Wednesday, March 23, 2011

tiga kali seminggu!

mak ambil buku karangan FAIZAL TEHRANI dari atas katil...
mak bertanya "apa yang 3 kali seminggu?"
aku jawab pertanyaan mak dengan soalan juga..
"apa yang selalunya tiga kali seminggu" disambung dengan tawa gatal dari adik aku...

ish..ish..sungguh kurang perasaan malu betul anak-anak zaman sekarang..masakan dengan mak dibawak bergurau macam itu..18SX...hehehe

dah baca???


sejak tahu koleksi FT (bukan Faizal Tahir plsss) akan keluar aku dah tentu gelabah nak cari bukunya..tapi seperti biasa aku selalunya akan kecewa bila buku-buku macam tu susah nak cari sekarang ni...maksud aku disini di SITIAWAnku yang tercinta..walaupun disini sudah ada kedai buku POPULAR tapi tak pulak aku jumpa novel-novel yang boleh membasuh jiwa..novel ustaz zaid pun tak ada...

aku! seorang aku semua yang kenal mungkin tahu...aku memang ulat buku..tapi tentunya bukan buku pelajaran..hahaha kalau bab buku pelajaran tu aku mmg malas sangat la kan..:P tapi buku cerita, memang dari dulu lagi..aku suka membaca...sekarang sejak jatuh hati pada karya2 FT aku selalu pinjam dari sepupu-sepupu comel ku..tapi sekarang sudah mula membeli...

sekarang ni aku makin akrab dengan buku..hari-hari bergelumang dengan buku..sampai untuk tidak berbuat apa-apa dalam waktu yang singkat pun boleh mendatangkan boring! sangat2 boring...berbalik pada kaleksi cerpen FT ni..aku suka kisah

Cerpen Muthupalaniappan pula ada unsur-unsur humor, sedih dan sindiran di dalamnya. Kisah seorang budak lelaki berketurunan India yang bernama Muthupalaniappan yang tinggal di sebuah ladang estet. Plot dikembangkan dengan wujudnya watak seorang guru Bahasa Inggeris yang datang dari bandar. Namanya Cikgu Rosmah. Klimaks cerpen ini apabila Cikgu Rosmah dengan kejamnya telah menempeleng muka Muthupalaniappan yang merupakan anak muridnya di Sekolah Kebangsaan Tamil, tempat dia mengajar. Kejadian itu berlaku kerana Muthupalaniappan dan rakan-rakan sekelasnya tidak tahu berbahasa Inggeris. Pengakhiran cerita yang sungguh mengharukan. Akhirnya Muthupalaniappan mati akibat dirempuh sebuah lori semasa sedang leka mengulangkaji buku pelajaran Bahasa Inggerisnya.
*credit dari jomsewabuku.blogspot*

pengajaran dari cerpen ni memang "makan dalam" aku sememangnya sedang membina benteng sabar bila tahun ni aku berhadapan dengan students berbeza dari latar yang berbeza juga dengan kemampuan yang berbeza...

konklusi: tabah dan amanah dalam mengusung sebuah tanggungjawab..hasilnya nanti walau tidak mampu mengangkat kebanggaan tetap jua memberi kepuasan..:)





No comments:

Post a Comment