Saturday, April 9, 2011

seni kata putus

seni kata putus..
kenapa kena putus? bukankah elok disambung-sambung? sapelah yang nak putus-putus ni...

sebenarnya...terkenang isi buku karangan Ustaz Hasrizal tentang seni kata putus..MURABBI CINTA ..bahan bacaan berbentuk keagamaan dengan kata2 santai dan mudah difahami...

wajib baca bagi yang punya anak



''andai keredhaan Allah yang kalian utamakan, fikir-fikirkanlah mengapa Allah meletakkan jarak pemisah antara kita dan zina seperti Timur dijauhkan dari barat"

itu mukaddimahnya pada bahagian CINTA GUNUNG BERAPI...
ada garis pemisah yang jelas disitu..yang mampu dilihat dengan mata hati.. pendekatan ustaz dengan menceritakan dialog beliau dengan seorang pelajar yang bertanya tentang cara ingin memutuskan hubungan dengan gilfriendnya.. kelakar dan santai...

minggu lepas, sesi borak-borak kosong aku dengan student berjalan macam selalu-selalu..aku kadang-kadang menjadi pendengar setia pada masalah cinta student..bukan aku menyokong..tapi aku tau naluri remaja..kadang-kadang cuba selitkan sikit nasihat..sembang-sembang kosong sekadar mencungkil masalah pada yang selalu khayal dan menung masa belajar...



"cikgu, macam mana kalau saya tak boleh nak sayang dia? saya cuba tapi saya tak boleh la..saya kesiankan dia.."


tanya student aku..aku terdiam sekejap! haha terasa mungkin..


cuba menasihatkan...sesungguhnya bukan "perasan bagus" sekadar orang yang lebih banyak makan fastfood garam.. uish!


aku cuba jawab...nasib baik baru je lepas baca buku Ustaz Hasrizal tu..bab seni kata putus! aku pun pinjam kata-kata ustaz...


"kalau tak suka putus terus! tapi mesti titik betul-betul! jangan bagi harapan palsu..jangan sebab kesian semata-mata..tak payah la nak cover cakap nak concentrate study ke ape..itu semua bohong! cakap apa yang ada dalam hati.."


cakap dan titik terus! kata aku bersemangat....*dalam hati tuhan je yang tau*


itu satu cerita...lagi satu dalam kelas yang berlainan pulak...


"cikgu! kalau kita jahat boleh tak kita berubah?'


hah? sapa cakap tak boleh? kalau betul-betul nak berubah kena istiqamah dengan apa yang kita buat..jangan pandang kebelakang..yang penting taubat betul-betul...


"tapi kalau dia jahat?" tanya dia lagi...


"antara dosa yang Allah tak ampun, dosa sesama manusia..! jadi kalau dosa tu sesama manusia..cepat-cepat mintak maaf!tapi kalau dosa dengan Allah taubat la..buat betul-betul! :)"


aku kadang-kadang jadi ustazah rupanya...


sebenarnya kadang-kadang aku malu juga..sebab aku pun bukan sempurna..dosa bertimbun tak tertanggung..dosa sesama manusia, dengan Allah...:( tapi aku dapat rasa setiap satu soalan yang keluar dari mulut budak-budak tu kadang seolah satu benda yang boleh tarbiah aku...


contoh seni kata putus tu..aku cuma bagi pendapat sebagai cikgu atau sebenarnya lebih sebagai kakak yang sayang adik-adiknya..aku pernah lalui usia macam dorang jugak..jadi kadangkala soalan yang datang seolah peringatan pada aku..


Alhamdullillah aku bahagia sangat sekarang..manis dengan redha..sangat lazat..percaya atau tidak hak masing-masing..aku tak mahu explain..biar la..aku cuma mahu diam dan menikmati kemanisan yang aku ada sekarang....:)


konklusi: terasa malu dengan diri sendiri bila aku sendir pernah menidakkan KATA PUTUS dia..aku menidakkan sesuatu yang sepatutnya sudah ada TITIK SAH! aku malu dengan diri sendiri..aku malu dengan Allah..semoga aku masih ada peluang lagi untuk senyum dengan kemanisan sekarang...


hahahaha..ok terasa jiwang pulak..abaikan labu....



1 comment:

  1. akak!!!
    smlam ain search kt image google.. ade gmbaq ang tdoq ni.. haahaha

    ReplyDelete