Friday, January 7, 2011

Memandang Dengan Mata Hati...

takut tak kalau tiba hati terjojol dari dada?
kenapa?
kan nak pandang dari mata hati...kan? uhuuhuhu


hehe..jangan la marah sekadar gimik murahan yang belum tentu ada yang nak beli...selalu sangat dengar orang cakap camtu kan? "PANDANGLAH DENGAN MATA HATI" pelik jugak..masa belajar science tak pulak cikgu cakap kat hati ada mata...haha kan betul kaedah scientific memang susah nak hurai roh "ghaib" yang hanya Allah dapat membacanya...hati dan rasa..wujud tanpa dapat kita buktikan secara fizikal..betul tak..


satu hari yang dah lepas..pergi ke klinik untuk membawa pesakit la kan..takkan bawak kapal terbang..bukan kisah pesakit tapi kisah doktor pemilik klinik berkenaan yang sangat sweet! pernah tak pegi klinik dan menyaksikan deco dindingnya dengan sajak-sajak nukilan doktor berkenaan..selalunya normalkan kalau pada dinding klinik ade poster-poster berkenaan info kesihatan...bukan? tapi ini sajak!! sajak ! ada sajak "ibu", sajak "cinta" dan satu artikel pasal "memandang dengan mata hati"..mula-mula tak perasaan artikel tu..tapi seorang en.WMR menyedarkan..dengan soalannya..


"awak, pandang dengan mata hati tu cemane??"


aku terkesima sekejap! ohoooo...soalan berat tuuuu.... ok tapi aku try jawab la kan..soalan kan ke kena ada jawapan...haha


tapi aku tak jawab secara peribadi pun..tapi baca balik je artikel yang doktor tu tulis...


okeh macam ni..pandangan tu ada beberapa jenis pandang...ishh..elok nak tulis dah lupa pulak... :) 


pandangan NAFSU! wow nafsu...contohnya macam ni..kalau lah pada suatu hari anda yang sedang belajar jauh dirantauan..Puncak Alam, contohnya haha..katakanlah ibu anda mengeposkan kuih kegemaran anda..maka dengan pandangan NAFSU anda memandang kuih berkenaan seperti ... ngaapppppppp! anda terus membahamnya dengan penuh nafsu..waktu itu anda tidak sama sekali kisahnya janji perut anda penuh ..entah-entah bismillah pun anda lupa!


okeh..pada anda yang study jauh dipuncak alam itu...katakanlah ibu anda mengepos kuih lagi!!! kali ini anda memilih untuk memandang kuih itu dengan pandangan AKAL.. maka, selepas anda membaca bismillah..anda akan menikmati kuih berkenaan dengan memikirkan..kuih yang sedap berkenaan dibuat dari bahan-bahan halal yang bermutu samy  tinggi..anda menghayati keenakan berkenaan sampai  lupa nak ajak kawan sebilik... :)


seterusnya, anda masih sama...seorang yang study dipuncak Alam, menerima bekas kuih kiriman ibu kesayangan anda...sejurus selepas membaca doa anda tiba-tiba sebak...bukanlah kerana kuih berkenaan terpaksa anda kongsi dengan rakan sebilik anda..tapi kerana anda memandang dengan MATA HATI... tatkala menjamah kuih berkenaan, anda membayangkan susah payah ibu anda membuat kuih itu..peluh ibu yang menitik masuk kedalam adunan bersusah payah mengadun kuih itu..disitu anda terasa kasih sayang ibu...


anda yang berada dipuncak alam...sedih pllsssss...hahaha :P


oke..kalau kita tukarkan situasi kuih kepada pandangan seorang lelaki terhadap perempuan? agaknya cemane ye..sudah tentu sangat censored bila dipandang dengan NAFSU bukan? tak perlu dihuraikan disini kerana blog ini bukan blog lucah..! :)


pada pendapat aku yang banyak makan garam tapi takde darah tinggi pengalaman ni, lelaki zaman sekarang memandang perempuan dengan AKAL..itupun kalau kes yang baik la..semestinya memilih yang ada kedudukan kewangan yang kukuh supaya bersama-sama boleh tolong menolong menampung carik-carik hidup! semestinya mencari perempuan yang comel untuk melahirkan keturunan yang juga comel! kann?? lelaki jangan tipu ye!


yang memandang dengan mata hati?? tak boleh hurai la..sebab aku tak pernah nampak pulak mata hati, dari mana-mana lelaki terjojol keluar melihat mana-mana perempuan...:p


konklusi: biar saja dipandang dari NAFSU,AKAL atau MATA HATI..kerana Allah itu maha Adil..kamu dapat apa yang kamu nak bukan? 



4 comments:

  1. aku adalah jenis manusia yg pertama kali melihat kuih, melihat dengan NAFSU..lepas tu baru MATA HATI..last sekali AKAL kot...hahaha..jangan ikut aku ye..

    ReplyDelete
  2. last skali akal sebab dh makan banyak baru terpikir, haloba nye aku...:)

    ReplyDelete
  3. ko sebut pasal X-menteri aku (yang ko slash kan tu), ko kena....hidup atau mati...

    ReplyDelete
  4. x-menteri? perlukah aku huraikan...whooo..aku ni makin tua dan makin pelupa..tapi aku igt sgt ko byk ex! hahahha

    ReplyDelete