Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah untuk hari minggu yang sangat produktif. semua tu tentulah rezeki dari Allah jua. Terima Kasih Allah. Dengan izinNYA.
Tentang Buku
Hajat dihati nak turun Pesta Buku 1Malaysia di PWTC sebab nak beli macam-macam buku yang dah masuk dalam 'wishlist' tapi kita merancang saja, Allah jua yang tentukan, maka berjaya jejak kaki di BAZAR BUKU berhampiran dengan The Mines, siapa sangka kan? dan Berjaya beli buku tulisan Pak Latip iaitu
1. Imam-Imam Yang Benar
2. Buku Sophie Kinsella (murahhhh)
3. Gadis Kecil Dipinggir Gaza
4. Salahuddin Al-Ayyubi
Bahagia rasanya dapat tambah lagi bahan bacaan, sekarang dan mulai sekarang memang wajib tambahkan bahan bacaan dan rujukan. ada buku-buku yang masih tak dapat cari lagi, moga Allah rezekikan suatu hari. mungkin esok mungkin lusa.
berpeluang ke JS Adiwarna dan dapat beli novel-novel kak Noor Suraya, penulis pujaan hati. Novel lama kakSu juga
1.CintaKu Luruh di Oxford (buku baru gandingan KakSu dan Imaen)
2.Tanah Adriyana
3.Nyanyian Tanjung Sepi
kesimpulannya agak berat nak diangkut balik dengan bas, jadi buku belum pulang dan hanya akan sampai apabila adik sampai Khamis nanti. tak sabar! tak sabar!
Cerita Tentang Tulis Buku
Ini bukan mahu pukul gendang sambil canang satu negara, ini bukan langkah mahu pukul canang biar semua terngiang-ngiang. Ini cerita tentang cita-cita yang sudah lama tertimbus dek masa.
aku mahu jadi penulis.
aku pernah cuba menulis sewaktu aku darjah 6. aku sudah tulis banyak muka surat tapi aku koyak dan buang apabila ada kawan yang baca. mungkin aku malu dan aku kurang yakin pada diri sendiri.
aku pernah cuba lagi waktu aku tingkatan 2 tapi aku koyakkan lagi sebab kakak senior yang baca kata itu kisah aku. sekali lagi aku koyak dan campakkan. kali ini aku mula sekali lagi. walaupun umur aku sudah pun masuk siri3.
Alhamdulillah aku sudah pun ada ceritanya dan aku tulis sampai bab 5! aku akan tulis dengan izinNYA sampai aku dapat jadi penulis betul dan nyata.
peluang bertemu dan belajar dengan penulis kegilaan aku Noor Suraya dan Imaen. subhanallah. seronok sangat rasanya. Timba Ilmu dan kongsi resepi dengan orang-orang hebat dalam penulisan. ideologi mereka juga. suka! suka! suka!
konklusi:doakan ya!
Wednesday, February 6, 2013
Tuesday, January 29, 2013
BETULkan yang BIASA?
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi maha Mengasihani..
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar
sebenarnya entry kali ini hanya nak ekspress perasaan pelik. alhamdulillah benda pelik ini adalah benda yang betul.. ehh..macam pelik pulak Cik Syuhada ni. sekejap pelik tapi benar lah. apekah?
ohh..cik Syuhada ada azam baru sejak bermula tahun hijrah 1434 yang 3 bulan lepas ni..Cik Syuhada nak
BETULKAN yang BIASA dan BIASAKAN yang BETUL. dapat?
ahaa..kadang-kadang kita tak perasan kan apa yang kita selalu buat tu sebab kita dah biasa buat dan yang menyedihkan selalunya benda tu bukanlah perkara yang betul..
Contohnya kalau bab Ikhtilat atau pergaulan, berapa ramai ibu bapa yang "sporting" apabila anak-anak ada kekasih dan langsung tak menghalang anak-anak berjumpa atas dasar "kawan" dan berdua-duaan atas dasar "nak makan dan minum je"
je? okey, sendiri kena tahu kan?
dalam kes ni apa yang betul? tak ada matlamat pun yang menghalalkan cara kan? walaupun dalam tiket "makan atau minum" sekalipun. banyak lagi yang cik Syuhada kena betulkan ni. mujahadah sungguh-sungguh. adat la tewas tapi tak salah pun untuk bangun semula. tolong doakan ye?
2012 tahun hibernasi Cik Syuhada dah tahun belajar bangun dari kejatuhan dah kekecewaan yang boleh tahan menguji. Dalam Tahun 2012 Alhamdulillah berjaya membentuk persekitaran yang sesuai dengan usaha "membetulkan apa yang biasa". kadang-kadang tak sedar adakah kita berjaya atau tidak, tapi minggu lepas apabila cik Syuhada keluar daripada "lingkungan" environment itu, ada rasa tak selesa.
tak selesa dengan sesuatu yang biasa tapi tak betul itu.
adakah tanda sudah bertunas cinya pada sesuatu "yang betul namun tak biasa"?
adakah itu tanda sedikit iman dihati?
jika benar, langsung tak ada rasa sesal keluar daripada "lingkungan biasa"
terima kasih Allah :)
konklusi: aku makin selesa dengan kawasan lingkungan baru aku. dan aku percaya cintaNYA paling hebat :)

Tuesday, January 22, 2013
2012? Eh..kan dah lepas?
Bismillahirahmanirahim..
Subhanallah..lamanya tak singgah sini, walaupun ada sesekali singgah hilangkan rindu tapi jari tak terdaya mahu meneruskan luahan yang ada dalam hati. tak mampu nak muntahkan semuanya.
2012
dah habis.. takkan mungkin kembali
12.12.12 pun dah lama berlalu. tinggal dalam kenangan. Tapi aku punya sebab untuk mengenang 2012 sepanjang hidup aku mungkin? siapa tahu. 2012 tahun Allah uji aku dengan macam-macam masalah yang akhirnya aku bersyukur.
Alhamdulillah. memang sungguh bermakna. 2012 berakhir dengan pengajaran yang besar supaya aku sedar dan aku belajar yang muslim itu sesungguhnya tak akan jatuh ke dalam lubang yang sama 2 kali.
syuhada yang lemah, lembab, kuat nangis, malas, ratu menangguh kerja, percaya orang membabi buta, tak fikir panjang.
semua! semua diatas Allah dah ajar aku untuk tahu. Allah dah tunjuk kesannya. biar pun tempoh 6 bulan tu buat aku down sangat tapi hari ini bilamana bulan Januari 2013 pun dah sampai penghujung ini aku boleh tersenyum dengan hikmah ujian-ujian 2012. semoga Allah terus beri aku kekuatan untuk mulakan tahun ini dengan lebih baik. Insya Allah.
sampai sekarang setiap kali ada bisikan-bisikan yang boleh buat aku sedih, aku akan ingat ini

dan ini

dan sesungguhnya siapa kita nak cakap "aku mahu ini dan ini.." sedangkan setiap satu Allah yang tentukan, sehelai daun pun takkan jatuh tanpa pengetahuan Allah.
konklusi: doakan aku :)

Wednesday, June 20, 2012
Kira Mengira Hari-hari Ini
bismillahirahmanirrahim
dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang
apekah dah jadi dengan cikSyuhada ni? bulan lepas sampai takde update.. dah-dan ni nak update hari-hari la pulak..ehe layan je la..
sekarang ni asal buka facebook je, mesti ade update status "sham kamikaze" tentang countdown Ramadhan..sungguh.. hanya tinggal lebih kurang 30 hari sebelum Ramadhan..huhu. rindunye Ramadhan..
subhanallah..
sempat ke nak dapat raikan Ramadhan tahun ni..takutnye bila fikir. memang la perjalanan menuju kematian tu bermula sejak lahirnya kita..tapi bila muhasabah persediaan ?
nauzubillah..
takutnye bila fikir sikitnye amalan :(
takutnye bila fikirkan..entah sempat ke tidak merasa Ramadhan tahun ni..
allahuakbar
allahuakbar
allahuakbar
dalam countdown ni..adalagi yang dok berbolak balik dalam hati..selalu terpikir-pikir lagi ni..
* UPSR makin dekat..sempat ke nak buat revision dan pastikan semua student aku bersedia dengan maksimum..*panic-peluh-peluh-ni*
*masih ade 2 juzuk lagi nak habiskan..sempat ke nak khatam sebelum Ramadhan. niat dihati..Ramadhan ni mesti Khatam. Alhamdulillah tahun lepas sempat habis. tapi kualiti? wallahualam. semoga Allah menerima..
*jinakkanlah hatiku pada kecintaan terhadapMU ya Allah*
*registration TADIKA yang belum settle lagi..
itu la yang masih terpikir-pikir dek aku. Subhanallah. tu la..Allah dah bagi masa 24jam masih lagi takut tak cukup masa.. kan? ehe
so, nak kongsi kat sini..
jom muhasabah diri..ade ke semua sifat ni untuk kita jadi makin baik setiap hari? kalau aku buka ni..yang no.1 aku dah kalah dah..yang seterusnya pun..
Allahuakbar
banyak lagi banyak lubang-lubang kosong kena tampung ni... mari ajar hati supaya percaya dengan hati kewujudan Allah dah rahmat Allah yang maha Luas..kita "rasa" kebesaran Allah dengan hati dan bukanlah sekadar lekat di otak kiri saja..
konklusi : bak kata Ustaz Pahrol "cinta yang disemai didunia, akan disemai diakhirat, kalau menyemai angin, sedialah menuai badai..
subhanallah.. sungguh memang kecut lemak dalam perut ni =(

Tuesday, June 19, 2012
Ye betul, Allah Maha Memakbulkan doa kita.. kan?
sesungguhnya kasih sayang Allah tu besar sangat..banyak sangat..kalau kita himpun semua atom yang ade dalam alam ni..memang tak boleh nak banding dengan kasih sayang Allah
Kasih sayang Allah melebiji kasih sayang mak dan ayah pada kita..
memang tak dapat nak bayangkan..besarnya kasih sayang Allah..
bukanlah aku nak pujuk diri sendiri.. tapi memang pun.. bila nampak je doodle kiut-miut ni aku rasa terpujuk..sangat terpujuk. Allah sayangnye kat aku..
alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah
baru ni aku diuji lagi.. sungguh ujian datang dengan kasih sayang Allah. bukti kasih sayang Allah yang sangat banyak. Allah datangkan ujian bersama pengajarannye..
Aku pinjam kekuatan Allah semoga aku kuat.aamiin :)
Sunday, June 17, 2012
Allah sayang aku!
subhanallah
alhamdulillah
allahuakbar
itu bukan penilaiannya
sesungguhnya bukan itu ukurunnya
aku berserah padaMU ya ALLAH...
sesungguhnya aku merancang..
tapi hanya ALLAH sebaik-baik perancang
aku minta padaMU.
aku minta KAU permudahkan urusanku,
aku mohon padamu tabahkan hatiku
sudah KAU siapkan jalan ini..
redha. aku redha
aku redha untuk terus berjalan dibumiMU ini.
subhanallah
alhamdulillah
allahuakbar
terima kasih Allah :)
Monday, April 30, 2012
Bila Roti Nan Cheese Jadi Roti Canai Cheese ~
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
ini semua gara-gara aku nak roti nan cheese tapi aku dapat roti canai cheese!! andai aku ni perempuan mengandung yang mengidam adekah aku akan menangis dah baby aku nanti ? baby aku akan melelehkah air liurnye? gara-gara mak dia ni mengidam nak makan roti nan tapi mak dia hanya dapat makan roti canai cheese..
subhanallah
anak aku ni memang la tak bersyukur! mak kau ni makan roti canai cheese tau! walaupun tak dapat roti nan cheese...tetap ade cheese la sayang oiiii!
oiii! imaginasi cikSyuhada sudah terbabas.
tapi kan, ini memang serius! ini rahmat Allah tahu?
walaupun pada waktu tu abang kedai tu bagitau
"adik, maaf ye roti nan habis. tp cheese ade..nak roti canai cheese boleh?"
"errrr, ok lah" dalam hati tu ade kecewa sikit la..
15 minit kemudian
"ini roti canai cheese dengan ayam tandoori set"
"terima kasih ye"
"bismillahirahmanirrahim..."
SEDAPPPPPPP ok!
macam tu la jugak rahmat Allah! Allah bagi rahmat dalam keadaan yang DIA mahu. kadang-kadang kita ni tak nampak dah kurang bersyukur..~ aku cakap cikSyuhada la ni..kurang bersyukur..padahal Allah bagi dah banyak sangat dah..
| (Ar-Rahman) |
So which of the favors of your Lord would you deny?
nikmat tuhanMu yang manekah kau nak dustakan cikSyuhada?
astaqfirullah
asraqfirullah
astaqfirullah
macam mana nak bersyukur ni? selalu la mendidik hati supaya terima rahmat Allah dengan senang hati. mungkin la kamu mahu BMW 5series, Allah bagi kemampuan Satria S.E warna kuning BERSIH 3.0 je pun, tapi syukur la kamu tak payah naik motor dan merempit kan?
bukan nak membebel tak tentu pasal, tapi nak muhasabah diri.. ada benda kena zahirkan, supaya mata boleh nampak..bila mata nampak barulah impulse hantar ke otak dan barulah nak BEWARE!
cik Syuhada bukan kata kat kamu..ni ingatan pada diri sendiri, pada hati yang berbolak balik tu...tau?
dulu masa kat sekolah rendah, masa nak isi kad 001 tu, ape cita-cita kamu letak? bukan main lagi nak jadi
doktor
architect
jurutera
perdana menteri
ahli astronomi
ape lagi yang tak hebat? memang takde langsung yang tak hebat. tapi cuba tengok atas bawah diri anda sekarang..yang mana remaja tu ye la..ade peluang lagi..yang dah tua bangka..siapa anda sekarang adakah sama ape yang anda isi dalam kad 001?
kalau bukan doktor? anda kecewa?
kalau bukan architect? anda sedih?
huissshh.. ini aku buat pengakuan pada diri sendiri yg tak jadi doktor pun macam yang aku cita-citakan.. aku tak jadi chemical engineeer pun macam aku idamkan. tak jadi pakar motivasi pun..
tapi aku tahu Allah membenarkan aku melalui jalan dan ranjau ini kerana Allah dah tau ape yang aku kutip dalam perjalanan ini.
subhanallah
aku bersyukur sangat aku bukan doktor sekarang
aku lega aku bukan architect
aku puas aku bukan pakar astronomi..
aku bersyukur Allah letakkan aku dalam jalan ini..
tapi aku bukan PASRAH dan MENYERAH
aku REDHA dengan ketentuan ALLAH.. :)
Islam tu memang la suruh kita BERSYUKUR. Islam memang suruh kita ni bersederhana. tapi ISLAM tak suruh la kita menyerah sampai boleh memundurkan kita..Islam tak suruh kita redha je bila kita ditindas.. cuba la bukak mata dan minda..
tolong lah..tolong jadi orang yang PEDULI!
peduli bukan bermaksud kita sekadar amik tau..tapi PEDULI dengan berpendirian..
aku ni nak marah je. hari yang paling banyak beristiqfar=hari BERSIH. memang ada rasa " kenapalah bukan aku yg menjadi salah seorang daripada mereka..belum ada rezeki"
| Ni bukan photoshop tau! |
| Ini bukan lawak tau! |
Islam tak suruh kamu bersederhana sampai kamu redha kezaliman berlaku hanya sebab bagi kamu
"KAMU CUKUP MAKAN, NEGERI KAMU AMAN, KAMU BOLEH PERGI JALAN-JALAN DENGAN ANAK BINI TANPA RISAU KENA TEMBAK, KAMU STILL KERJA DAN GAJI MASUK TIAP-TIAP BULAN"
Aku agak kasar pada post-post aku di FB tentang BERSIH, aku cuba nak fahamkan sesetengah orang yang kurang paham..tapi DIA YANG TAKMAU PAHAM..AKU TAK TAU NAK GUNA BAHASA APE DAHH :(
aku sedih la....sedih tau..
aku yang aku boleh buat ?? aku doakan Allah bukankan hati-hati mereka untuk memandang dengan mata hati..Hati manusia Allah yg pegang.. kaaan?
untuk mereka yang belum NAMPAK!
bayangkan dalam reban tu ada 20 anak ayam. tapi ade dua tiga anak ayam yang cacat.yg buruk akhlak..pastu kau pegi bakar satu reban hanya sebab 2,3 ekor yg yg cacat tu?
".. bila sampai sesuatu berita sampai kepada kamu, siasat dulu, boleh jadi itu adalah fitnah!! bukan aku yg cakap tau..''
Nabi yang kita sayang, SAW yg cakap tau?? cuba nilai dulu sebelum nak REDHA dengan apa yang jadi..
biarla aku ni takde dalam SEJARAH bersih 3.0 tu..tapi sekurang-kurangnya aku dah usaha nak buat orang yang tak PAHAM supaya PAHAM..
so, nanti bila Allah tanya ape yang aku buat untuk menidakkan kezaliman ini..aku ade sedikit sumbangan..
konklusi: SEKIAN. :) *tak sabar nak sudahkan entry "bicara ekonomi" buat tangan Heart4Islam yg belum siap...semoga mereka nampak indahnya ISLAM.ekonomi Islam. walaupun aku bukan orang HEBAT macam kamu.
Subscribe to:
Posts (Atom)