Tuesday, January 29, 2013

BETULkan yang BIASA?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi maha Mengasihani..


Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar


sebenarnya entry kali ini hanya nak ekspress perasaan pelik. alhamdulillah benda pelik ini adalah benda yang betul.. ehh..macam pelik pulak Cik Syuhada ni. sekejap pelik tapi benar lah. apekah?

ohh..cik Syuhada ada azam baru sejak bermula tahun hijrah 1434 yang 3 bulan lepas ni..Cik Syuhada nak 
BETULKAN yang BIASA dan BIASAKAN yang BETUL. dapat?

ahaa..kadang-kadang kita tak perasan kan apa yang kita selalu buat tu sebab kita dah biasa buat dan yang menyedihkan selalunya benda tu bukanlah perkara yang betul..
Contohnya kalau bab Ikhtilat atau pergaulan, berapa ramai ibu bapa yang "sporting" apabila anak-anak ada kekasih dan langsung tak menghalang anak-anak berjumpa atas dasar "kawan" dan berdua-duaan atas dasar "nak makan dan minum je"

je? okey, sendiri kena tahu kan?

dalam kes ni apa yang betul? tak ada matlamat pun yang menghalalkan cara kan? walaupun dalam tiket "makan atau minum" sekalipun. banyak lagi yang cik Syuhada kena betulkan ni. mujahadah sungguh-sungguh. adat la tewas tapi tak salah pun untuk bangun semula. tolong doakan ye?

2012 tahun hibernasi Cik Syuhada dah tahun belajar bangun dari kejatuhan dah kekecewaan yang boleh tahan menguji. Dalam Tahun 2012 Alhamdulillah berjaya membentuk persekitaran yang sesuai dengan usaha "membetulkan apa yang biasa". kadang-kadang tak sedar adakah kita berjaya atau tidak, tapi minggu lepas apabila cik Syuhada keluar daripada "lingkungan" environment itu, ada rasa tak selesa.

tak selesa dengan sesuatu yang biasa tapi tak betul itu.

adakah tanda sudah bertunas cinya pada sesuatu "yang betul namun tak biasa"? 

adakah itu tanda sedikit iman dihati?

jika benar, langsung tak ada rasa sesal keluar daripada "lingkungan biasa"

terima kasih Allah :)

konklusi: aku makin selesa dengan kawasan lingkungan baru aku. dan aku percaya cintaNYA paling hebat :)






Tuesday, January 22, 2013

2012? Eh..kan dah lepas?

Bismillahirahmanirahim..

Subhanallah..lamanya tak singgah sini, walaupun ada sesekali singgah hilangkan rindu tapi jari tak terdaya mahu meneruskan luahan yang ada dalam hati. tak mampu nak muntahkan semuanya.

2012

dah habis.. takkan mungkin kembali

12.12.12 pun dah lama berlalu. tinggal dalam kenangan. Tapi aku punya sebab untuk mengenang 2012 sepanjang hidup aku mungkin? siapa tahu. 2012 tahun Allah uji aku dengan macam-macam masalah yang akhirnya aku bersyukur.

Alhamdulillah. memang sungguh bermakna. 2012 berakhir dengan pengajaran yang besar supaya aku sedar dan aku belajar yang muslim itu sesungguhnya tak akan jatuh ke dalam lubang yang sama 2 kali. 

syuhada yang lemah, lembab, kuat nangis, malas, ratu menangguh kerja, percaya orang membabi buta, tak fikir panjang.

semua! semua diatas Allah dah ajar aku untuk tahu. Allah dah tunjuk kesannya. biar pun tempoh 6 bulan tu buat aku down sangat tapi hari ini bilamana bulan Januari 2013 pun dah sampai penghujung ini aku boleh tersenyum dengan hikmah ujian-ujian 2012. semoga Allah terus beri aku kekuatan untuk mulakan tahun ini dengan lebih baik. Insya Allah.

sampai sekarang setiap kali ada bisikan-bisikan yang boleh buat aku sedih, aku akan ingat ini


18:23

dan ini 


18:24


dan sesungguhnya siapa kita nak cakap "aku mahu ini dan ini.." sedangkan setiap satu Allah yang tentukan, sehelai daun pun takkan jatuh tanpa pengetahuan Allah.

konklusi: doakan aku :)