Monday, January 23, 2012

Cerita Kedai Kopi



“dik, kira ye” kata seorang pelanggan pada satu hari…


Kedai mak : self-service, jadi kebanyakkan regular customer  akan mengambil makanan dan bayar di kaunter, kadangkala ambil makanan dulu dan bayar kemudian..tapi ramai yg lebih suka ambil makanan-makan-terus blah..bila berhadapan dengan ramai orang, aku memang suka perhatikan gelagat pelanggan..kadang-kadang pelanggan pulak yang perhati aku bila aku busy FB on mobile…hehe kalau kantoi dengan pakcik Mdnor abis la..

Seperti selalu-selalu aku tak la duduk je di kaunter tu..boring jugakkan..jadi aku selalu je tolong angkat pinggan dan cawan or susun kerusi masukkan bawah meja..sambil-sambil tu boleh cuci mata..haha*bisikan syaitoon ni* hehe..mak selalu pesan, kalau duduk dikaunter *kedudukan kaunter bertentangan dengan tempat letak makanan* tengok-tengokkan pelanggan yang amik makanan..

Bila kita tengokkan pelanggan, jadi bila pelanggan datang nak buat bayaran kita terus je ckp berapa harga makanan tu..kan senang..bila berurusan dengan 
pelanggan ni ada macam-macam gelagat yang boleh tengok..

makan bertimbun
mula-mula tengok memang terkejut..fuhh, macam nak makan bertiga, as the size of plate increase, the amount of nasi increase..agaknye bole buat hypothesis macam tu..amik tak ingat..kalo letak talam pun dia akan penuhkan talam..biasanya buruh indon atau budak-budak muda baru nak besar.
tapi bak kata mak aku "amik banyak alau makan habis takpe.." so no additional cost counted..

tapi ade jugak la dua tiga kerat yg amik membukit tapi tak habis makan..ishh..membazirkan..pernah rekodnya satu periuk nasi, anggaran 7kg besar habis dicedok dalam masa tak sampai 30min..fuhh..dah hebatkan?tapi yang aku dengkikan tu...TAK GEMOK LA PULAK KORANG NI...huhuhu

lagi satu type..jenis yang kalau amik lauk, selagi ade lauk semua ada pinggan ..semua spesis ikan,ayam,sotong,udang dalam pinggan tu..bila dikira pulak..mata terbeliak nak bayar..ishh abang ni!!!

sorok makanan
ada jugak..! jangan tak percaya memang wujud pun..kadang-kadang makan roti/bun lepas tu plastiknye simpan kat bawah meja, jadi masa kita pegi kira kat meja, roti yang dah selamat dalam perut tu akan jadi entiti misteri..so, selamat je la dalam perut hamba Allah berkenaan..sendiri mau ingat!

pernah lama dulu ade seorang jejaka kacak ni..kalo tak silap pakistan..rupa kacak la jugak, kalo jadi pelakon kat Malaysia ni mmg la fan page kat facebook tu ramai la yg nak like! pun...tapi cakap melayu tak fasih sangat..selalu menu dia nasi putin + ayam gorang je..hari-hari macam tu..masa tu harga nasi+ayam goreng cuma RM2.50 je..satu hari mak caught him in red handed...dia cover ayam lagi seketul bawah timbunan nasi tu..lepas tu terus tak nampak dah dia..ntah-ntah dah kena hantar balik negeri.. (=

tipu sikit-sikit
sikit ke banyak ke..kalau tipu tetap tipu la kan, nak-nak pulak bila melibatkan
makanan yang dah sah-sah nak jadi darah daging kaann?
contoh: isi pinggan beliau
*nasi goreng setimbun
*sayur-sayuran
*dua ketul ayam masak kicap

tapi masa datang na bayar kat kaunter cuma cakap
 "ayam,sayur,nasi setengah" 
memang la tak tipu kan..takkan la nak tnya, ayam berapa ketul..sbb selalunya seketul je kan..
padahal dalam hati nak je cakap
"tadi amik ayam dua kan?"
please la jujur bang...

lagi satu rokok..kalau rokok buka*yg jual sebatang2 tu* kalau amik sendiri, kata nak 3 batang, tapi amik sampai 4 batang..pastu buat muka tak bersalah..bagaimanakah??

kalau aku bagitau mak..mula-mula mak cakap
"tak baikkan buat macam tu"nada sedih

pastu, lepas 4minit
"takpe la...halalkan la...."

itu la mak aku..hati emas sungguh patut la anak dia pun camtu...hahahahhahahahaha <----sila jangan muntah ye..hehe


duit cacat


tengoklaaaa
ni baru sikit je ni...sejak 10tahun berniaga, macam-macam dah pun yang mak dapat..aku tak pasti la kalau yg memberi tu tak perasan..tapi kalau memang purposely nak buat camtu cemane?

sendiri mau ingat!!

konklusi: realiti macam ni la.. 






No comments:

Post a Comment