Sunday, April 21, 2013

Hidayah buat Dia

"akak, saya sukan tengok akak pakai macam ni, cantik sangat!"

direnung dan belek-belek stokin tangan/ stongan aku disebalik lengan baju yang aku pakai.

"tak panas ke?"

kata dia lagi, dulu saya waktu disekolah pun ramai budak Melayu disekolah, tapi tak ada yang pakai macam ni. ramai yang pakai lengan pendek dan baju sendat. Dia pelik kenapa tak sama macam aku.

subhanallah.

dia memang jadi pemerhati sejak dia disini.

dia dari perkampungan asli dan dia bukan Islam. seawal aku kenal dia dulu aku selalu berfikir dan selalu tertanya-tanya
"macam mana nanti dialam sana, Saat Allah rezekikan aku masuk kesyurga (insyaAllah) tiba-tiba datang seorang yang mendakwa aku tak pernah ceritakan padanya keindahan Islam! nauzubillah. bayangkan aku waktu itu. nauzubillah

takutkan? berapa lama kita telah Islam, berapa lama kita sudah tahu kebenaran agama suci ini? berapa lama kita berkawan dengan bukan Islam dan mungkin kita berjiran dengan bukan Islam? tapi berapa kalikah kita pernah bercerita hakikat keindahan Islam kepada jiran-jiran dan sahabat-sahabat kita?

pernah terfikir?

agaknya macam mana pandangan sahabat bukan Islam kita tentang kita dan keislaman kita?

tujukan soalan itu kepada aku dan aku memang tak punya jawapan yang pasti!

malu. malu besar.

"akak, saya nak beli baju labuh macam akak boleh?"
"cantik baju ni"

dia tunjukkan minatnya. aku terangkan tentang konsep aurat dalam Islam kepadanya. apa yang mengejutkan aku esoknya dia mula menyarungkan tudung.

cantik! comel dan aku terkesima

ayuh, tolong aku, tolong aku doakan agar Allah memilih hatinya untuk curahan hidayah dariNYA yang maha membolak-balikkan hati. 

aku faham sekarang, walaupun aku tak punya banyak ilmu dan tak mampu berhikmah dalam mendakwah dia tentang tauhid dan kebesarannya, sekurang-kurangnya aku masih diberi peluang untuk menyentuh hatinya.

ada malu muncul dihati. ada segan menjenguk diri. tapi aku perlu istiqamah, baiki diri supaya dia dapat belajar akhlak islami yg sebenar. seolah ada tanggungjawab berat atas bahu. aku kini jadi duta kecil untuk peraga betapa mulia akhlak Islami.

semoga Allah permudahkan aku.

aamiin ya Rabb


konklusi: semoga dengan memandang dia, aku selalu ingat yang aku perlu 'baiki' diri..setiap hari.








Tuesday, April 2, 2013

Bersyukur?

Alhamdulillah.

semua orang tahu setiap satu yang terjadi dibumi Allah ini memang dengan izinNYA hatta sehelai daun gugr sekalipun takkan berlaku tanpa izinNYA.

kan?

semenjak dua ni aku sebenarnya macam baru bangun daripada tidur yang panjang, bezanya tidur aku sebab kelalaian dengan semua nikmat yang Allah bagi. itu bezanya dan besar bezanya antara tidur aku dan tidur Ashabul Kahfi. tidur pemuda-pemuda yang risaukan aqidah mereka.

aku?

aku tidur dalam jaga sebab aku terlalu senang dengan nikmat yang Allah kurniakan. senang dan senggang. lapang dan tenang selalunya buat kita jauh dengan Allah bukan? jadi kalau kamu rasa hidup kamu banyak masalah dan selalu rasa tak tenang sepatutnya perlu syukur sebab itu Allah beri signal bahawa kamu perlu mencari kekuatan dengan mengaku lemah didepan Allah. sesungguhnya kembali pada Allah itu sebenarnya sumber kekuatan :)

ini pesan kepada diri sendiri!

nak dijadikan cerita semenjak dua ni jugak aku selalu didatangi pujian dan kata-kata yang menggambarkan kehidupan bahagia aku! yes! kehidupan orang bujang yang tak perlu risau soal anak-anak dan bebas kesana-kesini untuk luangkan masa dengan diri sendiri.

berbanding dengan kawan-kawan lain yang sudah ada tanggungjawab dengan keluarga!

"bestnya kamu kesana-sini"
"untunglah ada masa untuk diri sendiri"
"jelesnya tengok kamu"

bukan kah "kuman diseberang laut pun kita boleh nampak dan jarang kita nampak gajah depan mata"?
aku rosakkan peribahasa nampaknya.
hehe



aku harap doa kawan-kawan terus untuk aku sebab mungkin ini cara aku bahagia dan masing-masing bahagia tu berbeza. subhanallah. semoga kita semua bahagia sampai bila-bila :)

soal syukur? aku teringat program semalam di UTP. alhamdulillah rezeki hadir program:

BEST!

terbuka minda, jauh lebih bersyukur sebenarnya dilahirkan sebagai Islam. Subhanallah, bayangkan kalau hari ini kita bukan seorang Islam dan kita tertanya-tanya siapa tuhan? perbincangan semalam memang sangat mengujakan dan lepas ni harap-harap ada rezeki untuk join lagi :)