Showing posts with label hikayat sangKANCIL. Show all posts
Showing posts with label hikayat sangKANCIL. Show all posts

Friday, January 7, 2011

Memandang Dengan Mata Hati...

takut tak kalau tiba hati terjojol dari dada?
kenapa?
kan nak pandang dari mata hati...kan? uhuuhuhu


hehe..jangan la marah sekadar gimik murahan yang belum tentu ada yang nak beli...selalu sangat dengar orang cakap camtu kan? "PANDANGLAH DENGAN MATA HATI" pelik jugak..masa belajar science tak pulak cikgu cakap kat hati ada mata...haha kan betul kaedah scientific memang susah nak hurai roh "ghaib" yang hanya Allah dapat membacanya...hati dan rasa..wujud tanpa dapat kita buktikan secara fizikal..betul tak..


satu hari yang dah lepas..pergi ke klinik untuk membawa pesakit la kan..takkan bawak kapal terbang..bukan kisah pesakit tapi kisah doktor pemilik klinik berkenaan yang sangat sweet! pernah tak pegi klinik dan menyaksikan deco dindingnya dengan sajak-sajak nukilan doktor berkenaan..selalunya normalkan kalau pada dinding klinik ade poster-poster berkenaan info kesihatan...bukan? tapi ini sajak!! sajak ! ada sajak "ibu", sajak "cinta" dan satu artikel pasal "memandang dengan mata hati"..mula-mula tak perasaan artikel tu..tapi seorang en.WMR menyedarkan..dengan soalannya..


"awak, pandang dengan mata hati tu cemane??"


aku terkesima sekejap! ohoooo...soalan berat tuuuu.... ok tapi aku try jawab la kan..soalan kan ke kena ada jawapan...haha


tapi aku tak jawab secara peribadi pun..tapi baca balik je artikel yang doktor tu tulis...


okeh macam ni..pandangan tu ada beberapa jenis pandang...ishh..elok nak tulis dah lupa pulak... :) 


pandangan NAFSU! wow nafsu...contohnya macam ni..kalau lah pada suatu hari anda yang sedang belajar jauh dirantauan..Puncak Alam, contohnya haha..katakanlah ibu anda mengeposkan kuih kegemaran anda..maka dengan pandangan NAFSU anda memandang kuih berkenaan seperti ... ngaapppppppp! anda terus membahamnya dengan penuh nafsu..waktu itu anda tidak sama sekali kisahnya janji perut anda penuh ..entah-entah bismillah pun anda lupa!


okeh..pada anda yang study jauh dipuncak alam itu...katakanlah ibu anda mengepos kuih lagi!!! kali ini anda memilih untuk memandang kuih itu dengan pandangan AKAL.. maka, selepas anda membaca bismillah..anda akan menikmati kuih berkenaan dengan memikirkan..kuih yang sedap berkenaan dibuat dari bahan-bahan halal yang bermutu samy  tinggi..anda menghayati keenakan berkenaan sampai  lupa nak ajak kawan sebilik... :)


seterusnya, anda masih sama...seorang yang study dipuncak Alam, menerima bekas kuih kiriman ibu kesayangan anda...sejurus selepas membaca doa anda tiba-tiba sebak...bukanlah kerana kuih berkenaan terpaksa anda kongsi dengan rakan sebilik anda..tapi kerana anda memandang dengan MATA HATI... tatkala menjamah kuih berkenaan, anda membayangkan susah payah ibu anda membuat kuih itu..peluh ibu yang menitik masuk kedalam adunan bersusah payah mengadun kuih itu..disitu anda terasa kasih sayang ibu...


anda yang berada dipuncak alam...sedih pllsssss...hahaha :P


oke..kalau kita tukarkan situasi kuih kepada pandangan seorang lelaki terhadap perempuan? agaknya cemane ye..sudah tentu sangat censored bila dipandang dengan NAFSU bukan? tak perlu dihuraikan disini kerana blog ini bukan blog lucah..! :)


pada pendapat aku yang banyak makan garam tapi takde darah tinggi pengalaman ni, lelaki zaman sekarang memandang perempuan dengan AKAL..itupun kalau kes yang baik la..semestinya memilih yang ada kedudukan kewangan yang kukuh supaya bersama-sama boleh tolong menolong menampung carik-carik hidup! semestinya mencari perempuan yang comel untuk melahirkan keturunan yang juga comel! kann?? lelaki jangan tipu ye!


yang memandang dengan mata hati?? tak boleh hurai la..sebab aku tak pernah nampak pulak mata hati, dari mana-mana lelaki terjojol keluar melihat mana-mana perempuan...:p


konklusi: biar saja dipandang dari NAFSU,AKAL atau MATA HATI..kerana Allah itu maha Adil..kamu dapat apa yang kamu nak bukan? 



Thursday, October 21, 2010

Perlukan Bantuan? Sila Jumpa Saya...

adik aku cakap tajuk ni macam iklan ALONG..
huh? kami bukan along kami cuma nak tolong...hehe macam scary je iklan tu...tapi yang aku nak cerita bukan pasal iklan tu semata....kisah sangKANCIL.. dan kawan-kawannya...


Dalam hikayat ni..sang kancil kurang terkenal macam dalam hikayat yang selalu kita dengar..dalam hikayat ni jugak sang kancil mmg  kurang terkenal...cumanya sangKancil dalam hikayat ini sangat mudah mesra dengan orang..kalo tak keterlaluan sangKancil yang ini kalau dicampak dimana-mana pun ..dengan izin ALLAH dia akan hidup..sangKancil yang ini mudah mesra dengan orang lain..sangKancil ini jugak sangat mudah membantu orang lain...


Disebabkan oleh sebab itu la sangKancil yang ini selalu dijadikan..TEMPAT MENDAPATKAN BANTUAN... murni sungguh kan hati sangKancil ini..uish..sungguh tidak layak sangKancil ini mengatakan dirinya sungguh murni..kerana hanya Allah sajalah yang dapat menentukan nilai kebaikan seorang hambanya..sangKancil juga hamba Allah...


Bila mana yang lain perlukan pertolongan...sangKancil lah yang dicari..sangKancil la yang dituju...lalu sangKancil tanpa banyak kerenah sangKancil menolong..sangKancil selalu ter"kena"..selepas pertolongan diterima kawan-kawan yang kononnya "kawan" pun hilang..nak tau bila muncul semula...bila ada lagi "bantuan atau pertolongan yang diperlukan...


dalam banyak-banyak kali kejadian..sangKancil sangat sedih bila yang rapat dengannya...dimasa susah kerap benar muncul sahabat itu..dalam hikayat ini sangKancil mempunyai kenderaan..jadi tak payah susah-susah berjalan...jadi teman rapat sangKancil memohon bantuan membawa isteri yg sarat mengandung...ke satu tempat...bukan satu malah dua atau tiga mungkin...alasan tak larat berjalan..sangKancil pun turutkan...tapi sekarang bila teman rapat sang kancil sudah punya kenderaan sendiri..langsung tidak bertanya khabar lagi...
sedih sangKancil.....


lagi bila teman rapat yang lain pula perlukan pertolongan yang lainnya ...sekali lagi sangKancil menjadi tempat tujuan...seperti selalu-selalu..bila menerima bantuan dari sangKancil, hilang tak muncul...:Ppermulaannya memang sangKancil tak kisah..tapi bila kerapkali  perkara yang sama berulang..sangKancil bertanya dalam hatinya...adakah dirinya hanya tempat meminta bantuan dan pertolongan....


agak kejam saja...tolong harus ikhlas bukan..tapi sangKancil juga hamba Allah yang serba kekurangan..jadi hatinya kadang-kala terdetik jua..kadang-kadang keikhlasannya tercarik jua..apa daya..semoga Allah  memberi ganjarannya kelak...


konklusi : seringkali dicari bila pertolongan diperlukan..jangan sedih..maksudnya kita antara yang penting dalam hidup mereka..bukan semua boleh menjadi sahabat yang susah dan dimasa senang...