Monday, March 21, 2011

susah bukan? kalau........

entry ini bukan entry rungutan!
sila jangan salah faham..tapi cuba empathy dan faham...
:)

susahnya jadi anak kepada ayah yg berpangkat besar..
susahnya jadi anak kepada senior engineer..
susahnya jadi anak yang ayahnya ada "staff car"
susahnya jadi anak yang ayahnya ada "tiga balak"..

bila timbul soalan yang mendera mental si anak
kenapa ayah boleh buat?
kenapa kamu tak boleh buat?
benda simple macam ni pun tak boleh?

sukar bukan?
memang tak dinafikan semua ayah..malah tak ada ayah yang tak mahu anaknya tak berjaya..tak score exam seolah-olah memalukan ayah..kesian bila si anak dipaksa melakukan sesuatu yang sukar dicapai olehnya..sangat sukar..!

bayangkan kalau si anak dipaksa menerima sesuatu yang baru semudah ..kadang-kadang

"kenapa dapat B ni? patutnya kena dapat A"

baru ujian bulanan pun..sekolah pun baru buka..kalau enjin kereta pun belum panas lagi..kalau itu atlit atau olahragawan pun pasti belum habis warm up lagi...mood cuti masih melekat dihati....tapi belum apa-apa sudah dibentak dan disoal siasat! penat bukan? sangat penat....

kalau difikirkan alangkah bahagia jadi kanak-kanak era 80's zaman sekolah rendah sangat bahagia! sungguh tak tipu..

pergi sekolah...sangat membahagiakan..kalau baloeh tak nak cuti..hari2 pegi sekolah pun takpe..bahagia..suka belajar..suka bahagia disekolah..bangun tak payah nak kena jerit..biologi punya alarm pagi2..bangun awal..mandi ..pegi sekolah ..tunggu bas..beratur dengan sopan naik bas..balik pun sopan juga...

balik dari sekolah, pegi sekolah agama pulak..bla..bla..bla..waktu rehat main getah! lompat sana sini..suruh ustaz cerita kisah nabi2..gedik sikit pastu balik..sambung main lagi..dan lagi! dan lagi!
KU BAHAGIA! dah macam lagu melly goslow tu.

bebas tekanan + bahagia..
walaupun tetap ada kelas tambahan di sekolah tapi tekanannya kurang..Alhamdulillah ..pembesaran juga normal..tapi memerhati pengembangan anak-anak zaman sekarang aku jadi letih dan lelah..tambahan dengan mentaliti ibu ayah berlatar belakang pendidikan yang meletop! semua nak jadi nombor satu! semua nak 100% ..

kasihan bukan?

tapi mentaliti itulah yang membuatkan sebahagian besar ayah dan ibu sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan yang terbaik untuk anak-anak..

mahu personal tutor
mahu personal trainer
mahu 2 atau mungkin lebih kelas tuition..
mahu jadi yg monbor satu...

bukan mempertikaikan kesungguhan dan kepayahan ibu dan ayah..tapi kadang-kadang lelah mengikut rentak 

konklusi: kata seorang sahabat..ada seorang sahabat yang lain ditanya dengan soalan "sudah ajar anak membaca?' padahal anak yang dimaksukan baru berusia 10 bulan..

No comments:

Post a Comment