Wednesday, February 29, 2012

Bila Hati Diketuk


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Selepas mengeliat kekanan ke kiri..pusing-pusing tengkuk dan pinggang..baru lah nak mulakan..mula-mula nak cakap sesuatu..

Kenapa hari ni terasa macam hari Khamis? Padahal baru Selasa malam..kenapa nak cepat je ni?? Kejar apekah kamu?

Oppppsss..baru teringat..patutnya siapkan set soalan untuk revision-test budak-budak tahun 6. Oh..mcm mana lupa ni..padahal dah pun set dalam “to-do lists” sigh T_T ciksyuhada memang dah jadi nenekSyuhada semenjak dua menjak ini..mengapakah??

“biarlah rahsia ~ *sila nyanyi ala-ala Dato Siti ye.. hehe

Apekah kau merepek?

Maaflah. Intro memang takde kaitan dengan cerita dibawah.. alkisah menguping perbualan seorang doctor non-muslim dan nurses di hospital tempoh hari belum lagi diceritakan..berlagak dan perasan bz. Kononnye macam wakil calon nak masuk bertanding dalam PRU-13 je lagaknye..allahukabar!!

Pada suatu malam..err sebenarnye tak ingat malam ke berapa check in kat Hospital Seri Manjung (HSM) sebab nak menjaga adik yang admitted. Padahal bukan jaga ..lebih kepada temankan saje.. :P kebetulan malam tu memang sangat letih disebabkan tugas pada siang hati..mata macam nak terlelap je. 

Buku-buku yg kononnya nak baca malam tu pun tersadai dalam beg saje..
Tiba-tiba dalam pukul 2 pagi. Sayup-sayup terdengar ayat-ayat suci Al-Quran..tapi tak pasti dari mana datangnya..dari katil salah seorang pesakit atau mungkin dari meja jururawat bertugas. Malam tu sorang doctor India (lelaki) yg bertugas. Disebabkan keadaan wad yg sunyi sepi..maka perbualan doctor dan nurses dapat didengar dengan agak jelas..

Dan perbualan yg agak ‘panas’ itu menarik perhatian, sehingga pupil mata yang tadinya tak mahu menerima cahaya sudah terbuka luas. Hilang sudah kantuk rasanya..


Doctor: nurse, ayat Quran ni dalam bahasa Arab kan?
Nurse A: ye. Doctor.
Doctor:  semua orang Islam boleh baca Quran?
Nurse: biasanya setiap kanak-kanak Islam, dari kecil sudah dihantar untuk belajar mengaji..
Doctor: jadi semua orang faham apa maksud ayat-ayat tu ke?
Nurse: err sebenarnya bukan semua yang kami faham. Sebab Quran diturunkan dalam bahasa arab. Bukan semua
            tahu bahasa arab
Doctor: jadi rugilah kalau apa yang dibaca tidak difahami.. maksudnya dalam sembahyang pun membaca sesuatu yang tidak difahami. Mcm tu. Ruginye. Kalau macam tu kenapa Al-quran tu bukan dalam Bahasa Melayu supaya senang difahami oleh semua orang melayu..
Nurse: sebenarnya, kami masih boleh faham isi Al-quran daripada Tafsir Al-quran. Tafsir ada dala pelbagai bahasa.


Semakin lama perbualan hangat tu makin slow..ishh sound wave kan ke kn ade media.. sape lah pulak menghalang pendengaran aku nii??
ehhh..tiba2 aku dengar nasi ayam la, nasi paprik la, kuewtiow goreng la..weiiii ape nii???

Okey takpe. Tapi pada pengamatan aku. Doctor ni macam tau banyak je pasal Islam. Ade jugak la perkataan “free thinker” singgah dalam eardrum dan oscicles masa tu..tapi tak berani nak buat kesimpulan sebab tak dengar secara sahih.

Tapi ape yang aku dapat = aku kena setepek!! Macam kena tumbuk dekat dahi ni.. kelepekkk bunyi nye..

Kenapa?

Sebab aku la tu antara orang yang baca Al-quran tapi tak semua isi Al-quran tu aku hayati dah faham maksudnya. Malu weii..lahir-lahir nama mak ayah bagi punyalah sedapp *ehemmmm..ehemm* NURUL SYUHADA BINTI ISMAIL
maksud indah..CAHAYA PERJUANGAN CAHAYA ORANG-ORANG YG SYAHID..ohh..indah la sangat kan? 

Kalau Tanya maksud AL-FATIHAH pun tak boleh dapat 100% tepat dan jitu serta persis! kenapa? Bila tau tak amal.. malu OK! Sangat malu..malu ngan doctor india tu . lagi la malu dengan Allah L

Sedangkan doctor tu boleh question kita orang Islam macam tu.. kebetulan malam tu memang bawak tafsir Quran dalam beg, bawak BUKU PANDUAN SEMBAHYANG dalam beg.. kononnya nak hafal maksud-maksud bacaan dalam solat..tapi KONON la..sangat KONON je..nak buka tafsir baca rasa malu?
Huwaaaa L



Aku malu kononya, nanti orang ingat aku alim..padahal tak
nak baca takut orang dengar aku salah tajwid
Banyaknye alas an kita kalau nak buat baikkan? Sebab apekah ye? Sebab selalu tangguh-tangguh nak buat benda baik..

nak taubat~ tangguh
nak baca Quran~ tangguh sbb update blog *blush*
nak tutup aurat sempurna~tangguh

Setannirojim sungguh. Tau pun setan tu jahat. Tapi nak ikut jugak cakap setan sapa suruh?

Konklusi: banyaknye perkara aku nak tangguh..sampai bila? Sampai Izrail nak panggil..masa tu cik syuhada mungkin tak sempat jadi nenek syuhada pun tau..ntah-ntah dua-tiga hari lagi je pun..masa tu dah tak sempat. OK. Daaaa..nak solat =)



Tuesday, February 28, 2012

Women in The Eyes of God






assalamualaikum..


ehhh...macam lama dah tak update blog kan? ini kalau dibiarkan...bisa melarat berbulan-bulan sampai bersawang lah blog ini..kaann? 
last week memang menetap kat hospital..ciss ayat "menetap" tu macam berumah tangga   dihospital pulak..
alkisahnya bila dah bermalam dihospital ni manalah ade istilah bermalam..memang la tak lena.. masa pulak rasa macam merangkak perlahan bak kata ayat-ayat cinta novel. kaan?




sepanjang dihospital..banyak catatan dibuat. sempat la muhasabah diri. mane-mane yang terlupa tersedar jugak diri ini..


nikmat Allah dengan kesihatan yang baik..tapi selalu jugak lupa Allah. masa senang, gelak tak ingat-ingat tu lupa..pastu masa susah-sedih-jiwang-karat, baru nak ingat Allah.. ehemm..mmg lah cik syuhada ni. :)


insyaAllah nak update kejadian-kejadian dalam hospital yang mengetuk-ngetuk jiwa.


sebelum tu..meh la dengar doktor Har ni..ishhh.. suka sangat kat Doktor Har ni..rasa macam nak buat mak mentua angkat. ishh..haha tak malu sungguh.
wahai wanita-wanita diluar sana..tahu kan?


Perempuan sangat istimewa kedudukannya..? wanita sangat disayangi Allah.
cuba dengar dan hayati apa yang doktor HAr cakap tau




konklusi: update ape kenamenye ini..mcm cacamarba je :(







Wednesday, February 15, 2012

Kemalangan Di Dunia..Gara-Gara Bentuk Mukabumi..Servis saja Pakai TAUBAT


Kemalangan Di Dunia..Gara-Gara Bentuk Mukabumi

Kereta Buruk!!

“along…along..” panggil Farish dengan nada menggoda..

“iye” jawab aku

“kete along burukkkkk’’

Cis!!! nasib baik kau comel..paling buruk pun pembalasan aku, aku cium sampai dia menangis je…haha ßgelak jahat


Satu hari yang lainnya pulak,
siFarish berdiri depan kereta aku ..

“issssh, buruknye kete ni..,nak sepak la kete ni” lalu disepaknya kete aku..
Nasib kau la labu..buruk-buruk kete tu, itu la bumblebee along tau??

Sape yg buat kete tu makin buruk? Farish la,
sape yang patahkan tmpt aircond tu? Farishhh jugak…


Kesian along tau..tu je harta yang ada punnn .alhamdulillah J
Ehhhh…panjangnya intro yang takde kena mengena dengan cerita!
Sebelum cikSyuhada kita ni melalut banyak-banyak sangat, sebenarnya nak share sikit pengalaman pemanduan yang tak seberapa ni…banyak pengalaman yg telah dikutip dijalanan ni sebenarnye.



Sebelum tu baca disclaimer dulu:

KEMALANGAN = ujian-ujian yang dihadapi didunia/musibah yang melanda kita.
MEMANDU = menempuh hidup hari-hari.
BENTUK MUKABUMI = cabaran kehidupan
SERVIS= Taubat jgn tau buat ajeee

Driving ni sebenarnya semacam proses pembelajaran yang berterusan..hari-hari kita akan melalui pengalaman yang berbeza. Daripada pengalaman-pengalaman ni kita boleh tau yang mana boleh dan yang mana tidak.
Katakanlah..satu hari seorang pemandu ‘P’ yg masih merah. Memandu dilorong laju dengan kelajuan sipot..makannya akan ade pemandu-pemandu otai yang garang akan kasi amaran “pon..pon..poooonnnnnnnnnnnn” Jadi, sejak hari itu tahulah sipemandu ‘P’ yang masih merah itu bahawa memandu  dilorong laju menjadi kemarahan org lain..hehe

Pada hari yang lain pula, seorang pemandu ‘P’ yang masih merah merasakan pengalaman memandu dibandar besar dan memandu ditempat asal. Manakan sama memandu dibandar besar yg rata-rata pemandunya memandu dengan penuh berhemah, kalau nak dibandingkan memandu dibandar yang tak berapa besar tempat sipemandu ‘P’ yang masih merah itu..kan lebih banyak pengalaman yang dikutip.

Bentuk muka bumi saja dah tentu berbeza. Makin banyak pula signboard yang tidak ada ditempat sipemandu ‘P’ yg masih merah temui. Kadang kala hampir pemandu ‘P’ yg masih merah itu terlupa akan maksud tanda atau signboard yg dilihat. Untung saja sipemandu ‘P’ yg masih merah masih menyimpan buku undang-undang untuk dijadikan bahan rujukan.

Perjalanan. Jalanan. Picisan. Jangan pandang enteng. Banyak sekali pengalaman yg dikutip. Saling tak tumpah seperti kehidupan seharian. Pasti bosan bin boring kalau jalan hidup Cuma satu. Tak ada variasi langsung. Celik mata, sampai tutup mata tidur semula sama saje…kan?

Jadi sebab itu, hari yang kita lalui berbeza.Perancangan Allah untuk menyedarkan kita..jangan asyik memandu dijalan yang lurus sampai bila tidur sambil memandu. Andai tertidur sekalipun, pasti tak ada kemalangan yang berlaku. Kaaaan?


Jadi bagi sipemandu ‘P’ yang masih merah, andai terlibat terlibat dengan “kemalangan” jangan cepat panic. Ada beberapa perkara yg harus dilakukan.. seharusnya kembali muhasabah diri. Post mortem


1.kenapa?
2.mengapa?
3.siapa?
4.bagaimana?

Jadi jangan lepas ni “kemalangan” lagi…jangan berlanggar pada tempat yang sama. Jangan terjatuh dan terbabas pada tempat yang sama. Belajar daripada kesilapan “kemalangan-kemalangan” terdahulu..


Bukankah hari ini sepatutnya lebih baik dari semalam.kaaaan?
Jadi jangan takut untuk memandu dalam kehidupan. Seharusnya arah tuju sudah pun kita tau. Perjalanan menuju redha Allah. Pejuangan melawan seribu satu penyebab “kemalangan” dalam kehidupan..sape? sape lagi kalau bukan syaitan laknatullah! Kaannn?

Ingat lagi kisah seorang lelaki dizaman Rasulullah yang datang kepada rasulullah dalam keadaan berlumuran darah, baginda nabi saw bertanyakan puncanya. Rupa-rupanya beliau terlanggar tembok akibat terlalu asyik melihat wanita yg lalu dihadapannya..

Rasulullan saw bersabda yang bermaksud “Jika Allah mengkehendaki kebaikan pada hambanya, maka DIA segerakan hukuman baginya didunia”
*sumber:majalah solusi*


Kaannn? Kan dah cakap tadi “kemalangan” didunia ni adalah musibah kerana Allah sayangkan kita hambanya dan mahukan kebaikan. Peringatan yang diberikan supaya kita sedar..kaaaan?
Berapa banyak kaaaaan la..hehe



Konklusi: peringatan untuk diri sendiri yang asyik “kemalangan” dalam kehidupan. Semoga Allah menyanyi diri ini.semoga diri ini tak lupa peringatan-peringatan natijah dari ‘KEMALANGAN’
 

p/s kete along buruk sebab dah lama sangat perjalanan tapi jarang-jarang servis!

Monday, February 13, 2012

social sooosial???





tweet tweet

ada apa dengan laman social? ada yang menuding jadi pada laman social sebab jadi punca penceraian..hebat penangan laman ini rupanya. ada apa dengan burung ini? 






ehh kurus?
 atau, apa salah yang ini?


huruf F





pernah seorang tanya..kenapa selalu sangat kat FB je memanjang? bila komen je cepat je nak balas..tak boring ke asyik FB je..dah takde ke kerja lain nak buat? asyik-asyik online je..?


ehem..ehem ehemmmmmmmm...


memang la FB ni dah lama dah, dah register pun dah lama..pernah je tinggalkan FB berbulan-bulan sebab rasa FB tu boring..online tu boring tak tau nak buat ape..


bloghopping
online shopping ~~ ngee ini tak boring ye!
youtube


tapi lately, start dalam akhir tahun lepas..dapat sesuatu yang menarik sangat..sangatttt2


sekarang ni, dah jumpa banyak blog-blog yang penuhhhh dengan ilmu tau! even kat FB dan twitter pun btk sangat ilmu-ilmu yg boleh dapat..


adik ciksyuhada pernah tnya..


"ishhh akak ni, online kat phone 24jam"


iye..takla seextreme tu. ade la masanya..isshh kakak ini bukan lagi student, so tak menjejaskan prestasi pelajaran pun kalau online sentiasa kaaannn?
malahan boleh menambah ilmu untuk pembelajaran..ye la, kadang-kadang info yg dapat boleh share ngan student..student2 ku kan slalu tanya macam-macam soalan luar petala punyeee..


jadinye online atau tidak, terpulang pada individu la nak  macam mana kan? kalau buruk yg dicari..buruk la yg dia dapat ye takk?


sekarang ni kalaupun asyik depan lappy atau phone dok online, sebenarnye asyik baca mcm-mcm bahan kat FB tu. seronok tau..bukan setakat ilmu dunia, akhirat sekali..


jadi bila mak dan adik-adik bising pun jawapannye senang je


"ini je la hiburan akak punn...."


haha sedih tak jawapan? tapi memang iye pun.. kan? kan? 


bukan ke nak bye-bye jahiliyah, bye2 maksiat..
nak mujahadah bukan senang, hari-hari kena upload info baru..scan segala macam peringatan nak increase imaann.


ye la..imaan pun kulit bawang je..kalau sehari terlupa, bisa koyak rabak kan..?


istiqamah pun masih panjang..sapa yg nak kena ingatakan kalau bukan diri sendiri yang harus mencari kekuatannye..jadi sebab tu la, semacam keperluan dalam mujahadah ni nak cari-baca-ingat-hadam-amal bahan-bahan ilmiah ni semua..kannn?


konklusi: kalau dah niat serong, serong la apa yg kita dapat tuu..kan, Nabi saw pun dah pesan pasal niat masa hijrah rasulullah dulu? ingat kan?? 


lagi satu ingat ni..


Barangsiapa yang menggembirakan Allah dan pencariannya membuat orang lain benci kepadanya, nescaya Allah akan memeliharanya..barangsiapa yang menggembirakan orang lain, tetapi menyebabkan Allah benci kepadanya, maka Allah akan membiarkannya dalam golongan yang ingkar :)



Saturday, February 11, 2012

Remuk Sudah Hati Ini

remuk sudah hatiku


ujian Allah datang lagi..:)

setiap musibah itukan penghapus dosa kecil?
amin..aminnn

blank dan tak tahu nak cakap apa pun tadi..dari natijahnya, hari ini lebih banyak termenung..


FEBRUARI

selalu banyak saja "kejadian" FEBRUARI yang akan meninggalkan kesan pada hati..

yg lama memang tak payah dikenang, sudah pun ditinggal jauh dibelakang..
tapi yang akan tiba besok sedikit menganggu emosi 

2bulan

sudah dua bulan bermujahadah
berikanlah aku kekuatan ya Allah. aku mengharap redhaMU
aku masih untung punya pendengar Maha Setia , ya Allah..
kadang terasa langkah makin melemah...namun kugagah jua ya Allah..
sesungguhnya aku lepaskan semuanya..
redhalah hati..
Allah bersamamu..

2bulan
menahan empangan agar tidak pecah,
tapi hari ini semuanya seakan rebah,
pahit sungguh istiqamah,
penuhnya ranjau sepanjang mujahadah,

sabarlah hati..
2 bulan sudah kamu lalui,
sudahlah usah dikenang lagi,
tinggalkan semuanya bila kau angkat kaki,
siapa lagi yg menanti?
kalau bukan siDIA Maha Pemberi...

konklusi: sedikit lelah. tapi aku harus tetap tersenyum


Thursday, February 9, 2012

Yang Tertutup Itu Indah





video comel tapi menyentuh kalbu..terasa sampai tulang hitam







mungkin dah ramai yang dah tgk dan dah ramai yang tahu ke"osem"an video ni..kan? best kannn?


macam anak sedara aku selalu sebut
"along, hebat tak Aish?? hebat kannnn?
so, aku pun memang suka nak panjangkan "kaannnn" cara Aish yang comey itu..


ok.


syuhada tak payah mengarut panjang-panjang :)


berbalik kepada cerita video osem diatas ni..pasal bertudung.. revolusi tudung ni, dah ramai blog dan macam-macam label tudung orang bagi .
ada ..
tudung salji
tudung sarung nangka la..
macam-macam


indahkan sesuatu yang tertutup tu kan indah. kalau beli karipap pastu org tak tutup, nak beli tak? nak tak??
ye la..mesti la tak berapa bernafsu nak beli sebab tak tau la ape jenis lalat lalut dah sentuh karipap itu..
tidaakkk..


tau kan? dah tu marilah kita menutup diri kita.. chewahh..cik syuhada ni tertutup sngat kah?
remember?


I'm struggling kann?? 


cisss..usia setua kerabi baru nak struggling ke cik syuhada?
oppss..*blush*


sebenarnya in my opinion, berpakaian sopan, menutup aurat ni memang la mak ayah dah didik dari kecik kan? kaaaan?
tapi kenapa la kita ni tak paham-paham


kalau nak bertudung labuh selalunye mesti terpikir


''alaaa..aku bukannye pandai baca quran lagu-lagu"
"ala..aku tak alim sangat dan tak hafal hadis, malu la nak pakai tudung labuh"
"malu la nak pakai tudung labuh sebab ilmu agama tak banyak"
"malu la nak pakai tudung labuh sebab perangai aku kan gile-gile"
"ehh..saya kan gemuk, malu nak pakai tudung besar..nanti nampak lagi besarrr"


ishhh ..banyaknye alasan nak pakai tudung betul-betul ikut syariat..aku le tuu  


jadi, mari kita fikirkan,


~nak tunggu bertaranum bagai baru nak pakai tudung?
~ nak tunggu hafal semua hadis baru nak pakai tudung?

~bak tunggu ayu-ayu-ala-wanita-solehah-paling-anggun baru nak pakai tudung?
~nak tunggu kurus kering tinggi lampai baru nak pakai?
~nak tunggu ilmu agama banyaakkkkk baru nak pakai?


jadi bila? bilaaaa? bila nak pakai tudung???


disclaimer: TUDUNG diatas, bermaksud tudung yg betul-betul ikut syariat ye..


takke kita rasa bila bertudung tu membuatkan kita lagi la malu kalau tidak berilmu dan berusaha menuntut ilmu, kalau pun nak merendah diri..biarla pada tempatnye..
kalau kita bertudung, takkan la nak melompat-lompat terkinja macam monkey-kena-belacan kan?


betul takkk? mesti la kita malu kaannn?


kalau pun badan besar-gagah-perkasa kalau nak tunggu kurus, lambat lagi la nak pakainye pun..adusss..
kan dah bagitau, ishtiqamah tu susah, mujahadah itu payah..
tapi dengan kasih sayang Allah? semuanya indah..


insyaAllah:kekuatan itu sesuatu yg boleh dicari bukan datang bergolek.


eceehhh..malu sebenarnya sebab yg menulis ni pun, iman nipis kulit bawang, berkali sudah terkoyak, terobek.. walaupun dijahit, buruk sunggguh rupanya..tapi tak ape,


Allah tu tak mengira dan memandang fizikal kita kan? Allah itu maha adilkan?


jadi marilah kita bermujahadah..


kalaupun tak boleh drastik kita buat step by step..
*ini ingatan untuk empunya diri*


kalau memang dah biasa dengan tshirt lengan panjang, apa kata labuhkan?


memang sudah terbiasa menyarung tudung diluar rumah, biasakan juga menyarungnya didalam rumah bila mana ada kunjungan bukan muhrim


memang terbiasa menyarung seluar panjang diluar rumah, biasakan juga dirumah. pelihara aurat, walaupun sesama muhrim :)


bukankah firman Allah:


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(dari memandang yang haram), dan memelihara kehormatan(kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka."(Surah An-Nur, Ayat 31)




konklusi : bila berjanji dengan hati; hati selalu berbolak balik;jadi berjanji dengan Allah, supaya selalu diingati..tulis disini..supaya boleh jadi peringatan diri sendiri..kalau tak buat..
MALU..malu dengan Allah, malu dengan diri sendiri =)

Tuesday, February 7, 2012

makan..makanan




nyummm


Makan

Makanan

Memakan

pemakanan

Bunyi je memang la sedap..tu belum masuk mulut lagi..kesedapan berganda-ganda. Nak-nak pulak yang memang jadi idaman mata.

Kenapa dengan mata?

Sebab… daripada mata turun ke hati.

Mata la punca semua-semua tu..nampak je apa-apa makanan mulalah..

Mouthwatering la
tasty la
delicious la…


Pastu mula la nak teringin sampai meleleh-leleh air liur.huwaaa..dahsyat la kan.

Status cik syuhada baru-baru ni:


“hari ni tiba-tiba teringin sangat nak BIG APPLE. 

tapi

On the way pg mengajar di radio IKIM.fm; cerita Saidina Umar menegur anaknya yang membawa bungkusan daging. Abdullah sangat faham pertanyaan ayahnya yang bermaksud “jangan sampai membela nafsu”
ingat ye cik syuhada’’

Hidup kita senang sangat..makanan bersepah-sepah. Sebut la nak makan ape. Semua senang nak dapat. Iyee.kalau ada duit la kan..tapi walaupun satu dua, tiga hari.. tapi tetap makan jugak.. sebab selalu senang la kadang-kadang lupa  nak hargai makanan kan? Kaaan?

Ok.

Berbalik pada cerita yang kat IKIM tu..mula-mula memang la macam tak boleh ditahan-tahan rasa nak makan donut BIG APPLE tu..padahal dah makan je 2 hari yang lepas. Tengok la tu..syaiton la tuuuu..

Allah seolah-olah  berbicara la tu..peringatan untuk cik Syuhada la tuu…
Saidina Umar menegur bungkusan yang dibawa oleh anaknya Abdullah, Abdullah malu dengan pertanyaan ayahnya, kerana dia paham akan maksud pertanyaan ayahnya itu. 

saidina Umar bertanya pada Abdullah
“apakah kamu membeli daging setiap kali kamu menginginkannya?”
Abdullah sangat faham maksud pertanyaan ayahandanya supaya jangan terlalu menurut nafsu dan keinginan untuk makan.
Kita? Err tak payah  KITA la..skop sekarang ni  cik Syuhada ni haaa…
Kalau teringin 


doublecheese?
KFC?
pasembor?
mee/bihun sup?
each a cup?


 apee lagi cik syuhada? Kalau tutti frutti tu kat manjung pulak..habis la..cik syuhada..tu belum lagi segala macam yang ntah ape-ape masuk dalam menu tu..

Ishh ishhhh..

Tu la sebab musabab cik syuhada gaining weight continuously..haha tak pernah pun menurunnya..turun 5kg tapi boleh naik berganda la..
Dalam buku 150 wasiat Rasulullah untuk wanita, Rasulullah pernah melihat isteri kesayangan Rasulullah s.a.w, Aisyah makan  dua kali dalam sehari, baginda menegur Aisyah

“wahai Aisyah, apakah kamu tidak ada kesibukan selain daripada mengurusi perutmu?”

Makan dua kali sehari adalah sesuatu yg berlebih-lebihan dan Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan...(riwayat Al-Baihaqi)
cik Syuhada? =(

Dalam riwayat lain pula Rasulullah bersabda

“wahai Aisyah, kamu telah menjadikan dunia untuk urusan perutmu dan makan lebih dari satu kali dalam sehari adalah sikap berlebihan dan Allah tidak suka orang yang berlebih-lebihan”

Jom la kita renung-renungkan diri kita ini..again..
marilah cik Syuhada renungkan diri sendiri. Berapa banyak kali makan dan berapa banyak cik syuhada makan?

Malu la dengan Saidina Umar, walaupun mampu beli daging, tapi tak mahu turutkan nafsu,
malu la dengan Rasulullah ..


Jadi lepas ni boleh la implement  kan misi-misi yang tergendala. Contohnya puasa ke..kalau puasa untuk kurus kira macam sia-siakan? Tapi kalau  puasa sebab nak jaga wasiat Rasulullah saw yg satu ni mesti best kan?

Lagipun bila mengenangkan orang lain yang tak boleh nak makan, contohnya orang-orang mengandung yg muntah-muntah sampai tak mampu masuk ape-ape dalam perut. Kesiankan? Macam mak cakap..masa mengandungkang cik syuhada ni muntah-muntah sampai dah dekat nak bersalin pun muntah lagi..tu la sebabnye kan? Sebabnye cik syuhada suka sangat makan kot..sebab tak sempat makan macam-macam masa dalam perut. Kan? Kaaaan?

Konklusi: setiap satu larangan Rasullulah saw tu bermakna ade sebab yg tersembunyi. Larangan Rasulullah kan sama dengan larangan Allah.
Malu dengan Allah tak???

Thursday, February 2, 2012

indahnya jadi wanita feat surat untuk ayah





indahnya jadi wanita,perempuan, gadis. jadi gadis sunti pun best. gadis suntuk?? pun boleehh..bole tahan best.andai diikut kronologi keindahan bergelar wanita seperti diatas, aku masih ditahap pertama.

"when she is a daughter, she opens the door of JANNAH to her father"

bila dah dengar macam ni baru tahu..uhuuu beratnye tanggungjawab sebagai ayah. kena tanggung anaknye. hmm..sian ayah aku. 



Surat buat ayah

Ayah,

maaf ye yah, dah banyak buat dosa. Harap-harap lepas ni Allah kuatkan hati dengan rahmat dan kasih sayangNya..i ‘ll be the one who gonna opens the door of Jannah for my father. Im struggling ayah..
I am struggling to be a better muslimah. I hope it won’t be a short term repentance. Hehe karang bila senang lupa tuhan pulak.

Forgive me ayah, your daughter with one-cell thick iman.


 Hehe, but I am struggling. Yes, it is so true ayah..

I am not yet someone’s wife, so I am totally protected by you. I just realized those I should realize long lonnggg ago. I hope this is not late.

Better late than never.  Kan ayah?

Ayah,
Struggling is not easy. I need to sacrifice my “happiness”.. err it sound that my ayah is cruel by letting her anak pompuan kesayangan to suffer. No.. nooot that “happiness” that could lead me to jannah. It it just keseronokan dunia je ayah..i just realized it..ampun ye ayah.

I found it so hard at the beginning,but I can make it at last. I am not totally forgetting my “keseronokan dunia” but few of it that would send me to neraka. Takuuuuttt.

Ayah,

I was nearly surrendered at the beginning of my mujahadah. But thanks to Allah. Allah loves me.as much as you love me. No.more than you love me.everyday is hurtful to see, to remember, to think of “something” that I left behind in hunting for the loves of Allah.

Ayah,
I will always remember these words:
“ boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu..boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.Allah maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui…” ~

(Verses from Allah in Al-Baqarah:216)

I know ayah, dalam islam takde kebetulan.everything is fated..only interchanged by God’s will. Effort and doa.~versus(hlovate)

Ayah,
please don’t be mad if I wanna stay longer with you.
Please don’t be mad if I wanna “mengekor mane ayah n mak pegi”
Please don’t be mad if I act like anak bongsu..

Ayah,
I don’t know what will happened tomorrow, I am not scare of tomorrow because you will be there for me in the blessing of Allah.

From,
Anak bongsu kesayangan.

Ok habis. Surat untuk ayah..haha harap-harap ayah tak baca. Confirm ayah tak tau! Tapi sapa bagitau siap la..:P

Alangkah bertuah pada wanita-wanita yang lainnya yang sudah pun melengkapkan “deen” suaminya. Jadilah isteri solehah yang taat pada Allah dan suami.Semoga jodoh itu yang mendekatkan kalian dengan tuhan. Sungguh seronok bila tengok adik yang baru berumahtangga pada malam pertamanya whatttttttt?tengok berjemaah solat bersama suami. Indahkan? Pernah dulu mengimpikan perkara yang sama, insyaAllah suatu hari nanti. Tidak disunia, mungkin aka nada jodoh disyurga. Layak ke?


I am struggling!

Bila sudah separuh kehidupan lengkap, menanti cahaya mata. Fasa baru akan bermula bila syurga terletak dibawah telapak kakinya. Mulia sungguh kejadian seorang wanita, darjatnya disisi Pencipta. Cabaran besar dan dugaan.tabah ye semua wanita bergelar ibu… “)



konklusi:lelaki diluar sana..tak jeles ke???



Wednesday, February 1, 2012

Struggling To Be A Better Muslimah Everyday





the word struggle itself shows us how difficult it is. I watched this video. Although Wardina did give her speeches without her slides which she left at home, it gonna be a very interesting to share her thought.

for those who are struggling, just like me, enjoy it.!!