penerimaan org yg kita bantu tu..kann? tidak menerima bantuan kita seadanya..

tapi satu aje yang sentiasa buat aku cool dalam sume ni..tak payah nak bengang dan mengamuk tak pasal-pasal..MANUSIA? biarkan saja dorang anggap ape yang diorang nak..yang penting hanya pandangan ALLAH saje.. biar Allah yg nampak kan?

jadi bila berpegang pada ingatan macam ni ..takkan rasa penat or ape..nantikan ganjaran Allah yang lebih osem daripada pengiktirafan manusia. :P betul tak?
kaaaan?

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa demi Allah melainkan kaum kafir.." [yusuf:87]

nauzubillahiminzalik.. 

walaupun kadang-kadang ada naluri "qarizatul baqa`"~naluri mempertahankan diri bila ditindas dan bila kita merasakan kita dipihak yg betul..tapi redha dan sabar tu sebenarnye memang indah.. :)

konklusi: sudah la sudah..senyum je :) selagi yakin dengan kasih sayang Allah ..



eehhh..makin ramai lak adik-adik kat depan ni..student diploma kan tengah exam..good luck tau adik2..eh tadi ade orang tnya.. student full time eh? oyeeahhhh kan dah cakap..saya sedang perasaan muda sepuloh tahun..haha

Tuesday, March 6, 2012

Jatuh hati di Radio

assalamualaikum...


ehhhh..bukan cam lagi yg jatuh hati diradio tu ye..ni hati dah tergolek bila dengar bait-bait kata kat radio tuu...hehe eh, intro dulu pleasee!


ehem..ehem..testing 1 2 3


whaaattttt? hari ni dah 6th March? fuhh..demi masa..sesungguhnya manusia dalam kerugian.. aduss..bukan tak tau dari dulu dah tau..tapi sampai tua bangka masih tak boleh urus masa dengan effective.
ishh..cikSyuhada ni..


hehe..
lately, banyak sangat buku. sebelah kanan bantal, sebelah kiri pun ade buku..silap-silap bawah bantal pun ade buku..punya la excited nak habiskan buku-buku tu..sampai lupa plak kat blog..hehe alasan alasann
memang pun manusia ni nak bagi alasan je kan..?




ni la....dua-dua pun nak baca serentak..haha rakus!


best la..mmg imaen tak pernah mengecewakan daku. uhuk :P


ni pun kena baca slow2 nak hadam isinya
hahaha...ni la antara yg bergelumang dengan aku minggu ni dan minggu lepas..best kan? best..baru-baru ni adik pun cadangkan nak beli almari buku yg baru..since bilik aku dah macam perpustakaan mini..rindu betul kat buku-buku aku.tak boleh berjauhan sebab cik Syuhada ade sindrom NAK BACA SEKALI LAGI DENGAN KADAR SEGERA.. nafsu tu kadang-kadang tiba-tiba je menyerang..haha. pelik tapi benar.

memang diakui..semakin banyak membaca, semakin rasa tak cukup-cukup..insyaAllah perasaan yg sama kalau baca Alquran jugak..ade satu perasaan berbeza. macam satu solution of mending my heart. jadi bila sedih, susah hati, rasa down. sebelum balik rumah mesti singgah kedai buku. beli satu buku. balik baca dan legaaaa..lega macam mana? mcm org segah minum Eno halia..haa..camtu la rasanye..

semoga perasaan dan keinginan ini semua bukan sementara. ye la..iman nipis kulit bawang macam cik syuhada ni memang la selalu turun naik..kalo nak bandingkan dengan garisan kontur dalam georafi tu..kadang-kadang cerun landai..kadang-kadang cerun bertangga dan kadang-kadang terus curam..subhanallah.. semoga aku mampu isthiqamah =)

banyak lagi perkara asas yg kena mends sana sini. lubang-
lubang ditampung..agaknya kalau aku ni permukaan jalan raya..macam jalan dari Teluk Intan ke Kuala Selangor..kalau pakai kereta Malaysia mcm aku.. ala-ala main bumpcar..hehe

semalam, dalam kereta nak pegi mengajar seorang ustaz diradio IKIM.fm..macam biasa la ustaz tu memang aku tak kenal..sebab sesetengahnye aku kenal dari suara..kalau ustaz AI, u.Zahazan, U.norhisyam..kenal..ini suara yang aku tak familiar..tapi ape yg ustaz tu cakap memang menerajang tangkai hati..

"...kita kena jaga ibadah asas. sebab ape-ape pun ibadah asas itu lah yg Allah akan hisba dulu..walaupun kita ni baik macammana pun..walaupun kita ni berjuangan dengan muamalat islam sekalipun..kalau kita tak jaga ibadah asas je, Allah tak terima..jadi debu-debu berterbangan je ibadah umum kita tu..

jadi kalau asyik meeting, kerja sampai tak boleh luangkan masa untuk solat tu..tak guna.. jangan anggap solat tu anti-klimaks bila kita tgh kusyuk kerja..sebab Rasulullah saw pun pernah cakap 

" Bilal, laungkan Azan, rehatkan kami dengan solat"

kata ustaz tu lagi kita kalau nak cari pemimpin, ketua..kenalah cari yg jaga ibadat asas, sebab orang yg jaga ibadat asas ni tendency untuk dia jaga amanah atas ibadat lain pun tinggi..sebab dia amanah dengan Allah."

* ucapan ustaz tu aku edit la ikut kefahaman aku..tp macam tu la yg ustaz tu nak sampaikan. Tq ustaz-taktau-nama-tapi-saya-dah-suka. 

jadi..aku nak mengingatkan diri sendiri disini..berubahlah..better late than never ye cikSyuhada..

"Ya allah ya Rahman..bukakanlah hati-hati orang -orang yang aku sayang..limpahkanlah mereka dengan hidayahMU.."

konklusi: untuk wanita diluar sana juga..tak payah la nak berusaha cari yg soleh,* ehhhh..bukan nak suruh cari yg tak soleh pulakk* tapi solehahkan diri sendiri..maksudnye macam ..kita usaha jadi solehah dulu sebelum mengharap dapat yg soleh..haa..tu sebenarnya ;0 amanah dengan Allah dulu sebelum terima amanah yg lain kaaan?